Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan kerak botol susu. Namun, rupa-rupanya tanpa menggunakan bahan berkimia, botol susu dapat dibersihkan. Jom lihat cara hilangkan kerak botol susu dengan tiga bahan sahaja yang dikongsikan oleh Fitriah Azman di Facebook.
Menurut Fitriah, botol susu anaknya sering hilang. Namun tidak lama kemudian dia menjumpai semula botol susu tersebut. Tetapi kerak susu sudah tebal di dinding botol susu. Hendak dibuang sayang kerana menurut Fitriah, dia baru sahaja membeli botol susu tersebut.
Lalu Fitriah cuba untuk menghilangkan kerak botol susu dengan tiga bahan sahaja.
Bahan-bahan:
Beras.
Garam.
Air panas.
Cara-caranya ialah:
Masukkan beras ke dalam botol.
Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras itu.
Tutup botol dengan penutupnya.
Goncangkan botol tersebut. Kerak-kerak susu akan mula terpisah daripada dinding botol susu.
Teruskan menggoncang botol susu tersebut sehingga semua kerak susu tertanggal.
Bilas botol susu dengan air bersih.
Menurut Fitriah, selepas itu, ulang langkah yang sama dengan menggunakan garam pula. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, dia menggunakan berus botol susu dan menggosoknya pada dinding botol susu.
Bagi puting botol susu pula, Fitriah memberitahu dia memasukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Kemudian dia menggeserkan permukaan puting tersebut pada beras.
Fitriah walau bagaimanapun tidak menolak penggunaan sabun pencuci untuk membersihkan botol susu. Dia malah mengingatkan untuk membilas botol susu dengan lebih teliti sekiranya menggunakan sabun pencuci agar anak tidak mudah sakit perut.
Panduan ini memang menarik kerana bukan sahaja bahannya mudah didapati malah caranya juga mudah. Yang lebih penting ialah, cara hilangkan kerak botol susu dengan tiga bahan itu berkesan.
Pengawal selia Amerika Syarikat telah mengenakan larangan ke atas peralatan elektronik yang dicipta oleh beberapa syarikat teknologi utama dari China, memetik kebimbangan keselamatan negara.
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) menerima pakai peraturan baharu pada 25 November 2022 yang akan melarang import atau penjualan peralatan komunikasi China yang dianggap menimbulkan risiko yang tidak boleh diterima kepada keselamatan negara.
Peraturan baharu itu akan menghalang peralatan daripada firma telekomunikasi China Huawei dan ZTE daripada diimport atau dijual ke Amerika Syarikat. Perintah itu juga akan melarang peralatan telekomunikasi dan peralatan pengawasan video yang dihasilkan oleh Hytera, Hikvision, dan Dahua, serta anak syarikat atau sekutu syarikat berkenaan.
Logo Huawei (Gambar oleh Marko Djurica/Reuters)
Dengan undian sebulat suara, FCC membuat kesimpulan produk itu menimbulkan “risiko yang tidak boleh diterima kepada keselamatan negara Amerika Syarikat atau sekuriti dan keselamatan warga Amerika Syarikat,” menurut satu kenyataan.
“FCC komited untuk melindungi keselamatan negara dengan memastikan peralatan komunikasi yang tidak boleh dipercayai tidak dibenarkan untuk digunakan dalam sempadan negara kita, dan kami meneruskan kerja itu di sini,” kata Pengerusi Jessica Rosenworcel.
“Peraturan baharu ini merupakan bahagian penting dalam tindakan berterusan kami untuk melindungi rakyat Amerika daripada ancaman keselamatan negara yang melibatkan telekomunikasi,” jelasnya.
Produk daripada syarikat itu tidak akan dibenarkan untuk tujuan import, pemasaran atau penjualan sehingga FCC meluluskan langkah yang diambil oleh syarikat berkenaan untuk membetulkan cara produk mereka mungkin digunakan dengan bertentangan terhadap kepentingan negara.
Kongres mengundi untuk menghalang semua agensi persekutuan daripada membeli produk dari lima syarikat tersenarai pada tahun 2018. Peraturan baharu itu akan dikembangkan dan mengubah suai “Senarai Terlindung” produk larangan FCC untuk menghalang entiti swasta daripada membawa masuk item tersebut ke Amerika Syarikat.
“Hari ini, FCC mengambil langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk melindungi rangkaian komunikasi kami dan mengukuhkan keselamatan negara Amerika Syarikat,” kata Pesuruhjaya FCC Brendan Carr.
“Keputusan sebulat suara kami mewakili buat pertama kali dalam sejarah FCC bahawa kami telah mengundi untuk melarang kelulusan peralatan komunikasi dan elektronik berdasarkan pertimbangan keselamatan negara. Dan kami mengambil tindakan ini dengan sokongan meluas dan bipartisan kepimpinan kongres.”
Perintah itu yang diumumkan pada 25 November akan melaksanakan keperluan daripada Akta Peralatan Selamat 2021, yang ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Joe Biden pada November lalu, kata FCC.
Booth ZTE Corp ketika berlangsung Mobile World Congress (MWC) di Shanghai, China pada 23 Februari 2021. (Gambar oleh Aly Song/Reuters)
Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat semuanya telah mengisytiharkan penggunaan peralatan telekomunikasi Huawei, terutamanya dalam rangkaian 5G, yang didakwa menimbulkan risiko keselamatan negara yang ketara kepada infrastruktur. Pegawai dan pakar Amerika Syarikat juga telah membunyikan penggera bahawa hubungan syarikat dengan Parti Komunis China bermakna produknya boleh digunakan untuk mengintip rakyat Amerika Syarikat atau mengganggu aliran bebas data di seluruh dunia.
“Ini adalah kemuncak usaha bipartisan yang merangkumi pelbagai pentadbiran presiden dan FCC, dan ia akan membantu menjadikan rakyat Amerika Syarikat lebih selamat dengan menghalang kerajaan yang bermusuhan daripada menggunakan eksport teknologi mereka untuk mewujudkan kedudukan dalam rangkaian kami,” kata Pesuruhjaya FCC Nathan Simington.
“Tetapi ketika meraikan kemenangan ini, kita tidak boleh lupa bahawa kerja kita untuk melindungi negara daripada peralatan yang tidak selamat dan tidak boleh dipercayai baru sahaja bermula. Selain mengenakan larangan peralatan daripada syarikat kawalan kerajaan yang tidak boleh dipercayai, seperti yang telah dilakukan di sini, kita juga perlu menangani percambahan peranti yang tidak selamat secara lebih umum,” katanya.
The Epoch Times telah menghubungi firma China yang terbabit untuk mendapatkan komen.
Jika anda akan keluar atau melakukan perjalanan jauh dengan masih mempunyai terlalu banyak makanan di dalam peti sejuk, mungkin perkara ini boleh dilakukan.
Petuanya sangat mudah untuk mengetahui sama ada makanan di dalam peti sejuk masih boleh dimakan atau tidak apabila ia ditinggalkan semasa anda keluar dalam jangka masa yang lama atau melakukan perjalanan di luar kawasan selama beberapa hari atau bulan.
Kadang-kadang, semasa kita tiada di rumah, tiba-tiba rumah terputus bekalan elektrik kerana hujan atau ribut petir, atau bekalan elektrik diputuskan secara berkala, yang sering berlaku dan anda tidak dapat meramalkannya.
Keadaan tidak dijangka ini boleh menyebabkan makanan di dalam peti sejuk mencair, kesegarannya merosot, dan kemudian ia membeku kembali selepas bekalan elektrik kembali pulih.
Untuk mengetahui sama ada makanan disimpan kekal sejuk beku semasa anda berada jauh dari rumah, gunakan petua mudah ini sebelum meninggalkan rumah:
Isikan secawair dan masukkan ke dalam ruang penyejuk beku. Kemudian, selepas air membeku letakkan syiling di bahagian atasnya dan biarkan ia di dalam peti sejuk beku.
Jika selepas pulang ke rumah, anda melihat syiling itu terletak di bahagian dasar gelas atau cawan air, anda harus segera mengeluarkan semua makanan dari dalam peti sejuk. Ini bermakna semasa anda keluar, bekalan elektrik terputus cukup lama sehingga ais mencair keseluruhannya, mengakibatkan ais menjadi air di dalam cawan dan duit syiling itu tenggelam.
Kemudian bekalan elektrik kembali pulih, air membeku seperti sedia kala dan anda mungkin tidak perasan akannya. Walau bagaimanapun, jika syiling masih berada di sisi cawan, makanan di dalam peti sejuk masih selamat untuk dimakan dan digunakan, dan jika syiling berada di tengah cawan, bekalan elektrik terputus agak lama juga, namun makanan masih boleh digunakan.
Ingat bahawa sekiranya anda tidak pasti sama ada makanan itu masih selamat, tinggalkan rasa was-was anda dan boleh buang jika perlu, kerana keadaan kesihatan anda adalah perkara yang lebih penting berbanding makanan itu.
Baru-baru ini, bayi ‘kacak’ dari Thailand yang pernah tular menjadi selebriti internet selepas dia dilahirkan pada penghujung tahun 2017, telah mendapat perhatian media selepas ibunya memuat naik gambar terbaru anaknya itu di Facebook.
Bayi lelaki itu yang dilahirkan pramatang, tetapi dia langsung tidak “berkedut” seperti bayi baru lahir yang lain, telah menunjukkan penampilan dengan sosok wajahnya yang mempesonakan.
Hidungnya mancung, bermata besar dan berkening tebal.. Bakal jejaka tampan asli sejak lahir!
Sehinggakan ramai warganet yang memuji, “Dia bayi pramatang paling kacak di dunia!”
Sambil ada pula yang menyamakan dia bayi “berwajah bintang semula jadi” persis aktor ‘Twilight’ Robert Pattinson.
Dua tahun berlalu dalam sekelip mata, bagaimana rupa bayi kecil dengan “wajah bintang kacak semula jadi” itu? Macam Robert Pattinsonkah?
Baru-baru ini, beberapa media di Thailand menyiarkan beberapa gambar terbaru bayi berkenaan.
Berbanding ketika bayi, tubuh anak kecil itu sudah berisi dan sihat, namun wajahnya tetap kekal kacak, dengan pandangan matanya yang bersinar.
Gambar oleh Paeisa Seng/Facebook
Walaupun kanak-kanak ini dibesarkan di Thailand, dia seperti seorang putera kecil dari istana Eropah.
Gambar oleh Paeisa Seng/Facebook
Terutama pandangan dua mata besar dan bulat penuh sinar bersama senyuman manis, betapa comelnya dia.
Gambar oleh Paeisa Seng/Facebook
Melihat gambar ibu kanak-kanak itu, semua orang kini memahami mengapa dia begitu kacak, kerana peranan genetik itu memang amat penting.
Budak lelaki itu jelas tidak ubah berwajah cantik seperti ibunya, dengan gen yang kuat!
Gambar oleh Paeisa Seng/Facebook
Difahamkan, ibu kanak-kanak lelaki ini sering berkongsi gambar di Facebook miliknya, Paeisa Seng yang menyelitkan kemas kini dan perkembangan terbaru tumbesaran anak kesayangannya itu.
Berkat wajah kacak anak lelakinya, peminat Paeisa semakin bertambah kepada puluhan ribu dalam tempoh dua tahun.
Gambar oleh Paeisa Seng/Facebook
Sudah tentu, ibunya sendiri pun cantik, maka tidak menghairankan dia juga mempunyai ramai peminat.
Mungkin peminat wanita tertarik dengan bayi comel, manakala peminat lelaki tertarik dengan ibunya yang cantik, tetapi paling bertuah sudah tentu suaminya dan bapa kanak-kanak kacak ini.
Cubaan seekor kucing peliharaan untuk menjadi penumpang penerbangan dengan meloloskan dirinya di dalam sebuah bagasi gagal selepas dia ditemui sedang bersembunyi oleh mesin X-ray lapangan terbang.
Beg bagasi itu telah didaftar masuk di Lapangan Terbang JFK di New York City, Amerika Syarikat dan dimasukkan ke dalam mesin X-ray sebelum ditemui oleh Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), menurut Fox 13.
Pemilik bagasi memberitahu pegawai TSA yang oyen itu adalah milik rakan serumahnya dan dia tidak tahu bagaimana kucing itu boleh berada di dalam begnya.
Jurucakap TSA Lisa Farbstein dilaporkan berkata kucing itu dikeluarkan dari beg dan dihantar pulang.
Dalam ciapan Twitter berikutnya, Lisa Farbstein berkongsi mesin X-ray adalah kawan baik baharu kucing oyen itu.
“Itu kerana kucing itu berkemungkinan tidak akan terselamat dalam penerbangan di dalam beg pakaian di tempat kargo kapal terbang,” tulisnya.
Seorang pengguna Instagram yang mengaku sebagai pemilik kucing itu, @alexaugustalex turut berkongsi video kucing itu memanjat masuk ke dalam beg untuk membuktikan yang dia mampu melakukannya.
Fox 13 melaporkan yang kejadian ini bukan pertama kali apabila haiwan hidup ditemui di dalam bagasi.
Pada 2018, seorang pengembara telah ditahan dengan hampir 5,000 lintah di dalam bagasinya, manakala pada 2021, beberapa penumpang telah ditahan kerana cuba menyeludup burung hidup ke negara itu melalui Lapangan Terbang JFK.
Baru-baru ini tular video bapa muda disambut anak kecilnya ketika pulang ke rumah. Melihatkan telatah anaknya itu, seolah-olah penat bekerja semuanya hilang.
Video tersebut telah dirakam dan dimuat naik di TikTok oleh @shuhadaasyikinn selaku ibu kepada kanak-kanak tersebut.
Shuhada Asyikin memuat naik video tersebut sempena hari lahir suaminya yang ke-29 pada 06 November lalu. Menerusi video tersebut, Shuhada Asyikin menitipkan ucapan yang sangat menyentuh jiwa.
Shuhada Asyikin mendoakan agar suaminya itu diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang, serta dimurahkan rezeki. Dia juga mengucapkan terima kasih untuk semua pengorbanan yang telah suaminya lakukan untuk dia dan anaknya, Liam.
Menerusi video satu minit itu, kelihatan kanak-kanak itu segera berlari ke arah pintu setiap kali ayahnya pulang ke rumah. Si ayah pula akan membuka pintu dengan begitu berhati-hati agar anaknya tidak terhantuk pada pintu.
Melihatkan anaknya yang berlari, si ayah mendepangkan tangannya, menyambut anaknya dengan penuh kasih sayang. Jelas terpancar kebahagian anak-beranak tersebut.
Sejak akhir-akhir ini, ramai orang berkongsikan resipi donat manis di media sosial. Terdapat bermacam-macam jenis dan warna donat antaranya ialah donat pandan, donat red velvet, donat ungu dan lain-lain lagi. Namun kali ini, mari pelajari resipi donat ayam, makanan sihat untuk anak yang susah makan sayur.
Resipi dan cara membuat donat ayam di Facebook melalui grup Resep Keluarga ini telah dikongsikan oleh Nanakoot.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Beberapa keping dada ayam yang dipotong besar-besar. (Tidak mengapa kerana akan dikisar kemudian).
Beberapa biji kentang yang sudah direbus.
Brokoli.
Lobak merah.
Tepung roti.
Daun bawang.
Bawang bombay.
Bawang putih.
Garam.
Lada sulah.
Gula.
Kiub daging.
Cara-caranya ialah:
1. Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam mesin pengisar makanan.
2. Kisar bahan-bahan tersebut hingga lumat.
3. Selepas bahan-bahan tersebut siap dikisar, masukkan ke dalam beg piping.
4. Paipkan adunan tersebut dengan membuat bentuk bulat seperti donat.
5. Kemudian, simpan donat ayam tersebut di dalam peti sejuk paling kurang satu jam.
6. Apabila sudah keras, celupkan donat ayam tersebut ke dalam telur dan kemudian salutkannya dengan serbuk roti.
7. Goreng donat tersebut sehingga warnanya bertukar keperang-perangan. Angkat dan toskan minyaknya.
8. Untuk sos kejunya pula, bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Susu segar / penuh krim.
Butter.
Kepingan keju.
Mayonis.
Serbuk bawang putih.
Mustard.
Masak sos tersebut sehingga sebati.
Nah, donat ayam sudah siap. Bolehlah dinikmati dengan sos bawang putih berkeju itu.
Mengenai sukatan bahan-bahan utama, anda boleh sesuaikan mengikut selera anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan sayur-sayuran lain seperti kubis bunga, jagung, cendawan butang dan lain-lain. Jika anda sukakan pedas, tambahkan cili padi atau lada besar.
Hidup di hutan tanpa air dan elektrik sejak 32 tahun lalu, lelaki 56 tahun mengakui dirinya sangat bahagia. Malah ramai orang dari seluruh dunia terinspirasi dengan cara hidup lelaki yang berpenampilan seakan watak “Gandalf” daripada filem “The Lord of the Rings” termasuklah mereka yang dari Taiwan dan Mexico.
Menurut sumber berita luar negara, warganegara Jerman yang bernama Friedmunt Sonnemann itu hidup bersendirian di sebuah rumah yang dibina daripada lumpur. Dia menggunakan kayu api dan air sungai yang berhampirannya untuk minum, memasak, membasuh pakaian dan menghangatkan dirinya.
Selepas Sonnemann memutuskan untuk hidup di hutan belantara pada usia 24 tahun, dia lalu memilih sebuah hutan berhampiran Bernkastel-Kues, Jerman.
Berbekalkan kudrat yang ada, Sonnemann membangunkan tanah seluas empat hektar dengan menanam lebih kurang 100 jenis tumbuhan yang jarang ditemui. Benih-benih tumbuhan tersebut ada yang diperolehnya daripada nenek moyangnya.
Sonnemann dikagumi dalam dunia perkebunan kerana kelebihannya menanam pelbagai jenis tanaman termasuklah herba-herba luar biasa yang jarang ditemui. Dia menanam tumbuh-tumbuhan itu melalui kaedah semula jadi.
Biarpun pada mata orang lain hidup di hutan itu kelihatan serba kekurangan, namun bagi Sonnemann dia tidak sedikit pun rasa kekurangan apa-apa. Ini kerana, menurut Sonnemann, cara hidup seperti itu adalah pilihannya.
Pendirian Sonnemann itu bukan sahaja dihormati malah dikagumi oleh orang ramai. Menariknya dia kini mempunyai lapan orang rakan serumah dari Taiwan, Mexico dan tempat lain yang turut sama membantu menjaga ladangnya.
“Kami bukanlah mengasingkan diri daripada dunia luar terus, cuma dunia luar itu hanyalah pengaruh kecil buat kami,” kata Sonnemann.
Walaupun dia mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanamnya sendiri, Sonnemann berkata dia masih mendapatkan bekalan beras dan mi dengan membelinya dari dunia luar.
Setiap orang ada corak perjalanan hidup masing-masing. Mungkin kurang pada padangan orang lain, tetapi jika diri sendiri rasa bahagia dengan pilihan tersebut, tiada siapa yang boleh mengubahnya.
Semoga Sonnemann dikurniakan kesihatan yang baik disamping terus memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana untuk menjalani kehidupan yang sederhana.
Kemenangan pasukan bola sepak Jepun ke atas Jerman mungkin menyaksikan mereka meraikan malam itu dengan rasa teruja tetapi penyokong Jepun menunjukkan bahawa adab dan sikap terbaik sentiasa tertanam dan didahulukan, tidak kira dalam apa juga keadaan.
Selepas perlawanan, stadium yang biasa dipenuhi pembungkus makanan, botol, tin dan cawan minuman, tetapi tidak akan ditinggalkan oleh ‘Samurai Blue’ untuk membiarkannya dibersihkan oleh orang lain.
Pemain Jepun, bermula segar dengan kemenangan 2-1 ke atas juara empat kali Jerman dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Piala Dunia 2022, hampir tidak meninggalkan padang apabila penyokong Jepun tidak terus berparti apabila mereka, pemain dan penyokong terlebih dahulu mengemas dan membuang sampah di Stadium Antarabangsa Khalifa di Qatar.
Mereka melakukan perkara yang sama pada Piala Dunia di Rusia empat tahun lalu, terutamanya selepas kekalahan 3-2 dengan Belgium pada pusingan 16, dan sekali lagi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 antara tuan rumah Qatar dan Ecuador pada hari Ahad, 20 November, dalam perlawanan yang mereka tidak terlibat.
Di Jepun, kebersihan adalah sebahagian daripada budaya dan dilatih sebagai nilai dalam masyarakat sejak di usia awal kanak-kanak.
Pada 2018, Scott North, seorang profesor sosiologi di Universiti Osaka, memberitahu media BBC, suka mengemas adalah cara orang Jepun “menunjukkan kebanggaan dalam cara hidup mereka”.
“Kemas bersih selepas selesai perlawanan bola sepak adalah lanjutan daripada tingkah laku asas yang diajar di sekolah, di mana kanak-kanak sendiri membersihkan bilik darjah dan lorong sekolah mereka, dan bukan diserahkan kepada tukang cuci,” katanya.
Japanese fans cleaning the stadium after they’ve just shocked the world.
Jepun menentang Costa Rica dalam perlawanan Kumpulan E seterusnya pada Ahad, diikuti Sepanyol pada Khamis.
Tetapi walau apapun yang terjadi seperti mereka tidak memenangi Piala Dunia, penyokong Jepun sudah menjadi pemenang, dengan menunjukkan sikap menjaga kebersihan mereka yang cemerlang.
Selepas Arab Saudi mengejutkan Argentina 2-1, kini tiba giliran Jepun menunjukkan kualiti bola sepak Asia apabila menundukkan pasukan pilihan, Jerman 2-1 dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022.
Jepun mencipta kebangkitan pada separuh masa kedua untuk mendapatkan dua jaringan bagi memadam kelebihan dimiliki Jerman kendalian Hansi Flick ketika separuh masa pertama.
Jerman mendahului aksi babak pertama di Stadium Antarabangsa Khalifa apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-33 selepas penjaga gol, Shuichi Gonda mengasari David Raum.
Jepun juga menyaksikan jaringan penyerangnya, Daizen Maeda dibatalkan sebelum rehat.
Bersambung babak kedua, Jepun menggandakan asakan dan pujian harus diberikan kepada Gonda yang cemerlang menafikan deretan percubaan Jerman.
Kemasukan pemain gantian, Ritsu Doan dan Takuma Asano membawa impak buat Jepun dalam tempoh 15 minit terakhir dengan kedua-dua pemain itu menemui sasaran.
Doan menyamakan kedudukan pada minit ke-75, selepas tepisan penjaga gol Manuel Neuer menuju tepat ke arahnya untuk melepaskan rembatan deras ke dalam gawang Jerman.
What a moment for Japan! Ritsu Dōan, who plays in Germany for Freiburg, grabs the equaliser.🇯🇵 pic.twitter.com/Bsey6XRANM
Kejutan terbesar berjaya dilakar pasukan Jepun apabila Takuma Asano meledak gol kemenangan Jepun lapan minit kemudian iaitu pada minit ke-83, selepas kesilapan yang dibuat pertahanan lawan telah membuka ruang buat pemain itu untuk menambah jaringan.
Ia adalah kekalahan ketiga berturut-turut buat Jerman dalam aksi pembukaan kejohanan utama selepas tewas di tangan Mexico ketika Piala Dunia 2018 dan kepada Perancis di Euro 2020.
Jepun berjaya mengutip tiga mata pertama aksi Kumpulan E dengan perlawanan seterusnya menentang Costa Rica.