26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
UtamaBerita UtamaUnited Airlines mula benarkan pekerja yang tidak mengambil vaksin untuk kembali bekerja

United Airlines mula benarkan pekerja yang tidak mengambil vaksin untuk kembali bekerja

United Airlines merancang untuk membenarkan pekerja yang enggan mendapatkan vaksin Covid-19 kembali bekerja, menurut surat pesanan yang diperoleh The Epoch Times.

Menurut memorandum yang dihantar kepada pekerja pada pagi Khamis lalu mereka yang tidak mendapat vaksin boleh kembali bekerja bermula pada 28 Mac ini.

Kirk Limacher, naib presiden sumber manusia di United, berkata kebenaran itu diberikan disebabkan penurunan kes Covid-19 dan kemasukan ke hospital berkaitan Covid-19 di seluruh negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Banyak negeri dan bandar menarik balik sekatan yang dilakukan, dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. secara mendadak telah memberi kelonggaran ke atas peraturan terhadap penggunaan pelitup muka.

“Perubahan ini menunjukkan bahawa wabak itu mula surut secara ketara. Hasilnya, kami yakin kami boleh memulakan proses mengembalikan pekerja RAP kami ke tempat kerja mereka dengan selamat,” tulis Limacher.

United sebelum ini mewajibkan pengambilan vaksin untuk semua 67,000 pekerjanya di A.S. pada musim luruh 2021. Ia merupakan syarikat penerbangan A.S. pertama yang mengenakan kewajipan seperti itu di seluruh A.S.

Pekerja boleh memohon pengecualian atas alasan agama atau perubatan, tetapi jika permintaan pengecualian sedemikian dianggap munasabah—dikenali sebagai RAP dalam bahasa syarikat—pekerja itu akan diberi cuti tanpa gaji selama-lamanya dan tidak dibenarkan meneruskan pekerjaan mereka. Syarikat itu kemudiannya membenarkan beberapa pekerja yang terlibat untuk bertukar kerja.

Dasar itu mencetuskan tuntutan mahkamah, yang sedang berjalan. Dalam keputusan pada Februari, mahkamah persekutuan berkata peraturan yang dikenakan oleh United adalah “secara aktif memaksa pekerja untuk mengabaikan keyakinan/ kepercayaan mereka.”

United akhirnya memecat lebih 200 pekerja kerana tidak mendapat vaksin.

United enggan menyatakan sama ada pekerja yang dipecat akan ditawarkan pekerjaan mereka kembali atau tidak.

John Sullivan, seorang peguam yang mewakili plaintif dalam kes itu, memberitahu The Epoch Times dalam e-mel: “Kami gembira melihat United megembalikan pekerja kerana mereka sepatutnya tidak pernah diberi cuti tanpa gaji untuk kepercayaan atau kesihatan mereka. Semoga orang ramai mula melihat bahawa hak individu tidak boleh diketepikan walaupun semasa pandemik.”

Limacher berkata pekerja yang meminta pengecualian vaksin akan menerima e-mel pada hari Khamis bersama dengan cara untuk kembali kepada “status aktif”. Mereka juga mungkin akan dipindahkan ke jawatan yang tidak berurusan dengan pelanggan.

“Sudah tentu, jika varian lain muncul atau trend Covid tiba-tiba berubah, kami akan menilai semula protokol keselamatan yang sesuai pada masa itu,” katanya.

Pegawai United itu juga mendakwa dasar vaksinasi berjaya mencegah jangkitan Covid-19 dan kes penyakit yang lebih teruk.

“Pekerja kami yang diberi vaksin berkemungkinan kecil kehilangan nyawa mereka akibat Covid,” katanya, sambil menambah bahawa vaksin terus memberikan “perlindungan tinggi.”

Limacher walau bagaimanapun tidak memberitahu bagaimana tiga vaksin yang mendapat pelepasan kawal selia di Amerika Syarikat telah menunjukkan prestasi yang teruk terhadap jangkitan virus COVID-19 lebih-lebih lagi sejak varian Omicron menjadi dominan di negara itu pada akhir 2021.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI