26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 29, 2025
Utama Blog Laman 102

Dua ekor buaya terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang, orang awam dinasihat berhati-hati

0

Dua ekor buaya sepanjang 10 kaki dan 16 kaki dilaporkan telah terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang di Sarawak.

Menurut Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), penduduk di Kampung Rayu atau orang awam yang berada berdekatan dengan Pusat Hidupan Liar Matang dinasihatkan supaya berwaspada. 

Facebook

Menurut jurucakap SFC, ekoran hujan lebat pada malam 11 Mac lalu, ia telah menyebabkan banjir kilat berlaku dan merosakkan kandang, mengakibatkan dua ekor buaya di pusat itu terlepas.

“Dua ekor buaya berukuran 10 dan 16 kaki telah terlepas dari kandang yang rosak,” kata Perbadanan Perhutanan Sarawak, sambil menambah mereka sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, dan sedang menjalankan kerja-kerja pengawasan dan pencarian rapi di kawasan itu untuk memastikan keselamatan penduduk berdekatan.

Facebook

“Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat atau terlihat buaya, sila hubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching).”

SFC juga menggesa orang ramai agar tidak panik.

Pilihan Editor:

Warga emas langgar dinding tempat letak kenderaan selepas tidak sengaja terpijak pedal minyak keretanya

0

Satu video yang memaparkan insiden sebuah kereta tergantung di sebuah bangunan menjadi tular di media sosial pada 12 Mac lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku di tempat meletak kenderaan tertutup di sebuah pangsapuri di Desa Jaya, Gombak kira-kira jam 7.30 malam.

Tangkap Skrin YouTube

Dalam video itu, kelihatan sebuah kereta berwarna hitam tergantung di bangunan pangsapuri, dengan separuh badan kereta berada di ruang parkir manakala separuh lagi tergantung di luar bangunan dalam keadaan berbahaya.

Kereta itu melanggar dinding di hadapannya yang telah menyebabkan serpihan konkrit terkena beberapa motosikal yang diparkir di tingkat bawah.

Tangkap Skrin YouTube

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan insiden itu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun yang memandu Nissan Sentra di kawasan letak kenderaan pangsapuri terbabit.

Tangkap Skrin YouTube

“Pemandu terbabit gagal memberhentikan keretanya kerana pedal minyak telah tersangkut pada karpet alas kaki dan melanggar dinding tempat letak kenderaan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pemandu terbabit mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Pilihan Editor:

Michelle Yeoh lakar sejarah dinobat Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar ke-95

0

Tan Sri Michelle Yeoh menepati ramalan pelbagai pihak apabila melakar sejarah paling gemilang dalam kerjaya seninya selepas diumum Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi ke-95 (Oscar 2023) yang disiarkan secara langsung pada hari ini.

Acara gemilang yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat menyaksikan pelakon kelahiran Malaysia itu merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Michelle, 61 tahun, yang anggun dalam gaun berwarna putih penuh dengan seri dan kegembiraan ketika berada di pentas semasa menerima Oscar yang menjadi dambaan semua pelakon terhebat dari seluruh dunia.

Twitter

“Kepada semua anak kecil lelaki dan perempuan yang kelihatan seperti saya sedang menonton malam ini, kejayaan ini adalah tunjang harapan dan pelbagai kemungkinan. Ia juga adalah bukti bermimpilah dengan impian yang besar dan mimpi mampu menjadi kenyataan. Untuk wanita, jangan biarkan sesiapa pun memberitahu waktu cemerlang anda sudah berlalu,” kata Michelle dalam ucapannya.

Bersama kegembiraan itu, Michelle mendedikasikan kemenangan paling manis buat ibunya, Datin Janet Yeoh yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan beliau.

“Saya akan membawa pulang trofi ini kepada ibu saya yang sedang menonton (Anugerah Akademi) di Kuala Lumpur, Malaysia bersama seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Anugerah Oscar Pelakon Wanita Terbaik yang kini dalam genggaman Michelle Yeoh disifatkan sebagai satu lagi lakaran sejarah baharu dalam industri perfileman antarabangsa.

Twitter

Kejayaan bintang kelahiran Ipoh, Perak itu sekali gus menjadi bintang Asia pertama yang memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik selepas selang masa dua dekad, sejak Halle Berry menjadi wanita bukan kulit putih pertama memenanginya pada tahun 2002.

Untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Michelle menewaskan saingan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Nama aktres yang cemerlang melakonkan watak Evelyn Quan Wang dalam filem arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu disebut-sebut sebagai calon kegemaran ramai yang bakal memenangi Pelakon Wanita Terbaik.

Michelle Yeoh sebelum ini meraih trofi sama pada Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).

Twitter

Selain kategori Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi Michelle Yeoh, filem Everything Everywhere All At Once turut meraih enam kategori lain pada Anugerah Akademi ke-95 iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Suntingan Terbaik.

Filem itu turut membawa pulang trofi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang dinobatkan kepada Jamie Lee Curtis dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi Ke Huy Quan.

Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh, kebanggaan rakyat Malaysia!

Tonton video di bawah:

Pilihan Editor:

Anak tantrum dan buat bising di tempat awam, ibu bapa boleh cuba 6 langkah ini demi si kecil

0

Isu kanak-kanak melontarkan tantrum dan membuat bising di tempat awam sehingga menggugat ketenteraman orang di sekeliling sering menjadi topik bualan.

Terutamanya buat mereka yang tidak berkeluarga serta tidak mempunyai anak kecil dan tidak begitu memahami, topik ini sering menjadi perdebatan hangat kalangan netizen di media sosial.

Adalah penting buat ibu bapa untuk mengetahui tindakan dan cara menghadapi anak tantrum di tempat awam.

Sekadar Gambar Hiasan / Pexels

Namun, alangkah baik jika masyarakat saling bertoleransi sewaktu berhadapan dengan situasi ini. Bukan mudah untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak yang tidak tahu bila mereka akan menjadi tantrum dan bertindak di luar kawalan.

Berikut adalah 6 langkah menghadapi anak tantrum di tempat awam untuk ibu bapa lakukan sebagaimana yang dikongsikan Public Health Malaysia:

Ingatlah bahawa tangisan anak adalah sebahagian dari perkembangan anak, dan penting untuk menanganinya dengan kesabaran dan bertenang. Jika anak menangis dan membuat bising di tempat awam, ini yang perlu anda lakukan.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Cara menghadapi anak tantrum di tempat awam.

1. Tetap bertenang

Penting untuk kekal bertenang kerana berasa marah atau memarahi anak hanya akan memburukkan keadaan.

2. Pindahkan anak

Jika tangisan anak mengganggu orang lain seperti pelanggan di restoran, bawa anak keluar atau ke kawasan yang lebih tenang.

3. Berikan keselesaan

Dukung dan peluk anak serta beri kata-kata yang menenangkan.

Sekadar Gambar Hiasan / Pexels

4. Cari punca dan tahu penyebabnya

Cuba mengenal pasti punca tangisan anak dan berusaha untuk mengatasinya. 

5. Alihkan perhatian anak ke hal lain

Tawarkan benda atau permainan yang membuat anak dapat teralih perhatiannya.

6. Minta maaf kepada pelanggan lain

Jika tangisan anak mengganggu pelanggan restoran misalnya, minta maaf kepada mereka dan beritahu anda sedang melakukan yang terbaik untuk mengatasi situasi tersebut.

Boleh cuba cara ini dahulu untuk meredakan anak anda jika dia menangis dan tantrum di tempat awam. Semoga mendapat info bermanfaat.

Pilihan Editor:

Nenek gagah dan gigih mengangkat tong gas demi cari rezeki

0

Pada zaman ini, apa juga pekerjaan tidak lagi mengira gender dan usia. Asalkan seseorang itu gigih berusaha demi pencarian rezeki, segala halangan menjadi alah bisa tegal biasa.

Seorang warga emas dan nenek dengan 16 cucu berusia 57 tahun gigih mengangkat tong gas setiap hari sebagai pekerjaan hariannya telah mencuri tumpuan kalangan warganet.

Nenek ini membuktikan wanita juga mampu lakukan pekerjaan berat yang dimonopoli kaum lelaki.

Gambar Bernama

Bukan calang-calang orang yang boleh melakukan pekerjaan ini, nenek bernama Saparisah Abdul Rahman mampu mengangkat dan menghantar tong gas berisi petroleum cecair (LPG) dari rumah ke rumah dengan menaiki motosikal.

Tugas menghantar tong gas LPG berkenaan adalah kelangsungan perniagaan yang diusahakannya dan menjadi sumber mata pencariannya sejak lebih 15 tahun lalu, lapor Bernama.

Nenek ini berkata tiada istilah rehat atau penat dalam kamus hidupnya dan dia telah membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukan pekerjaan itu, yang lazimnya dimonopoli kaum lelaki.

“Saya terdetik untuk memulakan perniagaan ini selepas melihat adik saya mengusahakannya. Kerja saya bukan sekadar menjual malah mengangkat, menghantar dan memasang tong gas ke rumah pelanggan,” katanya.

Gambar Bernama

“Semasa mula berniaga pada 2004, memang rasa tidak yakin untuk angkat tong gas seberat 12 dan 14 kilogram, tapi lama-kelamaan jadi terbiasa walaupun sakit pinggang semuanya ada,” jelasnya.

Saparisah berkata dia memilih untuk berniaga gas LPG kerana dapat menikmati gaji secara harian.

“Sehari saya dapat jual 30 hingga 40 tong gas, paling banyak 50 tong. Saya seronok kerana dapat duit tunai setiap hari untuk dijadikan modal pusingan. Jika dulu kerja kilang, perlu tunggu sebulan baru dapat duit,” katanya yang mendapat bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi membangunkan perniagaannya.

Pilihan Editor:

Bergurau dalam set apabila kerusi ditarik, masalah saraf pelakon kanak-kanak semakin teruk

0

Kerusi ditarik dengan niat untuk bergurau telah menyebabkan kecederaan yang serius kepada seorang pelakon kanak-kanak yang kini mengalami keretakan bahagian pinggul dan pinggang.

Pelakon cilik itu mengalami masalah saraf kesan daripada kerusi yang ditarik oleh seorang budak (anak ahli keluarga pelakon lain) dan badannya menghempap kaki besi tripod. 

Kejadian berlaku semasa dia dan pelakon lain sedang menjalankan sesi latihan di set penggambaran.

@puterirafasya1/Instagram

Kemalangan yang menimpa Puteri Rafasya, 12 tahun, ketika di lokasi penggambaran drama Jaga Aku Selamanya bertambah serius apabila terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA).

Dalam satu perkongsian ibunya, Fatin Aliza Salmi yang tular di media sosial, memberitahu Puteri terlebih dahulu dikejarkan dengan ambulans dan ditempatkan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 3 pagi selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.

“Sekarang, Puteri ada masalah dengan pundi kencing dan kakinya kebas. Bila kaki kebas memang situasi agak merisaukan sebenarnya.

“Disebabkan itu, Puteri perlu dikejarkan ke zon kuning pada awalnya. Ia juga berkait rapat dengan saraf.

@puterirfasya1/Instagram

“Selepas doktor menjalankan pemeriksaan, Puteri akhirnya perlu ditahan di wad pediatrik HTA sehingga keadaannya beransur pulih.

“Keadaan Puteri agak teruk juga sebab masih perlu memakai lampin pakai buang,” katanya.

Melihatkan keadaan anaknya yang semakin membimbangkan, Fatin berkata, dia kini tidak tahu sama ada untuk mengambil tindakan selanjutnya disebabkan pihak terbabit dilihat mengambil sikap lepas tangan berhubung kemalangan itu.

“Kalau diikutkan laporan perubatan yang dikeluarkan, Puteri dijangka sudah boleh berjalan pada ketika ini.

“Tapi, jangankan berjalan, berdiri pun Puteri tidak boleh. Jadi, bila keadaan dilihat semakin memburuk, saya rasa sangat tertekan dan kecewa.

“Sehingga hari ini, kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit. Saya tertanya-tanya adakah mereka perlu lepas tangan seperti ini,” katanya.

Facebook

“Bagaimanapun, SENIMAN ada menghubungi saya untuk mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku untuk membincangkan mengenai perkara ini,” tambahnya lagi.

Dalam masa sama, Fatin berkata, sekiranya masih tiada tindakan susulan, dia akan melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya.

Terdahulu, Puteri terpaksa menanggung derita apabila tidak mampu duduk dan berjalan tanpa bantuan keluarga akibat tulang pinggulnya retak selepas dilaporkan terjatuh ketika penggambaran di Beranang, Selangor pada 22 Februari lalu.

Pilihan Editor:

SPRM sahkan Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin

0

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA), berkait projek Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pertuduhan di bawah AMLATFPUAA terhadap pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Gambar FMT

Beliau mengesahkan Muhyiddin akan didakwa di bawah AMLATFPUAA di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin, 13 Mac 2023.

Azam berkata, mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pada 10 Mac, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat tuduhan salah guna kuasa berkait program Jana Wibawa, mendapatkan RM232.5 juta untuk parti Bersatu, serta dua tuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM195 juta.

Gambar Harian Metro

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM2 juta dengan dua penjamin berserta syarat tambahan serahan pasport sehingga kes selesai sementara 26 Mei sebagai tarikh sebutan kes.

Pilihan Editor:

WhatsApp benarkan ahli keluar grup secara senyap, ciri baharu terbaik setakat ini

0

Sekiranya anda baru tahu, WhatsApp telah mengaktifkan ciri senyap yang sesuai untuk orang yang ingin mengelakkan konfrontasi.

Melaluinya, sesiapa sahaja boleh meninggalkan grup WhatsApp senyap-senyap tanpa pengetahuan ahli yang lain.

Gambar Hiasan / Pixabay

Kini anda boleh meninggalkan grup WhatsApp yang anda sukai, dengan hanya admin akan dimaklumkan apabila seseorang telah meninggalkan kumpulan.

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka WhatsApp dan pilih kumpulan yang anda mahu keluar

Tangkap skrin WhatsApp

2. Tatal ke bawah sehingga anda melihat ‘Keluar Grup’’

Tangkap skrin WhatsApp

Makluman pengesahan akan muncul sebaik sahaja anda mengklik ‘Keluar dari Grup’’, dan seperti yang anda lihat — ia memberitahu anda bahawa hanya admin kumpulan akan dimaklumkan tentang anda telah keluar dari kumpulan itu.

3. Sebaik sahaja anda keluar, tiada pemberitahuan makluman akan dihantar kepada ahli kumpulan (melainkan anda admin).

Tangkap skrin WhatsApp

Selesai.

Dengan ciri baharu ini, ia memberikan lebih privasi kepada pengguna untuk meninggalkan kumpulan WhatsApp tanpa pengetahuan ahli lain.

Pilihan Editor:

Oyen ini bulat sangat bila dipakaikan baju Melayu, hanya mampu berguling-guling tidak boleh segak berjalan

0

Seekor oyen bertubuh besar bernama Bubble mendapat perhatian warganet baru-baru ini selepas pemiliknya, @warnabilla, menyiarkan ciapan yang menunjukkan kucing bulat itu kelihatan segak dengan baju melayunya.

Ciapan yang dimuat naik pada 27 Februari itu menunjukkan imej kucing segak berbaju melayu hijau dan bersamping tetapi malang bajunya tidak boleh dibutang. 

@warnabilla/Twitter

Nabilla berkata dia telah membeli saiz XL yang paling besar ditawarkan. Ciapan itu telah mendapat perhatian lebih 10,300 yang suka dan 4,000 ciap semula.

@warnabilla/Twitter

“Kisah sedih hari ini: Baju Raya Bubble sendat. Butang pun tak boleh,” tulis Nabilla di Twitter.

“Sedih laaa. Saya suka warnanya. Bubble nak berjalan pun tak boleh, dia hanya boleh berguling-guling je. Memang gorgon Bubble ni,” tulisnya menunjukkan Bubble yang sedia comel dengan muka tidak bersalah memakai busana Rayanya.

@warnabilla/Twitter

Bubble pada mulanya merupakan kucing jalanan yang diambil Nabilla sejak dua tahun lalu, dan sudah menjadi anak kucing gemuk ketika dia mula-mula ditemui.

Nabilla pertama kali melihat Bubble kira-kira enam tahun lalu apabila dia melihat kucing gebu itu berkeliaran di jalanan. Dia mendapat tahu melalui pemiliknya yang terdahulu, Bubble melarikan diri kerana tidak boleh berkawan dengan kucing lain di rumah lamanya sebelum ini.

@warnabilla/Twitter

Selepas beberapa lama menjadi kucing terbiar, Nabilla memutuskan untuk mengambil Bubble dan mengekalkan namanya.

Nabilla menjelaskan Bubble adalah kucing yang sihat tetapi sudah tua dan obes apabila dia diambil sebagai kucing peliharaan. Bubble sentiasa dipantau berat badannya dan Nabilla telah menjaganya dengan baik.

@warnabilla/Twitter

Warganet berasa terhibur apabila melihat betapa bulatnya Bubble dengan komen mereka:

“Bulan puasa boleh kurus”

“Memang trend sekarang baju melayu slim fit la..”

“Jadi V neck terus, hahaha..”

“Sepadan warna baju hijau sama dengan warna matanya..”

“Bubble dah macam pakai sarung bantal jadinya.”

“Mungkin boleh belikan raksasa gorgon ni baju raya saiz budak 2-3 tahun.”

Apa-apa pun walaupun tidak berbaju, Bubble tetap comel dengan saiznya itu.

Pilihan Editor:

Bapa ini relakan anak-anaknya menconteng kereta mewah yang akhirnya hasilkan ‘doodle’ hebat

0

Apa yang berlaku apabila seorang bapa melihat anak-anaknya menconteng Toyota Vellfire? Kebanyakan bapa sudah pasti memberi reaksi sangat marah.

Pengguna TikTok@Zameerpentbrush bukan salah seorang daripadanya apabila beliau memuat naik video 3 orang anaknya melukis pada kenderaan mewah Toyota Vellfire yang biasa digunakan oleh ahli politik. 

TikTok

Apabila mendapati anak-anaknya telah menggunakan pen marker kekal untuk membuat lakaran mereka, beliau memutuskan untuk membenarkan karya seni mereka disiapkan pada keseluruhan MPV itu dan hasilnya terbukti sangat hebat!

TikTok

@Zameerpentbrush berkongsi, “Alang-alang nak buat, buat betul-betul! Jangan buat main-main, jangan buat benda sia-sia. Ingat tu!”

TikTok

Menerusi video yang dipaparkan, anak-anaknya boleh dilihat menggunakan pen marker kekal untuk menconteng di sebelah kiri bumper hadapan Vellfire. Apabila beliau meminta anak-anaknya untuk menghilangkan tanda itu dengan kain lap, ia jelas tidak boleh hilang. 

TikTok

Maka oleh itu, bapa ini memutuskan untuk mengarahkan kanak-kanak itu untuk menyiapkan seni ‘doodle’ mereka pada keseluruhan kenderaan!

TikTok

Akhirnya kenderaan MPV itu bertukar menjadi hebat dengan gaya perlumbaan-Anime yang menjadi tema dalam lukisan mereka.

TikTok

Bapa ini berkata hasil ‘doodle’ itu bukanlah pertama kali dilakukan oleh anak-anaknya yang suka melukis pada kenderaan mewah kerana mereka juga telah memperincikannya pada kereta Audinya.

Untuk bersikap adil, @Zameerpentbrush sendiri ialah artis airbrush untuk kenderaan dan item lain, justeru berkarya seni telah menjadi perkara biasa buat anak-anaknya yang ternyata mewarisi bakatnya.

Pilihan Editor: