26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupKanak-kanak lelaki ralit main lopak air dalam pakaian sekolah

Kanak-kanak lelaki ralit main lopak air dalam pakaian sekolah

Cuaca sekarang tidak menentu. Kadang-kadang pada waktu pagi panas, waktu tengah hari hujan lebat. Mak-mak di rumah pun sekejap-sekejap meninjau ke luar, bimbang tidak sedar hujan turun tidak sempat pula untuk mengangkat jemuran di ampaian. Itu cerita mak-mak di rumah, cerita anak-anak lain pula. Seperti video yang tular baru-baru ini, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang ralit bermain lopak air dalam pakaian sekolah.

Melihatkan kanak-kanak lelaki yang berani bertindak sedemikian, pasti menguji kesabaran si ibu bapa bukan? Tetapi nampaknya kanak-kanak lelaki ini seolah-olah tidak peduli akan apa yang bakal terjadi kepadanya jika ibu bapanya tahu. Baginya bermain lopak air sebegitu lebih penting daripada segalanya. Buktinya, apabila si kakak cuba mengajaknya berhenti bermain lopak air itu, kanak-kanak lelaki tersebut tidak mengendahkannya.

Seperti sedang melepaskan ‘gian’ (rujukan PRPM: sangat ingin akan sesuatu atau ingin membuat sesuatu) untuk bermain air, kanak-kanak lelaki yang lengkap berpakaian sekolah ini terus berenang dalam lopak air dengan gembiranya! Si kakak pula seolah-olah sudah buntu untuk memujuk adiknya itu agar berhenti bermain di lopak air. Baju kanak-kanak lelaki itu sudah basuh kuyup, namun tidak sedikit pun membuatkannya untuk berhenti bermain lopak air. Pasti kesabaran si ibu bapa teruji saat melihat baju anak yang sudah basah kuyup dan kotor itu. Hendak marah pun sudah terlambat.

Ramai netizen di media sosial tertawa melihat tindakan berani kanak-kanak lelaki itu. Ada yang mengatakan bahawa mereka juga pernah melalui pengalaman yang lebih kurang sama seperti itu ketika waktu persekolahan dahulu. Tidak kurang juga yang berkongsi tentang ‘habuan’ yang mereka dapat daripada ibu bapa sekembalinya dari sekolah selepas seronok bermain lopak air, lumpur, tangkap anak ikan puyu dan sebagainya. Ada juga yang melahirkan rasa kasihan kepada si kakak, kerana menurut mereka selalunya jika si adik berbuat salah, si kakak pun turut dimarahi ibu bapa. Semoga mereka berdua tidak dimarahi ibu bapa mereka.

Rupa-rupanya bukan kisah kanak-kanak lelaki ini sahaja yang bakal menguji kesabaran ibu bapa tetapi ada kisah lain yang hampir serupa berlaku beberapa tahun dahulu. Dikatakan gara-gara si ibu belum menunaikan hasrat untuk membawa anaknya pergi mandi kolam di rumah saudara, si anak telah bertindak terlebih dahulu dengan terjun ke dalam lopak air di padang sekolah!

Pada waktu itu hujan lebat baharu sahaja berhenti. Cikgu Rozita sedang berkemas di pejabatnya sambil menunggu anaknya yang dipanggil Imam, datang ke pejabatnya selepas habis waktu persekolahan untuk pulang bersama. Namun, pada hari itu Cikgu Rozita begitu pelik, anak yang dinantikan tidak kunjung tiba. Tidak lama kemudian, rakan gurunya memberitahu bahawa anaknya itu sedang bermain air. Pada fikiran Cikgu Rozita tidak mengapalah sesekali bermain hujan, asalkan anaknya itu bahagia. Tetapi, sebaik sahaja dia keluar dari pejabatnya, Cikgu Rozita begitu terkejut melihat anaknya yang sedang asyik berenang di dalam lopak air di padang sekolah. Cikgu Rozita bertambah terkejut apabila mendapati ramai murid yang bersorak memberi sokongan kepada anaknya itu!

Cikgu Rozita menghampiri kerumunan murid-murid yang menyaksikan temasya lopak air anaknya itu. Masing-masing diam seribu bahasa. Tanpa berkata apa-apa, Cikgu Rozita hanya membiarkan anaknya bermain lopak air kerana berasa kasihan dengan anaknya itu. Selepas disoal selidik, rupa-rupanya Imam ingin melunaskan hasrat hatinya untuk bermain air yang belum ditunaikan oleh ibunya.

Anak ini kadang-kadang panjang akalnya sampai ibu bapa pun tidak dapat menduga. Namun, dalam apa keadaan sekalipun, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI