25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGlobalKewujudan mumia ikan duyung berusia 300 tahun, pendedahan kuil di Jepun akan...

Kewujudan mumia ikan duyung berusia 300 tahun, pendedahan kuil di Jepun akan dirungkai misterinya oleh saintis

Adakah benar-benar wujud ikan duyung di dunia? Sebuah kuil di Wilayah Okayama, Jepun baru-baru ini mendedahkan kewujudan makhluk aneh dipercayai mumia ikan duyung. 

Menurut rekod di kuil itu, ikan duyung berkenaan telah ditangkap oleh seorang nelayan pada zaman Edo ketika dia pergi ke laut dan ia mempunyai sejarah 300 tahun. 

Mumia ikan duyung ini telah menarik perhatian media Jepun, dan pakar juga telah memutuskan untuk menjalankan kajian penyelidikan untuk merungkai misteri dan mendapatkan wajah sebenar ‘ikan duyung’ itu melalui teknologi moden.

Gambar oleh Kinoshita Hiroshi / Pen News

Menurut laporan media Jepun, mumia ikan duyung itu ditempatkan di sebuah kuil di Bandar Asakuchi, Wilayah Okayama dan mendedahkan ia berusia 300 tahun.

Makhluk misteri menyerupai ikan duyung itu ditemui oleh seorang nelayan di luar Pulau Shikoku, Lautan Pasifik pada sekitar tahun 1736 hingga 1741 ketika pemerintahan zaman Edo dan telah banyak kali bertukar tangan.

Kedua-dua tangan mumia duyung itu berada dalam keadaan memegang wajahnya, selain rambutnya juga masih kelihatan. Terdapat gigi yang tajam, tangan dan kuku serta ekor yang bersisik di bahagian bawah badannya. 

Gambar oleh Kinoshita Hiroshi / Pen News

Sepasukan penyelidik dari Universiti Sains dan Seni Kurashiki telah melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mendedahkan misteri makhluk berkenaan yang disimpan rapi oleh kuil itu.

Pasukan itu yang diketuai oleh Profesor Sains Hayat Hiroshi Takeshi telah melakukan imbasan CT pada 4 Februari, dengan laporan awal akan dikeluarkan pada pertengahan Mac hingga September.

Menurut seorang penyelidik dan ahli sejarah dari Persatuan Cerita Rakyat Okayama, Hiroshi Kinoshita, mumia duyung itu dipercayai berkemungkinan mempunyai kepentingan dari sudut agama.

YouTube

Katanya, selepas dipamerkan untuk masyarakat tempatan selama beberapa dekad, spesimen mumia ikan duyung yang disimpan di dalam kuil itu akhirnya beransur-ansur dilupakan.

Hiroshi Kinoshita berkata sebelum ini seorang ahli sejarah semula jadi terkenal Jepun Sato Kiyoaki secara tidak sengaja menemui rekod makhluk misteri ini, dan kemudian mengesan tempat persembunyiannya, dan ia telah didedahkan kepada dunia, tetapi wajahnya yang sebenar masih kekal misteri.

Cerita legenda rakyat Jepun ada mengatakan, ikan duyung dikatakan mempunyai keabadian dengan masyarakat selama berzaman ada yang mempercayai seseorang yang memakan daging ikan duyung, akan hidup abadi dan tidak akan mati.

Gambar oleh Kinoshita Hiroshi / Pen News

Malahan beberapa legenda di Jepun juga mengatakan terdapat seorang wanita yang memakan daging ikan duyung, dan wanita itu mampu hidup selama 800 tahun.

“Ikan duyung mempunyai legenda keabadian, Masyarakat percaya sekiranya seseorang itu makan daging ikan duyung dia tidak akan mati. Beberapa legenda di Jepun mengatakan terdapat seorang wanita yang memakan daging ikan duyung dan dia mampu hidup selama 800 tahun,” kata Hiroshi Kinoshita.

Terdapat sepucuk surat yang ditinggalkan bersama mumia ikan duyung tersebut, yang ditulis oleh pemilik terdahulu yang menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang berkenaan penemuan makhluk tersebut.

YouTube

“Seekor ikan duyung telah ditangkap menggunakan jala ikan di wilayah Kochi. Nelayan itu menangkapnya dan dia tidak tahu ia adalah seekor ikan duyung, bahkan membawanya ke Osaka untuk dijual sebagai ikan biasa.”

“Nenek moyang saya telah membeli ikan itu dan menyimpannya sebagai khazanah milik keluarga,” isi surat bertarikh tahun 1903 itu berbunyi.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI