Satu paparan video oleh seorang wanita yang mendedahkan warga emas wanita yang tinggal bersendirian di dalam rumah usang telah menyentak hati netizen menjadi hiba.
Video perkongsian Nurhidaya Mahmud itu pada mulanya memaparkan beliau membawa pulang seorang nenek, yang menjual kerepek sebagai punca pendapatannya di sekitar bandar Tawau di Sabah.
Apabila tiba di rumah kayunya di Kinabutan Ria, Nurhidaya telah bertanya kepada warga emas itu, “Mak cik tinggal di sini seorang dirikah? Siapa ada lagi di dalam?”
Wanita itu menjawab yang dia tinggal seorang sendiri dan tiada sesiapa di dalam.
Semasa dia membuka pintu ruang tamunya, Nurhidaya terkejut melihat keadaan rumah yang sangat uzur itu sehingga kedengaran suaranya sebak dan terus menangis.
Rakaman video itu menunjukkan bumbung zink rumah telah rosak akibat karat dan lantai simen semuanya telah retak dan pecah, dengan keadaan perabot yang kebanyakannya telah usang.
Katanya, beliau berharap sesiapa yang melalui kawasan berkenaan dapat menghulurkan bantuan dan menderma beberapa keperluan asas kepada warga emas itu.
Video meruntun jiwa yang kemudiannya telah mendapat perhatian ribuan netizen dengan ramai yang menyatakan rasa simpati dan bersedia untuk menawarkan bantuan.
Nurhidaya kemudian dalam kemas kininya memberitahu ramai yang telah menghantar mesej kepadanya bertanyakan tentang bagaimana mereka boleh membantu ‘mak cik’ warga emas itu.
Darsha Nair dinobat Miss Petite Global 2023 pada majlis yang berlangsung dalam suasana gemilang di Genting Highlands, Pahang.
Peserta yang mewakili Malaysia berusia 23 tahun itu bersaing dengan 11 finalis lain dari seluruh dunia untuk memenangi edisi kedua Miss Petite Global pada 13 Mei lalu di Geo Resort & Hotel.
Menurut The Borneo Post, anak kelahiran Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 bersama tajaan lain.
Selain itu, Darsha turut memenangi ‘Darling of the Crowd’, ‘Best in Evening Gown’, ‘Best in Resort Wear’, dan anugerah khas ‘Best in Welcoming Dinner Outfit’.
Seorang lagi peserta Malaysia, Alya Abdul, merangkul naib juara ketiga dalam pertandingan itu.
Graduan pentadbiran perniagaan itu berkata beliau berasa amat gembira kerana tidak menyangka akan memenangi pertandingan ratu cantik berkenaan.
“Ketika dunia memuji kejayaan saya, saya menerima hakikat bahawa kecantikan sebenar bukan sahaja terletak pada penampilan tetapi juga pada kekuatan, seri dan kasih sayang yang terpancar dari dalam,” katanya.
Darsha, yang memenangi pertandingan awal Miss Petite Global Malaysia 2022 pada tahun lalu, berkongsi pertandingan itu meningkatkan keyakinannya kerana dia pernah menjadi seorang introvert dan sangat pemalu.
“Saya percaya pengalaman menyertai pertandingan ratu cantik sejak memenangi gelaran kebangsaan telah membantu saya menjadi wanita seperti hari ini,” tambahnya.
Menerusi Instagram, Darsha mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan serta peminat setianya atas kasih sayang dan sokongan mereka.
“Kita berjaya Malaysia!! Kita mencipta sejarah!!!” katanya dalam hantaran itu.
Beliau juga mendedahkan bapanya membantunya memilih pakaian mempesonakan yang membantunya memenangi anugerah khas ‘Best in Evening Gown’.
Advokasi Darsha berkisar kepada semangatnya untuk menghapuskan stigma yang menyelubungi kesihatan mental.
“Stigma kesihatan mental berleluasa di Malaysia, malah sehingga hari ini. Kita boleh mengubahnya dan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua,” jelasnya.
Darsha juga ingin memberi inspirasi, memperkasa, dan menjadi suara mewakili mereka yang tidak dapat bersuara.
Tahniah diucapkan kepada Miss Petite Global 2023 Darsha Nair!
Biasanya wanita yang baru bersalin perlu berpantang dan berehat di rumah, yang selalunya akan ditemani suami.
Tidak kira wanita yang bersalin secara normal atau Caesarean, mereka memang memerlukan rehat dan penjagaan ahli keluarga yang secukupnya.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang baru lepas bersalin dengan mempunyai tampalan notis pada cermin belakang keretanya, lalu tindakannya itu telah mencuri tumpuan.
Wanita ini dengan rasa bertanggungjawab telah menampal notis pada sehelai kertas yang bertujuan memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain di cermin belakang keretanya.
Menerusi video berkenaan, kelihatan pengguna TikTok @sooopfea sedang memandu kereta di belakang kereta Axia berwarna putih menuju ke tol Ayer Hitam, Johor.
Apa yang comelnya dan menarik perhatian warganet ialah apabila dia gigih membaca satu notis yang tertulis ‘maaf lambat, baru lepas bersalin’, selepas menghampiri kereta Axia putih itu.
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dinobat sebagai naib juara kategori Beregu Wanita dalam kejohanan PERODUA Malaysia Masters 2023 yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 28 Mei.
Pasangan itu mempamerkan aksi cemerlang di final menentang Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan yang muncul juara dengan mata 22-20, 8-21 dan 21-17.
Pada Terbuka Perancis 2022 yang berlangsung pada akhir tahun lalu, Pearly dan Thinaah berjaya menewaskan pasangan Korea Selatan itu dalam aksi separuh akhir dan muncul juara ketika bertemu pasangan Mayu Matsutomo-Wakana Nagahara dari Jepun.
Kedua-dua pasangan yang beraksi cemerlang bermula set pertama, menyaksikan Pearly-Thinaah bangkit daripada ketinggalan di awal permainan sehingga berjaya mendahului 20-17 sebelum wakil Korea Selatan itu bangkit memastikan kemenangan 22-20.
Enggan menyerah kalah, Pearly-Thinaah memasang rentak permainan yang agresif dalam set kedua, mendahului 11-4 sebelum mengheret permainan ke set penentuan apabila menang 21-8.
Tahap kecergasan menjadi penghalang utama dalam set ketiga, apabila beregu negara itu ketinggalan 17-10 namun berjaya bangkit mengejar permainan 15-18.
Pearly-Thinaah menunjukkan semangat juang yang tinggi sehingga ketitisan keringat terakhir untuk kekal dalam permainan sebelum akur dengan kekalahan 21-17.
Aksi perlawanan cemerlang yang berjaya menawan hati semua penonton yang hadir di Arena Axiata.
Selain Pearly dan Thinaah, beregu lelaki yang mewakili Malaysia, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun turut tewas di final kepada pasangan Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae dari Korea Selatan dengan mata 21-15, 22-24 dan 21-19.
Melancong ke luar negara akan sentiasa menjadi pengalaman menarik dan membuka mata. Keseronokan meneroka budaya baru, tradisi dan kepelbagaian masyarakat serta mencuba masakan tempatan merupakan perkara wajib yang perlu dialami sendiri oleh warga asing ketika berada di sesuatu negara.
Baru-baru ini, pencipta kandungan asing dikenali Boru @marl.boru berkongsi video TikTok di sebuah restoran Malaysia, yang memaparkan dirinya cuba memesan hidangan kegemaran Malaysia, nasi lemak.
Dengan kemahiran berbahasa Melayu yang diamalkan, Boru dengan yakin menghampiri kaunter dan meminta dua hidangan nasi lemak. Cara dia bercakap dalam bahasa Melayu dengan mudah sambil berbual dengan juruwang Malaysia amat memikat hati.
Kemahiran berbahasa Boru agak mengagumkan pelanggan lain yang melihatnya, dan juruwang itu mendengar sambil tersenyum lalu mencatat pesanannya.
Semasa Boru meneliti menu dia meminta cadangan juruwang untuk hidangan manis yang boleh menepati seleranya.
Juruwang itu kemudian mengesyorkan ‘Roti goyang’ yang dan ‘Roti kaya’ yang lazat. Menyaksikan pertukaran komunikasi yang menggembirakan serta menyentuh hati, juga agak membanggakan apabila bahasa kita boleh ditutur dengan baik oleh warga asing.
Tertarik dengan cadangan itu, Boru memutuskan untuk memesan hidangan yang disyorkan bersama dua cawan kopi ais.
Sepanjang pertemuan itu, Boru menyebut nama hidangan seperti “nasi lemak” dan “ayam goreng”. Usahanya telah menarik perhatian rakannya, yang tidak dapat menahan rasa kagum, sambil berkata, “Anda boleh berbahasa Melayu sekarang?”
Selain memesan hidangan yang menyelerakan, mereka menemui sesuatu yang lebih mendalam, iaitu kesabaran, kebaikan hati dan keramahan luar biasa rakyat Malaysia seperti yang dilakukan oleh juruwang itu.
Maka, tidak hairanlah ramai warga asing yang jatuh cinta dengan Malaysia seperti warga Korea Selatan bernama Tara Choi ini.
Tara Choi yang sudah lama menetap di Malaysia dan boleh berbahasa Melayu dengan fasih baru-baru ini mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri.
Menerusi video TikTok, Tara menerangkan dalam bahasa Melayu yang dia akan memasak rendang ayam yang menyelerakan.
Tara berusaha gigih meraikan tetamunya yang beragama Islam dengan membeli alat memasak baharu untuk memastikan hidangannya bersih dan halal serta persembahannya menyediakan hidangan Malaysia akan digemari oleh rakan-rakannya.
Tara dengan anggun memotong bahan-bahan untuk membuat rendang ayam sambil merujuk gayanya lebih kurang macam Khairul Aming, yang terkenal dengan video masakannya yang menyelerakan.
Selepas selesai memasak, Tara mengalu-alukan kedatangan rakan-rakannya dalam rumah terbuka itu, dan mata mereka semuanya tertumpu kepada rendang ayam. Reaksi mereka tidak ternilai!
Salah seorang rakan Tara berseloroh, “Kamu boleh berkahwin dengan lelaki Malaysialah!”
Komen yang ringan, tidak syak lagi, tetapi ia memperkatakan agak banyak tentang kuasa makanan untuk merapatkan pelbagai budaya dan mencetuskan hubungan baharu. Tara telah mencapai misinya – rumah terbukanya berjaya!
Ia adalah perayaan kepelbagaian, perpaduan, dan ikatan yang tidak akan merenggang kerana telah terbentuk sekian lama melalui bahasa dan hidangan ini, walaupun kita bukan bangsa Malaysia tetapi warga negara lain yang cintakan keunikan Malaysia.
Maka hargailah kepelbagaian kita sebagai rakyat Malaysia serta berbanggalah!
Produk kosmetik Clemira Care Cream dikesan mengandungi racun berjadual miconazole yang boleh mengakibatkan risiko kerintangan akibat penggunaan tidak terkawal
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, susulan itu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berkenaan.
Menurutnya, notifikasi produk kosmetik itu telah dibatalkan dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.
Beliau menjelaskan, produk yang mengandungi miconazole adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan.
“Ini seperti anti-fungal (miconazole) yang diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan media pada 25 Mei.
Maka, orang ramai digesa untuk berhenti daripada menggunakan produk berkenaan dengan serta-merta.
Muhammad Radzi berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan
Katanya, penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
“Hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
“Pada masa sama, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” jelasnya.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia 25 Mei 2023
Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini adalah dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Orang awam juga digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.
KTMB kini menawarkan koc mewah kepada penumpang setia Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang ingin melancong ke Thailand.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membuat pengumuman berkenaan semasa sidang media yang diadakan pada 18 Mei lalu selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran syarikat kereta api itu, menurut Sin Chew Daily.
“Mereka yang berminat juga boleh melangsungkan perkahwinan atau berbulan madu di dalam kereta api elektrik kerana ia terdapat bilik yang disediakan untuk pasangan pengantin,” jelasnya.
Perkhidmatan tersebut diperkenalkan bagi menyediakan pelbagai pilihan untuk pengantin yang ingin menganjurkan majlis perkahwinan atau bulan madu buat pasangan yang baru berkahwin.
Dalam sidang media itu, Anthony Loke turut menyatakan tren ini boleh bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia selagi berada di landasan kereta api KTMB, yang membawa penumpang hingga ke Hat Yai, Thailand.
Mula didedahkan dalam pameran automatif di Malaysia pada November tahun lalu, Geely Panda Mini mungkin kenderaan EV berharga mampu milik untuk golongan kelas menengah bawah.
Bayangkan kereta elektrik Panda Mini ini dilancarkan di Malaysia dengan jenama Proton. Katakanlah ia dikenali dengan nama Proton X10 dan melihat kepada harga jualannya di China sekarang, iaitu antara USD5,700 hingga USD7,000 (kira-kira RM25,400 hingga RM31,000 sebelum pengendalian, logistik dan overhead) ia boleh menjadi kenderaan perjalanan jarak dekat dalam bandar yang sangat popular.
Gambar automachi
Khabarnya, Geely dan Proton baru-baru ini mengadakan tinjauan pasaran tempatan untuk kereta elektrik Panda Mini yang bakal diperkenalkan dalam negara pada masa hadapan.
Ini bermakna, jika benar ia boleh dijual pada harga pasaran bermula RM35,000 hingga RM45,000 untuk rakyat Malaysia yang ingin memiliki kereta elektrik permulaan.
Gambar automachi
Mungkin golongan pesara, ibu tunggal, dewasa muda, pertengahan usia atau kakitangan kerajaan yang tinggal dan bekerja di Putrajaya boleh menjadi pembeli segera.
Menariknya, ini bukan kali pertama Geely Holding memasuki segmen kereta mikro elektrik, yang semakin mendapat momentum dalam pasaran China. Terdapat Geely Panda berkuasa petrol pada tahun 2008 untuk pasaran China. Panda Mini merupakan kenderaan Geely terkecil setakat ini.
Gambar automachi
Satu-satunya saingan kepada Geely Panda EV ialah Wuling Mini EV yang telah pun diserahkan kepada pembeli China dengan lebih 316,000 unit terjual dalam tempoh sembilan bulan pertama.
Panda Mini dilancarkan di pasaran China pada Februari tahun ini, dan mempunyai dua kapasiti bateri sejauh 120km dan 200km untuk dipilih.
Berikut adalah beberapa butiran Panda Mini. EV comel ini mempunyai badan tiga pintu dengan bumbung kaca dan konfigurasi kabin empat tempat duduk, dengan saiz 3065 mm panjang, 1522 mm lebar, 1600 mm tinggi dan mempunyai jarak roda hanya 2015 mm.
Gambar automachi
Dengan semua tempat duduk di atas, hampir tiada ruang untuk bagasi, jadi anda perlu melipat tempat duduk belakang untuk membawa apa-apa bagasi yang tidak terlalu besar, kerana ia kereta santai yang bukan untuk perjalanan jarak jauh.
Proton mungkin merancang untuk memperkenalkan kereta elektrik Geely Panda Mini pada masa hadapan. Kenderaan EV ini mempunyai kuasa kuda 41PS dan boleh bergerak sejauh 200km dengan caj penuh.
Gambar automachi
Dilaporkan, Proton telah bekerjasama dengan pembekal alat pengecas tempatan Gentari bagi membina cerucuk pengecas di semua bilik pameran Proton, untuk kenderaan elektrik jenama Proton.
Di bahagian pengecasan, Geely mendakwa menyokong pengecasan pantas 22 kW AC, yang boleh melengkapkan pengecasan 30% hingga 80% dalam 30 minit pada suhu biasa 25 darjah Celsius. Masa pengecasan ialah 8.5 jam.
Gambar automachi
Untuk konfigurasi lain, kereta ini mempunyai APP kawalan jauh, instrumen digital bersaiz besar dan hos skrin sesentuh.
Gambar automachi
Selepas tempat duduk belakang dilipat, terdapat ruang 800L, beg udara dwi, ABS dan EBD, tetapi tanpa ESC, iaitu sistem kestabilan dinamik badan.
Saingan tempatan kereta ini ialah Axia dan Myvi, bermakna harganya akan bermula dari RM35,000 sehingga RM60,000. Jika benar dengan anggaran harga ini, maka ia akan menjadi kereta elektrik termurah di pasaran tempatan, tetapi jelas juga ditujukan sebagai “kereta kedua isi rumah” untuk perjalanan jarak dekat.
Seorang usahawan produk kecantikan, Ivon Wong, 35, baru-baru ini telah menarik perhatian ramai apabila wanita itu sanggup membida nombor plat khas FF9 dengan harga RM909,999.
Menurut Wong, dia sanggup membida dengan harga yang tinggi kerana nombor khas berkenaan mengingatkan dia kepada haiwan kesayangannya yang telah mati sejak tiga tahun lalu, yang bernama Fei Fei.
“Ia mewakili kenangan terindah dan ikatan yang saya kongsi dengan anjing saya, Fei Fei.
“Apabila saya pulang dari kerja atau ketika saya melalui masa sukar, Fei Fei sentiasa ada untuk menyambut saya,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, rezeki tidak memihak kepada Wong apabila dia telah kalah dalam bidaan nombor khas tersebut dengan seorang lagi pembida yang meletakkan harga bernilai RM911,999 iaitu RM2,000 melebihi nilai yang Wong letakkan.
Pun begitu, Wong menerusi sumber menyatakan bahawa dia tidak berasa sedih kerana telah terlepas nombor khas tersebut kerana dia sudah mempunyai dua buah kenderaan yang mempunyai nombor 9 dalam pendaftarannya.
Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melancarkan bidaan nombor plat khas ‘FF’ sempena ulang tahun ke-77 jabatan berkenaan dan menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 22 Mei lalu, sesi bidaan itu telah mengumpul hasil rekod sebanyak RM34,296,327.
Kebiasaannya, kucing hanya akan mengeluarkan suaranya apabila mereka bersama dengan pemilik mereka sahaja, sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi.
Namun, untuk Sam, seekor kucing kesayangan milik Drew, dia pastinya tidak pernah mendengar suara Sam kerana menurutnya, Sam adalah “seekor kucing yang paling tenang sepanjang masa,” katanya kepada The Dodo.
Rupa-rupanya Sam juga tidak mempunyai beza dengan rakan-rakan kucing yang lain kerana ketika sedang menunggu makanan untuk dihidangkan, Sam telah mengeluarkan suara yang sangat kuat dan panjang sekali.
Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video oleh @ollie.cdrdr telah meraih sehingga lebih dari 8.8 juta tontonan, lebih dari 354,500 kongsian dan lebih dari 46,500 komen dari warganet di seluruh dunia yang sangat terhibur dengan gelagat ‘gelojoh’ Sam.
“Ia mengiau dengan semua nota”
“Ia menjerit seperti ia membayar sewa rumah”
“Itu adalah bunyi ngiau yang paling panjang yang pernah saya dengar”
Memang lucu betul melihat video yang sempat dirakamkan oleh Ollie ini. Nampaknya, sebenarnya Sam telah ‘menyimpan’ suaranya untuk kegunaan di masa-masa mendesak seperti ketika meminta makanan untuk segera dihidangkan.