32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 27, 2025
Utama Blog Laman 64

Abang kurier hantar bungkusan sambil beri bantuan kecil alih jemuran anak patung ketika hari mendung sentuh hati tuan rumah

0

Baru-baru ini, seorang pekerja kurier yang menghantar bungkusan sambil mengambil inisiatif kecil membantu pelanggannya telah menyentuh hati orang ramai.

Pekerja lelaki itu melihat tiada orang di dalam rumah dan hari mula berlangit gelap dan hampir hujan, lalu tanpa berfikir panjang telah membantu mengalihkan anak patung yang dijemur di ampaian luar, masuk ke dalam.

Facebook

Bantuan kecil dan mudah tanpa berkira yang telah menyentuh hati pelanggan dan seisi keluarga dalam rumah itu.

Perbuatan mulia pekerja penghantaran berkenaan berlaku kira-kira jam 1:30 petang pada 20 September.

Facebook

Pelanggan wanita dari Johor Bahru memuat naik hantarannya di Facebook dengan berkata dia menerima panggilan daripada pekerja kurier dari Gdex semasa waktu makan tengah hari untuk memaklumkan kepadanya bahawa bungkusan telah dihantar. 

Dia menjawab lelaki itu boleh membuka pintu pagar dan meletakkan bungkusan berkenaan di depan pintu rumahnya.

Facebook

“Disebabkan saya tiada di rumah, saya minta abang kurier membuka pintu pagar dan benarkan dia masuk. Selepas menonton CCTV, abang kurier membantu meletakkan anak patung yang saya jemur di ampaian luar ke dalam rumah di pintu pagar dalam kerana hujan lebat akan turun.”

Wanita itu memuji gerakan kecil tanpa berkira pekerja kurier Gdex berkenaan untuk membantunya dan dia berasa sangat terharu.

Facebook

Hantaran itu telah mendapat perhatian dan pujian ribuan netizen yang rata-rata memujinya, malahan ada pekerja syarikat berkenaan yang menghantar mesej peribadi, yang berharap dapat mengetahui identiti abang kurier Gdex itu supaya syarikat sudi untuk memberinya ganjaran atas kebaikan hatinya.

Wanita itu berharap abang kurier ini mendapat kenaikan pangkat dan gaji kerana keikhlasan hatinya dalam menjalankan tugas.

Video di sini.

“Patutlah parcel lambat,” Abang kurier main tolak pagar dengan adik comel ini dulu sebelum panggil mak dia

0

Membeli-belah atas talian dapat menjimatkan masa dan wang, maka lebih ramai orang sukakan cara pembelian seperti itu.

Antara kelemahan pembelian dalam talian ialah barang itu berisiko untuk tidak sampai ke tangan pembelinya atau barangan itu lambat sampai, walaupun akhirnya barangan itu sampai jua setelah anda mengambil masa lama menunggunya.

Baru-baru ini, tular di TikTok dan Facebook yang memaparkan seorang lelaki yang bekerja sebagai petugas kurier diajak bermain oleh seorang budak perempuan dan perkara ini mungkin menjadi penyebab barang anda lambat sampai.

Facebook

Mula-mula, adik comel ini tersenyum melihat abang kurier telah datang dan dia diminta memanggil ibunya, tapi bermain tolak-tolak pagar pula terlebih dahulu.

Menerusi video, lelaki itu dilihat meminta kanak-kanak berkenaan untuk memanggil ibunya supaya dia boleh memberi barang tersebut secara serahan tangan.

Apa yang mencuit hati bila budak perempuan itu diminta memanggil ibunya, dia boleh pula mengajak bermain tolak pagar.

Facebook

Tanpa berfikir panjang, abang kurier pun melayan sahaja kerenah budak perempuan itu dengan menolak semula pagar rumah sambil membuat efek bunyi menggunakan suaranya.

“Dik.. Mak mana? Panggil mak! Panggil mak! Daaaaa…” minta abang kurier sambil melayannya bermain pagar.

Facebook

Perkara tersebut membuatkan budak itu menjadi seronok dan dia rasa abang ini memang kelakar.

Sambil tu, bila ya nak selesai tugas kalau main tolak-tolak pagar dengan si kecil, mak dia pun tak keluar-keluar.

Facebook

Nasiblah siapa punya parcel seterusnya yang tiba lambat di tangan abang kurier tu.

Jangan bimbang abang kurier, kita semua memahami.

Tonton video di sini.

Hadiah kuih bulan kepada saudara-mara bertukar tangan lima kali, akhirnya kembali ke tangan pemberi asal

0

Bagi masyarakat Cina, Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Perayaan Kuih Bulan akan disambut pada 29 September. Ramai yang mengambil kesempatan sempena perayaan ini untuk menghantar hadiah kepada satu sama lain bagi menyatakan keberkatan mereka. 

Seorang lelaki di Bandar Zhanjiang, Wilayah Guangdong, China baru-baru ini memberikan sekotak kuih bulan lima biji kepada saudara-mara, tetapi tidak menyangka apabila dia memberikan kuih bulan yang keliling bertukar tangan beberapa kali, dan akhirnya kotak kuih bulan lima biji itu secara tidak disangka-sangka kembali semula ke tangannya.

Gambar Hiasan / Pixabay

Membuatkan dia terkedu dan mengeluh, “Saya seorang sahaja yang membelanjakan wang rupanya..”

Menurut laporan media China, lelaki itu berkata dia membeli sekotak kuih bulan lima biji pada 6 September dan memberikannya kepada seorang saudara pada 8 September. Akibatnya, saudara itu “meminjam bunga untuk dipersembahkan kepada Buddha” dan memberikannya kepada yang lain. Selepas bertukar tangan lima kali, kuih bulan itu dijual. Seorang rakan mengunjungi rumahnya pada 20 September dan memberikannya sebagai hadiah kuih bulan yang mula-mula diberikannya 12 hari lalu.

Mengapa lelaki ini begitu yakin bahawa kotak kuih bulan lima biji ini adalah yang dibelinya sebelum ini? Jelasnya dia mengaku telah secara tidak sengaja terlanggar kotak itu, meninggalkan kesan di tepi pembuka, dan menyedari bahawa kuih bulan lima biji yang diberikan kepada saudara-maranya telah “hilang dan ditemui” semula.

Gambar Sin Chew Daily

Lelaki itu memuat naik kisah “perjalanan kuih bulan” ini di media sosial, dengan berkata selepas meneliti, dia hanya membelanjakan wangnya sendiri untuk memberi hadiah kepada orang lain semasa perayaan ini. “Saya patut makan atau tidak, awak (kuih bulan) tidak boleh lari!” katanya.

Kisah itu segera menjadi tular dengan komen hangat beberapa netizen:

“Sekotak kuih bulan yang telah mengalami perubahan kecanggihan dunia.” 

“Sesiapa membeli yang mahal tidak akan mengembalikannya kepada saya.” 

“Perjalanan pulang sekotak kuih bulan.”

“Saya benar-benar tidak kisah di mana begitu banyak kuih bulan dihasilkan semasa Perayaan Kuih Bulan dan di mana mereka berakhir.”

Kasihan nasib kuih bulan..

“Hanya mahu kamu, tak mahu adik lain,” penerangan ibu tentang ‘datang bulan’ buat anak lelakinya menangis

0

Seorang budak lelaki berusia 9 tahun hanya ingin tahu tentang perkataan klasik Cina, namun ia telah menyebabkan ibunya membuka topik peribadi khusus buat wanita.

Secara tidak sengaja, budak lelaki ini mempelajari ilmu biologi yang penting.

Selepas penjelasan ibunya, anak ini akan ketawa pada setiap kali dia bertanya tentang perkataan “Yuejing”.

Facebook

Semuanya bermula apabila dia bertanyakan perkataan klasik Cina yang mengelirukan ibunya.

Ketika sedang makan, tiba-tiba dia membangkitkan perkataan itu untuk dijelaskan oleh ibunya.

Facebook

“Setiap bulan, ibu mempunyai peluang untuk mengalu-alukan kedatangan bayi dalam keluarga,” jelas ibunya untuk maksud perkataan itu yang dia ingat “haid” atau “datang bulan”.

Anak ini mula bertanya macam mana ia boleh berlaku kerana dia ingin tahu.

“Maksudnya, ibu boleh mempunyai bayi lagi setiap bulan. Jika ibu tidak mahu bayi lagi, jadi ibu kena berdarah untuk membersihkan rumah bayi itu,” jelasnya.

Facebook

“Ibu berdarah setiap bulan?” tanyanya dengan rasa terkejut, dan mula terasa macam pedih apabila mendengarnya.

“Ya! Ini berlaku setiap bulan. Namanya ‘yuejing’,” jelas ibunya.

“Ibu sangat tidak selesa apabila datang haid, mungkin perlukan kamu untuk menjaga ibu,” tambahnya.

Facebook

“Kenapa jadi macam tu? Kenapa perlu berdarah setiap bulan?” tanya anak dengan wajahnya mula menitiskan air mata menunjukkan hati yang bimbang.

“Ibu, ada cara lain tak untuk tidak berdarah?” tanyanya lagi.

Ibunya menjelaskan dia tidak boleh mengawalnya dan semua ibu lain juga begitu. Tetapi kalau dia mahu mempunyai bayi baru, pendarahan itu akan berhenti selama beberapa bulan.

Facebook

Kemudian anak ini bertanya cara untuk tidak membuatkan ibunya mengalami pendarahan setiap bulan, “Ibu ada bercadang untuk mempunyai bayi lain lagi?”

“Tidak, ibu hanya mahukan kamu..Ibu sudah berputus asa untuk melahirkan orang lain,” tegas ibunya.

Matanya terus berair dan selepas mengesatnya, anak berhati lembut ini terus memeluk erat ibu yang amat disayanginya.

Facebook

Perbualan menyentuh hati yang bermula selepas ibu ini sebenarnya telah salah faham dengan soalan anaknya.

Budak itu sebenarnya ingin tahu tentang perkataan klasik “Yuejing” dalam mata pelajaran muzik, yang berkongsi sebutan lebih kurang sama dengan “Yijing” (haid) dalam bahasa Mandarin.

Sejak itu, mereka akan tersenyum atau ketawa bila perkataan itu diajukan.

Facebook

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya,” kata ibu dalam video muat naik di Douyin.

Apapun, soalan itu telah mendedahkan dengan pujian netizen bahawa ibu ini amat bertuah kerana memiliki anak yang baik hatinya dan faham mengenai pengorbanan ibunya.

Ibu itu juga menjawab soalan dengan sangat lembut dan baik yang mudah difahami. Maka, tidak hairanlah anak lelakinya mempunyai rasa empati dan hati yang baik hasil didikan ibu bapanya.

Video di sini.

Wanita dari California kehilangan anggota badan selepas dijangkiti kuman didakwa daripada tilapia kurang masak

0

Kehidupan Laura Barajas, dari San Jose, California berubah selama-lamanya selepas anggota badannya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang teruk.

Selepas dimasukkan ke hospital dan bergelut dengan simptom selama lebih sebulan, wanita itu menjalani pembedahan menyelamatkan nyawa pada 13 September lalu, yang melibatkan kaki dan tangannya terpaksa dibuang.

Gambar New York Post

Menurut rakan Barajas, Anna Messina, Barajas jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital pada Julai lalu, selepas dia memasak dan memakan ikan tilapia yang dibelinya dari pasar di San Jose, lapor Kron4.

Messina percaya tilapia itu mungkin kurang masak, didakwa menyebabkan Barajas mendapat jangkitan kuman dikenali Vibrio vulnificus. Ini berlaku selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tentang jangkitan yang sama.

Menurut CDC, Vibrio vulnificus merupakan jangkitan yang disebabkan oleh pengambilan makanan laut atau air tawar yang mentah atau kurang masak, atau dengan mendedahkan luka kepada air laut. Bakteria pemakan daging ini boleh menyebabkan jangkitan yang mengancam nyawa serta boleh membawa kepada komplikasi, seperti amputasi anggota badan.

Gambar New York Post

Bagaimanapun, difahamkan keluarga Barajas masih menunggu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai punca sebenar keadaannya.

“Dia hampir kehilangan nyawanya. Dia menggunakan alat pernafasan,” kata Messina kepada Kron4, menjelaskan tentang keadaan Barajas sebelum pembedahan.

“Mereka terpaksa meletakkannya dalam keadaan koma untuk rawatan perubatan lanjut. Jarinya hitam, kakinya hitam, bibir bawahnya hitam. Dia mengalami sepsis lengkap dan buah pinggangnya gagal,” tambah Messina.

Messina juga berkata keadaan itu telah membebankan keluarga dan rakan-rakan Barajas, sambil menekankan kejadian malang itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Memandangkan keadaan Barajas, Messina memulakan GoFundMe untuk membantu membayar kos perubatan rakannya.

Gambar New York Post

Dalam hantarannya, Messina berkata, “Keluarga ini sangat memerlukan bantuan kami. Walaupun Jose (suaminya) mempunyai manfaat kesihatan melalui pekerjaannya, ia masih tidak dapat dipastikan sama ada ia akan boleh melindungi Laura, pasangannya selama lapan tahun.”

Messina juga menambah bil hospital sangat banyak, dan keadaan fizikal Barajas memerlukan pelarasan belanja yang besar untuk menampung perubahan baharu. Justeru, Messina merayu orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi keluarga Barajas.

GoFundMe telah mengumpul lebih USD95,000 (kira-kira RM445,550) untuk keluarga itu.

Si Hitam muncul wira bila bergelut menahan seekor ular daripada mematuk pekerja kedai

0

Wira bukan sahaja wujud dalam kalangan manusia, malahan dalam kalangan haiwan juga.

Buktinya, seekor kucing peliharaan menjadi wira yang sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri apabila bergelut dengan seekor ular demi menghalangnya daripada mematuk seorang pekerja kedai di wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand.

Facebook

Kucing hitam bernama Boonlong berada di dalam bilik stok kedai beras dan telur apabila dia mendapati terdapat seekor ular sepanjang 2 kaki sedang merayap di dalam stor kedai itu.

Boonlong dilihat tidak membuang masa dan terus menerkam ular yang menghampiri di bawah meja tempat seorang pekerja sedang membuat inventori kedai.

Facebook

Rakaman CCTV menunjukkan kucing peliharaan pemilik kedai itu segera menyerang ular dengan kakinya dan terus mengejarnya. 

Akibat pergelutan dan kekecohan yang sedang berlaku, ia telah menyedarkan pekerja itu, yang segera berdiri lalu keluar meminta bantuan.

Facebook

Pekerja itu yang bernama Kaison Naja berkata, ‘Ular itu mungkin mematuk kaki saya. Saya berterima kasih kepada kucing kami.’

Kaison sempat berdiri memerhatikan Boonlong dengan berani menggigit ular itu dan dia dilihat terpegun beberapa saat sebelum bergegas memanggil pekerja lain untuk mendapatkan bantuan.

Facebook

Mereka menarik kucing itu dan membawa ular yang berjaya ditangkap ke dalam guni sebelum diserahkan kepada pegawai tempatan.

Tonton video di sini.

Pelajar peraga pakaian Jalur Gemilang bagai model sebenar ketika pertunjukan fesyen Hari Malaysia sekolah buat ramai bersorak kagum

0

Sambutan Hari Malaysia baru-baru ini menyediakan platform untuk pelbagai naratif dan mempamerkan kekayaan kepelbagaian rakyat Malaysia semasa mereka meraikan peristiwa bersejarah berkenaan. 

Sempena Hari Malaysia, setiap sekolah mengambil hari penting ini sebagai peluang untuk menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memupuk semangat patriotisme.

Facebook

Dalam video tular terbaru dari SMK St. Teresa di Kuching, pertandingan pertunjukan fesyen bertema Jalur Gemilang menjadi tumpuan utama.

Video itu memaparkan peragaan pakaian dengan konsep Jalur Gemilang yang dipakai oleh beberapa orang pelajar termasuk seorang pelajar yang mencuri tumpuan, apabila dia menggayakan fesyen dengan trend terkini.

Facebook

Pelajar itu sangat menonjol penampilannya, apabila dengan anggun memperagakan pakaiannya sambil berjalan ‘catwalk’ dan tersenyum manis, sehingga membuatkan rakan-rakannya termasuk para guru berubah muka menjadi terpesona, persis model profesional yang cantik berjalan di ‘runway’.

Gaya berjalan penuh keyakinan dan senyumannya yang berseri-seri benar-benar memikat penonton, membangkitkan suasana dipenuhi sorakan gemuruh. 

Facebook

Negara mungkin mempunyai masa depan cerah untuknya menyertai bidang peragaan atau pertandingan ratu cantik.

Terbukti warga pendidik di sekolah berkenaan telah membuat persediaan rapi, dan berjaya menyemai semangat patriotisme tinggi dalam diri pelajar mereka.

Facebook

Video itu mendapat lebih sejuta tontonan dengan pelbagai komen positif daripada warganet.

“Wah, hebatnya dia!” 

“Dia membawa dirinya seperti model profesional.”

“Cantiknya lenggok badan dia. Bakal ratu pageant ni..”

“Tahap keyakinan diri awak tinggi dik, Terbaik!”

Facebook

Bukti bahawa pelajar ini mempunyai bakat dan gaya semula jadi yang diperlukan untuk dipertimbangkan memasuki dunia peragaan.

Video di sini.

Anjing Pengesan Blake sudah tiada

0

Wira negara bernama Blake, anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang banyak berjasa, disahkan mati selepas mengidap barah limfoma.

Blake yang bertugas di unit Anjing Pengesan (K9) terbabit dengan pelbagai misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan pencarian mangsa lemas.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Facebook rasminya memaklumkan, Blake dilaporkan mengidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu sempat mengikuti raptai sempena sambutan hari kebangsaan yang lalu.

KPKT Malaysia / Facebook

“Selepas disahkan mengidap barah, Blake sekali lagi dibawa ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing berkenaan.

“Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respons kepada ubat dan rawatan yang diberikan oleh pihak veterinar malah barah limfoma yang dikesan pada anjing itu juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar,” katanya.

KPKT menjelaskan, hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr Nur Alimah Rahman, pihak jabatan bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Anjing Pengesan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak serta tiada harapan untuk dipulihkan.

Blake terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang 18 September 2023 dan disahkan sudah tiada pada 19 September 2023.

KPKT Malaysia / Facebook

Anjing Pengesan Blake adalah anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017.

Menurut KPKT, anjing Pengesan Blake banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun di Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang. 

Selamat jalan Blake. Terima Kasih atas segala jasa dan baktimu.

DBKL mulakan Operasi Pindah Halangan di luar flat PPR

0

Beberapa keluarga yang tinggal di PPR Pekan Kepong dan PPR Batu Muda di Kuala Lumpur menerima lawatan dan kehadiran mengejut daripada pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susulan aduan penghuni berkenaan halangan di ruang awam di luar unit kediaman mereka.

Penghuni yang terlibat dan berdegil berdepan tindakan sitaan harta benda seperti meja, kerusi almari, dan lain-lain oleh pihak berkuasa DBKL di bawah Undang-Undang Kecil Perumahan Awam (Wilayah Persekutuan) 2000, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun maksima RM2,000 atau 6 bulan penjara.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

Menurut seorang pegawai DBKL kepada The Star, operasi penguatkuasaan yang dinamakan Operasi Pindah Halangan akan diteruskan secara berkala, justeru beliau memberi amaran kepada penghuni supaya mengalihkan barang-barang mereka yang letakkan di suar kaki flat atau berhadapan tindakan sita selepas diarahkan dengan notis makluman untuk berbuat demikian.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

“Alih keluar, atau kami akan mengeluarkannya untuk anda dan ia bukan sesuatu yang murah,” kata pegawai DBKL berkenaan.

“Selain barang bersepah menyakitkan pemandangan di laluan awam yang boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini, ada juga penghuni yang menjadikan bilik stor dan bilik riser PPR sebagai ruang simpanan peribadi mereka. Ini salah dan berbahaya. Bilik riser bertujuan untuk sistem perlindungan kebakaran yang membolehkan anggota bomba bergerak jika berlaku kebakaran,” tambah pegawai itu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

Katanya, laluan awam yang terhalang oleh pelbagai barangan boleh mendatangkan bahaya terutama ketika kecemasan seperti berlakunya kebakaran kerana halangan boleh melambatkan proses pihak bomba untuk bertindak pantas.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

Tambah pegawai itu, terdapat banyak pertelingkahan antara penduduk kerana sifat mementingkan diri segelintir pihak, dan beliau berharap orang ramai akan lebih memahami dan saling bertoleransi serta menjaga kebersihan apabila berkongsi ruang awam.

Wanita mangsa dera buat ‘isyarat tangan bantuan’ minta diselamatkan akhirnya terima bantuan orang awam prihatin

0

Mempelajari bahasa isyarat atau isyarat tangan yang asas ada kegunaannya. Walaupun biasanya ia bertujuan untuk berkomunikasi antara satu sama lain terutamanya dengan individu yang tidak dapat bercakap dan mendengar, ia juga boleh digunakan ketika waktu kecemasan.

Untuk pengetahuan, isyarat meminta bantuan juga wujud untuk dipelajari ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita yang dipercayai mangsa penderaan menunjukkan isyarat tangan meminta bantuan yang telah menarik perhatian ramai.

TikTok

Menerusi video perkongsian @hazrulhaliliceokaw, kelihatan seorang wanita dan teman lelakinya sedang bersiar-siar membeli makanan di sebuah gerai di Karnival Kaboom di Petaling Jaya.

Wanita berkenaan yang memakai topi dan berpakaian lengan panjang serta berselendang menutup bajunya kelihatan berdiri di depan sebuah gerai seperti ingin menjauhkan diri daripada teman lelakinya.

Teman lelakinya itu dilihat sedang membeli makanan di gerai bersebelahan.

TikTok

Tidak lama kemudian, wanita itu yang mempunyai kesan lebam di mukanya disedari beberapa pengunjung yang prihatin, seperti beberapa kali membuat isyarat tangan tanda dia sedang meminta bantuan. 

Salah seorang pengunjung karnival yang memahami isyarat untuk bantuan itu terus bertindak meminta pihak penganjur dan penjual di gerai berkenaan untuk melaporkan kepada pihak polis.

TikTok

“Suspek cuba mengelak tapi kru Kaboom Karnival berjaya melengahkan sehingga polis sempat datang. Alhamdulillah suspek berjaya ditangkap. Good job guys,” kata pengunjung karnival.

Wanita itu kemudian mengaku bahawa dirinya didera oleh teman lelakinya dipercayai penagih dadah yang didakwa telah mengikat dan menyimbahnya dengan air panas.

TikTok

Video itu telah mendapat perhatian ramai dan tular dengan komen masing-masing:

“Banyak kali lihat video terjadi kat luar negara, tak sangka ada juga kat Malaysia. Nasib baik dia tau signal tu. Terbaik orang-orang yang beri respons.”

“Harap-harap sekolah ajar anak-anak kita pasal help gesture ni. Terima kasih saudara yang memberikan info.”

“Dapat ilmu baru hari ini.. Baru tahu help gesture ini apa. Terima kasih kongsi.”

“Sedihnya, kalau orang awam tak perasan dan tak nampak help gesture tu, mesti dia terus kena dera. Syukur nasib baik ada yang tahu..”

TikTok

Semoga lebih ramai lagi yang celik dengan isyarat tangan meminta bantuan (signal for help) ini.