25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 19, 2025
Utama Blog Laman 102

Nenek gagah dan gigih mengangkat tong gas demi cari rezeki

0

Pada zaman ini, apa juga pekerjaan tidak lagi mengira gender dan usia. Asalkan seseorang itu gigih berusaha demi pencarian rezeki, segala halangan menjadi alah bisa tegal biasa.

Seorang warga emas dan nenek dengan 16 cucu berusia 57 tahun gigih mengangkat tong gas setiap hari sebagai pekerjaan hariannya telah mencuri tumpuan kalangan warganet.

Nenek ini membuktikan wanita juga mampu lakukan pekerjaan berat yang dimonopoli kaum lelaki.

Gambar Bernama

Bukan calang-calang orang yang boleh melakukan pekerjaan ini, nenek bernama Saparisah Abdul Rahman mampu mengangkat dan menghantar tong gas berisi petroleum cecair (LPG) dari rumah ke rumah dengan menaiki motosikal.

Tugas menghantar tong gas LPG berkenaan adalah kelangsungan perniagaan yang diusahakannya dan menjadi sumber mata pencariannya sejak lebih 15 tahun lalu, lapor Bernama.

Nenek ini berkata tiada istilah rehat atau penat dalam kamus hidupnya dan dia telah membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukan pekerjaan itu, yang lazimnya dimonopoli kaum lelaki.

“Saya terdetik untuk memulakan perniagaan ini selepas melihat adik saya mengusahakannya. Kerja saya bukan sekadar menjual malah mengangkat, menghantar dan memasang tong gas ke rumah pelanggan,” katanya.

Gambar Bernama

“Semasa mula berniaga pada 2004, memang rasa tidak yakin untuk angkat tong gas seberat 12 dan 14 kilogram, tapi lama-kelamaan jadi terbiasa walaupun sakit pinggang semuanya ada,” jelasnya.

Saparisah berkata dia memilih untuk berniaga gas LPG kerana dapat menikmati gaji secara harian.

“Sehari saya dapat jual 30 hingga 40 tong gas, paling banyak 50 tong. Saya seronok kerana dapat duit tunai setiap hari untuk dijadikan modal pusingan. Jika dulu kerja kilang, perlu tunggu sebulan baru dapat duit,” katanya yang mendapat bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi membangunkan perniagaannya.

Pilihan Editor:

Bergurau dalam set apabila kerusi ditarik, masalah saraf pelakon kanak-kanak semakin teruk

0

Kerusi ditarik dengan niat untuk bergurau telah menyebabkan kecederaan yang serius kepada seorang pelakon kanak-kanak yang kini mengalami keretakan bahagian pinggul dan pinggang.

Pelakon cilik itu mengalami masalah saraf kesan daripada kerusi yang ditarik oleh seorang budak (anak ahli keluarga pelakon lain) dan badannya menghempap kaki besi tripod. 

Kejadian berlaku semasa dia dan pelakon lain sedang menjalankan sesi latihan di set penggambaran.

@puterirafasya1/Instagram

Kemalangan yang menimpa Puteri Rafasya, 12 tahun, ketika di lokasi penggambaran drama Jaga Aku Selamanya bertambah serius apabila terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA).

Dalam satu perkongsian ibunya, Fatin Aliza Salmi yang tular di media sosial, memberitahu Puteri terlebih dahulu dikejarkan dengan ambulans dan ditempatkan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 3 pagi selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.

“Sekarang, Puteri ada masalah dengan pundi kencing dan kakinya kebas. Bila kaki kebas memang situasi agak merisaukan sebenarnya.

“Disebabkan itu, Puteri perlu dikejarkan ke zon kuning pada awalnya. Ia juga berkait rapat dengan saraf.

@puterirfasya1/Instagram

“Selepas doktor menjalankan pemeriksaan, Puteri akhirnya perlu ditahan di wad pediatrik HTA sehingga keadaannya beransur pulih.

“Keadaan Puteri agak teruk juga sebab masih perlu memakai lampin pakai buang,” katanya.

Melihatkan keadaan anaknya yang semakin membimbangkan, Fatin berkata, dia kini tidak tahu sama ada untuk mengambil tindakan selanjutnya disebabkan pihak terbabit dilihat mengambil sikap lepas tangan berhubung kemalangan itu.

“Kalau diikutkan laporan perubatan yang dikeluarkan, Puteri dijangka sudah boleh berjalan pada ketika ini.

“Tapi, jangankan berjalan, berdiri pun Puteri tidak boleh. Jadi, bila keadaan dilihat semakin memburuk, saya rasa sangat tertekan dan kecewa.

“Sehingga hari ini, kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit. Saya tertanya-tanya adakah mereka perlu lepas tangan seperti ini,” katanya.

Facebook

“Bagaimanapun, SENIMAN ada menghubungi saya untuk mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku untuk membincangkan mengenai perkara ini,” tambahnya lagi.

Dalam masa sama, Fatin berkata, sekiranya masih tiada tindakan susulan, dia akan melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya.

Terdahulu, Puteri terpaksa menanggung derita apabila tidak mampu duduk dan berjalan tanpa bantuan keluarga akibat tulang pinggulnya retak selepas dilaporkan terjatuh ketika penggambaran di Beranang, Selangor pada 22 Februari lalu.

Pilihan Editor:

SPRM sahkan Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin

0

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA), berkait projek Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pertuduhan di bawah AMLATFPUAA terhadap pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Gambar FMT

Beliau mengesahkan Muhyiddin akan didakwa di bawah AMLATFPUAA di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin, 13 Mac 2023.

Azam berkata, mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pada 10 Mac, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat tuduhan salah guna kuasa berkait program Jana Wibawa, mendapatkan RM232.5 juta untuk parti Bersatu, serta dua tuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM195 juta.

Gambar Harian Metro

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM2 juta dengan dua penjamin berserta syarat tambahan serahan pasport sehingga kes selesai sementara 26 Mei sebagai tarikh sebutan kes.

Pilihan Editor:

WhatsApp benarkan ahli keluar grup secara senyap, ciri baharu terbaik setakat ini

0

Sekiranya anda baru tahu, WhatsApp telah mengaktifkan ciri senyap yang sesuai untuk orang yang ingin mengelakkan konfrontasi.

Melaluinya, sesiapa sahaja boleh meninggalkan grup WhatsApp senyap-senyap tanpa pengetahuan ahli yang lain.

Gambar Hiasan / Pixabay

Kini anda boleh meninggalkan grup WhatsApp yang anda sukai, dengan hanya admin akan dimaklumkan apabila seseorang telah meninggalkan kumpulan.

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka WhatsApp dan pilih kumpulan yang anda mahu keluar

Tangkap skrin WhatsApp

2. Tatal ke bawah sehingga anda melihat ‘Keluar Grup’’

Tangkap skrin WhatsApp

Makluman pengesahan akan muncul sebaik sahaja anda mengklik ‘Keluar dari Grup’’, dan seperti yang anda lihat — ia memberitahu anda bahawa hanya admin kumpulan akan dimaklumkan tentang anda telah keluar dari kumpulan itu.

3. Sebaik sahaja anda keluar, tiada pemberitahuan makluman akan dihantar kepada ahli kumpulan (melainkan anda admin).

Tangkap skrin WhatsApp

Selesai.

Dengan ciri baharu ini, ia memberikan lebih privasi kepada pengguna untuk meninggalkan kumpulan WhatsApp tanpa pengetahuan ahli lain.

Pilihan Editor:

Oyen ini bulat sangat bila dipakaikan baju Melayu, hanya mampu berguling-guling tidak boleh segak berjalan

0

Seekor oyen bertubuh besar bernama Bubble mendapat perhatian warganet baru-baru ini selepas pemiliknya, @warnabilla, menyiarkan ciapan yang menunjukkan kucing bulat itu kelihatan segak dengan baju melayunya.

Ciapan yang dimuat naik pada 27 Februari itu menunjukkan imej kucing segak berbaju melayu hijau dan bersamping tetapi malang bajunya tidak boleh dibutang. 

@warnabilla/Twitter

Nabilla berkata dia telah membeli saiz XL yang paling besar ditawarkan. Ciapan itu telah mendapat perhatian lebih 10,300 yang suka dan 4,000 ciap semula.

@warnabilla/Twitter

“Kisah sedih hari ini: Baju Raya Bubble sendat. Butang pun tak boleh,” tulis Nabilla di Twitter.

“Sedih laaa. Saya suka warnanya. Bubble nak berjalan pun tak boleh, dia hanya boleh berguling-guling je. Memang gorgon Bubble ni,” tulisnya menunjukkan Bubble yang sedia comel dengan muka tidak bersalah memakai busana Rayanya.

@warnabilla/Twitter

Bubble pada mulanya merupakan kucing jalanan yang diambil Nabilla sejak dua tahun lalu, dan sudah menjadi anak kucing gemuk ketika dia mula-mula ditemui.

Nabilla pertama kali melihat Bubble kira-kira enam tahun lalu apabila dia melihat kucing gebu itu berkeliaran di jalanan. Dia mendapat tahu melalui pemiliknya yang terdahulu, Bubble melarikan diri kerana tidak boleh berkawan dengan kucing lain di rumah lamanya sebelum ini.

@warnabilla/Twitter

Selepas beberapa lama menjadi kucing terbiar, Nabilla memutuskan untuk mengambil Bubble dan mengekalkan namanya.

Nabilla menjelaskan Bubble adalah kucing yang sihat tetapi sudah tua dan obes apabila dia diambil sebagai kucing peliharaan. Bubble sentiasa dipantau berat badannya dan Nabilla telah menjaganya dengan baik.

@warnabilla/Twitter

Warganet berasa terhibur apabila melihat betapa bulatnya Bubble dengan komen mereka:

“Bulan puasa boleh kurus”

“Memang trend sekarang baju melayu slim fit la..”

“Jadi V neck terus, hahaha..”

“Sepadan warna baju hijau sama dengan warna matanya..”

“Bubble dah macam pakai sarung bantal jadinya.”

“Mungkin boleh belikan raksasa gorgon ni baju raya saiz budak 2-3 tahun.”

Apa-apa pun walaupun tidak berbaju, Bubble tetap comel dengan saiznya itu.

Pilihan Editor:

Bapa ini relakan anak-anaknya menconteng kereta mewah yang akhirnya hasilkan ‘doodle’ hebat

0

Apa yang berlaku apabila seorang bapa melihat anak-anaknya menconteng Toyota Vellfire? Kebanyakan bapa sudah pasti memberi reaksi sangat marah.

Pengguna TikTok@Zameerpentbrush bukan salah seorang daripadanya apabila beliau memuat naik video 3 orang anaknya melukis pada kenderaan mewah Toyota Vellfire yang biasa digunakan oleh ahli politik. 

TikTok

Apabila mendapati anak-anaknya telah menggunakan pen marker kekal untuk membuat lakaran mereka, beliau memutuskan untuk membenarkan karya seni mereka disiapkan pada keseluruhan MPV itu dan hasilnya terbukti sangat hebat!

TikTok

@Zameerpentbrush berkongsi, “Alang-alang nak buat, buat betul-betul! Jangan buat main-main, jangan buat benda sia-sia. Ingat tu!”

TikTok

Menerusi video yang dipaparkan, anak-anaknya boleh dilihat menggunakan pen marker kekal untuk menconteng di sebelah kiri bumper hadapan Vellfire. Apabila beliau meminta anak-anaknya untuk menghilangkan tanda itu dengan kain lap, ia jelas tidak boleh hilang. 

TikTok

Maka oleh itu, bapa ini memutuskan untuk mengarahkan kanak-kanak itu untuk menyiapkan seni ‘doodle’ mereka pada keseluruhan kenderaan!

TikTok

Akhirnya kenderaan MPV itu bertukar menjadi hebat dengan gaya perlumbaan-Anime yang menjadi tema dalam lukisan mereka.

TikTok

Bapa ini berkata hasil ‘doodle’ itu bukanlah pertama kali dilakukan oleh anak-anaknya yang suka melukis pada kenderaan mewah kerana mereka juga telah memperincikannya pada kereta Audinya.

Untuk bersikap adil, @Zameerpentbrush sendiri ialah artis airbrush untuk kenderaan dan item lain, justeru berkarya seni telah menjadi perkara biasa buat anak-anaknya yang ternyata mewarisi bakatnya.

Pilihan Editor:

Lelaki kongsi percaya kuasa bersedekah seikhlas hati, lepaskan RM20 terakhir tidak sangka dibalas rezeki tunai RM250

0

Dalam ajaran Islam, amalan yang digalakkan adalah selalu bersedekah. Apapun jumlahnya adalah tidak penting asalkan niat dalam hati kita adalah tulus dan ikhlas.

Tidak kiralah bagaimana cara anda bersedekah, Allah tidak mengira kuantiti, tetapi mengira kualiti. Semuanya bergantung kepada niat di dalam hati anda. Semua orang tidak nampak, namun Allah Maha Mengetahui!

TikTok

Ia terbukti apabila seorang pemuda dikenali Azim Adnan berkongsi video di TikTok akan kehebatan kuasa bersedekah yang telah mendapat perhatian hampir 2 juta tontonan.

Katanya kuasa bersedekah itu telah membuatnya menangis teresak-esak apabila menerima wang tunai RM250 pada ketika dia sedang pokai.

TikTok

Menerusi video tersebut, pemuda itu berkongsi kisahnya tentang bersedekah pada zaman menjadi pelatih pekerjaan di sebuah syarikat kecil.

Katanya, ketika itu dia hanya memiliki RM20 di dalam dompet. Perkara itu membuatkan dirinya berasa sangat kering dan kosong serta bersedih kerana wangnya tidak mencukupi untuk dia bertahan selama dua minggu.

TikTok

“Pada waktu itu juga adalah waktu Zohor, tidak seperti selalu menunaikan solat di surau pejabat, tiba-tiba saya terasa hendak solat di masjid,” katanya.

Tanpa berfikir panjang, pemuda ini membuat keputusan untuk bersedekah RM20 di masjid iaitu duit terakhirnya dengan niat supaya Allah tidak membiarkan kanak-kanak kelaparan.

TikTok

Namun, sebaik dia sampai di dalam pejabat, keajaiban mula berlaku selepas penyelianya memberikannya wang tunai RM250 kerana dia telah membantu syarikat mengendalikan sebuah acara dengan baik sebelum ini.

Wang itu telah membuatnya menjadi sebak dan menasihatkan kepada semua, jangan merendahkan kuasa bersedekah kerana banyak keberkatan yang diperolehi daripadanya, serta siapa tahu anda bakal menerima rezeki yang tidak disangka-sangka.

TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dan berkongsi pengalaman sama.

TikTok

Oleh itu, teruskan amalan bersedekah anda semua, terpulang dan tidak kira bagaimana caranya asal dengan rezeki yang halal. 

Yang penting, anda lakukannya dengan niat yang suci dan betul di dalam hati masing-masing.

Pilihan Editor:

Muhyiddin akan didakwa esok – SPRM

0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok, 10 Mac 2023.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam satu kenyataan bahawa Ahli Parlimen Pagoh yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sedang diambil keterangan oleh SPRM Putrajaya dan beliau tidak dihadapkan ke mahkamah hari ini, 9 Mac 2023.

“Beliau dijangka akan didakwa esok. Bukan hari ini,” katanya kepada Berita Harian.

Twitter

SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Muhyiddin dilihat tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11.18 pagi, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sementara itu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Muhyiddin sebelum ini menyatakan dirinya tidak bersalah atas tuduhan penyelewengan Jana Wibawa.

“Berdasarkan perbincangan sebelum ini, beliau menyatakan keyakinan tidak bersalah,” katanya kepada pemberita selepas Muhyiddin memasuki bangunan Ibu Pejabat SPRM.

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.

Bagaimanapun, sehari kemudian SPRM mengesahkan bekas Perdana Menteri itu antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.

Twitter

Pada 20 Februari, SPRM memaklumkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik berstatus Ahli Parlimen dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, ditahan berhubung kes Jana Wibawa.

Sehari kemudian, Wan Saiful didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.

Pada hari sama, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dihadapkan di mahkamah sama atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM500,000 membabitkan projek Jana Wibawa.

Adam Radlan sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 22 Februari atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek sama, disusuli pendakwaan kali ketiga pada 28 Februari berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan meminta rasuah RM2 juta.

Pada 22 Februari juga, seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa bernilai RM12.875 juta, sejak dua tahun lalu.

Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik COVID-19, dan ia kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada tahun 1993.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN diterajui Muhyiddin.

Twitter

KRONOLOGI ISU PROJEK JANA WIBAWA:

13 November 2020 : Diluluskan oleh Jemaah Menteri.

31 Februari 2023 : BERSATU berkongsi penyata akaunnya sebalik dakwaan mengaitkan parti itu menerima RM4 bilion daripada RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi.

1 Februari 2023 : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sahkan pihaknya membekukan beberapa akaun milik BERSATU.

2 Februari 2023 : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin maklumkan partinya menghantar surat kepada SPRM meminta pembatalan pembekuan akuan BERSATU.

15 Februari 2023 : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi maklum Kementerian Kewangan (MOF) sudah mengarahkan projek Jana Wibawa ditangguh.

16 Februari 2023 : Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) hadir beri keterangan kepada SPRM.

19 Februari 2023 : SPRM sahkan Muhyiddin antara suspek yang disiasat bagi projek Jana Wibawa.

20 Februari 2023 : Bekas Menteri MOF, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beri keterangan kepada SPRM.

20 Februari 2023 : Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, Adam Radlan Adam Muhammad ditahan SPRM.

21 Februari 2023 : Wan Saiful dan Adam Radlan masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta dan RM500,000 berkaitan Jana Wibawa.

22 Februari 2023 : Adam Radlan sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan Jana Wibawa.

22 Februari 2023 : Seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM12.875 juta.

24 Februari 2023 : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim maklumkan projek Jana Wibawa berjumlah RM7 bilion yang dibuat secara rundingan terus dibatalkan.

28 Februari 2023 : Adam Radlan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sekali lagi atas pertuduhan meminta rasuah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.

9 Mac 2023 : Muhyiddin sekali lagi hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan berkenaan projek Jana Wibawa.

Pilihan Editor:

Arca kerbau terperanjat di Serian yang tular buat ramai tersenyum

0

Penduduk mengenali mercu tanda di Serian adalah arca kerbau ‘beliang’ yang sudah berada di bandar itu selama bertahun-tahun lamanya.

Serian yang terletak tidak jauh dari Kuching merupakan salah sebuah bandar menarik perhatian di Sarawak terutama kerana terkenal dengan hasil tanamannya yang pelbagai.

Baru-baru ini, nama Serian menjadi tular di media sosial ekoran muat naik gambar arca kerbau itu. 

Amazing Sarawak / Facebook

Difahamkan, arca kerbau itu telah dicat semula baru-baru ini dan gambarnya telah menarik perhatian ramai warganet.

Apa yang istimewanya apabila gambar arca kerbau mendapat perhatian para warganet kerana ia kelihatan pelik lagi melucukan.

Jika anda melihat gambar kerbau tersebut, ia kelihatan ‘beliang’ melihat sesuatu.

Daily Express Malaysia / Facebook

‘Beliang’ dalam bahasa Sarawak bermaksud terkejut atau terperanjat. Mungkin disengajakan apabila pembuat arca menunjukkan ekspresi kerbau kelihatan terperanjat melihat sesuatu, sebagai tarikan di Serian.

Tidak kisahlah, apa yang pasti gambar itu telah membuat ramai warganet berasa terhibur melihat arca kerbau ‘beliang’ yang lucu di Serian sehinggakan ada yang memuat naik memes pula.

Amazing Sarawak / Facebook

Kalau anda teringin melihat kerbau terperanjat, bolehlah ke Serian jika melawat Sarawak. Pemanduan dari Kuching ke Serian sejauh 60 kilometer.

Selain arca kerbau itu, dahulunya terdapat arca harimau juga yang terletak bersebelahan Taman Komuniti Serian.

Daily Express Malaysia / Facebook

Bagaimanapun, patung harimau dengan wajah tersenyum lebar itu telah tiada lagi selepas kerja-kerja baik pulih di taman berkenaan.

Apa-apa pun, jangan lupa ambil gambar dengan kerbau terperanjat yang comel di Serian sebab ia adalah aktiviti wajib apabila anda berada di sana.

Pilihan Editor:

Rang Undang-Undang memerangi penuaian organ paksa di China diluluskan di peringkat jawatankuasa Kongres AS

0

Dewan Perundangan Amerika Syarikat kini memfokuskan undang-undang ke arah memerangi penuaian organ paksa yang dibenarkan oleh rejim China dan rang undang-undang telah diluluskan di peringkat jawatankuasa menuju ke peringkat Dewan Perwakilan dan Senat.

Langkah itu, H.R. 1154, juga dikenali sebagai Akta Hentikan Penuaian Organ Paksa 2023, telah diluluskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan pada 28 Februari dan akan dibawa oleh Dewan penuh untuk dibahaskan.

Rang undang-undang itu akan menghalang kemasukan penjenayah ke Amerika Syarikat dan menyekat urus niaga kewangan di muka bumi A.S. Ia juga memerlukan setiausaha negara Amerika Syarikat untuk melaporkan kepada Kongres mengenai penyalahgunaan pemindahan organ yang dilakukan di negara asing.

Rep. Chris Smith (R-N.J.). (Gambar oleh Samira Bouaou/The Epoch Times)

“Orang ramai akhirnya sedar dengan kekejaman PKC,” kata Rep. Chris Smith (R-N.J.), penaja utama rang undang-undang itu, dalam satu kenyataan pada 28 Februari, merujuk kepada Parti Komunis China. “Kami di Amerika Syarikat-dalam bidang perubatan khususnya-mesti memeriksa keterlibatan moral kami dalam jenayah yang paling keji ini.”

Pengambilan organ secara paksa adalah perdagangan yang menguntungkan di China, secara sistematik dijalankan di bawah pemerintahan negara. Doktor mengeluarkan organ utama daripada mangsa yang kebanyakannya adalah tahanan kerohanian atau hati nurani, membunuh mereka dalam proses itu.

Pada pendengaran jawatankuasa itu, Smith memetik penyiasatan oleh Tribunal China yang berpangkalan di London, yang pada 2019 memutuskan bahawa penderaan yang ditaja kerajaan “telah dilakukan selama bertahun-tahun di seluruh China pada skala yang signifikan,” dengan pengamal Falun Gong yang ditahan menjadi sumber utama penuaian organ.

Disiplin kerohanian, yang menyokong nilai-nilai Sejati, Baik, Sabar dan melibatkan satu set latihan pergerakan badan yang perlahan, dianggarkan mempunyai pengikut seramai 100 juta orang apabila rejim Beijing memulakan kempen penindasan yang meluas pada tahun 1999 untuk menghapuskan kepercayaan penganutnya.

Smith mengingati semasa mempengerusikan perbicaraan kongres kira-kira 25 tahun lalu di mana seorang pegawai keselamatan China memberi keterangan bahawa dia dan ejen keselamatan lain menembak banduan, dengan doktor berdiri bersebelahan dan bersedia untuk mengambil organ mereka.

Gambar oleh Chung I Ho/The Epoch Times

“Itu adalah peringkat permulaan,” katanya kepada NTD, saluran media bersama The Epoch Times. “Kemudian ia menjadi serangan habis-habisan, kerana Parti Komunis China yang menyedari mereka boleh membuat berbilion dolar dengan melakukan perkara ini, dan mereka juga akan mempunyai kit pembaikan untuk diri mereka sendiri.”

Smith merujuk kepada laporan sumber terbuka dari China bahawa pegawai berpangkat tinggi PKC berhak menerima pemindahan organ atas permintaan. Seorang bekas timbalan menteri kebudayaan China yang meninggal dunia semasa gelombang COVID-19 baru-baru ini yang memusnahkan negara itu, telah didedahkan dalam obituari bahawa pelbagai organ telah diganti, menyebabkan dia bergurau yang “banyak komponen badan [bukan] miliknya lagi.”

“Jika Xi Jinping sakit esok dan memerlukan paru-paru baru, dia akan mendapat paru-paru itu daripada pengamal Falun Gong berusia 28 tahun atau mungkin seorang lelaki atau wanita Uyghur,” kata Smith, merujuk kepada pemimpin China itu. Tindakan sedemikian, katanya, mengingatkan eksperimen perubatan oleh doktor Nazi Josef Mengele di Auschwitz, yang “diingati sebagai penjenayah perang.”

Pemerdagangan organ manusia sebagai perusahaan jenayah global menjana sekitar AS$840 juta hingga AS$1.7 bilion setiap tahun, anggaran Integriti Kewangan Global (GFI); walau bagaimanapun, bilangan sedemikian masih boleh mewakili puncak aisberg, kata pakar.

Smith berkata rang undang-undang itu adalah langkah pertama untuk “menghentikan amalan biadab ini—bermula pertama sekali dengan Republik Rakyat China, tetapi kedua pemboleh globalnya.”

Gambar oleh Larry Dye/The Epoch Times

‘Tidak dapat memikirkan apa-apa yang lebih mengerikan’

Dalam industri pemindahan organ gelap di China, tidak dapat dipastikan berapa ramai orang yang terbunuh setiap tahun. Laporan penyiasatan pada 2016, yang menganalisis data seperti kiraan katil, hasil dan kapasiti pemindahan organ di 169 hospital China, berkata kemudahan tersebut secara bersama boleh menjalankan 60,000 hingga 100,000 pemindahan organ setiap tahun.

“Sesiapa yang menerima pemindahan organ sepatutnya sangat mengetahui sumbernya untuk memastikan penderma meninggal dunia secara sukarela yang menawarkan organ mereka-sama ada jantung, hati atau apa sahaja yang mungkin-[dan] bahawa mereka memang sudah meninggal pada masa organ itu menjalani pemindahan,” kata Smith kepada NTD.

“Tetapi di China, semuanya terbalik. Mereka pergi dan memilih dan ‘menakai’—seperti yang mereka panggil—orang yang sangat sihat ini, dan pengamal Falun Gong sangat sihat kerana amalan agama mereka, kerana gaya hidup mereka, jadi mereka menjadi mangsa oleh Parti Komunis China.”

“Mereka menyasarkan orang yang mereka tindas tanpa sebarang hukuman—pengamal Falun Gong atau Uyghur atau Buddha Tibet, tetapi kebanyakannya pengamal Falun Gong,” tambah Smith, sambil menyatakan bahawa penganutnya “bukan ancaman kepada sesiapa pun.”

“[Rejim membenci] mereka yang amat sangat, tetapi mahukan organ mereka. Maksud saya, ini amat keterlaluan.”

Rep. Micheal McCaul (R-Texas). (Gambar oleh Alex Wong/Getty Images)

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Rep. Michael McCaul (R-Texas), penaja bersama rang undang-undang itu, menyatakan penghargaan kepada Smith kerana membawa “rang undang-undang yang telah lama tertunggak” ini akan dibawa perhatian kepada orang awam Amerika, “yang mungkin tidak memahami jenis negara yang sedang kita hadapi dan betapa lengkapnya pengabaian terhadap kehidupan manusia dan hak asasi manusia yang dimiliki [PKC].”

“Saya tidak dapat memikirkan apa-apa yang lebih mengerikan atau lebih biadab daripada amalan ini yang dilakukan oleh Parti Komunis China,” katanya pada perbicaraan itu.

“Untuk menahan orang di luar kehendak dan persetujuan mereka, dan kadang-kadang membius mereka, kadang-kadang tidak, dan mengeluarkan organ mereka yang sangat penting dan kemudian menjualnya dengan harga ratusan ribu dolar – itu benar-benar menjijikkan,” katanya.

Rang undang-undang bipartisan juga ditaja bersama oleh Ahli Perwakilan Bill Keating (D-Mass.), Kathy Manning (D-N.C.), dan French Hill (R-Ark.).

Senator Tom Cotton (R-Ark.), yang mengetuai rang undang-undang sahabat Senat dalam Kongres yang lalu, memberitahu The Epoch Times beliau merancang untuk memperkenalkan semula undang-undang itu pada minggu hadapan.

Pilihan Editor: