28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024
UtamaBerita UtamaTambah arang dalam minuman kopi adalah satu kesalahan

Tambah arang dalam minuman kopi adalah satu kesalahan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa tambah arang dalam minuman kopi adalah satu kesalahan.

Pexels

Kesalahan ini termaktub di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mana pelaku boleh didakwa.

Mana-mana pengusaha premis makanan yang jika didapati menghidangkan kopi bersama bara arang boleh didenda tidak melibihi RM10,000.

Selain itu pelaku boleh dipenjara selama tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.

“Kopi yang sedia diminum dikawal di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Peraturan tersebut hanya membenarkan penambahan gula, dekstrosa, glukosa atau madu, susu, krimer, makanan lain dan bahan perisa yang dibenarkan.

“Arang tidak dikategorikan sebagai makanan,” ujar KKM dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Pexels

Terdahulu, Bernama melaporkan terdapat trend tambah bara arang dalam minuman kopi di sebuah kedai makan di ibu kota.

Perkara tersebut menjadi perdebatan warga siber di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Trend tersebut dikatakan berpunca daripada negara jiran yang memasukkan bara arang ke dalam minuman kopi yang dipanggil “Kopi Joss”.

Difahamkan campuran minuman tersebut mempunyai keunikan rasa tersendiri selain dikatakan cara untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan.

Walau bagaimanapun, pakar kesihatan melahirkan kebimbangan terhadap tindakan meminum minuman berkenaan.

Ini kerana, perbuatan tersebut boleh mengundang kesan buruk seperti kanser berikutan sifatnya yang karsinogenik.

Karsinogenik ialah berkenaan bahan seperti asbestos dan benzena yang boleh mengakibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup.

Selain itu, kebarangkalian usus tersumbat berlaku jika minuman tersebut diambil secara kerap untuk tempoh masa yang lama.

Pexels

Lazimnya, arang diakftifkan digunakan dalam industri makanan kerana telah diproses dan ditulenkan bukannya arang panas (bara arang) yang dimasukkan terus ke dalam minuman.

Menurut KKM lagi, arang panas seperti yang ditularkan itu tidak dapat dipastikan keselamatannya untuk dimakan atau diminum.

KKM juga tidak menolak jika arang tersebut mengandungi unsur benda asing atau toksik lain.

“Justeru, sebagai langkah pemantauan, siasatan akan dijalankan setelah KKM mendapat maklumat lengkap premis makanan yang ditularkan,” ujar KKM.

Orang ramai yang ingin membuat aduan ke atas mana-mana premis makanan yang disyaki tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya boleh ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi KKM menerusi laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkofficial.

KKM turut menasihati orang ramai agar memilih kedai makan atau restoran yang bersih, terutama yang telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) daripada kementerian.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI