Dalam kalangan anda ada yang pernah melihat dua ekor biawak berpelukan bukan? Maka bertanyalah di dalam hati mengapa?
Tambah sekarang musim bunga, hati semua orang berbunga, dan sempadan negara sudah dibuka jadi semua orang boleh mula melepas rindu bertemu orang tersayang yang lama terpisah jauh di perantauan.
Jadi, apabila melihat biawak berpelukan macam boleh kait pula dengan situasi manusia melepas rindu dan berkasih sayang. Rasanya bukan macam itu ikut andaian kita.
Baru-baru ini, satu pemandangan pagi jarang berlaku berjaya dirakam yang memaparkan dua ekor biawak gergasi sepanjang 6 kaki berpelukan antara satu sama lain, yang dilihat di tepi tasik di tengah laluan mendaki di Stadium Likas, Kota Kinabalu di Sabah.
Pada masa itu, dua ekor biawak muncul di atas rumput di sebelah tasik dan kemudian tiba-tiba berdiri seperti manusia dan berpelukan antara satu sama lain.
Detik yang jarang berlaku ini segera dirakam oleh Candy Chung, seorang warga ‘morning walk’ yang biasa bersenam pada waktu pagi hari di kawasan rekreasi itu.
Dengan menggunakan telefon pintarnya, Candy mengambil video aksi biawak berpeluk tak lepas itu dan berkongsi adegan jarang dilihat bersama para netizen.
Lama juga dua ekor biawak itu berpelukan tidak melepaskan dakapan satu sama lain, macam melepas rindu dan berkasih sayang. Tambah tepi tasik macam pertemuan di lokasi romantik ala-ala K-drama gitu, pagi-pagi lagi dalam suasana indah.
Rupanya kalau anda hendak tahu, dua ekor biawak itu berpelukan ada makna, yang bukan bersifat romantik dan menyentuh hati.
Menurut seorang ahli zoologi Dr Evy Ayu Arida dari Herpetofauna Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) kepada Kompas, sekiranya anda terlihat dua ekor biawak sedang berpelukan, sebenarnya mereka adalah dua ekor biawak jantan yang sedang bertarung beradu kekuatan.
“Jadi sebenarnya biawak-biawak jantan meninggikan badan dan saling beradu otot dada. Sehingga bila beradu kekuatan tetapi belum selesai mungkin sedang keletihan, secara teknikal mereka dianggap masih bertarung,” jelas Dr Evy.
Sekiranya tiada yang kalah dalam pertarungan itu, kedua-dua biawak jantan tidak akan berganjak dari tempat mereka. Kira macam dalam tengah bergusti olahraga atau WWF/WWE/WWC kot.
Menurut Dr Evy, pertarungan biawak biasanya dilakukan untuk mempertahankan kawasan atau perebutan biawak betina.
Tonton video di sini.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: