27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024
UtamaBerita UtamaLelaki maut digilis LRT bukan disebabkan terjatuh - Polis

Lelaki maut digilis LRT bukan disebabkan terjatuh – Polis

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lelaki maut digilis LRT di stesen Dato Keramat pada Jumaat bukan disebabkan terjatuh, sebaliknya melompat sendiri.

Utusan Malaysia

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada pukul 10.56 malam daripada anggota polis bantuan.

“Siasatan mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan bersama penumpang lain sedang menunggu LRT di platform 1.

“Ketika tren hendak berhenti, tiba-tiba mangsa melompat dan baring di landasan lalu dilanggar oleh LRT berkenaan,” kata Ashari.

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan seorang lelaki maut dengan kedua-dua kakinya digilis tren selepas terjatuh di landasan LRT pada Jumaat, 1 Disember.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.05 malam.

“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 27 tahun terjatuh di landasan LRT berkenaan.”

Katanya, tindakan operasi dilakukan dengan mendapatkan bantuan daripada pihak teknikal LRT terbabit bagi menggerakkan tren ke bahagian belakang.

“Ia bagi memudahkan anggota bomba mengeluarkan mangsa dari landasan LRT. Mayat mangsa berjaya dibawa ke platform LRT beberapa minit kemudian,” katanya.

Difahamkan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya memaklumkan bahawa kejadian tersebut menyebabkan berlaku gangguan di landasan berkenaan.

Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.50 malam itu mengakibatkan sistem kecemasan diaktifkan serta-merta menyebabkan tren berhenti lama di landasan.

“Pihak polis, bomba dan pasukan ambulans turut berada di lokasi kejadian.

“Akibat kejadian itu, jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas dan menyebabkan waktu menunggu lebih lama.”

Tambahnya, pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian tertbabit.

Mereka juga memohon maaf kepada semua penumpang terjejas akibat kejadian itu dan kelewatan perjalanan yang berlaku pada malam itu.

Dalam pada itu, Ashari memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian pukul 11.13 malam.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, justeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi talian 039289922 bagi membantu siasatan,” katanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI