KTMB kini menawarkan koc mewah kepada penumpang setia Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang ingin melancong ke Thailand.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membuat pengumuman berkenaan semasa sidang media yang diadakan pada 18 Mei lalu selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran syarikat kereta api itu, menurut Sin Chew Daily.

“Mereka yang berminat juga boleh melangsungkan perkahwinan atau berbulan madu di dalam kereta api elektrik kerana ia terdapat bilik yang disediakan untuk pasangan pengantin,” jelasnya.

Perkhidmatan tersebut diperkenalkan bagi menyediakan pelbagai pilihan untuk pengantin yang ingin menganjurkan majlis perkahwinan atau bulan madu buat pasangan yang baru berkahwin.

Kereta api elektrik KTMB dilengkapi dengan bilik peribadi, bilik mandi, restoran dan bilik karaoke dalam koc mewah berkenaan.

Koc itu juga dilengkapi dengan tema era Victoria yang istimewa, dengan harga yang sangat berpatutan.

Dalam sidang media itu, Anthony Loke turut menyatakan tren ini boleh bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia selagi berada di landasan kereta api KTMB, yang membawa penumpang hingga ke Hat Yai, Thailand.

Tambahnya, koc itu hanya boleh didapati di tren elektrik KTMB, dan bilangan tren mungkin ditambah berdasarkan permintaan para penumpang.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat di talian +603-22631078 atau layari online.ktmb.com.my
Pilihan Editor: