27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 2, 2025
Utama Blog Laman 182

Menyibuk ketika dua ekor kucing bertikam lidah, gelagat selamba anjing ini buat ramai tetawa

0

Dalam kalangan adik-beradik kita pasti akan ada seorang dua yang ‘gila-gila’ perangainya. Ada sahaja yang mereka lakukan bakal menyakitkan hati. Mereka bukan sahaja suka mengusik tetapi selalu membuat keadaan menjadi huru-hara.

Itu baru bergurau tetapi kalau ada pergaduhan pula kadang-kala keadaan tidak melibatkan mereka tetapi merekalah yang paling menyibuk. Memang geram, tetapi tanpa mereka rumah pasti sunyi dan kita akan berasa tidak lengkap.

Video lucu tiga ekor haiwan ini mungkin akan memberi gambaran lebih jelas tentang keadaan tersebut. Kelihatan dua ekor kucing sedang mula bertikam lidah. Tidak tahu apa yang menyebabkan mereka begitu tetapi nampak gayanya ada sesuatu yang penting melibatkan kedua-dua pihak. Siapa benar, siapa salah hanya mereka yang tahu.

Apa yang lebih menarik perhatian ialah apabila muncul seekor anjing di situ. Kemunculannya bukan sahaja tidak diperlukan tetapi gayanya seperti dia pula yang terlibat sedangkan pergaduhan hanya melibatkan dua ekor kucing.

Si anjing bahkan terus menyibuk berlari-lari di situ seolah-olah dia juga terlibat sama dalam isu yang muncul. Kehadirannya di situ membuatkan kedua-dua kucing yang bergaduh itu terkadang hilang ‘mood’ dan geram melihat gelagatnya yang ‘over’.

Kedua-dua kucing itu kemudian mula tidak mempedulikan anjing tersebut dan terus dengan pergaduhan mereka namun fokus mereka terus diganggu anjing tersebut membuatkan ‘sesi pergaduhan’ tergendala seketika.

Video yang dimuat naik di Facebook itu lah menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat selamba anjing tersebut. Ada yang mengatakan anjing tersebut cuba meleraikan pertikaian yang ada antara kedua-dua ekor kucing itu. Ada juga netizen yang mengatakan anjing tersebut adalah pengadil dalam pergaduhan tersebut.

Tidak kira lah apa yang digaduhkan atau apa peranan anjing itu di situ, video tersebut tetap sangat lucu untuk ditonton. Anda yang sedih pun boleh tertawa melihat kerenah anjing yang sangat ‘busybody’ itu. Macam-macam perangai!

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

7 Cara membelai kucing yang akan membuatkan kucing makin sayang kepada anda

0

Memiliki haiwan peliharaan adalah sesuatu yang lumrah. Buat mereka pencinta haiwan khususnya, memelihara haiwan di rumah seolah-olah satu kewajipan bagi mereka. Jangan kata hanya sejenis haiwan, ada yang memelihara dua hingga tiga spesies haiwan sekaligus di rumah. Walaupun banyak usaha, tenaga dan bajet yang diperlukan tetapi bagi mereka semua itu bukan masalah asalkan haiwan kesayangn mereka mendapatkan yang terbaik.

Antara haiwan yang paling digemari ramai semestinya kucing. Disebabkan sifat semula jadi mereka yang manja dan kadangkala ‘mengada’ itu ditambah lagi dengan kecomelan tahap maksima yang dimiliki membuatkan semua orang boleh jatuh hati melihat mereka. Walaupun banyak kucing yang ramah dan manja ada juga yang agak sombong dan suka membuat hal sendiri. Namun, sebenarnya ada cara untuk buatkan kucing anda jatuh sayang kepada anda.

Berikut adalah tujuh cara bermain dan menyentuh kucing yang boleh anda lakukan kepada kucing anda. Selepas ini pasti mereka akan lebih sayangkan anda!

1. Menggaru dagu

Banyak kucing yang suka dagunya dibelai dan disentuh. Ini kerana kucing biasanya tidak boleh menyentuh dagu mereka, jadi jika anda boleh menyentuh dagu kucing dan menggarunya atau membelainya, ia akan memberikan keselesaan kepada kucing. Mereka akan mengeliat dan berasa sangat gembira.

2. Mengusap kepala

Kepala kucing biasanya sukar dicapai mereka, dan terdapat banyak saraf yang ada di kepala kucing. Jika pemilik haiwan peliharaan sering menyentuh kepala kucing mereka dengan lebih kerap, ia boleh melancarkan peredaran darah kucing dan membantu kucing untuk berehat. Kucing pasti tidak menolak jika tuan mereka mahu mengusap kepala mereka kerana ia adalah sesuatu yang menyeronokkan buat mereka.

3. Mengusap belakang

Apabila anda membelai belakang kucing anda, mereka akan berasa sangat puas dan akan berasa dalam keadaan selamat. Pemilik haiwan boleh membelai belakang kucing, membelai bulu mereka dan bermain dengan menggeletek mereka. Tindakan ini akan membuatkan kucing berasa selesa dan gembira.

Namun begitu, anda perlu berhati-hati untuk tidak membelai kucing itu terlalu lama. Apabila kucing anda mula menggigit anda atau mengibaskan ekornya dengan kerap, kucing cuba memberitahu anda bahawa dia telah menikmati sentuhan kasih sayang itu, dan sudah tiba masnaya untuk anda melepaskannya.

4. Menggosok telinga

Telinga kucing kecil dan agak sensitif, jadi jangan menyentuhnya dengan kuat, anda boleh mengurutnya dengan lembut dan sentuhan lembut itu boleh melegakan keletihan, tekanan dan kebimbangan yang dirasai oleh kucing anda.

5. Bermain dengan cakar kucing

Cakar kucing adalah salah satu bahagiannya yang paling sensitif. Jika kucing anda suka membelai anda dengan cakar mereka ini bermakna kucing itu mempercayai anda. Anda pula perlu berhati-hati supaya kulit anda tidak tercalar ketika bermain.

Apa yang boleh dilakukan ialah dengan memegang kaki kucing dengan lembut dan gerakkannya secara perlahan-lahan dalam bentuk bulatan. Kucing anda pasti akan senang dengannya.

6. Menyentuh perut

Perut adalah bahagian sensitif kucing. Secara umumnya, selepas kucing mula mempercayai anda, mereka akan mengambil inisiatif untuk mendedahkan perut untuk mereka untuk disentuh. Anda boleh mengusap perut kucing secara perlahan. Belaian ini boleh merangsang perut secara berkesan dan menghilangkan senak, tetapi berhati-hati untuk tidak menyentuhnya terlalu lama, jika tidak kucing akan berasa tidak puas selesa.

7. Menggunakan alat permainan

Kini banyak alat mainan kucing yang boleh didapati di kedai-kedai dan pasar raya. Antara alat permainan yang boleh dibeli ialah bola, litar yang menyeronokkan serta rod yang disertakan dengan objek comel di hujungnya. Alat permaian ini membuatkan kucing anda akan menjadi lebih banyak bergerak dan cergas.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan alat urut untuk mengurut kucing anda serta sikat. Sikat boleh menghilangkan bulu yang gugur, dan kucing akan berasa sangat selesa.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kerajaan tangguh kuat kuasa pelitup muka bukan perubatan perlu ada tanda MS SIRIM kepada Januari 2023

0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan. Peraturan terbaharu yang dijadualkan berkuat kuasa mulai 4 Julai 2022 itu kini ditunda kepada 1 Januari 2023.

Dalam satu kenyataan, Menteri Ptaerdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas umum.

“Selepas kita umumkan pewartaan ini, ada (aduan) yang kita terima di mana kegusaran rakyat ialah mereka memikirkan kenaikan harga.”

Katanya lagi, pewartaan tersebut adalah untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan dan peranti rokok elektronik yang dihasilkan dalam negara mahupun diimport mempunyai penandaan MS SIRIM, mematuhi standard dan berkualiti demi keselamatan pengguna. Ini adalah termasuk pelitup muka jenis fabrik, tambahnya.

Alexander juga mengatakan bahawa, langkah untuk mewartakan perkara tersebut telah melalui perbincangan bersama beberapa pihak berkaitan termasuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Technical Barrier to Trade (TBT) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Terdahulu, pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewartakan produk itu berkuat kuasa 5 April lalu.

KPDNHEP dalam kenyataan menyebut bahawa penandaan MS SIRIM hendaklah diperoleh pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, iaitu pihak berkuasa yang dilantik kementerian.

Menurut KPDNHEP, pewartaan itu bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

“Dengan adanya penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.

“Pewartaan ini adalah inisiatif kerajaan prihatin atas semangat Keluarga Malaysia bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.

Jelas KPDNHEP lagi, pihaknya berharap isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti dalam pasaran Malaysia akan dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport.

Pewartaan itu dibuat dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan), di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Menurut kementerian itu, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport. Syarikat yang tidak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.

Bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lelaki naik berang campak balik sampah sarap buang merata ke dalam Myvi dipandu wanita panggilan mesra ‘kutu sampah’ ini

0

Salah satu jenis orang paling dibenci rakyat Malaysia pada hari ini ialah kutu sampah, terutama ketika sampah yang dibuangnya itu telah mengakibatkan sistem perparitan tersumbat dan menyebabkan berlaku banjir kilat yang merata-rata.

Ada apa dalam kepala miring, trend beberapa tahun kebelakangan ini nampaknya kutu sampah suka membuang sampah dengan sesuka hati ke jalanan dari kereta mereka.

Twitter

Orang ramai sangat membenci pemilik kenderaan yang membuang sampah dari kereta mereka, sehingga pada ketika ini, mereka sanggup membantu ‘mengembalikan’ sampah itu kepada pemilik yang sah dengan cara dan aksi mereka yang berkeras tegas! Hendak kata apa pun boleh..

Twitter

Menerusi Twitter @MALAYSIAVIRALL , mereka telah memuat naik dan berkongsi satu video yang memaparkan seorang lelaki yang amat marah telah membuang sampah ke dalam Myvi, selepas pemilik kenderaan itu dipercayai seorang wanita didakwa telah membuat sepah dengan sampah sarap miliknya ke atas jalanan bandar raya yang bersih.

Twitter

Mereka menulis, “Tolong tularkan ini sehingga pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Myvi dengan nombor plat itu. Buang lagi sampah merata-rata, semuanya kan dah dapat balik kat dia.”

Mereka turut memuji lelaki yang naik berang itu kerana meletakkan muka tak malu kutu sampah berada kembali kepada tempatnya.

“Paling terbaik pak cik ni, mesti rasa lega dapat lepaskan geram.”

Twitter

Dalam video itu, lelaki itu yang berbaju-T merah dilihat mengutip sampah yang bersepah, sebelum memarahi wanita itu dan melemparkannya kembali melalui tingkap Myvi yang sedikit terbuka.

Jalan di mana Myvi itu tidak bergerak juga kelihatan dimuntahkan dengan sampah-sarap berselerakan yang jelas milik wanita itu.

Twitter

Orang awam yang lain turut kelihatan berdiri mengelilingi kereta dan berhadapan dengan pemandu Myvi itu. Mereka juga menendang dan mengalihkan sampah sambil mendekati kereta wanita itu untuk menyuruhnya mengutip kembali kesemuanya, sebelum video itu tamat.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Kuala Lumpur memandangkan DBKL telah dirujuk.

Twitter

Video ini telah mendapat perhatian netizen di mana rata-rata mengecam tindakan wanita tidak bertanggungjawab berkenaan sambil memuji cara lelaki itu mengajar kelakuan biadab individu tidak berakal.

“Baru dia akan ada akal, selepas abang tu kutip balik dan buang semula ke dalam keretanya. Anda boleh lihat sekarang semakin teruk orang membuang sampah merata tempat kerana orang macam ni boleh fikir main buang je..”

Diharapkan semua orang bersikap prihatin dan berhentilah dengan tabiat mementingkan diri anda ketika membuang sampah merata-rata, dan mulalah berfikir untuk menjaga alam sekitar. Jumlah banjir yang perlu kita hadapi hari ini dan tahun-tahun mendatang telah semakin tidak masuk akal.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Polis Bantuan Singapura kini disertai Unit F-9 dengan kucing sebagai pegawai

0

Polis Bantuan Aetos Holdings di Singapura baru-baru ini melancarkan Unit Kucing, dikenali sebagai F-9 untuk menambah kepakaran dalam pasukan. 

Jika anda biasa atau pernah mendengar unit K-9 polis dengan anjing yang diketengahkan sebagai ‘pegawai’, kucing juga kini boleh menyertai keseronokan menjadi ‘pegawai’ yang bertugas demi negara.

Facebook

Jadi, sejauh mana keberkesanannya? Menurut laporan, kucing ini dilatih untuk meronda, menghidu juga menghalang atau mencegah sebarang ancaman.

Pegawai kucing yang dinamakan Gargar, menurut laman Facebook Aetos Holdings, telah disediakan dengan latihan dan kelengkapan kemahiran melompat yang luar biasa, berpersonaliti pemarah dan perengus serta mempunyai sembilan nyawa dalam pertaruhan.

Adakah mereka lebih baik daripada anjing? Dikatakan kucing lebih sensitif terhadap bau dan mempunyai keupayaan yang jauh lebih baik untuk membezakan antara pelbagai jenis bau.

Facebook

“Ini bermakna mereka boleh mencari apa-apa sahaja bau daripada kanser kepada batuk kering sehingga kepada bahan letupan dan manusia,” kata mereka di Facebook.

Menambah soalan sama ada kucing itu telah ‘bersedia untuk misi’, tekaan ramai adalah Gargar mempunyai perjalanan yang masih jauh, memandangkan terutamanya apabila dia diminta untuk duduk diam dan bersopan ketika sesi fotografi rasmi, tetapi tengoklah sahaja ‘pose’ itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kajian Indeks Kebahagiaan 2021: Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis negeri paling bahagia di Malaysia

0

Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 untuk bandar-bandar di Malaysia telah mendedahkan Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis adalah bandar paling bahagia dan gembira di Malaysia. 

Dikongsi oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), ketiga-tiga negeri itu mendapat skor melebihi 80 peratus dalam kajian bagi bandar di Malaysia.

PLANMalaysia/Facebook

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr Razali Ab Malik mengulas pencapaian itu sambil berkata pembangunan setiap bandar di negeri itu dilaksanakan berdasarkan kekuatan dan keupayaan masing-masing. Tambahan pula, ia dibangunkan berdasarkan tiga teras di bawah Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045, lapor BERNAMA.

“Tiga teras tersebut adalah membangunkan daerah Seremban dan Port Dickson melalui ‘Malaysia Vision Valley 2.0’ menjadi bandar metropolis yang berdaya saing, inklusif dan bersih,” jelas Dr Razali.

“Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jempol akan diperkasakan sebagai pembangunan agropolis yang menerapkan elemen pertanian dan Jelebu sebagai kawasan biodiversiti yang menerapkan pemeliharaan sumber semula jadi,” tambahnya.

Dengan populasi 1.2 juta, tujuh daerah di Negeri Sembilan memperoleh markah penuh dengan Tampin dinamakan antara 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia dengan skor markah tertinggi 99.5% dan diikuti:

  • Jelebu (97.85%)
  • Jempol (89.07%)
  • Kuala Pilah (88.39%)
  • Port Dickson (85.76%)
  • Seremban (83.60%)
  • Rembau (81.91%)

Manakala di Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperoleh markah 91.97 peratus. MBMB berkata, pihaknya telah merangka pelbagai strategi dan menjalankan usaha bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan kepada masyarakat bagi memastikan negeri Melaka terus mencapai status Bahagia.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, ia merangkumi perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti menyediakan infrastruktur yang baik, mengambil tindakan segera terhadap aduan atau masalah disamping melaksanakan projek pengindahan kawasan sekitar.

Selain MBMB, tiga lagi PBT yang mendapat markah tertinggi ialah:

  • Majlis Perbandaran Alor Gajah (98.17%)
  • Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (89.40%)
  • Majlis Perbandaran Jasin (85.48%).
PLANMalaysia/Facebook

Sementara itu di Perlis, EXCO Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baharu, Asmaiza Ahmad menyifatkan walaupun hanya mempunyai penduduk lebih 254,000 orang, Perlis mempunyai kemudahan dan prasarana yang setanding dengan negeri lain.

Beliau turut menghuraikan cadangan projek ‘Perlis Inland Port’ (PIP) akan memberi nafas baharu kepada Perlis dalam menyokong pembangunan kawasan sekitar lain di negeri itu. Asmaiza juga menambah Majlis Perbandaran Kangar mencatatkan markah 80.02 peratus dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021.

PLANMalaysia menyenaraikan 80 daripada 114 PBT di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Pemarkahan indeks bahagia diberikan berdasarkan beberapa aspek termasuk kualiti perkhidmatan PBT seperti kebersihan alam sekitar, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lelaki disyaki kurang siuman diberkas polis selepas menceroboh tadika

0

KUALA LANGAT: Seorang lelaki disyaki kurang siuman diberkas polis selepas menceroboh sebuah tadika di Teluk Panglima Garang pada 03 April lalu, jam 10.30 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd.Nor@Saleh, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada guru wanita tadika berkenaan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.50 pagi, 01 April lalu.

Menurut guru wanita yang berusia 38 tahun itu, seorang lelaki warga asing telah menceroboh masuk ke dalam tadika dengan alasan mahu memberikan roti kepada anaknya. Guru tadika itu pada awalnya memaklumkan bahawa ibu bapa tidak dibenarkan masuk. Namun, lelaki tersebut tidak mengendahkannya malah bertindak merampas topi keledar pelajar yang dipegang oleh guru, seterusnya meluru masuk ke dalam kelas.

“Beberapa bapa kepada anak-anak di tadika tersebut yang menyedari kejadian itu telah bertindak menangkap suspek. Namun melepaskan kembali selepas menyedari suspek tidak siuman,” kata Ahmad Ridhwan.

Hasil siasatan mendapati suspek yang berusia 23 tahun itu tidak mengeluarkan kata-kata ugutan dan tidak mencederakan sesiapa. Jelas Ahmad Ridhwan lagi, pihak tadika juga tidak menerima pelajar warga asing.

Ketika penangkapan dibuat, suspek yang merupakan warga Bangladesh gagal memberikan dokumen pengenalan diri kepada pihak polis. Menerusi siasatan awal, suspek juga disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.

Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan. Mengikut kenyataan media yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuala Langat, suspek ditahan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3000 jika disabit kesalahan.

POLIS DAERAH KUALA LANGAT

Berikut adalah video yang tular di laman sosial Facebook. Rata-rata netizen menyatakan rasa bimbang mereka akan perihal berkenaan. Mereka turut menasihati pihak tadika dan taska agar lebih berwaspada seperti memastikan pintu pagar sentiasa dikunci.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 untuk penjawat awam

0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.

Ismail Sabri Yaakob

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kakitangan di bawah Skim Kontrak Perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP juga akan mendapat bantuan khas tersebut. Manakala, bagi pesara pula, masing-masing akan mendapat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini sebanyak RM250.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak RM923 juta telah diperuntukkan untuk Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini yang mana akan memberi manfaat kepada lebih dua juta penjawat awam dan pesara.

Dengan mengumumkan lebih awal pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini, Ismail Sabri berkata tindakan tersebut adalah atas dasar keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat peracangan dan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.

Katanya lagi, “pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.”

BH ONLINE

Tambah Ismail Sabri lagi, kerajaan berharap, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung penjawat awam dan pesara malah menjadi pemangkin bagi mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik ke KLIA akibat masalah teknikal

0

SEPANG: Beberapa penumpang ‘terlambung’ di tempat duduk mereka, ketika penerbangan Malaysia Airlines ke Tawau tiba-tiba ‘menjunam’ 7,000 kaki.

NST

Pemandu pesawat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran pesawat MH2664 yang dijadualkan berlepas ke Tawau, Sabah itu mengalami masalah teknikal. Tambahan pula, ketika kejadian berlaku, cuaca buruk menyukarkan pengedalian pesawat pada tahap yang lebih baik.

Menerusi catatan salah seorang penumpang pesawat MH2664 itu Halimah Nasoha, pesawat model Boeing 737-800 yang berlepas dari KLIA pada jam 2.30 petang tersebut melakukan ‘junaman tajam’, kira-kira 30 minit selepas berlepas. Katanya lagi, penerbangan tersebut menjunam dari ketinggian 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam masa beberapa saat, berdasarkan pemeriksaannya pada aplikasi Radar Penerbangan.

Halimah menceritakan detik-detik cemas yang berlaku di mana dia ‘terlambung’ di tempat duduknya kerana tidak memakai tali pinggang keledar. Ini kerana ketika kejadian berlaku, tanda tali pinggang keledar tidak bernyala.

“Pesawat itu tidak stabil selama kira-kira 10 minit dan melakukan junaman sekali lagi tetapi tidak seteruk junaman pertama,” kata Halimah. Katanya lagi, beberapa penumpang menjerit dan menangis kerana takut akan ancaman terhadap nyawa mereka.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh MAS, pemandu pesawat membuat keputusan berpatah balik sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan penumpang. Katanya, “Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 03 April 2022 melakukan penerbangan pusing balik disebabkan masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan.” Katanya lagi, pesawat terbabit selamat mendarat di KLIA pada jam 5.03 petang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Mengejutkan! Selepas 3 tahun di dalam tanah, beg plastik terbiodegradasi masih utuh

0

Beg plastik terbiodegradasi masih utuh dan boleh membawa belian biarpun selepas tiga tahun ditinggalkan di kawasan semula jadi. Lima jenis beg plastik yang ditemui di kedai-kedai United Kingdom diuji untuk melihat apakah yang terjadi terhadap plastik-plastik itu jika dibiarkan bersepah di persekitaran semula jadi. Kesemua beg plastik tersebut hancur menjadi serpihan selepas terdedah kepada udara selama sembilan bulan. Namun, selepas tiga tahun di dalam tanah atau laut, didapati tiga jenis beg plastik masih utuh termasuklah beg plastik terbiodegradasi.

Lanjutan daripada penemuan itu, beg kompos didapati lebih mesra alam sekitar, sekurang-kurangnya di dalam laut. Selepas tiga bulan berada di dalam persekitaran marin, mereka telah ‘lenyap’ tetapi masih boleh ditemui di dalam tanah 27 bulan kemudian.

Saintis di Universiti Plymouth menguji tiga jenis bahan pada selang masa yang sama untuk melihat bagaimana bahan-bahan tersebut terurai. Menurut mereka, kajian tersebut menimbulkan tanda tanya mengenai produk terbiodegradasi yang dipasarkan kepada pengguna sebagai alternatif kepada plastik tidak boleh dikitar semula.

“Untuk beg plastik terbiodegradasi yang mampu melakukannya sungguh mengejutkan,” kata Imogen Napper yang mengetuai kajian itu.

“Apabila anda melihat sesuatu dilabel dengan cara itu, saya fikir anda secara automatik menganggap ia akan merosot lebih cepat daripada beg konvensional.”

“Tetapi selepas tiga tahun sekurang-kurangnya, penyelidikan kami menunjukkan bahawa itu mungkin tidak berlaku.”

Menurut Richard Thompson, ahli biologi marin Britain yang mempunyai kerjaya dalam kajian sisa plastik, mereka benar-benar terkejut selepas mendapati beg plastik yang dilabelkan terbiodegradasi bukan sahaja utuh tetapi boleh membawa hampir 2.3 kilogram barangan runcit.

Jika sesuatu itu diperbuat daripada bahan terbiodegradasi, ia boleh diuraikan oleh organisma hidup seperti bakteria dan kulat.

Lihat sebiji buah yang dibiarkan di atas rumput, berikan masa kepadanya dan ia akan lenyap sepenuhnya. Fakta sebenar menunjukkan buah tersebut “dihadam” oleh mikroorganisma.

Perkara tersebut berlaku terhadap bahan semula jadi tanpa sebarang campur tangan manusia yang meletakkan syarat seperti suhu dan ketersediaan oksigen.

Pengkomposan (rujukan PRPM: pemecahan jirim organik oleh mikroorganisma, secara yang terkawal. Proses ini melibatkan penguraian bahan buangan pejal menjadi hasil yang stabil untuk digunakan dalam pertanian) juga mengalami perihal yang sama tetapi ia dikawal oleh manusia untuk mempercepatkan proses tersebut.

Beg plastik boleh kompos Koperasi adalah untuk sisa makanan dan dikelaskan sebagai kompos, beg itu perlu diuraikan dalam tempoh 12 minggu di bawah keadaan tertentu.

PEXELS

Para saintis di Plymouth juga telah mempersoalkan betapa efektifnya bahan terbiodegradasi sebagai solusi jangka panjang kepada masalah plastik sekali guna.

“Penyelidikan ini menimbulkan sejumlah persoalan tentang apa yang dijangkakan oleh orang awam apabila mereka melihat sesuatu yang dilabel sebagai terbiodegradasi”

“Di sini kami menunjukkan bahawa bahan yang dikaji tidak memberikan sebarang kelebihan yang konsisten, boleh dipercayai dan relevan dalam konteks sampah marin.

“Ia membimbangkan saya bahawa bahan novel juga memberi cabaran dalam proses kitar semula,” kata Profesor Richard Thompson, ketua ccc.

Dalam kajian itu, para saintis memetik satu laporan Suruhanjaya Eropah 2013 yang mencadangkan sekitar 100 bilion beg plastik dikeluarkan setiap tahun.

Sejak itu, pelbagai kerajaan, termasuk United Kingdom telah memperkenalkan langkah seperti bayaran untuk mengurangkan jumlah plastik yang telah digunakan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: