26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, July 28, 2025
Utama Blog Laman 57

Parti Komunis China didakwa menutup, mengubah ratusan masjid di wilayah utara

0

BEIJING: Human Rights Watch (HRW) mendakwa Parti Komunis China (PKC) meneruskan tindakan menutup, mengubah ratusan masjid di wilayah utara selepas Xinjiang.

Harian Metro

Sebelum ini, masjid-masjid di Ningxia dan Gansu menjadi tempat tinggal kepada penduduk Islam selain Xinjiang.

Menurut The Guardian dalam satu laporan, langkah penutupan masjid itu dilakukan sebagai usaha yang lebih luas untuk sinicization atau pencinaan masyarakat minoriti agama di China.

PKC sudah lama mengekalkan cengkamannya terhadap agama dan etnik minoriti China.

Disebabkan itu juga, pihak berkuasa tempatan didakwa menyingkirkan elemen seni bina Islamik pada masjid supaya kelihatan lebih menerapkan budaya masyarakat China.

Pada April 2018, Beijing mengeluarkan arahan yang menyatakan bahawa pegawai kerajaan harus mengawal ketat pembinaan dan susun atur aktiviti Islam.

Selain itu, kerajaan juga perlu mematuhi prinsip merobohkan lebih banyak dan mengurangkan bangunan digunakan untuk tujuan keagamaan.

Penyelidik di HRW menganalisis imej satelit untuk meneliti dasar penyatuan masjid di dua buah kampung di Ningxia.

Hasilnya, terdapat pengalihan kubah dan menara dari semua tujuh masjid antara tahun 2019 dan 2021.

Utusan Malaysia

Empat daripada tujuh masjid tersebut diubah suai sepenuhnya, tiga bangunan utama dihancurkan dan tempat wuduk di satu bangunan dirosakkan.

Sementara itu, pensyarah di University of Plymouth, Hannah Theaker yang meniliti topik itu bersama David Stroup, dari University of Manchester berkata, penghapusan tempat wuduk adalah antara satu cara untuk memastikan kemudahan itu tidak digunakan.

Theaker dan Stroup menganggarkan bahawa kira-kira 1,300 masjid di Ningxia dan sepertiga daripada jumlah masjid yang berdaftar sudah ditutup.

Ini tidak termasuk masjid yang ditutup atau dirobohkan kerana statusnya yang tidak rasmi, yang kebanyakannya berlaku sebelum tahun 2020.

HRW tidak dapat menentukan jumlah sebenar masjid yang ditutup atau diubah suai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun laporan kerajaan mencadangkan jumlah itu berkemungkinan ratusan.

Seorang imam di Ningxia yang ditemu ramah oleh Radio Free Asia (RFA) berkata, dasar penyatuan masjid bermakna mana-mana masjid yang terletak dalam jarak 2.5 kilometer antara satu sama lain perlu digabungkan.

“Apabila masjid ditutup, ramai orang muda dan pertengahan umur tidak lagi pergi ke masjid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan, dan generasi akan datang perlahan-lahan akan hilang kepercayaan dan keyakinan dalam Islam…,” kata Imam tersebut.

Kefasihan Mak Cik Rosni bertutur dalam bahasa Inggeris mengagumkan

0

Kefasihan Mak Cik Rosni bertutur dalam bahasa Inggeris dalam satu temu bual bersama seorang pempengaruh mengagumkan warga siber.

TikTok

Menerusi video berkenaan, @alexey.brock bertanyakan tentang latar belakang seorang peniaga makanan yang bernama Rosni.

Menurut Mak Cik Rosni, dia berasal dari Ipoh dan kemudian berpindah ke Sungai Penchala pada tahun 1985. Ketika itu, Mak Cik Rosni bekerja sebagai pekerja kilang.

Mak Cik Rosni memberitahu bahawa dia berkahwin ketika berusia 25 tahun dan dikurniakan tiga orang anak lelaki. Seorang anaknya sudah berkahwin manakala dua orang lagi masih bujang.

Tujuan Mak Cik Rosni merantau ke Kuala Lumpur adalah untuk mencari rezeki.

Dia bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kondominum yang terletak di Damansara Perdana selama 17 tahun sebelum bertukar kerjaya sebagai peniaga makanan.

TikTok

Di gerai makan, Mak Cik Rosni menjual lontong yang merupakan salah satu masakan orang Melayu.

Di akhir temu bual, @alexey.brock memperkenalkan dirinya sebagai Alexey. Dia teruja kerana dapat berkenalan dengan Mak Cik Rosni.

@alexey.brock juga mendoakan kesihatan Mak Cik Rosni serta berharap perniagaan tersebut akan maju.

TikTok

Disebabkan oleh kefasihan Mak Cik Rosni bertutur dalam bahasa Inggeris itu sungguh mengagumkan, video yang dimuat naik oleh @alexey.brock menjadi tular dengan rekod semasa iaitu 1.5 juta tontonan dan 72,000 tanda suka.

Rata-rata warga siber yang menonton video tersebut meninggalkan komen positif dan menunjukkan rasa kekaguman mereka terhadap Mak Cik Rosni.

Wehhhh heat makcik speaking.. mcm org singapore melayu speaking

Cahaya Petunjuk

English broken aku betul2 broken 😁. english makcik is better than me 😂

Marjan

Simple english and understand

skanane

Wow. makcik speaking english very good 😁

Bro_Nasa_Official

Suka tgk confident mak cik tu 🥰

Aristocrat

Wow mmg tabik hormat kt mkcik rosni ni

aziahmohdsaidmohd

Makcik can really speak english. very proud of makcik 🥰

norbi

Terbaik makcik, yang penting faham, mesagenya sampai.

BrusDawai

Makcik you make me feel that I will never give up to improve my speak english skill

Mrs Kim Jonathan

MAKCIK JUAL NASI LEMAK CAN SPEAK INGLISH BETTER DARI AKU.. I RESPECT YOU MAKCIK.. 😁

Abc vs Cendol

Don’t bother the grammar correct or wrong..just speak..slowly everything will be ok ❤️🌹

aiza

Her english very good 🥰🥰

Candleblissbybff

I like makcik rosni, simple english and smooth, easy to undestand…

zaidimv

Org dulu2 mmg pandai ckp english 👍

zuraidah

Mak saya age 76 years old pandai speaking, tahu membaca. dulu2 mak ke sekolah convent tp hingga darjah 6 saja

Rafinahamid

Arwah atok sis pun bhasa english leh tahan 😅

sallycat78

Orang dulu ii mmg pandai speaking sbb sekolah di sekolah inggeris. nenek saya pun pndai speaking

Craftyzx

Oleh yang demikian, jika anda masih belum fasih berbahasa Inggeris, teruskan berusaha untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Penyakit Kolera dibimbangi menular di Gaza

0

Dalam keadaan krisis air yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin, penyakit Kolera dibimbangi menular di Gaza.

Al Jazeera

Di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Khan Younis, Osama Saqr, 33, cuba mengisi air di dalam botol untuk diberikan kepada anaknya yang dahaga.

Saqr minum sedikit air dan berasa loya kerana kemasinan air tersebut sebelum dia menghela nafas panjang.

“Air ini tercemar dan tidak sesuai diminum, tetapi anak saya selalu meminumnya, tiada pilihan lain,” katanya kepada Al Jazeera.

Anak lelaki Saqr yang berusia setahun mengalami cirit-birit namun Saqr tidak dapat mencari ubat-ubatan di hospital atau farmasi untuk merawat anaknya itu.

“Walaupun saya mendapat ubat, masalah tetap ada, air tercemar dan masin, tidak sesuai untuk diminum,” katanya.

Saqr bimbang anaknya akan terkorban disebabkan keracunan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merekodkan lebih 44,000 kes cirit-birit dan 70,000 jangkitan pernafasan akut, namun jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi daripada itu.

Pada Jumaat, agensi PBB mengatakan bahawa hujan yang berterusan mungkin akan menjadikan keadaan semasa bertambah buruk.

Menurut Pengarah kecemasan serantau bagi rantau Mediterranean Timur di WHO Richard Brennan, disebabkan terlalu ramai orang di pusat UNRWA, mereka terpaksa membuang air besar secara terbuka.

Kata Brennan lagi, penularan penyakit termasuk Kolera, jangkitan pernafasan dan jangkitan kulit termasuk kudis boleh berlaku akibat kesesakan, kekurangan pengurusan sisa pepejal, kelemahan sanitasi dan pembuangan air terbuka.

Agensi PBB telah memberi amaran bahawa kemusnahan perkhidmatan air dan sanitasi boleh menyebabkan penyakit Kolera tersebar lebih pantas.

Keadaan ini akan bertambah parah sekiranya bantuan kemanusiaan tidak segera diberikan kepada mereka yang terjejas.

Jika tiada apa yang berubah, bilangan orang yang sakit akan bertambah dan wabak besar akan meningkat secara mendadak.

Tidak diketahui sama ada infrastruktur air dan sanitasi penting Gaza musnah akibat dibedil bom Israel atau disebabkan kehabisan bahan api.

Menurut UNRWA, kesemua 76 telaga air di Khan Younis dan Rafah sudah tidak berfungsi.

Ini termasuklah dua buah loji air minuman dan 15 stesen pam kumbahan.

WHO menganggarkan bahawa rata-rata orang di Gaza menggunakan tiga liter air setiap hari untuk minum dan sanitasi.

Jumlah tersebut adalah dibawah paras minimum 7.5 liter yang disarankan oleh agensi dalam situasi kecemasan.

Disebabkan oleh pemberhentian perkhidmatan utama termasuk loji penyahgaraman air, rawatan kumbahan dan hospital, jumlah penyakit Kolera dalam kalangan mereka yang berlindung di pusat UNRWA meningkat sebanyak 40 peratus.

Dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza yang mana separuh daripada itu adalah kanak-kanak tidak lagi mendapat bekalan air bersih.

Pada Rabu, pihak berkuasa Israel membenarkan lebih kurang 23,000 liter bahan api dibawa masuk ke Semenanjung melalui Mesir.

Namun mereka mengehadkan penggunaan bahan api ini kepada trak yang menghantar bantuan masuk ke Gaza.

Berdasarkan kenyataan UNRWA, 160,000 liter bahan api diperlukan sehari untuk operasi asas kemanusian.

Bahan api yang ada tidak dapat menampung keperluan kemanusiaan secara menyeluruh termasuklah untuk kemudahan perubatan dan air atau kerja UNRWA.

“Situasi ini benar-benar melumpuhkan kerja-kerja mereka dan penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza,” kata Pesuruhjaya Jeneral Philippe Lazzarini.

Kementerian Kesihatan Gaza menegaskan bahawa kekurangan air bersih yang disebabkan oleh kekurangan bahan api merisikokan 1,100 pesakit kegagalan buah pinggang termasuk 38 orang kanak-kanak.

Muhammad, 22, abang kepada Abdeen, menderita kolik buah pingang akut disebabkan kekurangan air bersih.

“Sewaktu dia berasa amat sakit, dia menjerit,” kata Abdeen, 40, ketika dia mencari air minuman di jalan Khan Younis.

Abdeen berkata bahawa dia tidak mahu berputus asa biarpun pada masa ini, air minuman sangat mahal dan sukar untuk dicari.

“Saya tidak mahu kehilangan dia dalam peperangan tidak adil ini,” katanya.

Samir Asaad, 60, dari kem Deir el-Balah, menderita tekanan darah tinggi yang mana keadaannya semakin memburuk kerana meminum air masin.

“Saya memasak air untuk minum jadi saya tidak merasa kemasinannya,” katanya.

“Mereka membunuh kami dengan membiarkan kami kehausan atau memaksa kami minum apa-apa sahaja air supaya kami mati,” kata Samir.

Pegawai kemanusiaan meminta agar lebih banyak bantuan dibawa masuk ke Gaza.

Program Makanan Sedunia menegaskan pada Khamis bahawa bekalan makanan dan air hampir tiada di Gaza.

Kesannya, orang awam terpaksa berdepan dengan kemungkinan dehidrasi dan kelaparan.

Terdapat penduduk yang cuba menggali telaga untuk mendapatkan air biarpun maklum yang air tersebut dicemari kumbahan dan sisa pepejal yang tidak dirawat.

Menurut Asaad, ahli keluarganya lebih suka beratur selama berjam-jam untuk mengisi botol air di stesen pengisian.

Walau bagaimanapun, mereka sedar bahawa air tersebut juga mungkin tidak selamat untuk diminum.

Umi al-Abadla, timbalan ketua pengarah penjagaan primer di kementerian kesihatan Gaza berkata, air yang sampai ke stesen pengisian pernah dirawat sebelum dipam.

Namun perkara itu tidak lagi berlaku disebabkan kekurangan bahan api.

“Akibat gangguan bekalan elektrik, air diagihkan dari telaga rawak yang airnya tercemar.

“Ini telah menyebabkan cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak, lebih daripada purata tahunan,” katanya.

Selain itu, kekurangan kebersihan diri akibat pemindahan beramai-ramai juga menyebabkan penyebaran penyakit kulit seperti cacar air dan taun.

Disebabkan terdesak untuk minum air, orang awam di Gaza terpaksa meminum air laut yang turut tercemar.

Lebih daripada 130,000 meter padu air sisa dibuang ke Laut Mediterranean setiap hari.

Menurut Salwa Islim, 45, dia dan keluarganya pergi ke laut untuk mandi dan kadang-kala minum.

“Saya terpaksa minum air laut dan orang di sini juga berbuat demikian,” katanya kepada Al Jazeera.

“Di manakah hak kami untuk air?

“Perang jenis apakah ini yang menghalang rakyat daripada makan, minum dan mendapatkan keperluan hidup yang lain?

“Adakah ini hukuman untuk kanak-kanak yang setiap hari berharap peperangan akan tamat?

“Mereka berdiri di jalanan dan meminta air untuk minum.

“Namun tiada air untuk diminum di Gaza,” katanya menutup bicara.

Ancaman bom di beberapa sekolah di seluruh negara adalah palsu

0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 19 laporan yang diterima berhubung ancaman bom di beberapa sekolah di seluruh negara adalah palsu.

SINAR HARIAN

“Siasatan mendapati e-mel ancaman adalah palsu dan tiada bukti kewujudan risiko bom di mana-mana sekolah seperti didakwa.

“Siasatan menunjukkan kedua-dua alamat e-mel yang digunakan bagi menghantar ancaman, baru dicipta dan tidak pernah digunakan di mana-mana servis internet,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Ancaman bom telah dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ daripada bahasa Jerman yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’.

Menurut Razarudin, PDRM menerima tujuh laporan di Selangor, lima laporan di Kuala Lumpur, tiga laporan di Johor, dua laporan di Pulau Pinang dan satu laporan di Perak serta Negeri Sembilan.

Sebaik sahaja menerima ancaman tersebut, PDRM dengan kerjasama sekolah yang terlibat telah segera mengambil tindakan bagi mengosongkan premis.

“Demi keselamatan, pengungsian (evacuation) pelajar ke lokasi selamat turut dijalankan dengan segera oleh pihak sekolah dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke lokasi berkumpul (assembly points) seperti ditetapkan di sekolah masing-masing, sebelum pelajar dibenarkan beredar pulang,” katanya.

Susulan ancaman tersebut, tindakan pembersihan keselamatan (security flushing) bom telah dijalankan secara rapi oleh elemen-elemen PDRM di semua lokasi terbabit.

Utusan Malaysia

Namun begitu, tiada sebarang ancaman yang dikesan setelah pembersihan keselamatan dijalankan.

Menurut Razarudin, kandungan asal e-mel ancaman adalah dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia menggunakan aplikasi penterjemah.

“Kandungan e-mel yang sama dikesan turut pernah dihantar ke 70 buah sekolah di Jamaica pada 12 November lalu, juga melalui penyedia perkhidmatan e-mel yang sama,” katanya.

Siasatan turut dilakukan untuk memastikan sekiranya insiden di Malaysia mempunyai kaitan dengan kejadian di Jamaica.

“Ia dipercayai didalangi seorang individu bermasalah mungkin pernah mengalami penderaan ketika kanak-kanak dan kurang perhatian, namun mempunyai kepakaran dalam bidang perisian komputer untuk melindungi identitinya,” ujarnya.

“PDRM memandang serius sebarang bentuk ancaman bom dan kita akan mengambil tindakan segera bagi menyiasat sebarang ancaman.

“PDRM memberi kepastian bahawa tahap keselamatan pelajar serta guru-guru adalah terjamin di seluruh negara,” katanya.

Razarudin berkata, kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Masalah pendawaian dipercayai punca kedai terbakar

0

KUALA LUMPUR: Masalah pendawaian dipercayai menjadi punca puluhan kedai terbakar di Uptown Kota Damansara terbakar pada pukul 8.30 malam, 20 November.

Sinar Harian

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata dapatan punca kebakaran itu adalah hasil keterangan awal saksi di tempat kejadian.

“Ada saksi mendakwa melihat percikan api keluar dari kotak agihan (DB) elektrik berhampiran satu daripada sebuah khemah perniagaan di situ.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal punca sebenar kebakaran,” katanya kepada media pada Selasa.

Beliau berkata, api kebakaran merebak pantas kerana keadaan struktur khemah dan barangan jualan yang mudah terbakar.

Namun, tindakan pantas bomba berjaya memadam kebakaran dalam masa singkat.

Sinar Harian

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.34 malam.

“Anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja pemadaman.

“Kebakaran melibatkan lebih 20 khemah serta sebuah lot menempatkan pusat gimnasium,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sinar Harian

Api berjaya dikawal pada pukul 9.06 malam.

Kebakaran itu walau bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 1 Shah Alam Ahmad Zaidi Safuan, berkata mereka belum dapat menganggarkan keseluruhan jumlah kerugian.

“Kita masih cuba menghubungi pemilik khemah perniagaan terbabit namun pihak bomba difahamkan aktiviti perniagaan di kawasan itu dijalankan tanpa kebenaran pihak berkuasa dan pemilik tanah,” katanya ketika ditemui di lokasi pada Selasa.

Selain itu, pihak pengurusan Transit Aliran Massa (MRT) turut berada di lokasi untuk melakukan pemeriksaan ke atas struktur landasan MRT yang terletak di atas lokasi kebakaran.

Menurut Pengurus Infra Alfa Sdn Bhd, Shareen Farzida Sukri, 20 buah kedai yang terbakar bukan dibawah kendalian syarikatnya.

Berita Harian

“Hanya satu premis kekal yang terjejas akibat kebakaran itu iaitu sebuah gimnasium.

“Manakala 20 khemah perniagaan yang terbakar bukan beroperasi di bawah selian kami.

“Terdapat 380 peniaga berdaftar dengan kami dan beroperasi di premis kekal.

“Kejadian ini tidak menjejaskan operasi mereka dan perniagaan akan berjalan seperti biasa,” katanya.

Pemilik gimnasium, Mazalan Abdul Manan, 53, menganggarkan sekitar RM250,000 kerugian dialami selepas gimnasium yang diusahakan sejak tahun 2017 itu musnah.

Harian Metro

“Saya anggarkan lebih 20 peratus peralatan gimnasium rosak selain kerosakan hampir 50 peratus pada struktur premis berkeluasan 6,000 kaki persegi.

Menurut Mazalan, dia mula ternampak api daripada sebuah gerai di belakang gimnasium kira-kira pukul 8.15 malam.

Mazalan dan beberapa ahli gimnasium cuba membantu memadam kebakaran namun gagal.

Katanya lagi, ketika kebakaran berlaku terdapat 15 ahli gimnasium berada dalam premisnya dan keadaan menjadi sedikit kelam kabut.

“Bagaimanapun, ramai yang membantu mengalihkan barangan dan peralatan ke tempat selamat.

“Namun selepas setengah jam, usaha kami terhenti kerana keadaan asap yang tebal.

Mazalan walau bagaimanapun bersyukur kerana ketika kebakaran berlaku tidak ramai pengunjung dan khemah-khemah perniagaan juga baru hendak dibuka.

Penunggang motosikal maut digilis treler selepas terlanggar lubang

0

KLANG: Seorang penunggang motosikal jenis Honda RS 150R maut digilis treler selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di Jalan Meru pada Sabtu.

Utusan Malaysia

Mangsa Syed Asnan Sayed Mokhtar, 37 ketika itu dalam perjalanan dari Shah Alam ke tempat kerjanya yang terletak di Pelabuhan Utara, Klang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintenden Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya dimaklumkan kes berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

Siasatan awal mendapati mangsa terlanggar lubang sebelum tercampak dan digilis treler yang membawa muatan tiang batu dari arah yang sama.

Disebabkan cedera parah di kepala dan badan, penunggang motosikal maut di tempat kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

“Mayatnya telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.”

Majoriti

Menurut Mohd Khairi lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Zulkanain Johari di talian 019-5597107.

Rumah dua negara, dapur di Malaysia, ruang tamu di Indonesia

0

Sebuah rumah di gelar rumah dua negara kerana bahagian dapur terletak di Malaysia manakala bahagian ruang tamu pula terletak di Indonesia.

988

Rumah tersebut terletak di Sungai Aji Kuning di Pulau Sebatik iaitu di sebelah timur laut Kalimantan.

Oleh itu, rumah ini juga menjadi sebahagian daripada wilayah Kalimantan Utara.

iloveborneo

Rumah ini dimiliki oleh warganegara Malaysia iaitu Anuar Patagang.

Sempadan kawasan kedua-dua negara di dalam rumah ini terletak betul-betul di tengah-tengah rumah seperti yang dilihat dalam gambar.

988

Bahagian utara dimiliki oleh Malaysia manakala bahagian selatan pula dimiliki oleh Indonesia.

Keunikan rumah tersebut terletak pada dekorasi dalaman yang mengekalkan ciri-ciri dan budaya kedua-dua buah negara.

Dari bahagian ruang tamu hingga luar rumah, Anuar mengecat dindingnya dengan warna putih dan merah sebagai simbolik bendera negara Indonesia.

YouTube

Pagar di bahagian depan rumah juga dicat dengan warna putih dan merah.

Anuar juga meletakkan gambar pemimpin Indonesia iaitu Presiden Joko Widodo di bahagian ruang tamu.

Manakala di bahagian dapur, Anuar meletakkan bendera Malaysia dan gambar bekas perdana menteri terdahulu pada dindingnya.

YouTube

Memandangkan rumah Malaysia Indonesia ini begitu unik, ramai pelancong datang untuk menyaksikan sendiri keunikan rumah berkenaan.

iloveborneo

Pulau Sebatik merupakan pulau dua negara yang tiada sempadan imigresen kerana dikongsi oleh Malaysia dan Indonesia.

Pembahagian pulau ini berpunca daripada perjanjian antara British dan Belanda suatu ketika dahulu.

Selepas kedua-dua negara ini mencapai kemerdekaan, pulau ini dibahagikan sama rata.

Menariknya, tiada pejabat imigresen, sempadan kastam atau pagar berduri yang memisahkan kedua-dua belah pihak.

Penduduk di sana bebas bergerak antara kawasan Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, mata wang yang digunakan di sana ialah mata wang rupiah Indonesia dan ringgit Malaysia.

iloveborneo

Pada tahun 2002, berlaku pertikaian mengenai pemilikan dua pualu di sekitarnya iaitu Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan.

Namun akhirnya Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan kedua-dua pulau tersebut kepada Malaysia.

Dengan itu, perjanjian pembahagian Pulau Sebatik menjadi semakin kukuh.

Biarpun dibahagikan, Pulau Sebatik ditadbir secara bersama oleh Malaysia dan Indonesia.

Walau bagaimanapun, kedua-dua buah negara ini mengambil pendekatan pembangungan yang berbeza terhadap Pulau Sebatik.

Indonesia lebih proaktif dalam bidang infrastruktur pulau serta memulakan pelbagai projek pembangunan seperti di Sei Nyamuk dan Mantikas yang memberi manfaat kepada penduduk pulau.

ikanbijak

Sementara itu, di bahagian Malaysia yang termasuk dalam Sabah turut melaksanakan program Mini Estet.

Tujuannya adalah untuk membuka 15 buah perkampungan baharu bagi memperbaiki keadaan hidup dan meningkatkan bilangan penduduk di bahagian utara pulau tersebut.

Pulau Sebatik tidak terlepas daripada cabaran dan kontroversi.

Antaranya ialah pertikaian mengenai sempadan maritim, seperti perairan Ambalat.

Biarpun sehingga kini tiada kata putus mengenai pembinaan halangan fizikal untuk memisahkan kedua-dua wilayah tersebut, penduduk di sana hidup dalam keharmonian.

Bagi mereka, itu lebih penting bagi memastikan perkembangan dan kemakmuran Pulau Sebatik serta kesejahteraan penduduknya terus terpelihara.

Kanak-kanak melecur di bilik jana kuasa elektrik kini ditidurkan

0

GEORGE TOWN: Kanak-kanak melecur di bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) Taman Seri Bayu pada petang Khamis, kini kritikal dan ditidurkan.

Sinar Harian

Menurut Mohd Khairi Abdul Ghani, 38, tahap melecur badan anaknya Mohd Dawisy,12, adalah 50 peratus.

Ketika ini, mangsa di bawah pemantauan doktor dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketika kejadian berlaku Mohd Khairi berada di Lumut, Perak kerana bertugas.

Namun sebaik sahaja dimaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu ditimpa kemalangan, Mohd Khairi bergegas pulang.

Telah menjadi kebiasaan kanak-kanak di kawasan perumahan tersebut termasuk anaknya bermain bola di gelanggang futsal di situ.

Inilah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku dan nasib tidak menyebelahi apabila anaknya menjadi mangsa.

“Saya tidak tahu bagaimana kejadian berlaku tetapi dimaklumkan dia masuk ke situ (bilik jana kuasa) untuk ambil bola, kembarnya pula tidak ikut bermain kerana tidur di rumah,” kata Mohd Khairi.

Sinar Harian

Kata Mohd Khairi lagi, Mohd Dawisy memang seorang yang ceria dan aktif terutama dalam sukan bola sepak.

Mohd Dawisy juga pernah mewakili sekolahnya iaitu Sekolah kebangsaan (SK) Bayan Lepas 2 dalam sukan berkenaan.

“Dia anak yang kuat, saya harap dia dapat bertahan dan kembali pulih seperti sediakala,” katanya.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, Mohd Dawisy dikatakan bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.

Apabila bola itu tersasar dan memasuki bilik jana kuasa TNB, Mohd Dawisy cuba mengambilnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, berdasarkan maklumat awal kanak-kanak itu masuk ke kawasan bilik jana kuasa tersebut bagi mengambil bola.

Kanak-kanak itu dikatakan terjatuh sebelum terkena renjatan elektrik dan terus dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut.

Sementara itu ibu mangsa Suhana Samsudin, 37, berkata, dia masih terngiang-ngiang dengan rintihan anaknya yang menahan sakit akibat kecederaan yang dialami.

Jelas Suhana, dia mengetahui khabar malang yang menimpa anak bongsunya itu menerusi kumpulan WhatsApp.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anak saya sebelum bergegas pulang sekitar 5 petang,” katanya.

Suhana juga turut dihubungi rakan anaknya tidak lama selepas itu yang memberitahu bahawa Mohd Dawisy terbakar.

“Ketika saya sampai anak saya masih berada di situ (kawasan kejadian) dan dibawa ke surau sebelum dihantar ke HPP dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Sepanjang tempoh itu anak saya berada dalam keadaan sedar. Dia asyik panggil saya cakap mama tolong adik, adik sakit… tolong adik panas,” katanya.

Sinar Harian

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, mangsa mengalami kecederaan selepas tersentuh dengan perkakasan elektrik di dalam bilik jana kuasa elektrik TNB.

“Pasukan operasi telah membuat pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian bagi memastikan kawasan itu selamat dan menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya.”

Tidak dapat buka pintu kereta pandangan sekeliling gelap, 48 jam gagal dikesan penyunting video ditemukan selamat

0

Seorang lelaki pulang ke rumah selepas hilang selama dua hari tetapi mendakwa dirinya hilang kurang sehari, seolah-olah telah memasuki “dunia berbeza” dan mengalami fenomena aneh yang tidak dapat dijelaskan.

Penyunting video berusia 24 tahun, Muhd ​​​​Danial Hakim Mohd Saiful berkata selepas selesai waktu bekerja, dia telah menaiki MRT dari Petaling Jaya ke Sungai Buloh seperti biasa. Kira-kira jam 8 malam, dia mengambil keretanya di stesen MRT dan memandu pulang.

Tiba-tiba, dia berasa pening yang luar biasa dalam perjalanan, jadi meletakkan kereta di tepi jalan dan tidur sebentar untuk berehat seketika sebelum terus pulang.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Pandangan menjadi kabur dan tidak boleh membuka pintu kereta.

Apabila tersedar, tiba-tiba dia teringatkan isterinya yang berada di rumah dan menunggu mereka keluar untuk makan malam bersama, jadi dia dengan cemas ingin bergegas pulang, tetapi mendapati dirinya tidak dapat mencari jalan pulang. Tidak kira bagaimana dia memandu, dirinya terus mengelilingi kawasan yang sama. Tiba-tiba, penglihatannya menjadi semakin kabur, dan keadaan di luar menjadi gelap gelita, membuatkannya hampir mustahil untuk melihat apa-apa.

Selepas itu, dia cuba menghubungi isterinya namun gagal, malah dia juga tidak dapat membuka pintu kereta, selain enjin kereta terus gagal dihidupkan.

Menurutnya, dia juga hanya melihat di luar kereta dalam keadaan gelap dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Mujur malam itu, dia terdengar bunyi azan dan cuba menghidupkan kereta sebelum berjaya mengikut laluan berpandukan lampu kereta dan akhirnya menemui sekolah bersama kedai makan yang memang dicam olehnya lalu dapat pulang.

Sebaik tiba di parkir rumah flatnya, dia terus menghubungi isterinya dan memaklumkan dia berada di bawah dan tidak larat hendak naik ke atas.

Muhd ​​​​Danial Hakim ditemukan dalam keadaan lemah dan lapar kerana tidak makan selama dua hari.

Perkara paling pelik buat dirinya, semua ini hanya berlaku dalam masa 8 hingga 10 jam. Tetapi selepas pulang ke rumah dan bertanya kepada keluarganya, dia mendapati dirinya telah hilang selama 48 jam, dan ahli keluarganya mencarinya di mana-mana, tetapi gagal kesan. 

Kemudian, mereka melaporkan kehilangannya di balai polis berdekatan. Muhd Danial Hakim berkata orang lain mungkin tidak mempercayai pengalaman yang dilaluinya dengan berkata, “Walaupun saya masih trauma, saya gembira dapat pulang ke rumah dan bersatu semula dengan keluarga.”

Gambar ihsan Putri Nik Badzlin Amir (Harian Metro)

Menurut isterinya, Putri Nik Badzlin Amir, dia menghubungi suaminya pada jam 6 petang pada hari kejadian, namun gagal mengesannya sejam kemudian. Namun kira-kira jam 7:11 malam itu, tiada sebarang maklum balas pada kesemua mesej yang dihantar. 

“Pada masa itu, saya fikir telefonnya kehabisan bateri. Tetapi dia tidak pulang ke rumah sehingga pukul 11, dan dia terus tidak dapat dihubungi. Saya menghubungi rakan sekerja suami dan mereka semua mengatakan dia telah pulang pada pukul 6:30 petang,” katanya.

Isteri dan saudara-mara serta rakan-rakannya telah mula mencari di kawasan sekitar, termasuk hospital, tetapi tidak menemui apa-apa jejak. 

“Dia seorang yang sangat optimis dan tidak akan menyembunyikan masalahnya. Dia tidak mempunyai musuh, jadi kehilangannya memang luar biasa,” kata isterinya.

Berdasarkan rekod transaksi kad Touch ‘n Go (TnG) mendapati kereta Kia Forte milik Muhd Danial Hakim keluar dari Stesen MRT Sungai Buloh pada 8 malam hari sama.

Walau apa pun, lelaki itu kini telah selamat pulang ke pangkuan keluarganya, tetapi sama ada ia suasana aneh atau fenomena ghaib dalam masa 48 jam itu masih menjadi perkara misteri yang tidak dapat dipastikan.

Jenazah Suhaimi Saad selamat dikebumikan

0

KOTA TINGGI: Jenazah Suhaimi Saad selamat dikebumikan pukul 9 pagi, 16 November di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Harian Metro

Hampir 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai termasuk anggota kumpulan nasyid In-Team, Hijjaz, Diwani serta orang kampung hadir mengiringi jenazah.

Bacaan talkin dan tahlil ringkas dipimpin vokalis kumpulan nasyid Diwani, Hasnol Jamal.

Turut sama menyempurnakan pengebumian arwah ialah anak sulung dan anak keduanya iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, serta Salman Elkhoyri, 13.

Allahyarham Suhaimi menghembuskan nafasnya terakhir pada Rabu, 15 November 2023 pukul 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Harian Metro

Terdahulu, Suhaimi dimasukkan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI sebelum disahkan meninggal akibat jangkitan kuman di paru-paru.

“Arwah suami pergi dalam keadaan yang tenang dan mudah, di sisi saya serta semua anak-anak kami,” luah Ina Naim.

Dalam satu wawancara Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana binti Mohd Naim berkata, suaminya itu sudah mula batuk teruk sejak Ogos lalu.

Katanya lagi, kesihatan suaminya semakin merosot awal Oktober selepas mengalami cirit-birit sehingga hilang berat badan sebanyak 20 kilogram.

“Arwah tidak muntah hanya batuk teruk sejak bulan Ogos dan alami cirit-birit.

“Arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 10 November lalu.

“Sejak di Hospital Kota Tinggi lagi, arwah minta ditidurkan sebagai ikhtiar terakhirnya.

“Ketika hidup, arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga umur 43 tahun, dan 12 Oktober lalu genap usianya 43 tahun.”

Sinar Harian

Menurut Ina, sebelum ditidurkan arwah hanya meninggalkan pesan meminta maaf kepada semua orang.

Kata Ina, sebagai isteri arwah, pihaknya juga memanjatkan permohonan maaf bagi mewakili arwah suaminya itu.

“Saya mohon maaf jika suami saya tersilap kata atau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau termakan, termium atau terambil apa-apa, saya memohon maaf bagi pihak dia,” katanya.

Suhaimi Saad berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11 dan Nur Layla Elghufrony,9.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Suhaimi,43 dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga Ina dan Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.

Berita mengenai kematian Suhaimi Saad turut dikongsikan oleh anggota In-Team, Hazamin di Instagram miliknya yang memohon disedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

“Sahabat kami, Suhaimi Saad telah kembali ke Penciptanya jam 7.40 malam tadi. Mohon semua mendoakan almarhum dan sedeqkahkan bacaan Al-Fatihah.

Hazamin

“Semoga Allah mengampuninya dan mengumpulkan rohnya bersama para solihin.”

Hazamin

Perkongsian Hazamin itu dihujani komen daripada warga siber yang mengucapkan takziah kepada Ina dan keluarga di atas kehilangan suami tercinta.

Takziah diucapkan kepada Ina Naim dan keluarga.

Semoga roh Suhaimi dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.