26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaAnwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara

Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.06 petang, 24 November 2022.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Twitter

Anwar Ibrahim, 75 tahun diriingi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sejurus mengangkat sumpah, Ahli Parlimen Tambun itu menandatangani beberapa dokumen berkaitan sebelum upacara itu diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.

Antara yang turut berada di dalam Balai Singgahsana Kecil menyaksikan istiadat itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun serta Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Twitter

Selain itu, ketua-ketua parti politik negara seperti Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke Siew Fook serta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan susulan titah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan ini dimaklumkan menerusi kenyataan Istana Negara sejurus tamat sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada pagi Khamis, 24 November.

Sebuah kerajaan perpaduan dijangka bakal dibentuk, yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI