Seorang budak lelaki berusia 9 tahun hanya ingin tahu tentang perkataan klasik Cina, namun ia telah menyebabkan ibunya membuka topik peribadi khusus buat wanita.
Secara tidak sengaja, budak lelaki ini mempelajari ilmu biologi yang penting.
Selepas penjelasan ibunya, anak ini akan ketawa pada setiap kali dia bertanya tentang perkataan “Yuejing”.
Semuanya bermula apabila dia bertanyakan perkataan klasik Cina yang mengelirukan ibunya.
Ketika sedang makan, tiba-tiba dia membangkitkan perkataan itu untuk dijelaskan oleh ibunya.
“Setiap bulan, ibu mempunyai peluang untuk mengalu-alukan kedatangan bayi dalam keluarga,” jelas ibunya untuk maksud perkataan itu yang dia ingat “haid” atau “datang bulan”.
Anak ini mula bertanya macam mana ia boleh berlaku kerana dia ingin tahu.
“Maksudnya, ibu boleh mempunyai bayi lagi setiap bulan. Jika ibu tidak mahu bayi lagi, jadi ibu kena berdarah untuk membersihkan rumah bayi itu,” jelasnya.
“Ibu berdarah setiap bulan?” tanyanya dengan rasa terkejut, dan mula terasa macam pedih apabila mendengarnya.
“Ya! Ini berlaku setiap bulan. Namanya ‘yuejing’,” jelas ibunya.
“Ibu sangat tidak selesa apabila datang haid, mungkin perlukan kamu untuk menjaga ibu,” tambahnya.
“Kenapa jadi macam tu? Kenapa perlu berdarah setiap bulan?” tanya anak dengan wajahnya mula menitiskan air mata menunjukkan hati yang bimbang.
“Ibu, ada cara lain tak untuk tidak berdarah?” tanyanya lagi.
Ibunya menjelaskan dia tidak boleh mengawalnya dan semua ibu lain juga begitu. Tetapi kalau dia mahu mempunyai bayi baru, pendarahan itu akan berhenti selama beberapa bulan.
Kemudian anak ini bertanya cara untuk tidak membuatkan ibunya mengalami pendarahan setiap bulan, “Ibu ada bercadang untuk mempunyai bayi lain lagi?”
“Tidak, ibu hanya mahukan kamu..Ibu sudah berputus asa untuk melahirkan orang lain,” tegas ibunya.
Matanya terus berair dan selepas mengesatnya, anak berhati lembut ini terus memeluk erat ibu yang amat disayanginya.
Perbualan menyentuh hati yang bermula selepas ibu ini sebenarnya telah salah faham dengan soalan anaknya.
Budak itu sebenarnya ingin tahu tentang perkataan klasik “Yuejing” dalam mata pelajaran muzik, yang berkongsi sebutan lebih kurang sama dengan “Yijing” (haid) dalam bahasa Mandarin.
Sejak itu, mereka akan tersenyum atau ketawa bila perkataan itu diajukan.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya,” kata ibu dalam video muat naik di Douyin.
Apapun, soalan itu telah mendedahkan dengan pujian netizen bahawa ibu ini amat bertuah kerana memiliki anak yang baik hatinya dan faham mengenai pengorbanan ibunya.
Ibu itu juga menjawab soalan dengan sangat lembut dan baik yang mudah difahami. Maka, tidak hairanlah anak lelakinya mempunyai rasa empati dan hati yang baik hasil didikan ibu bapanya.
Video di sini.