Kebiasaannya, kucing hanya akan mengeluarkan suaranya apabila mereka bersama dengan pemilik mereka sahaja, sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi.
Namun, untuk Sam, seekor kucing kesayangan milik Drew, dia pastinya tidak pernah mendengar suara Sam kerana menurutnya, Sam adalah “seekor kucing yang paling tenang sepanjang masa,” katanya kepada The Dodo.

“Saya sejujurnya tidak pernah mendengar suara ngiau daripadanya sepanjang hidupnya.”
Walau bagaimanapun, baru-baru ini ketika rakan karib Drew, Ollie, datang ke rumah Drew, satu momen yang tidak pernah disaksikan telah berlaku.

Rupa-rupanya Sam juga tidak mempunyai beza dengan rakan-rakan kucing yang lain kerana ketika sedang menunggu makanan untuk dihidangkan, Sam telah mengeluarkan suara yang sangat kuat dan panjang sekali.
Nampaknya Sam tidak lagi mampu bertenang seperti sediakala!
“Sam mengeluarkan bunyi yang sangat panjang,” kata Ollie. “Saya ketawa dengan begitu kuat pada waktu itu.”

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video oleh @ollie.cdrdr telah meraih sehingga lebih dari 8.8 juta tontonan, lebih dari 354,500 kongsian dan lebih dari 46,500 komen dari warganet di seluruh dunia yang sangat terhibur dengan gelagat ‘gelojoh’ Sam.
“Ia mengiau dengan semua nota”

“Ia menjerit seperti ia membayar sewa rumah”

“Itu adalah bunyi ngiau yang paling panjang yang pernah saya dengar”

“Itu adalah bunyi siren puting beliung”

“Bukan hanya bunyi yang kuat tetapi panjangnya”

Memang lucu betul melihat video yang sempat dirakamkan oleh Ollie ini. Nampaknya, sebenarnya Sam telah ‘menyimpan’ suaranya untuk kegunaan di masa-masa mendesak seperti ketika meminta makanan untuk segera dihidangkan.
Comel!
Pilihan Editor: