Membeli-belah atas talian dapat menjimatkan masa dan wang, maka lebih ramai orang sukakan cara pembelian seperti itu.
Antara kelemahan pembelian dalam talian ialah barang itu berisiko untuk tidak sampai ke tangan pembelinya atau barangan itu lambat sampai, walaupun akhirnya barangan itu sampai jua setelah anda mengambil masa lama menunggunya.
Baru-baru ini, tular di TikTok dan Facebook yang memaparkan seorang lelaki yang bekerja sebagai petugas kurier diajak bermain oleh seorang budak perempuan dan perkara ini mungkin menjadi penyebab barang anda lambat sampai.

Mula-mula, adik comel ini tersenyum melihat abang kurier telah datang dan dia diminta memanggil ibunya, tapi bermain tolak-tolak pagar pula terlebih dahulu.
Menerusi video, lelaki itu dilihat meminta kanak-kanak berkenaan untuk memanggil ibunya supaya dia boleh memberi barang tersebut secara serahan tangan.
Apa yang mencuit hati bila budak perempuan itu diminta memanggil ibunya, dia boleh pula mengajak bermain tolak pagar.

Tanpa berfikir panjang, abang kurier pun melayan sahaja kerenah budak perempuan itu dengan menolak semula pagar rumah sambil membuat efek bunyi menggunakan suaranya.
“Dik.. Mak mana? Panggil mak! Panggil mak! Daaaaa…” minta abang kurier sambil melayannya bermain pagar.

Perkara tersebut membuatkan budak itu menjadi seronok dan dia rasa abang ini memang kelakar.
Sambil tu, bila ya nak selesai tugas kalau main tolak-tolak pagar dengan si kecil, mak dia pun tak keluar-keluar.

Nasiblah siapa punya parcel seterusnya yang tiba lambat di tangan abang kurier tu.
Jangan bimbang abang kurier, kita semua memahami.
Tonton video di sini.