25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaBerita UtamaTernampak polis sedang mengejar suspek, abang Foodpanda terus membantu mengejar dengan motosikalnya

Ternampak polis sedang mengejar suspek, abang Foodpanda terus membantu mengejar dengan motosikalnya

Semua orang tahu bahawa tugas penghantar makanan adalah menghantar pesanan kepada pelanggan tetapi lain pula dengan seorang penghantar makanan Foodpanda ini.

Selain kerjanya menghantar makanan, dia juga turut membantu pihak polis menangkap penjenayah.

@anthraxxxx/Twitter

Semuanya bermula dengan adegan kejar-mengejar antara pihak polis dengan seorang pesalah yang menaiki sebuah kereta jenama Perodua Viva.

Walaupun siren polis dibunyikan tetapi pemandu tersebut tetap terus memandu dengan laju tanpa mempedulikan bunyi amaran tersebut.

@anthraxxxx/Twitter

Selepas beberapa meter keluar dari selekoh, kereta tersebut akhirnya berjaya dikepung tetapi walau bagaimanapun pemandu tersebut bertindak dengan melanggar kereta polis dan terus memecut laju meninggalkan tempat tersebut.

@anthraxxxx/Twitter

Ketika itulah seorang penghantar Foodpanda muncul dan tanpa menunggu lama dia terus mengejar kereta tersebut dengan motosikalnya. Selepas itu, bermula pula aksi kejar-mengejar antara kedua-duanya.

Video tersebut telah tular setelah dimuat naik di laman sosial Twitter oleh seorang pengguna, @anthraxxxx dan telah menarik perhatian ribuan netizen Twitter.

@anthraxxxx/Twitter

Bagi yang tertanya-tanya apakah yang berlaku selepas itu, pesalah tersebut akhirnya ditangkap juga. Terima kasih kepada pihak yang terlibat serta abang Foodpanda yang turut bekerjasama.

@anthraxxxx/Twitter

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI