30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaBerita UtamaKeluarga nelayan dari Thailand raih keuntungan RM1.39 juta selepas menemui sebiji mutiara...

Keluarga nelayan dari Thailand raih keuntungan RM1.39 juta selepas menemui sebiji mutiara berwarna jingga yang paling mahal di dunia

Seorang nelayan dari keluarga yang kurang berkemampuan di Thailand baru-baru ini menemui satu keajaiban apabila dia secara tidak sengaja mengutip cangkerang yang ‘menyembunyikan’ salah satu mutiara yang paling mahal di dunia.

nypost

Hatchai, 37, pada 27 Januari lalu dikatakan pergi mengutip cangkerang di persisiran pantai Nakhon Si Thammarat, Thailand sebelum dia menemui satu pelampung keselamatan yang mempunyai beberapa ketul cangkerang yang melekat di atas permukaannya.

Selepas mengutip cangkerang, Hatchai yang pergi mengutip cangkerang bersama dengan adik lelakinya telah pulang ke rumah dan memberikan cangkerang berkenaan kepada bapanya untuk proses mencuci cangkerang.

nypost

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja membuka salah satu daripada cangkerang berkenaan, bapa Hatchai, Bangmad Niyomdecha, 60, telah menemui sebiji mutiara Melo yang berwarna jingga yang merupakan antara objek yang jarang ditemui dan mempunyai anggaran harga kira-kira RM1.39 juta.

Selepas berita penemuan mutiara itu tersebar, beberapa orang dari negara yang sama cuba untuk membeli mutiara itu daripada keluarga berkenaan tetapi harga yang diletakkan adalah terlalu rendah buat mereka.

nypost

Tidak lama kemudian, seorang pembeli yang berminat dari China telah menghubungi keluarga Hatchai untuk membeli mutiara itu dengan harga RM1.39 juta, iaitu nilai harga yang sepatutnya untuk mutiara berkenaan. Jadi, disebabkan itu, keluarga Hatchai telah bersetuju untuk menjualnya.

Pembeli berkenaan dijangka akan terbang ke Thailand pada minggu hadapan dan akan menemui keluarga Hatchai selepas selesai menjalani kuarantin wajib selama dua minggu untuk memeriksa sendiri keaslian mutiara berkenaan.

nypost

Mutiara berwarna jingga itu dinamakan mutiara Melo kerana mutiara itu dihasilkan oleh satu spesies siput laut yang bernama Melo Melo.

Mutiara itu terbentuk ketika perengsa berada di bawah lapisan cangkerang siput yang menyebabkan siput laut itu mengeluarkan rembesan untuk mengurangkan ketidakselesaannya.

Lapisan rembesan berkenaan akhirnya akan membentuk mutiara Melo dalam masa beberapa tahun.

nypost

Mutiara Melo boleh ditemui dalam warna coklat, kuning atau jingga, bergantung kepada warna cangkerang mutiara itu dihasilkan.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa ribu cangkerang, hanya satu mutiara Melo berwarna jingga yang ditemui. Disebabkan itu, mutiara Melo yang berwarna jingga ini mempunyai nilai yang tinggi dan sangat berharga.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI