34.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGlobal‘Saya tiada makanan!’ Penduduk Shanghai protes arahan 'lockdown' ketika Covid-19 memuncak

‘Saya tiada makanan!’ Penduduk Shanghai protes arahan ‘lockdown’ ketika Covid-19 memuncak

Umum mengetahui bahawa banyak bandar di China kini ditutup semula ekoran jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat. Ekoran penutupan tersebut, penduduk di Shanghai melakukan protes memandangkan berlakunya kekurangan bekalan makanan ketika penutupan bandar terkaya di China itu yang kini sudah memasuki minggu ketiga.

Dalam rakaman sebuah video, berpuluh-puluh penduduk berdiri di belakang pintu pagar komuniti kediaman Kangting sambil menjerit, “Beri [kami] bekalan komuniti Kangting, berikan [kami] bekalan!” Dua kenderaan polis, dengan lampu merahnya berkelip, berada di luar pintu pagar dalam rakaman itu.

Satu lagi video menunjukkan penduduk di kawasan kejiranan Kangting bergelut dengan sekumpulan orang berpakaian hazmat yang dikatakan polis.

“Saya tiada makanan! Apa yang anda akan lakukan [kepadasaya]” seorang lelaki menjerit kepada orang yang memakai sut pelindung putih, kemudian adegan orang menjerit “kami mahu bekalan” dari tingkap dan balkoni pangsapuri bertingkat juga kelihatan.

Video-video ini, yang telah disebarkan secara meluas di Weibo seperti Twitter China, dilaporkan telah dirakam dalam komuniti Kangting di bandar Jiuting di daerah Songjiang Shanghai pada malam 8 April lalu. Polis juga dikatakan telah melepaskan tembakan ke langit untuk mengenhentikan protes.

Orang ramai di sana telah dikurung di rumah mereka sejak 1 April, menurut notis rasmi daripada akaun Wechat rasmi bandar Jiuting dan kenyataan penduduk tempatan.

Apabila The Epoch Times menghubungi Balai Polis Bandar Jiuting mengenai protes tersebut, seorang pegawai polis yang tidak dikenali berkata mereka “sudah tahu” apa yang berlaku dalam video itu dan terdapat pegawai polis di tempat kejadian untuk menanganinya.

Pegawai itu walau bagaiamanapun enggan menjawab sama ada polis melepaskan tembakan. “Biar saya beritahu anda, kami sudah tahu [adegan dalam rakaman]. Apa yang anda perlu lakukan ialah ‘tidak mempercayai khabar angin atau menyebarkan khabar angin'”, kata polis kepada The Epoch Times pada 9 April.

Kekurangan bekalan makanan

Kekecewaan dan kemarahan orang ramai semakin meningkat terhadap dasar sifar COVID kerana kawalan yang berpanjangan menyebabkan mereka bergelut untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian.

Shanghai pada mulanya dijanjikan untuk ditutup hanya selama lapan hari bermula pada 28 Mac untuk mengekang penularan varian Omicron yang bergerak pantas, sementara ujian berperingkat dijalankan. Sekatan itu walau bagaimanapun telah dilanjutkan apabila jangkitan terus meningkat, menyebabkan ramai yang tidak bersedia untuk menghadapinya.

Walaupun pegawai bandar itu berulang kali memberi jaminan kepada penduduk bahawa mereka akan menyediakan bekalan harian, ramai yang mengadu bungkusan makanan yang dijanjikan pihak kerajaan tidak dihantar.

“Bukan hanya Komuniti Kangting, [penduduk di] beberapa komuniti lain juga telah melakukan bantahan malam tadi,” kata seorang wanita dari kejiranan lain di Tangting di bandar Jiuting dalam temu bual telefon dengan The Epoch Times pada hari Sabtu.

Orang ramai tidak berpuas hati dengan kekurangan makanan dan tidak boleh mendapatkan bantuan daripada komuniti kediaman walaupun membuat panggilan berulang kali, kata wanita bermana Li.

Li berkata dia hanya membeli barangan runcit selama seminggu kerana pihak berkuasa menjanjikan penutupan selama empat hari. Makanan kehabisan dan dia juga tidak boleh melakukan pesanan menggunakan aplikasi penghantaran barangan runcit.

“[Saya] benar-benar tidak boleh mendapatkan apa-apa makanan, walaupun daun bawang,” kata Li. Sebagai seorang wanita hamil, dia berkata satu-satunya keinginannya adalah untuk makan sendiri, walaupun dia berada di bawah tekanan untuk membayar sewa semasa penutupan dilakukan kerajaan.

Seorang lagi penduduk di bandar Jiuting, yang dikenali sebagai Sheng, berkata vendor berhenti menghantar pesanan pada 8 April.

‘Lockdown’

Penguatkuasa di Shanghai telah mengenakan sekatan bertujuan untuk menguji, mengesan dan melakukan kuarantin secara berpusat untuk mereka yang disahkan positif bagi membendung penyebaran virus PKC (Parti Komunis China).

Walaupun langkah yang ketat dijalankan, Shanghai melaporkan sebanyak 26,087 kes lagi pada hari Isnin. Kira-kira 96 ​​peratus orang yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala. Penduduk dan pakar, bagaimanapun, mencadangkan wabak itu mungkin lebih teruk daripada apa yang didedahkan secara rasmi, disebabkan amalan rejim itu yang sering menutup maklumat yang dianggap membahayakan imejnya.

Pada hari Isnin, penguatkuasa bandar membahagikan bandar itu kepada lebih 7,000 kawasan dan membahagikan kediaman kepada tiga kategori risiko. Orang ramai hanya akan dibenarkan keluar dari rumah mereka hanya jika tiada kes positif dilaporkan di kawasan kejiranan mereka dalam tempoh dua minggu.

Tetapi kelonggaran yang diberikan adalah terhad. Orang ramai masih perlu mengurangkan pergerakan yang tidak perlu dan tidak boleh meninggalkan tempat tinggal. Penguatkuasa di bandar Gu Honghui berkata pada taklimat akhbar bahawa kawasan kejiranan akan ditutup semula jika terdapat satu kes dilaporkan.

Pengumuman itu dibuat ketika metropolis Guangzhou mengetatkan sekatan perjalanan dan mengumumkan ujian besar-besaran ke atas 18 juta penduduknya selepas merekodkan beberapa kes.

Pada 5 April, penganalisis di Nomura menganggarkan bahawa sejumlah 23 bandar berada dalam penutupan separa atau keseluruhan. Bandar-bandar ini, dengan gabungan populasi 193 juta orang, menyumbang kepada 22 peratus daripada KDNK negara, kata Nomura dalam satu ucapan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI