26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024
UtamaBerita UtamaKecewa betul pemuda ini apabila menyangka 'makanan' yang dimasukkan ke dalam pinggan...

Kecewa betul pemuda ini apabila menyangka ‘makanan’ yang dimasukkan ke dalam pinggan adalah serunding tetapi rupa-rupanya tembakau

Adakalanya kalau terlalu sibuk, hendak makan pun tidak sempat. Terkadang lewat petang baru kita memiliki sedikit masa untuk menikmati makan tengah hari.

Jadinya, perut menjadi semakin lapar dan kadang-kala kita hanya makan apa yang ada di depan mata.

Namun, berhati-hati sebelum makan. Pastikan apa yang dimasukkan ke dalam pinggan anda adalah makanan dan jangan jadi seperti pemuda ini yang tersalah memasukkan lauk bersama nasinya.

Kisah lucu ini berlaku kepada seorang pemuda dari Indonesia apabila dia menyangka dia telah meletakkan serunding daging di dalam pinggannya tetapi rupa-rupa ia adalah tembakau!

Facebook

Kisan mencuit hati itu telah dikongsinya di halaman Facebook Tukang Sate Depan Komplek pada 18 Januari lalu bersama beberapa keping gambar dengan kapsyen “Kukira abon tenyata bako.”

Gambar Hiasan/Facebook

Di Indonesia mereka memanggil abon iaitu serunding daging. Serunding sememangnya sangat terkenal terutamanya di negara-negara Asia Tenggara dengan bermacam jenis termasuk serunding ikan, ayam dan daging. Serunding boleh dimakan bersama nasi kosong untuk dijadikan lauk dan rasanya sangat enak.

Facebook

Dengan rupanya yang mirip dengan tembakau, ditambah lagi dengan warnanya yang hampir sama jadi pemuda ini telah tersalah sangka. Jika dilihat pada gambarnya kelihatan dia benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku. Kasihan memang kasihan, tetapi lucu juga…

Jadi, pengajaran buat semua, sebelum makan pastikan benar-benar makanan yang diletakkan di dalam pinggan. Paling tidak cuba hidu baunya, takut-takut tersalah pula dengan benda lain seperti yang terjadi kepada pemuda ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI