28.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 21, 2024
UtamaGaya HidupSeorang lelaki makan kima secara tidak sengaja menemui mutiara bernilai ribuan dolar

Seorang lelaki makan kima secara tidak sengaja menemui mutiara bernilai ribuan dolar

Seorang lelaki dari New Jersey, Amerika Syarikat sedang menikmati hidangan kima di sebuah restoran apabila dia secara tidak sengaja menemui mutiara besar di dalam cangkerangnya, yang dianggarkan bernilai ribuan dolar.

Lelaki itu dan kakitangan kanan restoran berkata ia adalah pertama kali mereka mengalami kejutan dengan kejadian seumpamanya.

Menurut KYW TV, lelaki bernama Michael Spressler dan isterinya pergi menjamu selera di restoran “The Lobster House” Cape May pada 27 Februari.

Facebook

Seperti biasa, pasangan Spressler memesan beberapa kima separuh cangkerang untuk dimakan. Apabila sedang makan yang terakhir, Michael mengambilnya dengan garpu dan memasukkan ke dalam mulutnya. Tiba-tiba terasa berat sedikit, tetapi dia tidak terlalu memikirkannya.

Apabila Michael mula mengunyah, didapatinya terdapat objek asing di dalam mulut. Pada mulanya Michael Spressler menyangka giginya patah, tetapi apabila meluahkan objek asing itu, dia dan isterinya terkejut apabila mendapati objek itu adalah mutiara berukuran 0.35 inci (8.9 milimeter). 

Sudah pasti ia satu kejutan.

Facebook

“Ia seperti pengalaman sekali buat seumur hidup,” kata isteri Micheal Spressler, Maria.

Pasangan itu berkata mereka telah menjamu selera di The Lobster House selama 34 tahun tetapi tidak pernah mendengar ada sesiapa yang menemui mutiara dalam kima.

Sarah Stadnicar, seorang pekerja di restoran The Lobster House, mengesahkan kejadian penemuan mutiara memang jarang berlaku.

“Saya telah bekerja di sini selama 10 tahun. Tidak pernah mendengar sesiapa yang menemui mutiara dalam cangkerang tiram atau kima kami,” kata Sarah.

Gambar Hiasan / Shutterstock

Pasangan Spressler berkata berdasarkan penyelidikan mereka, sebutir mutiara itu bernilai beribu-ribu dolar, tetapi mereka memutuskan untuk menyimpannya.

“Saya mahu membenamkannya ke dalam barang kemas yang bagus, mungkin ikan duyung atau sesuatu yang berkaitan dengan pelayaran,” kata Maria Spressler.

Maria berkata hari kejadian mengingatkan mereka pada hari pertama mereka berkunjung ke restoran itu pada tahun 1987. Jadi, ia adalah hari yang sangat istimewa buat mereka sebagai hari peringatan dengan menyimpan mutiara berharga itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI