32 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGlobalPiala Dunia 2022: Jepun cipta kejutan kalahkan Jerman 2-1

Piala Dunia 2022: Jepun cipta kejutan kalahkan Jerman 2-1

Selepas Arab Saudi mengejutkan Argentina 2-1, kini tiba giliran Jepun menunjukkan kualiti bola sepak Asia apabila menundukkan pasukan pilihan, Jerman 2-1 dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022.

Jepun mencipta kebangkitan pada separuh masa kedua untuk mendapatkan dua jaringan bagi memadam kelebihan dimiliki Jerman kendalian Hansi Flick ketika separuh masa pertama.

Jerman mendahului aksi babak pertama di Stadium Antarabangsa Khalifa apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-33 selepas penjaga gol, Shuichi Gonda mengasari David Raum.

Ilkay Gundogan menyempurnakan sepakan penalti berkenaan.

Juara dunia empat kali itu menambah jaringan menerusi Kai Havertz, tetapi dibatalkan selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesan kedudukan offside.

Jepun juga menyaksikan jaringan penyerangnya, Daizen Maeda dibatalkan sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, Jepun menggandakan asakan dan pujian harus diberikan kepada Gonda yang cemerlang menafikan deretan percubaan Jerman.

Kemasukan pemain gantian, Ritsu Doan dan Takuma Asano membawa impak buat Jepun dalam tempoh 15 minit terakhir dengan kedua-dua pemain itu menemui sasaran.

Doan menyamakan kedudukan pada minit ke-75, selepas tepisan penjaga gol Manuel Neuer menuju tepat ke arahnya untuk melepaskan rembatan deras ke dalam gawang Jerman.

Kejutan terbesar berjaya dilakar pasukan Jepun apabila Takuma Asano meledak gol kemenangan Jepun lapan minit kemudian iaitu pada minit ke-83, selepas kesilapan yang dibuat pertahanan lawan telah membuka ruang buat pemain itu untuk menambah jaringan.

Ia adalah kekalahan ketiga berturut-turut buat Jerman dalam aksi pembukaan kejohanan utama selepas tewas di tangan Mexico ketika Piala Dunia 2018 dan kepada Perancis di Euro 2020.

Jepun berjaya mengutip tiga mata pertama aksi Kumpulan E dengan perlawanan seterusnya menentang Costa Rica.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI