26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024
UtamaBerita UtamaQueenzy Cheng, bekas ahli M-Girls meninggal dunia

Queenzy Cheng, bekas ahli M-Girls meninggal dunia

Queenzy Cheng, penyanyi Malaysia yang juga merupakan bekas ahli M-Girls meninggal dunia pada usia 37 tahun.

The Star

Khabar duka itu dimuat naik di Facebook dan Instagram pada Selasa, 28 November.

Menurut satu kenyataan daripada China Press, penyanyi itu mengalami brain aneurysm (aneurisme otak).

Rakan artis tempatan Chai Zi memaklumkan bahawa Queenzy sedang menjalani penggambaran untuk saluran media sosial Skuad Sekawan ketika dia rebah.

“Kami tiba di Damansara sekitar pukul 8 pagi dan memulai penggambaran pada pukul 8.30 pagi selepas bersarapan. Ketika itu dia kelihatan baik-baik sahaja,” ujar Chai Zi kepada China Press.

Tambahnya lagi, ketika sedang membuat persiapan untuk episod kedua pada pukul 10.30 pagi, Queenzy mengadu pening, loya dan sakit kepala.

Chai Zi yang juga merupakan rakan pengasas Skuad Sekawan bersama Queenzy dan beberapa rakan lain turut memberitahu China Press bahawa kakitangan di set menghubungi ambulans selepas Queenzy muntah.

Pada waktu itu, Queenzy masih lagi sedarkan diri.

Dia memberikan kod laluan telefonnya untuk menghubungi teman lelakinya bagi tujuan rekod perubatan.

“Kakitangan yang mempunyai ilmu pertolongan cemas turut membantunya. Queenzy masih lagi bernafas walaupun dia tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, jantungya berdegup kencang. Tidak lama kemudian, bibir, tangan dan kakinya berubah warna menjadi ungu,” kata Chai Zi.

Ambulans dilaporkan tiba di lokasi penggambaran dalam masa lima belas minit.

Namun, Queenzy tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Mendiang Queenzy dibawa pulang dan diserahkan kepada keluarganya di Perlis.

Sin Chew Daily

Akhbar tempatan Sin Chew Daily melaporkan upacara pengebumian mendiang Queenzy akan dilangsungkan pada Sabtu, 2 Disember.

Ramai selebriti tempatan termasuklah bekas ahli M-Girls Crystal Ong dan Angeline Khoo merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Queenzy di platform media sosial masing-masing.

“Awak yang banyak bercakap, awak yang suka senyum dan awak yang baik… Semuanya masih segar dalam ingatan saya. Saya rasa seperti saya tidak pernah berpeluang untuk berbual panjang dengan awak tapi awak sudah… Saya tidak mahu habiskan ayat ini, tetapi berehatlah dengan aman.”

Tulisan pelakon Joey Leong di Instagramnya.

Serba sedikit mengenai Queenzy Cheng:

  • Berasal dari Kangar, Perlis.
  • Dilahirkan pada 26 Februari 1986.
  • Mula berkecimpung dalam bidang hiburan tanah air sebagai pelakon, penyanyi dan penghibur kanak-kanak malah mula terkenal sejak berusia dua tahun setengah.
  • Terkenal dengan persembahan lagu-lagu Tahun Baru Cina. Dia juga pernah merakamkan lagu Hari Raya Aidilfitri.
  • Menyertai kumpulan M-Girls pada tahun 2000 bersama Koo, Ong dan Cass Chin.
China Press

Nota penyakit brain aneurysm:

  1. Pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak.
  2. Brain aneurysm boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku di dalam otak. Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada tahap keterukan darah beku tersebut.
  3. Faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan brain aneurysm:
    • Keturunan: Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai ‘brain aneurysm‘ berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini.
    • Jantina: Perempuan lebih berisiko untuk mendapat penyakit brain aneurysm dan pendarahan dalam otak.
    • Darah tinggi: Mereka yang mempunyai darah tinggi berisiko mendapat penyakit brain aneurysm.
    • Merokok: Merokok boleh meningkatkan risiko untuk brain aneurysm pecah.
  4. Gejala brain aneurysm:
    • Sakit kepala teruk yang berlaku secara tiba-tiba dan berbeza daripada sakit kepala biasa.
    • Lemah atau lumpuh sebahagian tubuh badan.
    • Sakit leher yang teruk dan berterusan.
    • Loya dan muntah yang berterusan.
    • Sangat sensitif terhadap cahaya.
    • Pengsan atau tidak sedarkan diri.
    • Sawan.
  5. Risiko kematian adalah antara 30 hingga 40 peratus jika brain aneurysm pecah.
  6. Faktor-faktor yang menyebabkan brain aneurysm pecah adalah tekanan darah yang tinggi, tekanan emosi seperti terlalu sedih dan marah, ubat ‘pencair darah’, ubat untuk menguruskan badan dan dadah berbahaya seperti kokain.

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penyakit brain aneurysm di portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepada keluarga mendiang Queenzy Cheng, salam takziah diucapkan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI