30.2 C
Kuala Lumpur
Monday, July 21, 2025
Utama Blog Laman 126

Oyen menyelinap dalam bagasi gagal ‘terbang bersama’ selepas mesin X-ray lapangan terbang mengesan kelibatnya

0

Cubaan seekor kucing peliharaan untuk menjadi penumpang penerbangan dengan meloloskan dirinya di dalam sebuah bagasi gagal selepas dia ditemui sedang bersembunyi oleh mesin X-ray lapangan terbang.

Beg bagasi itu telah didaftar masuk di Lapangan Terbang JFK di New York City, Amerika Syarikat dan dimasukkan ke dalam mesin X-ray sebelum ditemui oleh Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), menurut Fox 13

Twitter

Pemilik bagasi memberitahu pegawai TSA yang oyen itu adalah milik rakan serumahnya dan dia tidak tahu bagaimana kucing itu boleh berada di dalam begnya.

Jurucakap TSA Lisa Farbstein dilaporkan berkata kucing itu dikeluarkan dari beg dan dihantar pulang.

Dalam ciapan Twitter berikutnya, Lisa Farbstein berkongsi mesin X-ray adalah kawan baik baharu kucing oyen itu.

Twitter

“Itu kerana kucing itu berkemungkinan tidak akan terselamat dalam penerbangan di dalam beg pakaian di tempat kargo kapal terbang,” tulisnya.

Seorang pengguna Instagram yang mengaku sebagai pemilik kucing itu, @alexaugustalex turut berkongsi video kucing itu memanjat masuk ke dalam beg untuk membuktikan yang dia mampu melakukannya.

Twitter

Fox 13 melaporkan yang kejadian ini bukan pertama kali apabila haiwan hidup ditemui di dalam bagasi.

Pada 2018, seorang pengembara telah ditahan dengan hampir 5,000 lintah di dalam bagasinya, manakala pada 2021, beberapa penumpang telah ditahan kerana cuba menyeludup burung hidup ke negara itu melalui Lapangan Terbang JFK.

Pilihan Editor:

Disambut anak kecil ketika pulang ke rumah, bapa muda ini sungguh bertuah

0

Baru-baru ini tular video bapa muda disambut anak kecilnya ketika pulang ke rumah. Melihatkan telatah anaknya itu, seolah-olah penat bekerja semuanya hilang.

Video tersebut telah dirakam dan dimuat naik di TikTok oleh @shuhadaasyikinn selaku ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Shuhada Asyikin memuat naik video tersebut sempena hari lahir suaminya yang ke-29 pada 06 November lalu. Menerusi video tersebut, Shuhada Asyikin menitipkan ucapan yang sangat menyentuh jiwa.

Shuhada Asyikin mendoakan agar suaminya itu diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang, serta dimurahkan rezeki. Dia juga mengucapkan terima kasih untuk semua pengorbanan yang telah suaminya lakukan untuk dia dan anaknya, Liam.

Menerusi video satu minit itu, kelihatan kanak-kanak itu segera berlari ke arah pintu setiap kali ayahnya pulang ke rumah. Si ayah pula akan membuka pintu dengan begitu berhati-hati agar anaknya tidak terhantuk pada pintu.

Melihatkan anaknya yang berlari, si ayah mendepangkan tangannya, menyambut anaknya dengan penuh kasih sayang. Jelas terpancar kebahagian anak-beranak tersebut.

Tonton video penuh di sini.

Pilihan Editor:

Donat ayam, makanan sihat untuk anak yang susah makan sayur

0

Sejak akhir-akhir ini, ramai orang berkongsikan resipi donat manis di media sosial. Terdapat bermacam-macam jenis dan warna donat antaranya ialah donat pandan, donat red velvet, donat ungu dan lain-lain lagi. Namun kali ini, mari pelajari resipi donat ayam, makanan sihat untuk anak yang susah makan sayur.

Resipi dan cara membuat donat ayam di Facebook melalui grup Resep Keluarga ini telah dikongsikan oleh Nanakoot.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • Beberapa keping dada ayam yang dipotong besar-besar. (Tidak mengapa kerana akan dikisar kemudian).
  • Beberapa biji kentang yang sudah direbus.
  • Brokoli.
  • Lobak merah.
  • Tepung roti.
  • Daun bawang.
  • Bawang bombay.
  • Bawang putih.
  • Garam.
  • Lada sulah.
  • Gula.
  • Kiub daging.

Cara-caranya ialah:

1. Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam mesin pengisar makanan.

2. Kisar bahan-bahan tersebut hingga lumat.

3. Selepas bahan-bahan tersebut siap dikisar, masukkan ke dalam beg piping.

4. Paipkan adunan tersebut dengan membuat bentuk bulat seperti donat.

5. Kemudian, simpan donat ayam tersebut di dalam peti sejuk paling kurang satu jam.

6. Apabila sudah keras, celupkan donat ayam tersebut ke dalam telur dan kemudian salutkannya dengan serbuk roti.

7. Goreng donat tersebut sehingga warnanya bertukar keperang-perangan. Angkat dan toskan minyaknya.

8. Untuk sos kejunya pula, bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • Susu segar / penuh krim.
  • Butter.
  • Kepingan keju.
  • Mayonis.
  • Serbuk bawang putih.
  • Mustard.

Masak sos tersebut sehingga sebati.

Nah, donat ayam sudah siap. Bolehlah dinikmati dengan sos bawang putih berkeju itu.

Mengenai sukatan bahan-bahan utama, anda boleh sesuaikan mengikut selera anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan sayur-sayuran lain seperti kubis bunga, jagung, cendawan butang dan lain-lain. Jika anda sukakan pedas, tambahkan cili padi atau lada besar.

Selamat mencuba!

Pilihan Editor:

“Gandalf” 56 tahun ini akui dia sangat bahagia hidup terpencil di hutan selama 32 tahun

0

Hidup di hutan tanpa air dan elektrik sejak 32 tahun lalu, lelaki 56 tahun mengakui dirinya sangat bahagia. Malah ramai orang dari seluruh dunia terinspirasi dengan cara hidup lelaki yang berpenampilan seakan watak “Gandalf” daripada filem “The Lord of the Rings” termasuklah mereka yang dari Taiwan dan Mexico.

newstrier

Menurut sumber berita luar negara, warganegara Jerman yang bernama Friedmunt Sonnemann itu hidup bersendirian di sebuah rumah yang dibina daripada lumpur. Dia menggunakan kayu api dan air sungai yang berhampirannya untuk minum, memasak, membasuh pakaian dan menghangatkan dirinya.

newstrier

Selepas Sonnemann memutuskan untuk hidup di hutan belantara pada usia 24 tahun, dia lalu memilih sebuah hutan berhampiran Bernkastel-Kues, Jerman.

Berbekalkan kudrat yang ada, Sonnemann membangunkan tanah seluas empat hektar dengan menanam lebih kurang 100 jenis tumbuhan yang jarang ditemui. Benih-benih tumbuhan tersebut ada yang diperolehnya daripada nenek moyangnya.

MDR GARDEN

Sonnemann dikagumi dalam dunia perkebunan kerana kelebihannya menanam pelbagai jenis tanaman termasuklah herba-herba luar biasa yang jarang ditemui. Dia menanam tumbuh-tumbuhan itu melalui kaedah semula jadi.

MDR GARDEN

Biarpun pada mata orang lain hidup di hutan itu kelihatan serba kekurangan, namun bagi Sonnemann dia tidak sedikit pun rasa kekurangan apa-apa. Ini kerana, menurut Sonnemann, cara hidup seperti itu adalah pilihannya.

Pendirian Sonnemann itu bukan sahaja dihormati malah dikagumi oleh orang ramai. Menariknya dia kini mempunyai lapan orang rakan serumah dari Taiwan, Mexico dan tempat lain yang turut sama membantu menjaga ladangnya.

newstrier

“Kami bukanlah mengasingkan diri daripada dunia luar terus, cuma dunia luar itu hanyalah pengaruh kecil buat kami,” kata Sonnemann.

Walaupun dia mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanamnya sendiri, Sonnemann berkata dia masih mendapatkan bekalan beras dan mi dengan membelinya dari dunia luar.

MDR GARDEN

Setiap orang ada corak perjalanan hidup masing-masing. Mungkin kurang pada padangan orang lain, tetapi jika diri sendiri rasa bahagia dengan pilihan tersebut, tiada siapa yang boleh mengubahnya.

Semoga Sonnemann dikurniakan kesihatan yang baik disamping terus memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana untuk menjalani kehidupan yang sederhana.

Pilihan Editor:

Piala Dunia 2022: Penyokong Jepun bersihkan stadium selepas tewaskan Jerman

0

Kemenangan pasukan bola sepak Jepun ke atas Jerman mungkin menyaksikan mereka meraikan malam itu dengan rasa teruja tetapi penyokong Jepun menunjukkan bahawa adab dan sikap terbaik sentiasa tertanam dan didahulukan, tidak kira dalam apa juga keadaan.

Selepas perlawanan, stadium yang biasa dipenuhi pembungkus makanan, botol, tin dan cawan minuman, tetapi tidak akan ditinggalkan oleh ‘Samurai Blue’ untuk membiarkannya dibersihkan oleh orang lain.

Twitter

Pemain Jepun, bermula segar dengan kemenangan 2-1 ke atas juara empat kali Jerman dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Piala Dunia 2022, hampir tidak meninggalkan padang apabila penyokong Jepun tidak terus berparti apabila mereka, pemain dan penyokong terlebih dahulu mengemas dan membuang sampah di Stadium Antarabangsa Khalifa di Qatar.

Twitter

Mereka melakukan perkara yang sama pada Piala Dunia di Rusia empat tahun lalu, terutamanya selepas kekalahan 3-2 dengan Belgium pada pusingan 16, dan sekali lagi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 antara tuan rumah Qatar dan Ecuador pada hari Ahad, 20 November, dalam perlawanan yang mereka tidak terlibat.

Di Jepun, kebersihan adalah sebahagian daripada budaya dan dilatih sebagai nilai dalam masyarakat sejak di usia awal kanak-kanak.

Pada 2018, Scott North, seorang profesor sosiologi di Universiti Osaka, memberitahu media BBC, suka mengemas adalah cara orang Jepun “menunjukkan kebanggaan dalam cara hidup mereka”.

“Kemas bersih selepas selesai perlawanan bola sepak adalah lanjutan daripada tingkah laku asas yang diajar di sekolah, di mana kanak-kanak sendiri membersihkan bilik darjah dan lorong sekolah mereka, dan bukan diserahkan kepada tukang cuci,” katanya.

Jepun menentang Costa Rica dalam perlawanan Kumpulan E seterusnya pada Ahad, diikuti Sepanyol pada Khamis.

Tetapi walau apapun yang terjadi seperti mereka tidak memenangi Piala Dunia, penyokong Jepun sudah menjadi pemenang, dengan menunjukkan sikap menjaga kebersihan mereka yang cemerlang.

Pilihan Editor:

Piala Dunia 2022: Jepun cipta kejutan kalahkan Jerman 2-1

0

Selepas Arab Saudi mengejutkan Argentina 2-1, kini tiba giliran Jepun menunjukkan kualiti bola sepak Asia apabila menundukkan pasukan pilihan, Jerman 2-1 dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022.

Jepun mencipta kebangkitan pada separuh masa kedua untuk mendapatkan dua jaringan bagi memadam kelebihan dimiliki Jerman kendalian Hansi Flick ketika separuh masa pertama.

Jerman mendahului aksi babak pertama di Stadium Antarabangsa Khalifa apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-33 selepas penjaga gol, Shuichi Gonda mengasari David Raum.

Ilkay Gundogan menyempurnakan sepakan penalti berkenaan.

Juara dunia empat kali itu menambah jaringan menerusi Kai Havertz, tetapi dibatalkan selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesan kedudukan offside.

Jepun juga menyaksikan jaringan penyerangnya, Daizen Maeda dibatalkan sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, Jepun menggandakan asakan dan pujian harus diberikan kepada Gonda yang cemerlang menafikan deretan percubaan Jerman.

Kemasukan pemain gantian, Ritsu Doan dan Takuma Asano membawa impak buat Jepun dalam tempoh 15 minit terakhir dengan kedua-dua pemain itu menemui sasaran.

Doan menyamakan kedudukan pada minit ke-75, selepas tepisan penjaga gol Manuel Neuer menuju tepat ke arahnya untuk melepaskan rembatan deras ke dalam gawang Jerman.

Kejutan terbesar berjaya dilakar pasukan Jepun apabila Takuma Asano meledak gol kemenangan Jepun lapan minit kemudian iaitu pada minit ke-83, selepas kesilapan yang dibuat pertahanan lawan telah membuka ruang buat pemain itu untuk menambah jaringan.

Ia adalah kekalahan ketiga berturut-turut buat Jerman dalam aksi pembukaan kejohanan utama selepas tewas di tangan Mexico ketika Piala Dunia 2018 dan kepada Perancis di Euro 2020.

Jepun berjaya mengutip tiga mata pertama aksi Kumpulan E dengan perlawanan seterusnya menentang Costa Rica.

Pilihan Editor:

Arab Saudi tewaskan Argentina: Putera Mahkota Arab Saudi hadiah Rolls Royce Phantom kepada setiap pemain

0

Pemain Arab Saudi mendapat habuan lumayan selepas pasukan itu menewaskan Argentina pada aksi pembukaan kumpulan C temasya Piala Dunia 2022 Qatar.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud menghadiahkan sebuah kereta jenama Rolls Royce Phantom kepada setiap pemain sebagai ganjaran atas kerja keras yang ditampilkan oleh mereka.

Harga semasa sebuah Rolls Royce Phantom yang sinonim sebagai kenderaan para jutawan ialah kira-kira AS$460,000 (RM2 juta).

Twitter

Selain memberikan hadiah kereta mewah kepada setiap pemain, Mohammed Bin Salman juga menghadiahkan setiap pemain wang sebanyak AS$1 billion (RM4.5 billion) sebagai tanda ucapan terima kasih dari pihak kerajaan.

Arab Saudi menamatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah yang dimiliki oleh Argentina di mana skuad kendalian Hervé Renard itu meraih kemenangan dengan keputusan 2-1.

Twitter

Ketua pasukan, Lionel Messi menyudahkan sepakan penalti susulan kekasaran yang dilakukan Saud Abdul Hamid terhadap pemain tengah, Leandro Paredes. Kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa pertama.

Igauan ngeri Argentina bermula pada minit ke-48 apabila percubaan kaki kiri Saleh Al-Shehri dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Feras Al-Brikan berjaya membolosi gawang Argentina yang dikawal Emiliano Martinez.

Salem Al-Dawsari meledakkan rembatan padu untuk menewaskan Martinez berselang lima minit kemudian bagi memberikan kelebihan buat wakil Asia Barat itu.

Facebook

Tersentak dengan jaringan kedua itu, Argentina tampil dengan lebih kemas untuk mendapatkan jaringan tetapi tolakan Nicolas Tagliafico ketika situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol diselamatkan oleh Al-Owais pada minit ke-63.

Kedudukan itu kekal hingga tamat permainan untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat Arab Saudi manakala ia merupakan rekod pertama kali Argentina dibolosi dua gol pada perlawanan pembukaan temasya Piala Dunia sejak kali terakhir mengalaminya pada 1974 di mana tewas 2-3 ditangan Poland.

Dalam perlawanan berkenaan, pemain pertahanan Arab Saudi, Yasser Al-Shahrani mengalami kecederaan retak tulang rahang dan juga tulang wajah selepas bertembung dengan rakan sepasukan, Mohammed Alowais.

Pilihan Editor:

Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara

0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.06 petang, 24 November 2022.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Twitter

Anwar Ibrahim, 75 tahun diriingi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sejurus mengangkat sumpah, Ahli Parlimen Tambun itu menandatangani beberapa dokumen berkaitan sebelum upacara itu diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.

Antara yang turut berada di dalam Balai Singgahsana Kecil menyaksikan istiadat itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun serta Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Twitter

Selain itu, ketua-ketua parti politik negara seperti Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke Siew Fook serta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan susulan titah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan ini dimaklumkan menerusi kenyataan Istana Negara sejurus tamat sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada pagi Khamis, 24 November.

Sebuah kerajaan perpaduan dijangka bakal dibentuk, yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10

0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini, 24 November 2022.

Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong bertitah keputusan itu dibuat setelah mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen P.063, Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara.

Pilihan Editor:

Gelagat pelancong asing cuba menari Sumazau, lain jadinya bila dia mula ‘terbang’ dan undang tawa ramai

0

Negeri Sabah terkenal dengan tarian Sumazau, dan apabila pelancong asing yang berkunjung ke negeri itu ingin mengenali kebudayaan dan suku kaum Kadazan, tarian Sumazau pasti diperkenalkan.

Menerusi satu video di TikTok perkongsian @izzi891, ia memaparkan persembahan busking di Gaya Street Kota Kinabalu yang telah menarik perhatian ramai pengunjung untuk menonton.

Facebook

Di samping menonton dan mendengar persembahan muzik kumpulan ini, ia turut menarik perhatian pengunjung untuk menari di khalayak ramai, yang termasuk beberapa pelancong asing.

Namun apa yang mencuit hati dalam rakaman TikTok berdurasi 46 saat itu ialah apabila gelagat seorang pelancong asing wanita yang cuba menyertai sekumpulan pengunjung Gaya Street sedang menari tarian Sumazau.

Facebook

Pelancong asing itu cuba menari tarian tradisional berkenaan dengan mengikuti gerak langkah dan lenggok gemalai hayunan tangan yang ditunjukkan oleh rakan lelakinya.

Facebook

Walaupun sudah diajar menari Sumazau dengan cara yang mudah, tetapi ia bertukar menjadi tarian ‘Sumazau Terbang’ apabila pelancong wanita ini menggerakkan tangannya dengan berkepak-kepak seperti burung.

Facebook

Yang kemudian diikuti oleh rakannya yang berbaju biru itu dan pengunjung menari Sumazau yang lain, sambil berdekah-dekah mereka ketawa.

Menyebabkan kegigihan pelancong ini yang ingin mempelajari tarian Sumazau bertukar menjadi suasana lucu menghiburkan, apabila membuatkan ramai yang berada di situ turut spontan tersenyum dan tergelak geli hati.

Facebook

Sehinggakan abang-abang Buskers yang sedang bermain instrument pun turut geli hati melihat gelagat mereka.

Walaupun tarian Sumazau itu tiba-tiba jadi ke lain umpama ingin mula terbang ke langit biru, namun persembahan mereka pada malam itu telah menghiburkan hati semua orang yang berada di situ.

Facebook

Bagi sesiapa yang ingin belajar tarian Sumazau dengan betul supaya ia tidak bertukar menjadi tarian burung pula nanti, boleh tonton video di bawah:

Tonton video di sini.

Pilihan Editor: