30 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupChef Wan menangis teringatkan arwah ibu ketika ditemu bual di konti radio

Chef Wan menangis teringatkan arwah ibu ketika ditemu bual di konti radio

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menangis teringatkan arwah ibunya ketika ditemu bual di konti radio Buletin FM.

Instagram

Dalam temu bual tersebut, Chef Wan berkongsi tentang kerjayanya dan kejayaan perniagaan kedai makannya. Sehinggalah mereka menyentuh tentang ibu bapa, suasana bertukar pilu. Putaran lagu ‘Kasihnya Ibu’ menambahkan lagi suasana pilu pada segmen Bicara Petang itu.

Kata Chef Wan, bukan mudah untuknya menerima kenyataan bahawa ibunya telah tiada di dunia ini apatah lagi apabila rasa rindu bertandang di jiwa.

Namun kata Chef Wan, dia harus bangkit dan tidak terhanyut dalam kesedihan kerana masih ramai orang yang memerlukan perhatiannya termasuklah para pekerjanya.

Instagram

Katanya lagi semua orang akan merasai kehilangan ibu bapa suatu hari nanti, jadi jangan terlalu ikutkan perasaan sedih.

Chef Wan juga memujuk hatinya dengan mengingati bahawa dia telah lakukan yang terbaik untuk ibunya sepanjang hayat ibunya. Kerana tidak semua orang berpeluang berkhidmat untuk ibu bapa hingga akhir hayat mereka.

Lumrah hidup ini memang ada perkara yang menggembirakan dan ada perkara yang menyedihkan berlaku kepada kita. Namun yang lebih penting menurut Chef Wan ialah apa yang kita pelajari daripadanya untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik.

Antara pesanan yang Chef Wan titipkan ialah:

  • Setiap orang hendaklah menjalankan tanggungjawab mengikut peranan masing-masing. Tidak kira sama ada anak, bapa, suami.
  • Suami isteri janganlah berebut hak penjagaan anak jika sudah bercerai.
  • Suami tidak berkahwin lebih sekiranya tidak mampu. (dalam konteks menyakiti hati isteri pertama).
  • Jangan berhenti buat kebaikan kerana apa yang dinilai Tuhan bukanlah pangkat tetapi amalan baik kita di dunia ini.

Apabila melihat Chef Wan menangis menerusi sedutan temu bual yang boleh didapati di Instagram Chef Wan dan Buletin FM, ramai warga siber yang mengatakan Chef Wan telah melakukan perkara yang terbaik untuk arwah ibunya.

Mereka juga mendoakan agar Chef Wan diberikan kekuatan untuk mendepani hari-hari mendatang tanpa ibu di sisi.

Instagram

Untuk rekod, ibu Che Wan, Allahyarham Noraini atau lebih dikenali Che Ani meninggal dunia pada 12 Januari lalu pada usia 93 tahun.

Selain itu, Chef Wan juga menjaga bekas isterinya sehingga akhir hayat kerana menurutnya dia ialah ibu terbaik buat anak-anaknya. Kata Chef Wan, apa yang dia lakukan itu adalah atas dasar rasa tanggungjawab sebagai manusia.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI