Sejak akhir-akhir ini, ramai orang berkongsikan resipi donat manis di media sosial. Terdapat bermacam-macam jenis dan warna donat antaranya ialah donat pandan, donat red velvet, donat ungu dan lain-lain lagi. Namun kali ini, mari pelajari resipi donat ayam, makanan sihat untuk anak yang susah makan sayur.
Resipi dan cara membuat donat ayam di Facebook melalui grup Resep Keluarga ini telah dikongsikan oleh Nanakoot.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- Beberapa keping dada ayam yang dipotong besar-besar. (Tidak mengapa kerana akan dikisar kemudian).
- Beberapa biji kentang yang sudah direbus.
- Brokoli.
- Lobak merah.
- Tepung roti.
- Daun bawang.
- Bawang bombay.
- Bawang putih.
- Garam.
- Lada sulah.
- Gula.
- Kiub daging.
Cara-caranya ialah:
1. Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam mesin pengisar makanan.
2. Kisar bahan-bahan tersebut hingga lumat.
3. Selepas bahan-bahan tersebut siap dikisar, masukkan ke dalam beg piping.
4. Paipkan adunan tersebut dengan membuat bentuk bulat seperti donat.
5. Kemudian, simpan donat ayam tersebut di dalam peti sejuk paling kurang satu jam.
6. Apabila sudah keras, celupkan donat ayam tersebut ke dalam telur dan kemudian salutkannya dengan serbuk roti.
7. Goreng donat tersebut sehingga warnanya bertukar keperang-perangan. Angkat dan toskan minyaknya.
8. Untuk sos kejunya pula, bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- Susu segar / penuh krim.
- Butter.
- Kepingan keju.
- Mayonis.
- Serbuk bawang putih.
- Mustard.
Masak sos tersebut sehingga sebati.
Nah, donat ayam sudah siap. Bolehlah dinikmati dengan sos bawang putih berkeju itu.
Mengenai sukatan bahan-bahan utama, anda boleh sesuaikan mengikut selera anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan sayur-sayuran lain seperti kubis bunga, jagung, cendawan butang dan lain-lain. Jika anda sukakan pedas, tambahkan cili padi atau lada besar.
Selamat mencuba!
Pilihan Editor: