34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 22, 2025
Utama Blog Laman 123

Rancak bersembang di atas jalan raya, penunggang motosikal dikecam akibatkan kemalangan dengan penunggang lain

0

Pada 4 Disember, tular satu video kemalangan di Facebook yang melibatkan penunggang motosikal yang cuai ketika berada di atas jalan raya.

Video itu diambil dari kamera papan pemuka sebuah kereta dan menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal sedang ‘berkuasa di jalan raya’ sambil rancak bersembang membincangkan hal dunia.

Seorang penunggang motosikal yang lain dan tidak terlibat dalam kumpulan itu dilihat menunggang perlahan di belakang mereka.

Facebook

Penunggang motosikal yang berseorangan itu mahu memotong mereka tetapi tidak berjaya dalam percubaannya dan mengakibatkan kemalangan dengan motosikal lain dalam kumpulan itu.

Kedua-dua mereka telah bergesel dan terjatuh daripada motosikal masing-masing lalu berguling di atas jalan raya akibat rempuhan. 

Facebook

Kemalangan yang berlaku itu kelihatan amat menyakitkan tetapi tahap kecederaan mereka tidak dapat dipastikan.

Video berkenaan telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata mengecam sekumpulan penunggang motosikal yang bersikap mementingkan diri sendiri dengan menguasai jalan raya sambil bersembang, yang jelas mendatangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Facebook

“Apabila berlaku kemalangan, mereka baru hendak bawa ke tepi. Jika tidak, memang kesudah berada di tengah jalan sambil bersembang. Saya tidak suka mereka yang menunggang motosikal seperti ini, seolah-olah jalan itu milik ibu bapa mereka. Jika mereka ditimpa kemalangan, saya tiada rasa simpati kerana mereka tidak peka semasa menunggang motosikal,” kata seorang warganet.

“Saya juga menunggang motosikal setiap hari tetapi mereka adalah penunggang motosikal paling teruk kerana membuka kedai kopi di atas jalan raya. Mereka fikir macam hebat perangai apabila berbual sambil menunggang. Saya pernah tegur orang macam ni, sambil hulur duit minta mereka pergi sembang di kedai mamak,” kongsi yang lain.

Facebook

Harap mereka yang terbabit dalam kemalangan ini hanya mengalami kecederaan ringan dan didoakan semoga cepat sembuh. Juga berhati-hati di jalan raya, kerana jalan raya itu bukan tempat bersembang.

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

Seorang lelaki nyaris terkelar leher akibat terkena lilitan benang layang-layang atas jalan raya ketika menunggang motosikal

0

Seorang lelaki nyaris terkelar di leher akibat terkena benang layang-layang ketika menunggang motosikal di Batu Pahat, Johor.

Dalam hantaran Facebook oleh pengguna Edmund Seow, leher bapanya cedera dan hampir dijerut ketika berada di jalan raya. 

“Apabila saya pulang ke rumah, bapa saya, yang baru selesai mandi dan keluar bilik air sambil menunjuk ke arah lehernya: Tengok!” tulisnya.

Facebook

Setelah melihat lebih dekat, Edmund dan ahli keluarga lain menyedari betapa teruknya kecederaan itu.

“Sebentar tadi, ketika saya menunggang motosikal setelah pulang dari Rivercity Business Park, tiba-tiba sesuatu melilit leher saya dan saya tidak dapat bergerak ke hadapan, saya hampir terjatuh di tepi jalan!” kata bapa Edmund menjelaskan insiden itu.

“Selepas itu, saya melihat sekumpulan kanak-kanak menerbangkan layang-layang, dan ada tali layang-layang melilit leher saya! Jika saya bawa motosikal lebih laju, seluruh kepala saya mungkin akan terpenggal!” tambahnya.

Facebook

Bapa Edmund kemudian menegur kanak-kanak itu dan meminta mereka untuk tidak menerbangkan layang-layang di tepi jalan, atau mereka mungkin secara tidak sengaja boleh membunuh seseorang.

Edmund turut meluahkan kekecewaannya, “Tidak semua tapak kosong boleh dijadikan taman permainan, apatah lagi di tepi jalan! Hari ini bapa saya hanya tercedera, siapa yang akan bertanggungjawab jika sesuatu yang tidak diingini berlaku?!”

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

Habis seluruh muka dan badan menjadi hitam kerana dakwat, rupa-rupanya kanak-kanak ini mahu tiru rupa emoji..

0

Kanak-kanak adalah antara golongan yang mudah terpengaruh. Kalau boleh apa sahaja yang mereka tonton pasti mereka mahu menirunya. Buktinya, masih ramai kanak-kanak permpuan suka memakai gaun Elsa seperti di dalam animasi Frozen.

Oleh kerana terpengaruh selepas melihat sebuah emoji seorang kanak-kanak telah ‘memandikan’ dirinya dengan dakwat berwarna hitam.

Kisah lucu tersebut telah diceritakan oleh ibu kepada kanak-kanak itu di laman Facebook miliknya.

Bersama status tersebut turut disertakan dengan video jelas yang menunjukkan si kecil itu berlumuran dengan dakwat berwarna hitam. Bayangkan hanya kerana ingin menjadi seperti emoji, si kecil ini sanggup bermandi dengan dakwat. Semua sanggup dilakukan asalkan dia boleh menjadi seperti emoji tersebut!

Sehingga kini video tersebut telah meraih perhatian umum dengan tontonan lebih daripada 6.8 juta kali di laman sosial itu.

Pilihan Editor:

Nurul Izzah terima pujian ketika menggerakkan bantuan kepada penduduk Permatang Pauh yang mengalami gangguan bekalan air

0

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar baru-baru ini menjadi tular atas usahanya membantu penduduk kawasan Permatang Pauh yang terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual walaupun tidak lagi menjadi ahli parlimen mewakili mereka. 

Dalam beberapa hantaran di media sosial, Nurul Izzah dilihat menghulurkan bantuan kepada penduduk Taman Pauh Indah, Permatang Pauh ketika menguruskan pengagihan bekalan air dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Permatang Pauh.

Instagram

Sejak 2 Disember, beberapa kawasan di tiga daerah Pulau Pinang tertakluk kepada gangguan air berjadual selama 48 jam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di fasiliti rawatan air di Sungai Dua. 

Nurul Izzah berkongsi beberapa hantaran Instagram Stories di akaun Instagram rasminya mengenai usaha pengagihan air itu, di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat atas bantuan mereka.

Instagram

Instagram Stories itu kemudiannya dimuat naik semula sebagai video TikTok oleh pengguna TikTok @tinisaad0505 dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Nurul Izzah kerana mengaturkan bekalan air ke Taman Pauh Indah sambil merujuk kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu, Fawwaz Mohamad Jan.

Video TikTok itu kemudian terus tular dengan pujian diberikan kepada Nurul Izzah.

TikTok

Kebanyakan komen pada video TikTok itu memuji Nurul Izzah kerana masih turun padang untuk membantu rakyat walaupun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh. 

Salah satu komen teratas menegaskan Nurul Izzah adalah ahli parlimen terbaik di kawasan itu dan sayang sekali beliau tidak lagi mewakili mereka, manakala seorang lagi memberi komen bahawa pengundi perlu memilih Nurul Izzah semula pada pilihan raya akan datang.

Pilihan Editor:

Pelajar China di Australia lancarkan protes menentang kezaliman PKC

0

Pelajar China di Australia lancarkan protes menentang kezaliman Parti Komunis China (PKC). “Xi Jinping, berundur! PKC, berundur!. Beri saya kebebasan atau bunuh sahaja saya!”. Itu antara slogan tidak puas hati oleh lebih 100 orang pelajar China terhadap PKC.

Lebih 100 pelajar China menganjurkan protes untuk menentang dasar “Zero-COVID” PKC dan pemerintahan diktator di Dewan Perbandaran, Sydney, pada 28 Nov. 2022. (Ling Xiao/ Epoch Times)

Pada penghujung November lalu, mereka berkumpul di hadapan Dewan Perbandaran, Sydney untuk membantah dasar melampau “Sifar-Covid” dan pemerintahan diktator Parti Komunis China (PKC).

Berang dengan kematian sekurang-kurangnya 10 orang di ibu kota Xinjiang, Urumqi, protes besar-besaran tercetus di seluruh China kemudian tersebar dengan pantas ke luar negara. Menurut orang China daripada latar belakang berbeza, ini adalah peristiwa yang tidak pernah dilihat sejak demonstrasi yang dipimpin oleh pelajar dilakukan di Dataran Tiananmen, Beijing pada tahun 1989.

Pelajar China di Sydney memegang lilin sebagai tanda penghormatan untuk mangsa kejadian kebakaran Urumqi. Kegagalan petugas keselamatan ke tempat kejadian hingga menyebabkan pangsapuri tersebut terbakar selama berjam-jam adalah berpunca daripada sekatan pergerakan di seluruh kawasan kediaman demi membendung penularan Covid-19 yang dijalankan oleh PKC.

Beberapa orang mengangkat papan tanda jalan yang meniru papan tanda jalan di “Jalan Urumqi”, Shanghai sebagai solidariti dengan penunjuk perasaan Shanghai.


Lebih 100 pelajar China menganjurkan protes untuk menentang dasar “Zero-COVID” PKC dan pemerintahan diktator di Dewan Perbandaran, Sydney, pada 28 Nov. 2022. (Ling Xiao/ Epoch Times)

Ada juga di antara mereka yang memakai kostum Winnie The Pooh untuk mengejek Xi Jinping, ketua PKC, dan menyanyikan lagu “Do you hear the people sing” secara berselang-seli.

Manakala yang lain menghulurkan kertas putih dan slogan kepada orang yang lalu lalang. Antara slogan protes tersebut ialah:

Pelajar China di luar negara: PKC memang menipu.

Menurut seorang pelajar China yang menghadiri perhimpunan tersebut dan bercakap dengan menggunakan nama samaran Baishun, dia terkejut dengan kejadian kebakaran di pangsapuri Urumqi. Ini kerana menurutnya kejadian tersebut sebenarnya boleh dielakkan. Tambahan pula, kes seorang wanita di Kota Xi’an yang mengalami keguguran telah membuatkan dia sedar tentang sifat rejim komunis China.

“PKC menggunakan virus ini untuk mengawal rakyat mereka dan dunia. (Virus itu) hanyalah alat. PKC memang menipu, menganiaya semua orang baik dan meninggalkan semua orang jahat. Saya benar-benar kecewa dengan Parti. Saya berharap suatu hari nanti negara kita akan menjadi demokratik dan liberal,” katanya kepada The Epoch Times.

“Saya sayangkan negara saya. Saya sayangkan China. Saya berharap PKC akan tumbang juga sama ada cepat atau lambat.”

Baishun mengatakan bahawa dia telah pun meninggalkan PKC. Dia sangat berterima kasih kepada The Epoch Times kerana menyediakan platform untuk dia meluahkan perasaannya.

Seorang penunjuk perasaan memegang slogan. (Ling Xiao/The Epoch Times)

Pelajar China yang lain, Jack memberitahu The Epoch Times bahawa PKC adalah kerajaan totalitarian yang ditakdirkan tumbang dan kejadian di Urumqi hanyalah permulaan. Jack sendiri telah menjadi penyokong demokrasi sejak rang undang-undang anti-ekstradisi Hong Kong dilancarkan pada tahun 2019. (rujukan PRPM: totalitarian berkaitan dgn sistem pemerin­tahan yang dikuasai oleh seorang atau satu parti politik sahaja dan kewujudan parti-parti pembangkang yang lain tidak dibenarkan.)

Pelajar China Jack (nama samaran) memegang slogan. (Li Zhaohui/The Epoch Times)

Orang China Australia: Mengubah Pandangan Terhadap Pelajar China.

Warganegara China Australia, Daxiong berkata, itu adalah kali pertama dia melihat terlalu ramai pelajar China berhimpun untuk protes, menunding jari mereka terus ke arah PKC. “Dulu saya fikir orang China tidak ambil tindakan, tapi nampaknya sekarang dah ada sikit,” katanya.

Selain itu, Andy Cai, seorang penduduk Australia dari Tanah Besar China yang telah menetap di Hong Kong selama bertahun-tahun berkata, “Ini adalah kali pertama saya melihat begitu ramai pelajar China luar negara menentang kezaliman dan diktator sejak kejadian pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen pada tahun 1989.”

“Saya berasa mereka sangat berani. Pada masa lalu, (mereka yang menghadiri) aktiviti ini semuanya adalah usahawan di Hong Kong, atau beberapa kumpulan individu seperti Falun Gong atau kumpulan Tibet, tetapi kali ini, ramai anak muda yang tampil ke hadapan, sangat menyentuh hati.”

Andy Cai, seorang penduduk Australia dari tanah besar China memegang papan tanda. (Li Zhaohui/The Epoch Times)

Aktivis Pro-Demokrasi: Gembira Melihat Mahasiswa Bangkit.

Robert, seorang aktivis veteran pro-demokrasi di Sydney, berkata protes di China kali ini disebabkan oleh dasar “Sifar- Covid”, yang berbeza daripada protes pada 4 june 1989 apabila pelajar pada mulanya menyeru demokrasi dan kebebasan.

Walau bagaimanapun, dia mendapati bahawa orang China sedikit demi sedikit menyedari kepentingan demokrasi dalam proses itu.

“Kali ini, orang ramai sedar bahawa jika tiada demokrasi, kerajaan boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Dia tidak perlu bercakap dengan anda terlebih dahulu sebelum menumbangkan anda,” kata Robert kepada The Epoch Times.

“Orang ramai tidak memahaminya sebelum ini. Mereka fikir demokrasi bukanlah sesuatu yang praktikal yang boleh memberi manfaat. Namun kali ini ternyata demokrasi sebenarnya bermanfaat.”

Seorang penunjuk perasaan berpakaian seperti Winnie the Pooh sebagai ejekan terhadap Xi Jinping. (Ling Xiao/The Epoch Times)

Dalam perhimpunan itu, Sun Baoqiang, seorang penulis di Pusat Pena China Bebas berkata PKC telah hilang kewarasan. “Sungguh mengerikan apabila sekumpulan kecil orang mengawal lebih daripada satu bilion kehidupan orang”.


Seorang penunjuk perasaan berpakaian seperti kakitangan pencegahan wabak di China. (Li Zhao Hui/The Epoch Times)

Sun, yang telah bertahun-tahun membela Beijing berkata disebabkan sekatan maklumat di China, ramai pelajar China pada masa kini tidak tahu tentang Pembunuhan Beramai-ramai Dataran Tiananmen yang berlaku pada tahun 1989.

“Namun hari ini adalah pentanda yang benar-benar baik di mana pelajar telah bangkit. Saya berharap ia boleh membangkitkan tindakan.”

Pilihan Editor:

Pintu gelangsar rumah selalu tersekat atau susah tarik, senang sahaja cara selesai dengan ketatkan skru longgar

0

Antara masalah yang selalu berlaku dengan pintu rumah yang pakai jenis gelangsar atau ‘sliding’ adalah ia kadangkala tersekat dan susah untuk ditarik atau ditolak.

Bagi mengatasi masalah yang biasa dihadapi penghuni kediaman dengan pintu jenis begini, apa kata anda ikuti perkongsian pengguna TikTok Jason_jezi.

Rupa-rupanya senang sahaja untuk selesaikan masalah pintu gelangsar tersekat ini.

TikTok

Menurut Jason, masalah pintu gelangsar susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu menjadi longgar yang mengakibatkan pintu gelangsar menjadi turun.

TikTok

Sebagai jalan penyelesaiannya, lakukan perkara berikut:

1.Cari lubang skru di bahagian bawah pintu gelangsar dan kemudian ketatkan dengan menggunakan pemutar skru.

TikTok

2.Apabila sudah diketatkan, pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah hendak ditarik.

TikTok

3.Selain itu, pintu gelangsar boleh jadi tersekat-sekat kerana terdapat kekotoran seperti pasir pada ‘rail’.

TikTok

Cara menyelesaikannya, anda ambil kain pengelap dan lap untuk membersihkan semua kekotoran yang berada di bawahnya.

Masalah pintu gelangsar tersekat pun selesai. Semoga perkongsian Jason memberi manfaat.

Pilihan Editor:

Kanak-kanak usia 18 bulan berjaya tutur lebih 500 perbendaharaan kata cipta nama dalam Malaysia Book of Records

0

Menurut Baby Center, kebiasaannya kanak-kanak berusia 18 bulan bercakap hanya 5 hingga 20 patah perkataan, tetapi terdapat seorang kanak-kanak berusia 18 bulan dari Johor memecahkan rekod itu apabila boleh bercakap lebih daripada 500 perbendaharaan kata ekspresif, sesuatu yang mengagumkan. 

Kanak-kanak lelaki Diiyash Dev, yang berusia 18 bulan mencipta nama dalam Malaysia Book of Records, apabila diiktiraf sebagai “The Youngest to Speak Expressive Vocabulary”.

Ibu Diiyash, Kanageswary yang berbangga dengan pencapaian anak kecilnya, memberitahu WOB, beliau mula menyedari anaknya dapat menangkap dengan cepat kata-kata yang diajar kepadanya hanya dalam beberapa saat ketika dia baru berusia 11 bulan.

Instagram

Menjelang usia 14 bulan, Diiyash sudah boleh bercakap ayat lengkap yang terdiri daripada 3 hingga 8 perkataan. Seorang pelajar pantas yang mengagumkan!

Kanak-kanak comel berusia 18 bulan ini kini boleh bercakap sehingga lebih 500 perkataan, dan setelah penemuan bakat mengagumkan anaknya, Kanageswary menghubungi Malaysia Book of Records pada awal Ogos. Sebulan kemudian, Diiyash diiktiraf sebagai bakat paling muda berjaya bercakap sejumlah besar perbendaharaan kata ekspresif.

Diiyash dilihat dengan mudah boleh bertutur dan petah menjawab arahan ibu bapanya, juga dapat mengenal pasti apa sahaja yang dilihat di persekitarannya, menerusi klip video yang dikongsikan oleh ibunya di Instagram.

Instagram

Sudah tentu, terdapat banyak cara untuk mendidik anak kecil itu, dan Kanageswary melakukan apa sahaja yang dia boleh bersama suaminya. Pasangan itu bekerjasama mengajar Diiyash menggunakan kad imbas, puisi berima dan penceritaan, yang akan memperkenalkan Diiyash kepada lebih banyak perbendaharaan kata.

Kepada ibu bapa pertama kali di luar sana, jika anda tertanya-tanya cara melatih anak kecil bercakap, Kanageswary, yang merupakan seorang guru berkongsi pelbagai petua tentang cara melatih anak kecil anda bercakap. Sudah tentu, anda perlu bercakap dengan kerap kepada anak kecil jika anda mengharapkan dia memahami seberapa banyak perkataan yang mungkin.

“Gunakan setiap peluang untuk mendedahkan mereka kepada bahasa itu, walaupun mereka tidak bertindak balas,”terangnya.

Instagram

Petua lain yang boleh memulakan latihan ialah memberitahu anak kecil tentang perkara yang anda lakukan, iaitu perkara yang telah dilakukan oleh Kanageswary sejak Diiyash dilahirkan. “Seperti ‘Saya sedang membasuh pinggan, kamu sedang bermain bola’,” katanya.

Petua lengkap tersedia pada sorotan Instagram milik Kanageswary yang anda boleh rujuk sekiranya berminat untuk mengajar anak kecil masing-masing supaya boleh bertutur banyak perbendaharaan kata dengan baik dan petah. 

Tahniah buat Diiyash yang telah berjaya mencipta nama dan kejayaan di usia muda 18 bulan. Ibu bapa mana yang tidak berbangga dengan pencapaian anak mereka lebih-lebih lagi ketika di usia yang sangat-sangat muda.

Pilihan Editor:

Khairy Jamaluddin ucap tahniah kepada Menteri Kesihatan baharu, sistem kesihatan awam diharap terus cemerlang

0

Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada penggantinya di Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Zaliha Mustafa dan mendoakan yang terbaik dalam melaksanakan tugas sebagai Menteri Kesihatan.

Bekas Menteri Kesihatan itu juga berharap Dr Zaliha akan terus memperjuangkan sistem kesihatan awam yang cemerlang untuk Malaysia.

Menerusi akaun Twitter rasminya, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen (MP) Rembau turut menggesa Dr Zaliha supaya berusaha dalam memperjuangkan peruntukan untuk KKM yang setimpal dengan usaha keras komuniti kesihatan di Malaysia.

Khairy menekankan, “Tahniah Dr Zaliha atas pelantikan Menteri Kesihatan yang baharu. Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga KKM. Segala yang terbaik!”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Disember mengumumkan barisan Kabinet yang mempunyai beberapa kejutan termasuk pelantikan Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Kesihatan baharu.

Dr Zaliha, yang merupakan Ahli Parlimen buat pertama kali selepas memenangi kerusi Sekijang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini mengendalikan klinik swasta sendiri di Bandar Putra Kulai, Johor.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital daerah di Taiping, Perak, dan Pekan, Pahang selama 3 tahun.

Pilihan Editor:

Demi adik, kakak rela berikan pendapatan bulanannya sebanyak RM60 ribu

0

Demi adik, kakak rela berikan pendapatan bulanannya sebanyak RM60 ribu. Bukan itu sahaja, wanita beruisa 33 tahun dari Anwei, China ini berkata dia hanya akan memikirkan soal jodoh sendiri selepas adiknya berkahwin.

163

Menurut satu artikel, wanita itu juga mengaku bahawa dia akan berasa bahagia selama mana dia dapat membahagiakan keluarganya.

“Saya mula belajar cara membuat kek ketika berusia 19 tahun dan kemudian menjualnya. Saya bangun pada pukul 4 pagi, mula menyediakan bahan-bahan dan terus menjual hingga pukul 11 malam.”

Dia memiliki kedai sendiri dan dia menjual sekitar 3000 biji kek setiap hari. Dalam sebulan, dia mampu memperoleh pendapatan sekitar RM60 ribu.

Walaupun memperoleh pendapatan yang agak lumayan, wanita ini tidak memiliki kereta atau rumah. Dia juga masih bujang. Hampir seluruh pendapatannya diberikan kepada ahli keluarganya.

163

“Menguruskan perniagaan ini susah dan saya jarang mempunyai masa untuk bertemu dengan setiap orang kerana saya sibuk. Saya akan mula memikirkan tentang perkahwinan selepas adik saya berkahwin,” kata wanita ini lagi.

Bagi wanita ini, ibu bapa dan adiknya adalah keutamaannya buat masa ini. Dia mahu membelikan sebuah rumah dan kereta buat adiknya. Itu adalah perkara yang dia lakukan dengan seikhlas hati.

Kata wanita ini lagi, jika dengan berbuat demikian masih tidak cukup, dengan rela hati dia akan memberikan kedai dan perniagaannya kepada adiknya.

Dia juga tidak kisah jika satu hari nanti dia hanya dapat membeli sebuah rumah kecil buat dirinya. Ini kerana, demi kebahagiaan ibu bapa dan adiknya, dia sanggup berkorban. Selagi adiknya gembira, ibu bapanya juga akan gembira. Itulah yang lebih penting buat anak sulung keluarga ini.

Semoga wanita ini terus dikurniakan rezeki di atas niat baiknya yang mahu menyenangkan keluarganya.

Pilihan Editor:

“Kami menjaganya lebih 20 tahun,” Datuk dengan IQ budak 6 tahun kunjungi gerai makan percuma setiap hari, senyuman manisnya menyembuhkan hati

0

Pada hari ini, ramai orang lebih mementingkan diri dengan hati yang banyak berubah, lebih kepada bersikap acuh tak acuh dan tiada lagi rasa keprihatinan.

Walaupun dunia ini kelihatan dingin, masih terdapat cahaya daripada seseorang dengan secara terus terang dapat menyinari dan menghangatkan hati seseorang yang lain.

Seperti seorang lelaki bernama Hua Zi ini yang hidupnya sangat ringkas tetapi sikapnya menjadi kegemaran ramai di jalanan sebuah lokasi gerai makanan.

Baru-baru ini, seorang netizen memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang datuk berusia 50 tahun yang sebenarnya mempunyai IQ budak berusia 6 tahun. Dia menjadi personaliti kegemaran ramai di sebuah jalan komersial menjual makanan ringan. 

Apabila terasa lapar, seseorang akan memberinya makanan, dan apabila dia dahaga, seseorang memberinya air untuk diminum. Apabila dia lapar lagi, dia boleh makan makanan ringan di jalan komersial itu dengan sesuka hatinya.

Walaupun usianya sudah 50 tahun lebih, IQnya akan sentiasa kekal pada 6 tahun, dan dia masih mengekalkan jiwa kanak-kanak berusia 6 tahun yang amat ceria dan menghiburkan. Tetapi sikap Hua Zi sangat sopan, sukakan kebersihan, dan tidak tamak untuk makan terlalu banyak. 

Jadi semua peniaga dan orang ramai yang mengenalinya amat senang dengan sikapnya, akan memanggilnya “Abang Hua Zi” pada setiap kali dia datang dan makan percuma di gerai mereka.

Pemuat naik video berkenaan merupakan seorang pemilik gerai yang dilahirkan pada tahun 90-an. Katanya, video yang disiarkan itu tidak mempunyai maksud lain, dan dia tidak menggunakan Abang Hua untuk mendapatkan tontonan tular. 

Tujuan video itu adalah untuk merakam senyuman manis dan suci hati Abang Hua.., kerana dia merasakan senyuman itu benar-benar sangat murni, bersih dan menyembuhkan.

Katanya sejak 20 tahun lalu, dia mengenali dan berkawan rapat dengan Abang Hua Zi.

“Saya masih ingat pernah membelikan dia sebotol Coke ketika itu. Abang Hua Zi masih muda, sangat lurus dan jujur, dan senyumannya sangat menyembuhkan. Saya tidak sangka apabila saya melihatnya semula, rambutnya telah beruban, tetapi dia masih kekal dengan sikapnya yang begitu sederhana dan sentiasa riang,” katanya.

“Saya meninggalkan gerai pada jam 4:30 setiap hari, dan Abang Hua Zi akan menunggu di tempat yang saya sediakan untuknya setiap hari, tidak kira hujan atau panas, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepadanya kerana sentiasa tulus mempercayai saya, dan kami memang sudah terbiasa, saling memahami satu sama lain,” tambahnya lagi.

Pemilik gerai itu juga berkata, melihat penampilan Abang Hua Zi yang riang setiap hari, dia merasakan Abang Huazi telah menjadi apa yang diimpikannya semasa kecil. Walaupun sudah dewasa, hatinya tetap sederhana dan suci. Sungguhpun IQ Abang Hua Zi seperti seorang budak 6 tahun, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh kita boleh pelajari daripadanya, seperti mengamalkan sikap kesederhanaan dan berusaha mendapatkan kebahagiaan.

Pemilik gerai itu berkata, apa yang dilakukannya adalah tidak penting. Di jalan-jalan berhampiran, terdapat ramai orang yang mengambil berat dengan kebajikan Abang Hua Zi setiap hari secara diam-diam. Dia berharap semua orang dapat mencari kebahagiaan dan kegembiraan dalam kehidupan seharian mereka, serta menjaga golongan yang perlu dilindungi seperti Abang Hua jika berpeluang.

Kemudian, adik perempuan Abang Hua Zi juga memuat naik video di platform media sosial itu untuk menyatakan rasa terima kasihnya kepada semua orang yang mengambil berat.

“Semasa abang saya berumur 6 tahun, dia menghidap meningitis, yang meninggalkan kesan kepada otaknya. Ibu saya membesarkan saya dan abang seorang diri. Terima kasih banyak kawan-kawan di atas keprihatinan anda terhadap abang saya. Abang saya sudah berusia lebih 50 tahun. Dia sentiasa dengan sikapnya yang gembira dan suci hati bukan sahaja menceriakan keluarga kami, malahan mendapat keprihatinan dan penjagaan semua orang di luar sana, terima kasih!” katanya.

Sambil mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua orang, nampaknya Abang Hua Zi telah dijaga dengan baik dan sentiasa mendapat perhatian daripada adik perempuannya, dan  sebab itulah abangnya boleh hidup bebas dan bahagia sehingga hari ini.

Apabila adik perempuan itu menarik abangnya untuk mengucapkan sedikit kata-kata, kelihatan Hua Zi sudah mula tertidur di sebelahnya.

Sikapnya itu sentiasa sangat comel dan menyembuhkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Seorang netizen berkata berkat penjagaan yang baik dan hebat daripada adik perempuannya itu, Abang Hua Zi boleh meneruskan kehidupannya dengan suci hati dan murni, sebab mengapa Abang Hua Zi dapat hidup dengan penuh rasa bahagia.

Beberapa netizen juga berkata Abang Hua Zi benar-benar menjalani kehidupan ringkas seperti apa yang ramai di antara kita mahu, tidak berasa tamak, dan sentiasa menjaga hati yang bersih.

Pilihan Editor: