27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024
UtamaInspirasiPeserta PLKN ini dulu penakut, kini anggota bomba

Peserta PLKN ini dulu penakut, kini anggota bomba

Video lama tentang gelagat seorang peserta PLKN yang takutkan tempat tinggi kembali tular. Dulu dia memang penakut tetapi kini anggota bomba.

Facebook

Pemilik video tersebut ialah Che Ku Muhammad Rizzuwan Che Ku Mohsin yang merupakan bekas peserta PLKN Pagoh tahun 2013.

Biarpun sudah 10 tahun berlalu, namun gelagat Rizzuwan yang pada ketika itu berusia 18 tahun mencuri perhatian ramai pengguna media sosial.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan Rizzuwan menjerit ketakutan ketika menjalani latihan ‘abseiling’.

Terdahulu, pada tahun 2017 video yang sama pernah tular dan dia dikecam teruk kerana dilihat begitu lemah menjalani aktiviti fizikal tersebut.

Pada waktu itu, orang ramai belum mengetahui bahawa dia merupakan anggota bomba sejak tahun 2015.

Facebook

Menurut Rizzuwan, videonya tular pada tahun 2017 selepas Ketua Platunnya memuat naik video tersebut di media sosial pada hari kelahirannya.

Terkini, videonya kembali tular kerana isu Program Latihan Khidmat Negara yang hangat diperkatakan terutama dalam kalangan belia.

Namun, berbezanya kali ini Rizzuwan dihormati kerana tiada siapa menyangka dulu dia penakut kini menjadi berani, malah berkhidmat untuk negara pula.

Rizzuwan yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah berkata dia memang berminat untuk menyertai pasukan bomba sejak di usia muda.

Bagi Rizzuwan, menjadi anggota bomba bukan hanya memadam kebakaran sahaja tetapi menyelamatkan nyawa dan harta benda orang awam.

TikTok

Ujar Rizzuwan lagi, selepas menyertai bomba barulah dia tahu bahawa latihan bomba lebih sukar dan mencabar daripada PLKN.

Banyak perkara yang dipelajari Rizzuwan menerusi bomba.

Kini Rizzuwan tidak berasa gentar untuk menjalani latihan biarpun melibatkan bangunan tujuh ke lapan tingkat.

Teringat kembali kenangan lalu, Rizzuwan yang juga anak kelahiran Johor ini berkata dia teruja ketika menyertai PLKN.

TikTok

Namun semuanya berubah apabila berada di menara check point. Rasa takut tidak dapat disembunyikan.

Rizzuwan sebenarnya tidak sedar bahawa gelagatnya itu dirakam oleh cikgu.

Dia hanya tahu tentang video tersebut pada malam sebelum tamat latihan dimana terdapat pertunjukan video montaj.

Facebook

Menerusi pengalaman Rizzuwan ini dapat disimpulkan bahawa ketakutan boleh diatasi jika seseorang itu mahukan perubahan.

Tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI