26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaNasionalBergurau dalam set apabila kerusi ditarik, masalah saraf pelakon kanak-kanak semakin teruk

Bergurau dalam set apabila kerusi ditarik, masalah saraf pelakon kanak-kanak semakin teruk

Kerusi ditarik dengan niat untuk bergurau telah menyebabkan kecederaan yang serius kepada seorang pelakon kanak-kanak yang kini mengalami keretakan bahagian pinggul dan pinggang.

Pelakon cilik itu mengalami masalah saraf kesan daripada kerusi yang ditarik oleh seorang budak (anak ahli keluarga pelakon lain) dan badannya menghempap kaki besi tripod. 

Kejadian berlaku semasa dia dan pelakon lain sedang menjalankan sesi latihan di set penggambaran.

@puterirafasya1/Instagram

Kemalangan yang menimpa Puteri Rafasya, 12 tahun, ketika di lokasi penggambaran drama Jaga Aku Selamanya bertambah serius apabila terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA).

Dalam satu perkongsian ibunya, Fatin Aliza Salmi yang tular di media sosial, memberitahu Puteri terlebih dahulu dikejarkan dengan ambulans dan ditempatkan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 3 pagi selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.

“Sekarang, Puteri ada masalah dengan pundi kencing dan kakinya kebas. Bila kaki kebas memang situasi agak merisaukan sebenarnya.

“Disebabkan itu, Puteri perlu dikejarkan ke zon kuning pada awalnya. Ia juga berkait rapat dengan saraf.

@puterirfasya1/Instagram

“Selepas doktor menjalankan pemeriksaan, Puteri akhirnya perlu ditahan di wad pediatrik HTA sehingga keadaannya beransur pulih.

“Keadaan Puteri agak teruk juga sebab masih perlu memakai lampin pakai buang,” katanya.

Melihatkan keadaan anaknya yang semakin membimbangkan, Fatin berkata, dia kini tidak tahu sama ada untuk mengambil tindakan selanjutnya disebabkan pihak terbabit dilihat mengambil sikap lepas tangan berhubung kemalangan itu.

“Kalau diikutkan laporan perubatan yang dikeluarkan, Puteri dijangka sudah boleh berjalan pada ketika ini.

“Tapi, jangankan berjalan, berdiri pun Puteri tidak boleh. Jadi, bila keadaan dilihat semakin memburuk, saya rasa sangat tertekan dan kecewa.

“Sehingga hari ini, kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit. Saya tertanya-tanya adakah mereka perlu lepas tangan seperti ini,” katanya.

Facebook

“Bagaimanapun, SENIMAN ada menghubungi saya untuk mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku untuk membincangkan mengenai perkara ini,” tambahnya lagi.

Dalam masa sama, Fatin berkata, sekiranya masih tiada tindakan susulan, dia akan melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya.

Terdahulu, Puteri terpaksa menanggung derita apabila tidak mampu duduk dan berjalan tanpa bantuan keluarga akibat tulang pinggulnya retak selepas dilaporkan terjatuh ketika penggambaran di Beranang, Selangor pada 22 Februari lalu.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI