Melancong ke luar negara akan sentiasa menjadi pengalaman menarik dan membuka mata. Keseronokan meneroka budaya baru, tradisi dan kepelbagaian masyarakat serta mencuba masakan tempatan merupakan perkara wajib yang perlu dialami sendiri oleh warga asing ketika berada di sesuatu negara.
Baru-baru ini, pencipta kandungan asing dikenali Boru @marl.boru berkongsi video TikTok di sebuah restoran Malaysia, yang memaparkan dirinya cuba memesan hidangan kegemaran Malaysia, nasi lemak.
Dengan kemahiran berbahasa Melayu yang diamalkan, Boru dengan yakin menghampiri kaunter dan meminta dua hidangan nasi lemak. Cara dia bercakap dalam bahasa Melayu dengan mudah sambil berbual dengan juruwang Malaysia amat memikat hati.
Kemahiran berbahasa Boru agak mengagumkan pelanggan lain yang melihatnya, dan juruwang itu mendengar sambil tersenyum lalu mencatat pesanannya.
Semasa Boru meneliti menu dia meminta cadangan juruwang untuk hidangan manis yang boleh menepati seleranya.
Juruwang itu kemudian mengesyorkan ‘Roti goyang’ yang dan ‘Roti kaya’ yang lazat. Menyaksikan pertukaran komunikasi yang menggembirakan serta menyentuh hati, juga agak membanggakan apabila bahasa kita boleh ditutur dengan baik oleh warga asing.
Tertarik dengan cadangan itu, Boru memutuskan untuk memesan hidangan yang disyorkan bersama dua cawan kopi ais.
Sepanjang pertemuan itu, Boru menyebut nama hidangan seperti “nasi lemak” dan “ayam goreng”. Usahanya telah menarik perhatian rakannya, yang tidak dapat menahan rasa kagum, sambil berkata, “Anda boleh berbahasa Melayu sekarang?”
Selain memesan hidangan yang menyelerakan, mereka menemui sesuatu yang lebih mendalam, iaitu kesabaran, kebaikan hati dan keramahan luar biasa rakyat Malaysia seperti yang dilakukan oleh juruwang itu.
Maka, tidak hairanlah ramai warga asing yang jatuh cinta dengan Malaysia seperti warga Korea Selatan bernama Tara Choi ini.
Tara Choi yang sudah lama menetap di Malaysia dan boleh berbahasa Melayu dengan fasih baru-baru ini mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri.
Menerusi video TikTok, Tara menerangkan dalam bahasa Melayu yang dia akan memasak rendang ayam yang menyelerakan.
Tara @tara_choi_ membawa kita bersama-sama dalam pengembaraan masakannya melalui video yang menawan, menerangkannya dalam bahasa Melayu yang fasih.
Dia akan menyediakan rendang ayam secara Halal. Bercakap tentang bertimbang rasa dan memahami budaya rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Tara berusaha gigih meraikan tetamunya yang beragama Islam dengan membeli alat memasak baharu untuk memastikan hidangannya bersih dan halal serta persembahannya menyediakan hidangan Malaysia akan digemari oleh rakan-rakannya.
Tara dengan anggun memotong bahan-bahan untuk membuat rendang ayam sambil merujuk gayanya lebih kurang macam Khairul Aming, yang terkenal dengan video masakannya yang menyelerakan.
Selepas selesai memasak, Tara mengalu-alukan kedatangan rakan-rakannya dalam rumah terbuka itu, dan mata mereka semuanya tertumpu kepada rendang ayam. Reaksi mereka tidak ternilai!
Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka kerana rendang ayam itu boleh tahan sedapnya!
Salah seorang rakan Tara berseloroh, “Kamu boleh berkahwin dengan lelaki Malaysialah!”
Komen yang ringan, tidak syak lagi, tetapi ia memperkatakan agak banyak tentang kuasa makanan untuk merapatkan pelbagai budaya dan mencetuskan hubungan baharu. Tara telah mencapai misinya – rumah terbukanya berjaya!
Ia adalah perayaan kepelbagaian, perpaduan, dan ikatan yang tidak akan merenggang kerana telah terbentuk sekian lama melalui bahasa dan hidangan ini, walaupun kita bukan bangsa Malaysia tetapi warga negara lain yang cintakan keunikan Malaysia.
Maka hargailah kepelbagaian kita sebagai rakyat Malaysia serta berbanggalah!
Pilihan Editor: