27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, July 28, 2025
Utama Blog Laman 56

Remaja tikam pemandu e-hailing ditahan polis

0

SUNGAI PETANI: Remaja tikam pemandu e-hailing ditahan polis pada Isnin selepas pemandu terbabit membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpanya.

Berita Harian

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata warga emas tersebut menerima pesanan melalui aplikasi Grab pada pukul 5.43 petang untuk mengambil penumpang di Lorong Taman Keladi.

Ketika dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, penumpang iaitu remaja lelaki hendak meminjam wang RM50 daripada pemandu untuk membayar sewa rumah.

Pemandu itu memberitahu jika tiada wang, dia terpaksa menurunkan penumpang terbabit di lokasi berkenaan.

Remaja tersebut enggan dan meminta pemandu membawanya ke rumah di Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar tambang.

Namun, sebaik sahaja tiba di rumah, remaja berkenaan meminta pemandu membawanya semula ke Taman Keladi.

Berita Harian

Remaja tersebut memberi bayaran RM18 dan melengahkan pemanduan pemandu dengan membawanya ke beberapa lorong kecil.

Bagaimanapun, pemandu mengatakan dia terpaksa menurunkan remaja itu di lokasi berkenaan dan meminta bayaran tambahan sebanyak RM9.

Ketika pemandu mahu memulangkan baki wang, remaja berkenaan bertindak agresif dengan cuba menikam dada kiri pemandu.

Malah dia juga mahu merampas wang daripada poket pemandu tersebut.

Mujurlah pemandu itu sempat merampas pisau serta menggigit tangan remaja itu untuk mempertahankan dirinya.

Remaja tersebut terus melarikan diri.

Berita Harian

Pemandu e-hailing terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam pergelutan itu.

Dia membuat laporan polis pada pukul 8 malam dan polis berjaya menahan remaja berusia 13 tahun tersebut pada pukul 10 malam.

Polis turut merampas sebilah pisau berhulu hitam berukuran 25 sentimeter yang dibawa oleh remaja terbabit dan ditinggalkan di lokasi kejadian.

Menurut Zaidy, hasil siasatan mendapati remaja terbabit adalah anak sulung daripada empat beradik dan bukannya daripada kalangan keluarga bermasalah.

Tindakan remaja tikam pemandu itu dipercayai berpunca daripada keterlanjuran pemandu memaki remaja yang cuba mengambil semula bayaran tambang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan lain, anak pemandu e-hailing tersebut mengatakan bahawa bapanya masih lagi terkejut dengan kejadian yang turut tular di media sosial.

Difahamkan warga emas berusia 65 tahun itu tidak mengalami trauma namun hanya mahu berehat dan enggan berjumpa dengan sesiapa.

Dia juga tidak tahu sama ada bapanya mahu meneruskan kerjaya sebagai pemandu e-hailing atau tidak susulan tragedi hitam itu.

Angsa faham arahan tuannya dalam bahasa Inggeris mencuit hati

0

Warga siber berasa terhibur apabila menonton video beberapa ekor angsa faham arahan tuannya dalam bahasa Inggeris.

TikTok

Video yang dimuat naik oleh @haniffharussani menerusi TikTok telah mendapat tontonan hampir 1 juta diikuti 73,000 tanda suka dan 1,400 komen daripada warga siber.

Menerusi video tersebut, @haniffharussani dilihat mengarahkan angsa-angsa peliharaannya untuk masuk ke reban memandangkan hari sudah senja.

@haniffharussani menggunakan bahasa Inggeris dalam arahannya itu dan menariknya angsa-angsa tersebut memahami arahan yang diberikan.

Get in the barn

@haniffharussani

Angsa-angsa itu dilihat terkedek-kedek berjalan di tepi rumah sebelum masuk ke kawasan reban.

TikTok

Setelah angsa-angsa masuk ke dalam kawasan reban, @haniffharussani mengucapkan terima kasih dan berharap agar bertemu pada keesokan harinya.

Rata-rata warga siber meninggalkan komen yang positif kerana berasa terhibur dengan gelagat @haniffharussani dan angsa-angsanya.

Itulah pentingnya english education

@nynninanano

Southern accent baru faham, cakap melayu tak faham 😂

@haikalapar

Susah sekarang. angsa pun dah level PHD😂

@iamshine88

Adui boss.. aku terhibur dengan gaya anak-anakmu itu get in the barn.. 😂😂😂! saya mahu angsa jantan tapi orang bilang kuat mengejar.. takut saya. salam dari sabah

@cmjhikinggroup

They understood the assignment 😎

@sheliwurls

Kemain eh angsa depaa 😂

@beey.once

😂😂😂😂😂 Hilang stress aku oii

@mssprettyb

Aku rasa aku kena cakap omputih dengan angsa aku sekarang

@selvia.kamal

😭😭😭 Penat aku gelak

@pjmirawr
TikTok

Angsa bahkan haiwan lain pun jika dilatih lama-lama akan faham dengan arahan yang diberikan.

Gerakan tubuh, ton suara semuanya itu memainkan peranan penting dalam berkomunikasi dengan haiwan peliharaan.

Peserta PLKN ini dulu penakut, kini anggota bomba

0

Video lama tentang gelagat seorang peserta PLKN yang takutkan tempat tinggi kembali tular. Dulu dia memang penakut tetapi kini anggota bomba.

Facebook

Pemilik video tersebut ialah Che Ku Muhammad Rizzuwan Che Ku Mohsin yang merupakan bekas peserta PLKN Pagoh tahun 2013.

Biarpun sudah 10 tahun berlalu, namun gelagat Rizzuwan yang pada ketika itu berusia 18 tahun mencuri perhatian ramai pengguna media sosial.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan Rizzuwan menjerit ketakutan ketika menjalani latihan ‘abseiling’.

Terdahulu, pada tahun 2017 video yang sama pernah tular dan dia dikecam teruk kerana dilihat begitu lemah menjalani aktiviti fizikal tersebut.

Pada waktu itu, orang ramai belum mengetahui bahawa dia merupakan anggota bomba sejak tahun 2015.

Facebook

Menurut Rizzuwan, videonya tular pada tahun 2017 selepas Ketua Platunnya memuat naik video tersebut di media sosial pada hari kelahirannya.

Terkini, videonya kembali tular kerana isu Program Latihan Khidmat Negara yang hangat diperkatakan terutama dalam kalangan belia.

Namun, berbezanya kali ini Rizzuwan dihormati kerana tiada siapa menyangka dulu dia penakut kini menjadi berani, malah berkhidmat untuk negara pula.

Rizzuwan yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah berkata dia memang berminat untuk menyertai pasukan bomba sejak di usia muda.

Bagi Rizzuwan, menjadi anggota bomba bukan hanya memadam kebakaran sahaja tetapi menyelamatkan nyawa dan harta benda orang awam.

TikTok

Ujar Rizzuwan lagi, selepas menyertai bomba barulah dia tahu bahawa latihan bomba lebih sukar dan mencabar daripada PLKN.

Banyak perkara yang dipelajari Rizzuwan menerusi bomba.

Kini Rizzuwan tidak berasa gentar untuk menjalani latihan biarpun melibatkan bangunan tujuh ke lapan tingkat.

Teringat kembali kenangan lalu, Rizzuwan yang juga anak kelahiran Johor ini berkata dia teruja ketika menyertai PLKN.

TikTok

Namun semuanya berubah apabila berada di menara check point. Rasa takut tidak dapat disembunyikan.

Rizzuwan sebenarnya tidak sedar bahawa gelagatnya itu dirakam oleh cikgu.

Dia hanya tahu tentang video tersebut pada malam sebelum tamat latihan dimana terdapat pertunjukan video montaj.

Facebook

Menerusi pengalaman Rizzuwan ini dapat disimpulkan bahawa ketakutan boleh diatasi jika seseorang itu mahukan perubahan.

Tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Queenzy Cheng, bekas ahli M-Girls meninggal dunia

0

Queenzy Cheng, penyanyi Malaysia yang juga merupakan bekas ahli M-Girls meninggal dunia pada usia 37 tahun.

The Star

Khabar duka itu dimuat naik di Facebook dan Instagram pada Selasa, 28 November.

Menurut satu kenyataan daripada China Press, penyanyi itu mengalami brain aneurysm (aneurisme otak).

Rakan artis tempatan Chai Zi memaklumkan bahawa Queenzy sedang menjalani penggambaran untuk saluran media sosial Skuad Sekawan ketika dia rebah.

“Kami tiba di Damansara sekitar pukul 8 pagi dan memulai penggambaran pada pukul 8.30 pagi selepas bersarapan. Ketika itu dia kelihatan baik-baik sahaja,” ujar Chai Zi kepada China Press.

Tambahnya lagi, ketika sedang membuat persiapan untuk episod kedua pada pukul 10.30 pagi, Queenzy mengadu pening, loya dan sakit kepala.

Chai Zi yang juga merupakan rakan pengasas Skuad Sekawan bersama Queenzy dan beberapa rakan lain turut memberitahu China Press bahawa kakitangan di set menghubungi ambulans selepas Queenzy muntah.

Pada waktu itu, Queenzy masih lagi sedarkan diri.

Dia memberikan kod laluan telefonnya untuk menghubungi teman lelakinya bagi tujuan rekod perubatan.

“Kakitangan yang mempunyai ilmu pertolongan cemas turut membantunya. Queenzy masih lagi bernafas walaupun dia tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, jantungya berdegup kencang. Tidak lama kemudian, bibir, tangan dan kakinya berubah warna menjadi ungu,” kata Chai Zi.

Ambulans dilaporkan tiba di lokasi penggambaran dalam masa lima belas minit.

Namun, Queenzy tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Mendiang Queenzy dibawa pulang dan diserahkan kepada keluarganya di Perlis.

Sin Chew Daily

Akhbar tempatan Sin Chew Daily melaporkan upacara pengebumian mendiang Queenzy akan dilangsungkan pada Sabtu, 2 Disember.

Ramai selebriti tempatan termasuklah bekas ahli M-Girls Crystal Ong dan Angeline Khoo merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Queenzy di platform media sosial masing-masing.

“Awak yang banyak bercakap, awak yang suka senyum dan awak yang baik… Semuanya masih segar dalam ingatan saya. Saya rasa seperti saya tidak pernah berpeluang untuk berbual panjang dengan awak tapi awak sudah… Saya tidak mahu habiskan ayat ini, tetapi berehatlah dengan aman.”

Tulisan pelakon Joey Leong di Instagramnya.

Serba sedikit mengenai Queenzy Cheng:

  • Berasal dari Kangar, Perlis.
  • Dilahirkan pada 26 Februari 1986.
  • Mula berkecimpung dalam bidang hiburan tanah air sebagai pelakon, penyanyi dan penghibur kanak-kanak malah mula terkenal sejak berusia dua tahun setengah.
  • Terkenal dengan persembahan lagu-lagu Tahun Baru Cina. Dia juga pernah merakamkan lagu Hari Raya Aidilfitri.
  • Menyertai kumpulan M-Girls pada tahun 2000 bersama Koo, Ong dan Cass Chin.
China Press

Nota penyakit brain aneurysm:

  1. Pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak.
  2. Brain aneurysm boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku di dalam otak. Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada tahap keterukan darah beku tersebut.
  3. Faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan brain aneurysm:
    • Keturunan: Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai ‘brain aneurysm‘ berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini.
    • Jantina: Perempuan lebih berisiko untuk mendapat penyakit brain aneurysm dan pendarahan dalam otak.
    • Darah tinggi: Mereka yang mempunyai darah tinggi berisiko mendapat penyakit brain aneurysm.
    • Merokok: Merokok boleh meningkatkan risiko untuk brain aneurysm pecah.
  4. Gejala brain aneurysm:
    • Sakit kepala teruk yang berlaku secara tiba-tiba dan berbeza daripada sakit kepala biasa.
    • Lemah atau lumpuh sebahagian tubuh badan.
    • Sakit leher yang teruk dan berterusan.
    • Loya dan muntah yang berterusan.
    • Sangat sensitif terhadap cahaya.
    • Pengsan atau tidak sedarkan diri.
    • Sawan.
  5. Risiko kematian adalah antara 30 hingga 40 peratus jika brain aneurysm pecah.
  6. Faktor-faktor yang menyebabkan brain aneurysm pecah adalah tekanan darah yang tinggi, tekanan emosi seperti terlalu sedih dan marah, ubat ‘pencair darah’, ubat untuk menguruskan badan dan dadah berbahaya seperti kokain.

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penyakit brain aneurysm di portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepada keluarga mendiang Queenzy Cheng, salam takziah diucapkan.

Gudang kopi Aik Cheong terbakar

0

MELAKA: Gudang kopi jenama tempatan, Aik Cheong yang terletak di Taman Teknologi Cheng (TTC) terbakar pada Ahad 26 November 2023.

Harian Metro

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng Mohd Khairul Nizam Mohamad Anuar, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.59 malam.

Seramai 39 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) terlibat dalam operasi pemadaman.

“Kebakaran membabitkan keseluruhan gudang berkeluasan 30 meter X 70 meter.

“Yang terbakar 90 peratus.

“Namun ia tidak beroperasi ketika kejadian.

“Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Melaka Tengah, BBP Tangga Batu dan BBP Bukit Katil,” kata Mohd Khairul.

Kosmo

“Setiba di lokasi, kita dapati gudang milik syarikat Aik Cheong Beverage Industries Sdn. Bhd. telah terbakar 90 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.05 malam,” kata Pegawai Zon 1 JBPM Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli dalam satu kenyataan lain.

Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Difahamkan, gudang satu tingkat setengah tersebut dijadikan tempat simpanan kotak dan plastik bagi pembungkusan produk kopi berkenaan.

Tambah arang dalam minuman kopi adalah satu kesalahan

0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa tambah arang dalam minuman kopi adalah satu kesalahan.

Pexels

Kesalahan ini termaktub di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mana pelaku boleh didakwa.

Mana-mana pengusaha premis makanan yang jika didapati menghidangkan kopi bersama bara arang boleh didenda tidak melibihi RM10,000.

Selain itu pelaku boleh dipenjara selama tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.

“Kopi yang sedia diminum dikawal di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Peraturan tersebut hanya membenarkan penambahan gula, dekstrosa, glukosa atau madu, susu, krimer, makanan lain dan bahan perisa yang dibenarkan.

“Arang tidak dikategorikan sebagai makanan,” ujar KKM dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Pexels

Terdahulu, Bernama melaporkan terdapat trend tambah bara arang dalam minuman kopi di sebuah kedai makan di ibu kota.

Perkara tersebut menjadi perdebatan warga siber di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Trend tersebut dikatakan berpunca daripada negara jiran yang memasukkan bara arang ke dalam minuman kopi yang dipanggil “Kopi Joss”.

Difahamkan campuran minuman tersebut mempunyai keunikan rasa tersendiri selain dikatakan cara untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan.

Walau bagaimanapun, pakar kesihatan melahirkan kebimbangan terhadap tindakan meminum minuman berkenaan.

Ini kerana, perbuatan tersebut boleh mengundang kesan buruk seperti kanser berikutan sifatnya yang karsinogenik.

Karsinogenik ialah berkenaan bahan seperti asbestos dan benzena yang boleh mengakibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup.

Selain itu, kebarangkalian usus tersumbat berlaku jika minuman tersebut diambil secara kerap untuk tempoh masa yang lama.

Pexels

Lazimnya, arang diakftifkan digunakan dalam industri makanan kerana telah diproses dan ditulenkan bukannya arang panas (bara arang) yang dimasukkan terus ke dalam minuman.

Menurut KKM lagi, arang panas seperti yang ditularkan itu tidak dapat dipastikan keselamatannya untuk dimakan atau diminum.

KKM juga tidak menolak jika arang tersebut mengandungi unsur benda asing atau toksik lain.

“Justeru, sebagai langkah pemantauan, siasatan akan dijalankan setelah KKM mendapat maklumat lengkap premis makanan yang ditularkan,” ujar KKM.

Orang ramai yang ingin membuat aduan ke atas mana-mana premis makanan yang disyaki tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya boleh ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi KKM menerusi laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkofficial.

KKM turut menasihati orang ramai agar memilih kedai makan atau restoran yang bersih, terutama yang telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) daripada kementerian.

Isteri maut dirempuh kereta, suami membatu di lokasi kejadian

0

Isteri maut dirempuh kereta, suami membatu di lokasi kejadian. Kejadian malang itu berlaku di sebuah kedai makan di Bahau pada 24 November lalu.

China Press

Ketika kejadian berlaku, lelaki warga emas, 85, tersebut sedang menikmati sarapan pagi bersama dengan isterinya.

Namun siapa sangka, pagi yang indah itu berakhir apabila sebuah kereta tiba-tiba meluru masuk ke kedai makan dan merempuh seorang wanita warga emas.

Akibat rempuhan itu, mangsa Tan Joo Lan, 75 yang mengalami cedera parah di bahagian leher meninggal dunia serta-merta.

China Press

Tergamam dengan keadaan isteri maut dirempuh kereta, lelaki warga emas yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu membatu dan enggan beredar biarpun setelah dipujuk oleh rakannya dan orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, kejadian berlaku lebih kurang pukul 8.50 pagi melibatkan seorang pemandu lelaki warga emas.

Difahamkan, pemandu tersebut memandu seorang diri dari arah Taman Satelite menghala ke Taman Meranti.

China Press

Ketika pemandu terbabit hendak meletakkan kenderaan di hadapan kedai makan tersebut, tiba-tiba dia tertekan pedal minyak.

Akibatnya, kereta yang dipandu itu terus bergerak ke hadapan lalu melanggar dua orang awam yang sedang makan di kedai makan tersebut.

China Press

Mangsa lain ialah wanita berusia 35 tahun yang mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan di Hopital Jempol.

Susulan kejadian itu, pemandu kereta tersebut telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Jempol bagi tujuan siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Saksi yang berada di lokasi kejadian diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

Selain itu, saksi boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746.

Isu guru besar tidur dalam stor, KPM maklum sekolah sudah dinaik taraf

0

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan bagi menambah baik akses dan fasiliti pendidikan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, Telupid, Sabah susulan aduan tular Guru Besar sekolah berkenaan.

Dalam kenyataannya KPM berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan kesejahteraan guru, murid dan seluruh warga sekolah.

“KPM cakna mengenai video tular seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, Telupid, Sabah yang tidak mempunyai kediaman dan terpaksa tinggal di sekolah.

Gambar Sabah Info

“Kerja-kerja pembinaan melibatkan pembinaan blok akademik dan pentadbiran serta kemudahan lain termasuk pembelian perabot sedang rancak berjalan,” menurut kenyataan pada 19 November.

Mengulas lanjut, KPM berkata, SK Ulu Ansuan juga telah diluluskan untuk pembinaan empat unit kuarters baharu semasa pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu.

Jelasnya, kesemua projek penambahbaikan akses dan fasiliti pendidikan di SK Ulu Ansuan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM12.5 juta.

“Bagi penyelesaian jangka pendek kediaman guru di sekolah tersebut pula, KPM telah siap melaksanakan projek selenggara kuarters dengan peruntukan RM200,000.

“KPM terus tekad untuk menambah baik akses dan fasiliti di semua sekolah di seluruh negara yang memerlukan perhatian bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan guru, murid serta seluruh warga sekolah terpelihara,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan, Telupid, Sabah dikenali sebagai Cikgu George Odol menunjukkan stor sekolah di mana ia merupakan tempat tinggalnya selama lebih tiga tahun sepanjang bertugas sebagai seorang guru.

Gambar Sabah Info

Kata guru tersebut, pada tahun 1999 ketika sekolah itu dibina, guru-guru terpaksa tinggal di rumah orang-orang kampung dan kelas yang diubah suai kerana tiada rumah guru disediakan.

“Kemudian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah membina dua buah rumah yang ‘ala kadar’ sahaja. Ketika saya ditugaskan di sekolah tersebut pada tahun 2020, saya terpaksa tinggal di stor prasekolah dengan keluasan 144 kaki persegi,” jelasnya.

“Agak menyedihkan seorang pegawai pendidikan, pentadbir sekolah, guru besar terpaksa tinggal di rumah yang begini sahaja.

“Saya terpaksa berkongsi dapur dan kamar mandi prasekolah,” katanya.

Bagaimanapun, Cikgu George mengakui sedikit pun tidak kesal sebagai guru dalam kalangan etnik Kadazan Dusun yang terpaksa korbankan keselesaan menetap di kawasan pekan atau di bandar untuk datang ke sekolah pedalaman.

Tambahan pula, katanya, kebanyakan murid di sekolah kawasan pedalaman di negeri ini adalah etnik Kadazan Dusun.

“Justeru, jika bukan kami guru (dalam kalangan etnik) Kadazan Dusun datang ke sini untuk mendidik anak Dusun di sekolah pedalaman, siapa lagi yang (boleh) diharapkan,” katanya yang menerima keadaan itu.

Gambar Sabah Info

Beliau menyifatkan, ia pengorbanan mereka sebagai pendidik yang dihantar bertugas di sekolah pedalaman negeri Sabah.

Bagaimanapun, katanya, pada penghujung perkhidmatannya, sebuah rumah panjang tujuh pintu dibina di sekolah, namun beliau mengambil keputusan tidak menetap di situ dan memberi keutamaan kepada guru dari luar daerah Telupid.

Cikgu George Odol telah bersara wajib sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, Telupid pada 25 November lalu.

Tinggalkan keluarga ketika kaya-raya, kini hidupnya musnah

0

Tinggalkan keluarga ketika kaya-raya, kini hidupnya musnah. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang ditemui di sebuah rumah tumpangan.

TikTok

Difahamkan, lelaki terbabit pada awalnya hidup kaya-raya dengan perniagaan yang sangat menguntungkan.

Namun ketika berada di puncak kejayaan, lelaki ini meninggalkan isteri dan anak-anaknya bahkan berkahwin dengan wanita lain.

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.

TikTok

Lelaki tersebut mengalami muflis. Sudahlah perniagaannya lingkup, lelaki itu ditinggal pula isteri baharu.

Setelah mengalami nasib malang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, lelaki ini cuba kembali kepada isteri pertama dan anak-anaknya.

Lelaki ini cuba meraih semula kasih sayang daripada keluarganya namun semuanya sudah terlambat. Dia tidak lagi diterima dalam keluarganya itu.

Memandangkan dia sudah tidak ada lagi tempat berteduh, lelaki ini terpaksa menumpang tinggal di sebuah rumah tumpangan dalam keadaan sehelai sepinggang.

TikTok

Kisah lelaki tinggalkan keluarga ini telah dikongsi oleh @dody.whyd di TikTok dan telah mendapat tontonan lebih 1.5 juta dan 58,000 tanda suka.

Ramai warga siber yang meninggalkan komen dengan pendapat peribadi dan pengalaman masing-masing.

Ayahku diam-diam nikah lagi tapi tidak meninggalkan mamaku tidak juga meninggalkan kewajibannya sebagai kepala keluarga untuk menafkahi adek dan mama. kalau seandainya dia sudah tua dan ditinggalkan isteri keduanya aku akan tetap terima dia, karena dia seperdulu itu dengan kami.

@renaalfalembani

Sama persis tetanggaku dibuang sama isteri keduanya di taro di tengah-tengah sawah, akhirnya dibawa pulang sama anak-anak dari isteri pertama dirawat sampai akhir.

@taryghaly

Doa isteri yang teraniaya pasti di jabbah oleh allah

@martatiteladan

Filem indosiar fersi dunia nyata

@mawarjingga018

Mirip yang dialami mertuaku

@bang.bily82

Karma

@user3528680300982

Kisah ini harus dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Dari siti kita belajar, sukses atau tidaknya seorang lelaki harus tetap setia!

@ananda_satria13

Jadikan pelajaran untuk semua laki-laki. ingatlah karma itu nyata…

@dentibengkulu89

Pelajaran bagi para suami

@ana1603s

Penyesalan selalu di akhir… ya pak

@surita_aprilia

Tidak kira betapa berjayanya kita dalam hidup sekarang, jangan dilupakan kepada orang-orang yang pernah bersusah payah dengan kita dahulu.

Yang kuat untuk bapaknya… sebagai suami pada saat berjaya senantiasa ingatlah siapa yang menemani berjuang dari bawah

@user594917384066

Ingatlah tuan. di saat kamu sukses banyak wanita cantik yang mahu sama kamu. cubalah berfikir lagi yang menemani kamu di titik terendah adalah orang lamamu. 🥺

@queen_comell95

Yang namanya sakit hati dan trauma pasti susah untuk menerima kembali

@candramanikaa

Wanita pertama adalah yang istimewa

@random

Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mungkin kita tidak akan berjaya pada hari ini.

Empat beradik dihalau nenek

0

PARIT: Empat beradik dihalau nenek dari rumah di Kampung Kuchai, Bota pada Khamis, 23 November. Mereka berusia antara 10 bulan hingga 11 tahun.

Utusan Melayu

Keempat-empat beradik tersebut ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah oleh seorang wanita sekitar pukul 10.50 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.39 petang.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

Berdasarkan maklumat daripada pengadu, pengawal keselamatan menyedari kehadiran empat beradik tersebut selepas ditinggalkan oleh seorang wanita yang memandu kereta jenis Toyota.

“Empat beradik itu terdiri daripada tiga lelaki masing-masing berusia 11 dan tiga tahun selain bayi berusia 10 bulan.

“Serta seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

“Hasil pertanyaan terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun itu, dia menyatakan bahawa mereka dihalau dari rumah oleh nenek sebelum dihantar ke kompleks berkenaan dengan menaiki kereta oleh wanita tidak dikenali.”

Pengadu telah bertindak dengan menghantar empat beradik itu ke sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Gopeng untuk tindakan lanjut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan ibu bapa atau waris empat beradik dihalau nenek ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Mohd. Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” kata Hafezul.

Susulan kejadian itu, Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin memberitahu bahawa kes berkenaan sedang disiasat oleh polis.

Semua kanak-kanak kurang bernasib baik itu kini berada di hospital bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

“Kes masih dalam siasatan polis dan JKM akan mengambil tindakan selaras dengan hasil siasatan tersebut,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar empat beradik yang ditinggalkan bersama mereka sebungkus plastik berisi lampin pakai buang dan susu.