Wira bukan sahaja wujud dalam kalangan manusia, malahan dalam kalangan haiwan juga.
Buktinya, seekor kucing peliharaan menjadi wira yang sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri apabila bergelut dengan seekor ular demi menghalangnya daripada mematuk seorang pekerja kedai di wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand.

Kucing hitam bernama Boonlong berada di dalam bilik stok kedai beras dan telur apabila dia mendapati terdapat seekor ular sepanjang 2 kaki sedang merayap di dalam stor kedai itu.
Boonlong dilihat tidak membuang masa dan terus menerkam ular yang menghampiri di bawah meja tempat seorang pekerja sedang membuat inventori kedai.

Rakaman CCTV menunjukkan kucing peliharaan pemilik kedai itu segera menyerang ular dengan kakinya dan terus mengejarnya.
Akibat pergelutan dan kekecohan yang sedang berlaku, ia telah menyedarkan pekerja itu, yang segera berdiri lalu keluar meminta bantuan.

Pekerja itu yang bernama Kaison Naja berkata, ‘Ular itu mungkin mematuk kaki saya. Saya berterima kasih kepada kucing kami.’
Kaison sempat berdiri memerhatikan Boonlong dengan berani menggigit ular itu dan dia dilihat terpegun beberapa saat sebelum bergegas memanggil pekerja lain untuk mendapatkan bantuan.

Mereka menarik kucing itu dan membawa ular yang berjaya ditangkap ke dalam guni sebelum diserahkan kepada pegawai tempatan.
Tonton video di sini.