31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaPerahu peninggalan pedagang dahulu ditemui di Baling, diserahkan kepada Muzium Negeri Kedah

Perahu peninggalan pedagang dahulu ditemui di Baling, diserahkan kepada Muzium Negeri Kedah

Awal bulan lalu, penduduk di sekitar Kampung Lela, Kuala Pegang, Baling dikejutkan dengan penemuan sebuah perahu lama di tebing Sungai Ketil.

Perahu berkenaan dipercayai merupakan peninggalan pedagang zaman dahulu yang mungkin digunakan sebagai pengangkutan air.

Menurut seorang penduduk, Mohd Azhar Ismail, perahu sepanjang sembilan meter dan satu meter lebar tersebut ditemui dalam keadaan baik – kayu masih kukuh dan tidak mereput.

“Perahu ini mungkin timbul di tebing sungai kerana air sungai yang cetek akibat kemarau. Keadaan perahu masih baik dan strukturnya masih kukuh.

“Ia dipercayai dibuat oleh pedagang dahulu dengan menggunakan sejenis kayu yang tahan lama”, ujarnya lagi.

Perahu yang dikenali sebagai perahu sagor itu difahamkan kini telah diserahkan kepada Muzium Negeri Kedah untuk tujuan pemuliharaan.

Pegawai Daerah Baling, Mohamad Shahadan Abdullah berkata perahu itu merupakan satu warisan sejarah dan kenderaan air yang digunakan oleh orang terdahulu untuk berdagang.

Menurutnya lagi, perahu sebegitu yang dijumpai di Sungai Ketil itu adalah perahu ketiga yang dijumpai setakat ini.

“Perahu Sagor adalah tradisi masyarakat Melayu Kedah menggunakan perahu pada abad ke 19 untuk berdagang”.

“Ia diperbuat daripada kayu balak yang tahan lama seperti chengal, bongor, pulai dan merbau dengan dibelah dua kemudian ditebuk dijadikan sebuah perahu untuk kegunaan orang dahulu sebagai salah satu cara pengangkutan jalan air”.

Penduduk yang menjumpai sebarang artifak purba juga dinasihati untuk memaklumkannya kepada pihak berwajib agar ia dapat dijaga dan dipelihara sebagai bahan sejarah untuk tatapan awam.

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Muhamad Muda Bahadin berkata pihaknya akan membawa perahu itu ke Muzium Negeri Kedah untuk proses konservasi selanjutnya.

Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Kedah serta penduduk kampung mengambil inisiatif untuk menyelamatkan perahu sagor untuk proses konservasi dan penyelidikan bagi menentukan tarikh serta usia sebenar perahu berkenaan.

Proses itu difahamkan amat penting bagi menghasilkan penceritaan sebenar mengenai kewujudan perahu sagor selepas ia dipulihkan dan akan dipamerkan untuk tontonan umum.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI