Kisah ibu baru bersalin empat hari terpaksa tidur dalam kereta ini menjadi bualan warga siber sejak tular di media sosial baru-baru ini.
Difahamkan ibu baru bersalin ini tidak ada tempat tinggal dan terpaksa berpantang di dalam kereta.
Menerusi gambar yang tular itu juga, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang tidak sihat sedang tidur di tempat duduk bahagian belakang.
Keluarga kurang bernasib baik ini ditemui di hadapan Masjid Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.
Walaupun tidak diketahui apa sebenarnya masalah mereka, orang ramai tetap tampil untuk membantu keluarga kecil ini.
Turut sama menghulurkan bantuan ialah pasukan MADADCare, Murtadha Dakwah Centre.
Keluarga kecil ini telah diberikan tempat penginapan sementara dan anak yang tidak sihat itu telah dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Menerusi Mingguan Wanita, Muhammad Ridhuan Osman atau lebih mesra dipanggil DikWan berkata buat masa ini ibu dan anaknya akan menetap di MADAD sehingga urusan mereka diselesaikan.
Selain MADAD, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak berkuasa jabatan agama dan pihak-pihak berwajib yang lain turut cakna akan masalah yang sedang berlaku itu.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah berbuat demikian seperti butiran berikut:
Akaun bank CIMB: 7610476483
Nama: Muhammad Rdizuan Osman
Tulis rujukan: Asnaf Kereta