Rakyat Malaysia memang terkenal boleh bertutur dalam sekurang-kurangnya dua bahasa, dan apabila mereka berusaha untuk belajar dan bertutur bahasa asing lain, maka ia merupakan satu kelebihan dalam apa juga bidang yang mereka ceburi.
Agak mengagumkan apabila melihat bagaimana penjual makanan tempatan dan pekerja restoran berinteraksi dengan pelanggan asing yang mungkin tidak fasih bertutur dalam bahasa ibunda kita.

Seorang penjual ayam bakar dari Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini tular di Instagram selepas videonya sedang berkomunikasi dengan pelanggan Korea Selatan dalam bahasa ibunda mereka berjaya mencuri perhatian.
Bukan sahaja pelanggan asing yang kagum, malahan kita juga orang tempatan.

Menerusi klip video berdurasi 29 saat yang disiarkan semula oleh pengguna Instagram @myweekendplan, kakak penjual ayam bakar itu dilihat menerangkan makanan yang dijualnya kepada pelanggan Korea.
Dia menjelaskan kepada pelanggannya mengenai harga ayam bakar semasa sedang membungkus pesanan mereka dalam beg plastik, dan kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membeli makanan yang dijualnya.
“RM6 untuk lima kepak ayam. Hendak bungkus macam mana?” tanyanya kepada pelancong asing itu dalam bahasa Korea.

Rata-rata pengguna Instagram terhibur dan kagum dengan kemahiran berbahasa penjual ayam bakar ini dan meninggalkan komen mereka:
Kata mereka adalah satu perkara yang biasa untuk melihat peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu bercakap dalam bahasa Korea dan bahasa asing lain.
“Setiap peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu boleh bertutur dalam bahasa Korea, Jepun, Cina, dan Inggeris kerana kebanjiran pelancong asing yang datang berkunjung,” tulis seorang pengguna.

Kata mereka Kota Kinabalu sangat popular di kalangan pelancong Korea Selatan, dan kebanyakan orang Korea mengaitkan Malaysia dengan bandar itu.
Sementara itu, seorang lagi bergurau dengan berkata kakak ini boleh memperoleh gaji beribu jika bekerja dalam khidmat pelanggan berbahasa Korea.
Pilihan Editor: