Kemenangan pasukan bola sepak Jepun ke atas Jerman mungkin menyaksikan mereka meraikan malam itu dengan rasa teruja tetapi penyokong Jepun menunjukkan bahawa adab dan sikap terbaik sentiasa tertanam dan didahulukan, tidak kira dalam apa juga keadaan.
Selepas perlawanan, stadium yang biasa dipenuhi pembungkus makanan, botol, tin dan cawan minuman, tetapi tidak akan ditinggalkan oleh ‘Samurai Blue’ untuk membiarkannya dibersihkan oleh orang lain.
Pemain Jepun, bermula segar dengan kemenangan 2-1 ke atas juara empat kali Jerman dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Piala Dunia 2022, hampir tidak meninggalkan padang apabila penyokong Jepun tidak terus berparti apabila mereka, pemain dan penyokong terlebih dahulu mengemas dan membuang sampah di Stadium Antarabangsa Khalifa di Qatar.
Mereka melakukan perkara yang sama pada Piala Dunia di Rusia empat tahun lalu, terutamanya selepas kekalahan 3-2 dengan Belgium pada pusingan 16, dan sekali lagi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 antara tuan rumah Qatar dan Ecuador pada hari Ahad, 20 November, dalam perlawanan yang mereka tidak terlibat.
Di Jepun, kebersihan adalah sebahagian daripada budaya dan dilatih sebagai nilai dalam masyarakat sejak di usia awal kanak-kanak.
Pada 2018, Scott North, seorang profesor sosiologi di Universiti Osaka, memberitahu media BBC, suka mengemas adalah cara orang Jepun “menunjukkan kebanggaan dalam cara hidup mereka”.
“Kemas bersih selepas selesai perlawanan bola sepak adalah lanjutan daripada tingkah laku asas yang diajar di sekolah, di mana kanak-kanak sendiri membersihkan bilik darjah dan lorong sekolah mereka, dan bukan diserahkan kepada tukang cuci,” katanya.
Jepun menentang Costa Rica dalam perlawanan Kumpulan E seterusnya pada Ahad, diikuti Sepanyol pada Khamis.
Tetapi walau apapun yang terjadi seperti mereka tidak memenangi Piala Dunia, penyokong Jepun sudah menjadi pemenang, dengan menunjukkan sikap menjaga kebersihan mereka yang cemerlang.
Pilihan Editor: