27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 5, 2025
Utama Blog Laman 399

Keluarga nelayan dari Thailand raih keuntungan RM1.39 juta selepas menemui sebiji mutiara berwarna jingga yang paling mahal di dunia

0

Seorang nelayan dari keluarga yang kurang berkemampuan di Thailand baru-baru ini menemui satu keajaiban apabila dia secara tidak sengaja mengutip cangkerang yang ‘menyembunyikan’ salah satu mutiara yang paling mahal di dunia.

nypost

Hatchai, 37, pada 27 Januari lalu dikatakan pergi mengutip cangkerang di persisiran pantai Nakhon Si Thammarat, Thailand sebelum dia menemui satu pelampung keselamatan yang mempunyai beberapa ketul cangkerang yang melekat di atas permukaannya.

Selepas mengutip cangkerang, Hatchai yang pergi mengutip cangkerang bersama dengan adik lelakinya telah pulang ke rumah dan memberikan cangkerang berkenaan kepada bapanya untuk proses mencuci cangkerang.

nypost

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja membuka salah satu daripada cangkerang berkenaan, bapa Hatchai, Bangmad Niyomdecha, 60, telah menemui sebiji mutiara Melo yang berwarna jingga yang merupakan antara objek yang jarang ditemui dan mempunyai anggaran harga kira-kira RM1.39 juta.

Selepas berita penemuan mutiara itu tersebar, beberapa orang dari negara yang sama cuba untuk membeli mutiara itu daripada keluarga berkenaan tetapi harga yang diletakkan adalah terlalu rendah buat mereka.

nypost

Tidak lama kemudian, seorang pembeli yang berminat dari China telah menghubungi keluarga Hatchai untuk membeli mutiara itu dengan harga RM1.39 juta, iaitu nilai harga yang sepatutnya untuk mutiara berkenaan. Jadi, disebabkan itu, keluarga Hatchai telah bersetuju untuk menjualnya.

Pembeli berkenaan dijangka akan terbang ke Thailand pada minggu hadapan dan akan menemui keluarga Hatchai selepas selesai menjalani kuarantin wajib selama dua minggu untuk memeriksa sendiri keaslian mutiara berkenaan.

nypost

Mutiara berwarna jingga itu dinamakan mutiara Melo kerana mutiara itu dihasilkan oleh satu spesies siput laut yang bernama Melo Melo.

Mutiara itu terbentuk ketika perengsa berada di bawah lapisan cangkerang siput yang menyebabkan siput laut itu mengeluarkan rembesan untuk mengurangkan ketidakselesaannya.

Lapisan rembesan berkenaan akhirnya akan membentuk mutiara Melo dalam masa beberapa tahun.

nypost

Mutiara Melo boleh ditemui dalam warna coklat, kuning atau jingga, bergantung kepada warna cangkerang mutiara itu dihasilkan.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa ribu cangkerang, hanya satu mutiara Melo berwarna jingga yang ditemui. Disebabkan itu, mutiara Melo yang berwarna jingga ini mempunyai nilai yang tinggi dan sangat berharga.

Tiga beranak yang tinggal di sebuah rumah usang di Ampang, KL ini perlukan bantuan

0

Baru-baru ini, laman World of Buzz ada berkongsi tentang sebuah keluarga yang tinggal di dalam rumah yang semakin usang yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.

Rumah berkenaan didiami oleh Mrs Chin, 53, bersama dengan Mr Chin, 63, yang mempunyai masalah kesihatan selepas diserang angin ahmar beberapa tahun yang lalu dengan seorang anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun.

Simply Giving
Simply Giving

Kini, Mrs Chin bekerja sebagai pembantu dapur dan hanya memperoleh sebanyak RM40 sehari sementara suaminya tidak berupaya untuk bekerja kerana mempunyai masalah penglihatan yang semakin kabur serta hanya bergantung pada tongkat untuk berjalan.

Keadaan rumah keluarga ini sangat usang sehinggakan atap zink yang melindungi rumah ini sudah pun mereput dan ada juga sesetengahnya yang sudah terjatuh dan menyebabkan air hujan boleh masuk ke dalam rumah ketika hujan melanda.

Simply Giving
Simply Giving
Simply Giving

Sehubungan itu, Lansson Sim yang secara tidak sengaja telah menemui keluarga ini ketika mahu menjual peti sejuk lamanya kini berhasrat untuk membina baru rumah keluarga Mr Chin dengan melancarkan sebuah kempen pengumpulan dana kerana keadaan rumah berkenaan kini tidak stabil untuk dibaiki begitu sahaja.

“Pintu hadapan rumah tergantung dari engselnya. Dinding kayu dihancurkan oleh anai-anai. Bumbung yang berkarat mempunyai lubang besar setelah bertahun-tahun. Air masuk ketika hujan, siling di seluruh rumah juga telah dipenuhi dengan kulat. Di beberapa bilik, papan kayu diletakkan sebagai penahan sementara agar bumbung tidak jatuh, tetapi beberapa bahagian rumah sudah runtuh,” kongsi Lansson mengenai keadaan rumah keluarga Mr Chin.

Simply Giving
Simply Giving
Simply Giving

Sehingga kini, dana yang telah dikumpulkan dalam kempen yang diberi nama “Help Keep a Roof Over Their Heads Part 1” adalah sebanyak RM31,232 setelah dilancarkan pada 26 Januari lalu. Matlamat dana untuk membina baru rumah untuk keluarga ini adalah sebanyak RM65,000 dan kempen akan tamat pada 31 Mac 2021.

Oleh itu, untuk sesiapa yang berminat untuk menyumbang, anda boleh melakukannya di laman Simply Giving dan membantu keluarga Mr Chin untuk menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Sama-samalah kita membantu mereka, walaupun dengan nilai yang sedikit.

PM : Tiga fasa pemberian vaksin COVID-19 dijangka selesai Februari 2022, melibatkan 26.5 juta individu

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perutusan pada 4 Februari mengumumkan bahawa kerajaan akan memulakan ‘roll-out’ Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula hujung bulan ini.

Tambah beliau, sejumlah 80% populasi rakyat Malaysia atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma itu.

Menurutnya, progam ini melibatkan tiga fasa, iaitu :

Fasa pertama melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan – terdiri daripada petugas kesihatan dan juga petugas bukan kesihatan. Ia dijadualkan selesai pada bulan April.

Fasa kedua pula melibatkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 seperti warga emas dan golongan rentan yang berusia 60 tahun ke atas.

“(Mereka) yang mengalami masalah morbiliti seperti penyakit jantung, obesiti, diabetis dan tekanan darah tinggi. Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini.

Tambah beliau lagi, seramai 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di  bawah fasa kedua ini yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021.

Fasa ketiga pula merupakan baki penerima vaksin yang merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas dan ia akan dimulakan pada bulan Mei akan datang hingga Februari 2022.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa lebih 600 pusat simpanan yang juga merupakan pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara untuk program tersebut.

“Saya telah mengarahkan pihak berkuasa agar menggunakan pelbagai kemudahan termasuk fasiliti kesihatan awam dan swasta, stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai serta universiti sebagai pusat vaksinasi”.

Vaksin juga menurutnya adalah sinar harapan paling utama bagi membolehkan kita menang dalam perang melawan COVID-19.

Aksi panda luncur salji sambil terlentang buat hati warganet tertawan. Comel sangat!

0

Sudah banyak video menarik berkaitan dengan panda terdapat di media sosial. Panda secara umumnya adalah seekor haiwan yang sungguh comel dan manja.

Anak-anak panda pula dilihat gemar bermain. Jika penjaganya sudah menyapu sampah sekalipun, ia akan disepahkan semula oleh anak panda. Memang nakal!

Nampaknya bukan anak panda sahaja yang suka bermain..

Sebuah zoo di Washington, Amerika Syarikat baru-baru ini ada memuat naik video comel yang memperlihatkan aktiviti panda di laman Twitter.

Video berdurasi 51 saat itu menunjukkan panda bernama Mei Xiang dan Tian Tian sedang bermain luncur salji.

https://twitter.com/NationalZoo/status/1355986484931780609?s=20

“Luncur, somersault dan kegirangan sebenar panda”, tulis akaun National Zoo itu di Twitter. Selain manusia, makhluk comel ini juga begitu menikmati salji rupanya.

Lebih melucukan, panda tersebut dilihat dalam keadaan terlentang lalu meluncur ke bawah. Pandai pula panda berkenaan panjat semula ke atas untuk meluncur lagi.

Kemudian seekor panda pula kelihatan berguling-guling di atas salji. Amboi, senorok betul ya mereka!

Sebenarnya, walaupun panda dewasa banyak menghabiskan masa bermalasan dan memakan buluh, mereka juga boleh gemar bermain.

Kedai ais krim Taiwan rugi setelah anak pelanggan ambil ais krim tanpa guna cecair pembasmi kuman, pelitup muka

0

Terma ‘pelanggan sentiasa betul’ kini perlu banyak difikirkan konteksnya. Ini kerana, tidak semestinya apa yang dibuat atau diperkatakan oleh pelanggan itu sebenarnya betul.

Sebuah kedai ais krim terkenal di Taiwan baru-baru ini dilaporkan telah menerima kehadiran satu pasangan pelanggan bersama dua orang anak mereka.

Dengan tidak semena-mena, anak kepada pasangan itu kemudiannya bertindak mengambil ais krim secara layan diri tanpa membersihkan tangan terlebih dahulu dengan cecair pembasmi kuman.

Bimbang situasi itu akan merisikokan kesihatan pelanggan yang lain, pihak kedai kemudian telah meminta ganti rugi pada ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Ibu bapa mereka walau bagaimanapun enggan membayar dan meminta maaf, sebaliknya bertindak memarahi pihak kedai. Nilai kerugian dianggar sebanyak 3,000 yuan.

Menurut pemilik kedai, pekerja memberitahu bahawa budak terbabit bertindak membuka peti ais krim, memegang kon biskut lalu meraup ais krim yang tersedia ketika pekerja sedang sibuk.

“Tangan budak terbabit tidak dibersihkan, tidak memakai pelitup muka. Pintu peti ais krim itu ditinggalkan terbuka separuh”.

“Bapanya pula hanya membayar harga untuk kon dan juga satu sudu ais krim”, ujar pekerja yang gusar akan kebersihan ais krim yang telah terdedah kepada udara.

Perkara itu membuatkan kesemua permukaan ais krim yang disediakan terpaksa dibuang ekoran diragui tahap kebersihannya.

Malah ibu bapa budak terbabit tidak berpuas hati kerana tidak terdapat notis pada peti itu yang mengatakan bahawa mereka tidak boleh menggunakannya.

“Konsepnya buffet dan kita boleh ambil dan sudukan ais krim sendiri. Saya tidak akan bayar”, kata si ibu yang kemudiannya mengajak keluarganya segera keluar daripada premis itu.

Difahamkan bahawa kedai tersebut terpaksa disanitasi ekoran insiden berkenaan.

Jumpa kawan baru, budak lelaki 4 tahun di AS jalan di hutan dan bawa seekor rusa pulang bersamanya

0

Seorang budak lelaki berusia 4 tahun di Virginia keluar berjalan-jalan di hutan dan kembali dengan ‘rakan’ baru yang tidak dijangka iaitu seekor rusa!

Kisah itu dikongsikan oleh ibunya, Stephanie Brown di Facebook yang turut menyertakan foto anaknya, Dominic berdiri di sebelah rusa berkenaan.

“Dominic benar-benar keluar dan membawa pulang seekor rusa..”, tulis Stephanie di Facebook.

Menurut laporan media tempatan, Stephanie sekeluarga difahamkan sedang bercuti di Shenandoah National Park, Virginia dan pada ketika itulah Dominic berjumpa dengan ‘rakan’ barunya itu.

Tambah Stephanie, dia pada ketika itu sedang mengambil sesuatu daripada peti ais telah mendengar bunyi tapak kaki.

“Saya pusingkan kepala dan melihatnya. Kelihatan anak rusa yang masih kecil bersamanya. Bagi Dominic, ia bukanlah sesuatu yang aneh. Walhal ia sememangnya aneh”.

Dalam pada itu, Stephanie turut sempat merakamkan foto bermakna mereka berdua. Selepas itu, Dominic diminta untuk menghantar semula rakannya itu kembali ke hutan.

Dominic difahamkan telah memberikan nama buat rakan barunya, yang diberi nama sebagai Flash. Comel mereka berdua bukan?

Kakak bising tangkai tudung periuk tiba-tiba hilang, adik muncul idea ‘hack genius’ ganti letak puting bayi

0

Buat pencinta perkakas dapur, tambahan pula mereka itu tukang masak handal, pasti agak menyakitkan hati apabila mendapati kuali atau periuk berharga itu bercalar atau renyuk, atau apa-apa sahaja yang berlaku ke atasnya seperti tangkai tudungnya pecah, patah dan hilang.

Seorang pengguna Facebook bernama Ririe Sha berkongsi cerita di MATJHN Official yang mencuit hati tentang bagaimana kecewanya dia apabila mendapati tangkai tudung periuk kepada perkakas memasak yang selalu digunakannya telah pecah dan hilang. 

Facebook

Darahnya menggelegak pada satu hari apabila mendapati penutup periuk itu telah tiada tangkai dan hilang entah ke mana. Spontan Ririe membebel tak sudah sehingga menyakitkan telinga ahli keluarganya.

Ririe memarahi ahli keluarganya, sambil bercerita tentang bagaimana dia tidak percaya tangkai itu boleh patah begitu sahaja dan boleh hilang pula, sebagai penghapus bukti.

Menyedari Ririe mencetuskan pencemaran bunyi yang tidak kesudahan dalam seisi rumah, dia menjelaskan dalam posting di kumpulan Facebook itu bahawa dirinya amat terharu apabila mendapati adik lelakinya tiba-tiba menghasilkan ‘hack genius’ untuk menutup mulutnya daripada terus membebel pada keesokan hari.

Facebook

Kerana Ririe menerima kejutan apabila mendapati adiknya yang berusia 34 tahun, telah membetulkan tangkai tudung periuk patah itu dengan menggunakan puting bayi. Penyelesaian yang mudah dan genius bukan?

Tulis Ririe, “Semalam saya bising macam mana benda atas tudung periuk ni boleh hilang. Pagi ni saya bangun dah ada ganti tapi saya gelak sampai keras perut.”

Facebook

Tambah Ririe, “Rasanya ini hanya ada satu dalam Malaysia kot, adik lelaki saya yang reka. Dia kata tangkai macam ni mudah nak pegang tak payah bising-bising…”

Facebook

Posting tersebut mendapat perhatian 45,000 netizen yang suka dengan lebih 1,300 perkongsian dan 3,200 komen yang rata-rata berkata ini adalah idea yang sungguh kreatif, sambil ramai pula yang bertanya sama ada ia mampu menahan panas ketika Ririe memasak kerana puting bayi itu diperbuat daripada plastik dan getah.

Ririe Sha memberitahu, adiknya membaiki penutup periuk itu dengan penyelesaian kreatif menggunakan puting bayi cucu perempuannya.

“Saya telah memasak menggunakan penutup dengan tangkai daripada puting bayi itu dan agak mengejutkan ia berfungsi dengan baik bahkan tidak mencair,” katanya kepada WOB.

Facebook

Ririe juga berkongsi gambar cucunya dengan puting bayi baru kerana mereka menggunakan yang lama sebagai tangkai baru tudung periuk. Tiadalah tuan empunya puting pula yang mengamuk sebab puting dia hilang.

Siapa sangka puting bayi mempunyai tujuan dan kegunaan lain, sebagai ‘hack’ sementara dan penceria hari duka orang lain. Terbaik dan geliga otak adik lelaki Ririe ni.

Pilihan Editor:

Pengusaha hotel di Pulau Pinang berusaha keras selamatkan hotel dan kakitangan dengan menjual makanan berharga RM3

0

Seluruh dunia bertukar muram dan menjejaskan kehidupan serta pendapatan semua orang sejak pandemik COVID-19 bermula lebih setahun yang lalu.

Kini ia mula berubah fasa dengan menjejaskan kedudukan ekonomi rakyat Malaysia tidak kira golongan, yang terpaksa berjuang keras untuk terus bertahan. Selain kumpulan B40, sektor perniagaan dan pelancongan terjejas teruk ekoran pandemik.

Twitter

Baru-baru ini, sebuah video yang disiarkan Bernama menjadi tular di media sosial, yang merakam seorang pengusaha hotel di Pulau Pinang bersama kakitangannya berusaha keras menyelamatkan hotel kesayangan mereka dengan menjual makanan hotel demi kelangsungan hidup.

Dalam video tersebut, pengusaha Hotel Red Rock di Pulau Pinang bernama Jeffrey Lim dilihat memegang sepanduk di tepi jalan dengan tulisan ‘RM3.00 sahaja’ di atasnya sambil menjual makanan yang dihasilkan oleh kakitangan hotelnya.

Twitter

Menurut Jeffrey Lim, hotel ini harus mencari sumber pendapatan lain agar kakitangan hotel tidak kehilangan pekerjaan kerana mereka tidak mempunyai ramai tetamu dan pelanggan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan 2.0.

Akibatnya, kakitangan hotel terpaksa mula menjual hidangan yang dimasak oleh tukang masak mereka demi mendapatkan pendapatan tambahan.

Twitter

Jeffrey berkata antara hidangan yang dijual adalah mihun tomyam, nasi goreng, nasi ayam, dan beberapa hidangan lain yang terpaksa dijual dengan harga lebih murah demi menarik perhatian pelanggan.

Perkongsian video di Twitter itu telah mendapat pelbagai reaksi dan komen ribuan netizen.

Twitter

Ada yang terkejut dengan kegigihan dan kesungguhan pengusaha hotel sendiri yang berusaha untuk menyelamatkan pekerjaan kakitangan hotel itu.

Sekiranya anda berada berdekatan lokasi hotel ini, sila sokong perniagaan Hotel Red Rock.

Twitter

Mudah-mudahan dengan harapan, sokongan yang diberi mencukupi untuk menampung perniagaan hotel dan menyelamatkan pekerjaan kakitangan demi kelangsungan hidup mereka ketika waktu yang sangat sukar ini.

Tonton video di bawah:

Tiga golongan yang layak menerima vaksin percuma dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

0

Kerajaan Malaysia telah berjaya membuat tempahan vaksin COVID-19 dengan penghantaran pertama bekalan yang dijadualkan tiba pada bulan ini. Dijangkakan seramai 26.5 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat vaksin percuma menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penghantaran pertama vaksin COVID-19 melibatkan vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech, yang telah menunjukkan kadar keberkesanan yang tinggi iaitu pada tahap 95 peratus.

“Kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas Perdana Menteri pada 4 Februari.

@MKNJPM/Twitter

“Kita menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia,” tambahnya.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan melibatkan tiga fasa untuk diagihkan.

Fasa pertama akan melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

Fasa ini amat penting untuk melindungi frontliners negara yang berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19. Fasa pertama program imunisasi ini dijadualkan tamat pada bulan April.

Fasa kedua pula akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Mereka ialah warga emas dan golongan rentan yang berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut tergolong di dalam fasa ini. Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan bermula pada bulan April hingga Ogos 2021.

Bagi fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Pemberian vaksin kepada golongan ini akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.

Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik secara menyeluruh.

Twitter

Maklumat lanjut mengenai tatacara pendaftaran, lokasi pusat pemberian vaksin serta informasi lain yang berkaitan akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi.

Pelanggan tidak bertanggungjawab batal pesanan yang perlu dibayar lebih RM100, rider ini terpaksa tahan sabar selesaikan sendiri tugas sia-sia

0

Kerja sebagai penghantar makanan sebenarnya bukanlah semudah disangka. Biasanya kebanyakan rider bertugas demi membantu meringankan bebanan ekonomi keluarga.

Ada kala kita mendengar kisah bagaimana penghantar makanan sering dianiaya oleh pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti rider bernama Anas Mansor ini.

TikTok

Anas Mansor berkongsi kisah di akaun TikTok miliknya bagaimana pada satu hari pesanan makanan yang wajib dihantarnya telah dibatalkan oleh salah seorang pelanggan dan paparan hari malangnya telah mendapat perhatian netizen.

Menurutnya, pelanggan itu telah memberi salah alamat dalam aplikasi Foodpanda dan dia terpaksa berjemur di bawah panas terik untuk mencari alamat itu yang mana akhirnya pesanan itu telah dibatalkan.

TikTok

Menerusi video yang dimuat naik oleh Anas Mansor atau Abang Panda, dia berasa kecewa apabila seorang pelanggan sanggup menganiayanya dengan meletakkan alamat yang salah pada pesanan dan tidak muncul langsung sebaik saja dia tiba di lokasi yang dimaksudkan.

Apa yang lebih menyedihkan, nilai pesanan makanan yang dibuat bukan sedikit tetapi melebihi RM100. Anas juga sempat memberikan mesej peringatan buat semua pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

TikTok

“Korang yang nak order sampai beratus tu, please letak alamat betul and sentiasa dekat dengan phone. Call tak dapat, chat tak reply. Pin location dekat tengah jalan, tengah hari rembang pulak,” luah Anas dalam TikTok itu.

“Last-last cancel macam tu je order yang beratus tu. Jauh-jauh aku datang dan aku tak dapat payment penuh disebabkan order tu cancel. Banyak-banyak ni nak buat apa,” katanya geram.

TikTok

Akhirnya Anas terpaksa menyelesaikan sendiri pesanan makanan yang telah dibatalkan itu dengan membayar sendiri dan mengagihkannya sebagai sedekah kepada orang ramai di jalanan yang ditemuinya.

TikTok

Tugas rider menghantar makanan memang mencabar, yang termasuk mencabar kesabaran.

TikTok

Video tersebut mendapat perhatian para netizen yang berasa amat bersimpati dengan nasib Anas.

TikTok

“Rasanya Foodpanda lepas ni elok guna cashless la, lebih selamat. Transfer duit dulu baru dapat makanan. Tak ada duit tak ada makanan,” tulis netizen ini yang mencadangkan supaya syarikat Foodpanda menghentikan cara pembayaran secara tunai.

TikTok

Ini kerana rider hanya melakukan tugas yang sia-sia dan membuang masa sekiranya berhadapan dengan pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.