KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kakitangan di bawah Skim Kontrak Perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP juga akan mendapat bantuan khas tersebut. Manakala, bagi pesara pula, masing-masing akan mendapat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini sebanyak RM250.
“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebanyak RM923 juta telah diperuntukkan untuk Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini yang mana akan memberi manfaat kepada lebih dua juta penjawat awam dan pesara.
Dengan mengumumkan lebih awal pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini, Ismail Sabri berkata tindakan tersebut adalah atas dasar keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat peracangan dan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Katanya lagi, “pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.”

Tambah Ismail Sabri lagi, kerajaan berharap, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung penjawat awam dan pesara malah menjadi pemangkin bagi mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: