Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) diletupkan oleh dua orang penjenayah, yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang tunai di sebuah kedai serbaneka terletak di Pekan Meru, Klang pada awal pagi 8 Februari.
Kejadian tersebut hanya disedari oleh pekerja kedai serbaneka tersebut sewaktu mahu membuka kedai pada jam 8 pagi.
Kaca pada pintu kedai pada ketika itu pecah, selain mesin ATM telah terbuka dan rosak.
Sukan Star TV – sstv.my/Facebook
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, kejadian tersebut dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi.
Tambahnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu dipercayai dilakukan oleh dua individu yang bertindak memecah masuk kedai serbaneka melalui pintu hadapan.
“Kedua-dua suspek kemudiannya meletupkan mesin ATM di dalam kedai serbaneka berkenaan sebelum melarikan sejumlah wang”.
Walau bagaimanapun, tambahnya, jumlah wang yang dilarikan kedua-dua suspek masih lagi dalam siasatan pihaknya.
Ujarnya lagi, pihak polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, saksi kejadian yang enggan mendedahkan namanya berkata, kejadian itu disedari oleh seorang pekerja yang mahu membuka kedai.
“Ketika kejadian, kedai masih belum beroperasi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan”, dedahnya.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: