26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024
UtamaNasionalAnjing Pengesan Blake sudah tiada

Anjing Pengesan Blake sudah tiada

Wira negara bernama Blake, anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang banyak berjasa, disahkan mati selepas mengidap barah limfoma.

Blake yang bertugas di unit Anjing Pengesan (K9) terbabit dengan pelbagai misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan pencarian mangsa lemas.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Facebook rasminya memaklumkan, Blake dilaporkan mengidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu sempat mengikuti raptai sempena sambutan hari kebangsaan yang lalu.

KPKT Malaysia / Facebook

“Selepas disahkan mengidap barah, Blake sekali lagi dibawa ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing berkenaan.

“Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respons kepada ubat dan rawatan yang diberikan oleh pihak veterinar malah barah limfoma yang dikesan pada anjing itu juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar,” katanya.

KPKT menjelaskan, hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr Nur Alimah Rahman, pihak jabatan bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Anjing Pengesan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak serta tiada harapan untuk dipulihkan.

Blake terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang 18 September 2023 dan disahkan sudah tiada pada 19 September 2023.

KPKT Malaysia / Facebook

Anjing Pengesan Blake adalah anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017.

Menurut KPKT, anjing Pengesan Blake banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun di Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang. 

Selamat jalan Blake. Terima Kasih atas segala jasa dan baktimu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI