26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024
UtamaGlobalAsteroid kecil menerangi langit Selat Inggeris cetus efek ‘bebola api’ 

Asteroid kecil menerangi langit Selat Inggeris cetus efek ‘bebola api’ 

Sebuah asteroid menerangi langit Selat Inggeris pada awal pagi 13 Februari selepas saintis meramalkan laluan melintasi bumi dengan tepat, yang mana kali ketujuh fenomena menakjubkan ini pernah berlaku.

Agensi Angkasa Eropah (ESA) melaporkan objek bersaiz 1 meter itu akan memasuki atmosfera Bumi dan melintasi langit di bandar Rouen, Perancis. BBC kemudian melaporkan ia dilihat di Selat Inggeris, mencipta efek bintang jatuh yang indah dan menakjubkan.

@KadeFlowers/Twitter

ESA menggelar asteroid kecil yang memasuki atmosfera Bumi pada 13 Februari itu dengan nama Sar2667, sambil menambah ramalan mereka adalah “tanda kemajuan pesat dalam keupayaan pengesanan asteroid global”. BBC memetik Pertubuhan Meteor Antarabangsa, yang berpangkalan di Belgium, berkata objek itu akan memasuki kira-kira 4km dari pantai Perancis, dan akan mencipta efek “bebola api”.

Para saintis ESA menerangkan bagaimana ramalan sebelum ini, dengan “penemuan awal asteroid 2022 WJ1 oleh Catalina Sky Survey – salah satu projek utama yang didedikasikan untuk penemuan dan susulan objek berhampiran Bumi” telah berlaku pada 19 November 2022.

@KadeFlowers/Twitter

Mereka berkata asteroid itu mula-mula dirakam oleh teleskop Catalina dan selepas empat pemerhatian dalam tempoh kira-kira setengah jam, ia dilaporkan kepada Minor Planet Centre.

“Empat pemerhatian ini sudah cukup untuk memetakan laluan asteroid di langit,” kata mereka, sambil menambah dalam beberapa minit data diterbitkan, perisian pemantauan dalaman ESA sendiri telah mencadangkan objek itu mungkin menghentam di suatu lokasi di Amerika Utara dalam dua hingga tiga jam berikutnya.

@KadeFlowers/Twitter

“Berikutan pemberitahuan impak berpotensi, pemerhati di Catalina dan tempat lain di seluruh Amerika Syarikat melakukan pemerhatian susulan asteroid baharu itu. Kurang 30 minit dari cetusan awal, impaknya telah disahkan dengan ketepatan yang sangat baik: asteroid kecil, berkemungkinan kurang daripada satu meter diameter, akan mendampak di suatu tempat antara Tasik Erie dan Tasik Ontario yang berada berhampiran sempadan AS-Kanada,” jelas mereka.

Ia diramalkan mengimpak bumi pada kira-kira jam 8.30 dan 9.30 pagi waktu United Kingdom. “Tepat pada masa yang diramalkan, asteroid berukuran 1 meter memasuki atmosfera bumi menjadi bebola api yang menakjubkan pada lokasi yang dijangkakan,” kata ESA.

Tonton video di bawah:

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI