31 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025
Utama Blog Laman 391

Susah kupas bawang putih? Usah risau lagi! Video ini akan tunjukkan cara mudah kupas kulit bawang putih dalam masa 12 saat

0

Bawang putih merupakan perencah yang paling banyak digunakan dalam masakan tidak kira sama ada masakan Melayu, Cina, India mahupun masakan Barat. Namun, bagi sesiapa yang sering ke dapur, mengupas bawang putih bukanlah satu tugas yang mudah.

Anda perlu mengupas kulitnya yang berlapis-lapis dan nipis dan kerja ini pastinya akan memakan masa yang lama! Hal ini juga mungkin menjadi penyebab mereka segelintir individu lebih gemar untuk membeli bawang putih yang sedia dikupas meskipun harganya agak tinggi.

Namun jangan risau. Anda kini mampu untuk menyediakan makanan tanpa perlu mengambil masa yang lama dalam mengupas bawang putih. Dalam tempoh beberapa saat sahaja, anda akan dapat menikmati bawang putih yang sedia digunakan menerusi kaedah yang tular ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @xwowduck di laman sosial TikTok, anda akan dapat menyaksikan tips mudah untuk mengupas bawang putih sepantas 12 saat sahaja! Menurut @xwowduck, tips yang mudah ini diperolehi setelah melihat ibu mertuanya yang berasal dari Asia menyediakan hidangan menggunakan bawang putih.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membelah labu bawang putih kepada dua bahagian.

Setelah itu, susun belahan bawang putih anda dengan bahagian dalam menghadap papan pemotong.

Kemudian, anda ambil pisau pemotong daging seperti di dalam video dan ketuk bawang putih tersebut dengan satu ketukan yang padu.

Hasilnya, kulit bawang putih akan tertanggal dengan mudah hanya dengan tiga langkah yang cukup ringkas.

Penularan video ini telah mendapat sambutan bukan sahaja di TikTok tetapi juga di pelbagai platform media sosial lain seperti Twitter. Mungkin anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka dan mencuba tips yang hebat ini.

Kucing ini pamer reaksi resah yang melucukan setelah taringnya tercabut selepas gigit tangan tuan

0

Segelintir individu yang cintakan haiwan sanggup melakukan apa sahaja atas dasar kasih sayang. Menyediakan tempat penginapan yang selesa, membelikan alat mainan, membersihkan kawasan najis dan memberikan makanan terbaik bagi menjamin kesenangan hati si manja.

Malah, ada individu yang terlalu sayangkan haiwan peliharaan mereka sehingga sanggup menahan sakit akibat digigit atau dicakar seolah-olah mereka dibutakan oleh kecomelan haiwan tersebut.

Malangnya bagi kucing ini, gigitan yang diberikan kepada tuannya telah menyebabkan kemudaratan kepada dirinya sendiri apabila taring kucing ini telah tercabut dan terbenam di dalam lengan tuannya. Boleh anda bayangkan betapa kuat dan dalamnya gigitan kucing itu sehinggakan taringnya sendiri boleh tercabut? Oh tuhan, ganas sungguh!

Menerusi perkongsian di Facebook, individu yang berasal dari Turki ini telah menunjukkan taring kecil kucing peliharaannya yang masih terbenam pada lengan. Taring itu juga kelihatan jelas dengan kesan kemerah-merahan pada akar gigi itu.

Gigitan itu begitu kuat sehingga kucing itu sendiri kelihatan keliru dan terpinga-pinga dengan apa yang telah berlaku kepada tangan tuannya dan juga giginya sendiri. Lihatlah gambar kucing ini yang terkejut dan membulatkan matanya seolah-olah tidak mempercayai giginya telah tercabut!

Penularan perkongsian ini mendapat pelbagai respon daripada warganet. Antaranya:

”Adakah ini senjata rahsia kucing itu?”

”Inilah bukti yang menunjukkan kucing itu telah menyerang manusia”.

“Kenapa gigi saya tinggalkan saya?”.

Mulanya elok, pau ikan emas wanita ini kemudian bertukar menjadi ikan emas ‘obesiti’. Geli hati netizen dibuatnya..

0

Pau merupakan antara hidangan yang digemari rakyat Malaysia. Diperbuat daripada tepung dan yis, kuih yang berasal dari China ini kemudian akan diuli dan dibentukkan.

Intinya pula terdiri daripada pelbagai variasi – sama ada manis, pedas, berdaging mahupun sayur-sayuran. Memang sedaplah makan ketika panas.

Foto hiasan/Pinterest

Masyarakat kita juga sudah menjadi semakin kreatif dalam membentukkan pau menjadi bentuk yang lebih menarik.

Ada pau berbentuk cendawan, jagung, durian dan bermacam-macam lagi, termasuklah perkongsian oleh pengguna Facebook ini.

Menggunakan nama akaun PeiFoon Sim, pengguna terbabit juga ada berkongsi hasil pau yang dibuat sendiri olehnya.

Menurut PeiFoon, anaknya telah meminta pau berbentuk arnab yang berdiri sambil memegang lobak merah. Fuh, rumit juga mahu hasilkan permintaan anaknya itu.

PeiFoon Sim/Facebook

Namun pengguna itu hanya tahu menghasilkan bentuk arnab yang memegang lobak merah sambil berbaring. Menjadi jugalah nampaknya.

Turut dihasilkan wanita itu adalah pau berbentuk seekor ikan emas, lobak merah dan muka arnab. Memang comel sangat..

Akan tetapi, usai sahaja pau itu siap dikukus, pau berbentuk ikan emas itu kemudiannya menjadi bahan jenaka dan tawa wanita itu.

Anda lihatlah sendiri hasilnya, daripada ini :

PeiFoon Sim/Facebook

Bertukar menjadi ini :

PeiFoon Sim/Facebook
PeiFoon Sim/Facebook

Mulanya cantik tetapi ia berubah menjadi seekor ikan emas yang obesiti. Tidak mengapalah, asalkan sedap bukan?

Teruja mahu lihat bayi dalam perut, ibu ini ‘pasrah’ lepas lihat gaya bayi sama seperti suami

0

Kehadiran cahaya mata sememangnya melengkapi pasangan yang sudah berumah tangga. Selain membahagiakan, ia juga boleh mengeratkan kasih sayang sesama pasangan.

Pastinya para suami isteri di luar sana berasa sangat teruja apabila mendapat berita baik tersebut dan tidak sabar untuk lakukan pengimbasan pada bayi di dalam perut.

Foto hiasan/Freepik

Ia tentunya menjadi kenangan terindah! Baru-baru ini, tular satu video daripada aplikasi TikTok yang menunjukkan imej imbasan bayi.

Video itu dikongsi sendiri oleh wanita berkenaan yang berasa lucu apabila mendapati gaya bayi di dalam perutnya sama seperti gaya suaminya ketika tidur.

TikTok

Belum lahir lagi sudah sama macam bapa, pandai pula angkat sebelah tangannya dan letakkan di atas dahi. Persis si bapa..

TikTok

Sama bukan? Wanita itu difahamkan telah membuat rakaman video ketika dia di klinik bagi mengimbas bayinya.

Pasrah sahaja si ibu apabila mendapati bayinya sudah mengikuti ‘jejak’ bapanya walaupun masih di dalam perut. Bapa borek, anak rintik!

Pilihan Editor:

Bunga kekwa semasa upacara peringatan jadi medium untuk ketahui jumlah kematian akibat COVID-19 di Wuhan

0

Pada hari pertama Tahun Baru Cina, lazimnya akan ada pembakaran colok di semua kawasan di wilayah Hubei, China sebagai peringatan untuk mereka yang telah meninggal dunia. Selain itu, turut ada servis peringatan bersama bunga kekwa.

Hasilnya, bekalan bunga kekwa untuk servis peringatan di Wuhan tidak mencukupi. Jalan untuk ke kedai bunga juga agak sesak. Ini menimbulkan persoalan mengenai berapa ramaikah agaknya mangsa yang meninggal dunia ekoran epidemik tahun lalu.

Oleh kerana ramai penduduk Wuhan membeli bunga kekwa, harga bunga tersebut difahamkan naik mendadak. Pembeli juga sanggup membayar lebih untuk mendapatkannya. Ada juga yang tidak dapat membelinya.

“Mengapa ramai penduduk Wuhan beli bunga kekwa hingga tiada lagi bekalan?”, soal seorang lelaki yang tidak pernah mengalami keadaan sebegini.

Foto hiasan/CGTN

Jadi dia menyimpulkan bahawa banyak nyawa yang telah terkorban ekoran epidemik COVID-19 dahsyat yang melanda Wuhan tahun lalu.

Media rasmi China secara amnya melaporkan bahawa pasar bunga Wuhan sangat ‘panas’ semasa Tahun Baru tahun ini. Beberapa pemilik kedai bunga juga tidak tidur selama 50 jam dan sangat sibuk. Perniagaannya sangat baik, tetapi laporan itu tidak menyebut bahawa bunga itu kehabisan stok.

Di laman sosial Weibo, seorang pengguna mempersoalkan keadaan itu. “Bunga apa yang kamu beli? Berani jelaskan? Bunga yang dikehendaki habis. Percayakah jika bunga itu dibeli untuk jadi hiasan?”.

Rumah pengebumian dipenuhi orang ramai yang mahu mengambil abu pada akhir Mac tahun lalu/Weibo

Oleh kerana kurangnya ketelusan rasmi dan percubaan untuk menekan wartawan yang melaporkan wabak ini, jumlah sebenar diagnosis yang disahkan di China masih dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa. Jumlah kematian sebenar di Wuhan bahkan lebih menjadi misteri.

Setelah wabak itu merebak awal tahun lalu, dilaporkan bahawa relau pembakaran tempatan beroperasi selama 24 jam sehari.

Sekolah Perubatan Universiti Washington dan Universiti Negeri Ohio sebelumnya telah menganalisis jumlah pasu yang dihantar daripada tempat pembakaran mayat Wuhan dan pelbagai bukti menunjukkan bahawa jumlah kematian sebenar di Wuhan lebih 10 kali ganda daripada data rasmi.

Tinjauan seroepidemiologi oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China (CDC) pada 28 Disember tahun lalu menunjukkan bahawa hampir 500,000 orang di Wuhan telah dijangkiti virus pneumonia, iaitu 10 kali ganda jumlah kes yang disahkan secara rasmi.

Tesco Malaysia dijenamakan semula menjadi Lotuss Store

0

Selamat tinggal Tesco. Kini, rantaian jenama pasaraya terkemuka itu telah mengubah namanya kepada Lotuss Stores Malaysia.

Pengumuman mengenai perkara tersebut telah dibuat pada 15 Februari menerusi laman rasmi Tesco di Facebook.

Posted by Tesco Malaysia on Monday, 15 February 2021

Tesco Malaysia/Facebook

Malah pada 15 Februari, pengguna di Twitter juga sudah mula kecoh mengatakan mengenai penukaran nama ini sehingga ia menjadi isu yang trending.

Seorang pengguna turut berkongsi perubahan tersebut semasa dia menggunakan imbasan aplikasi MySejahtera di pasaraya terbabit.

@ChettiarShashi/Twitter

Tetapi apa sebabnya nama Tesco ditukar menjadi Lotuss ini ya?

Menurut laporan, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd telah menjual perniagaannya kepada syarikat CP Group dari Thailand.

Suruhanjaya Persaingan Perdagangan Malaysia (MTCC) juga telah meluluskan pemerolehan Charoen Pokphand (CP) Tesco Lotus di Malaysia pada November 2020 lalu.

@nizamscx/Twitter

Difahamkan juga bahawa syarikat itu akan melakukan penjenamaan semula sepenuhnya pada akhir 2021.

Jadi tiada lagi Tesco selepas ini..

Kucing ‘oyen’ paling gemuk dan comel, anda pasti geram melihatnya ‘double chin’ miliknya

0

Antara kucing yang paling terkenal pastinya si Oren yang seringkali menjadi perhatian ramai. Rasanya tidak sah kalau tiada cerita ataupun gambar tentang mereka di internet setiap hari.

Dengan nama manjanya ‘Oyen’ begitu ramai yang sering terhibur dengan telatah lucu kucing jenis ini. Tidak percaya? Buka sahaja internet, semestinya ramai pemilik kucing Oyen yang sering berkongsi kisah tentang haiwan kesayangan mereka.

ddojoy

Kali ini perkenalkan seekor lagi kucing Oyen yang bernama Ginger yang berasal dari Rusia. Dengan melihat gambar-gambar comelnya yang persis model ini tentunya akan buatkan anda lebih teruja.

Mana tidaknya, selain comel dia juga mempunyai tubuh yang gemuk dan pipi yang tembam sehingga kalau boleh mahu dicubit-cubit pipinya!

ddojoy

Apa agaknya yang sedang menarik perhatiannya…

ddojoy

Lihat sahaja ‘double chin’ miliknya, nampak sangat pipinya yang tembam itu!

ddojoy

Sesekali dapat menikmati cahaya matahari di luar…

ddojoy

Masa untuk tidur… harap tiada yang datang mengganggu

ddojoy

Siapa kata Ginger tidak pandai bergaya di depan kamera?

ddojoy

Sudah lah gemuk, ditambah pula dengan matanya yang bulat… Siapa pun pasti akan jatuh cinta dengannya!

ddojoy

Nampaknya dia juga manja dengan tuannya… pastinya dia sangat suka ketika dipeluk

ddojoy

JIPS kenal pasti, gantung tugas dua anggota PDRM terlibat kes gangguan seksual di sekatan jalan

0

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah mengenal pasti dua anggotanya yang didakwa mengganggu dua orang pemandu wanita di dua lokasi sekatan jalan yang berbeza dan menggantung tugas mereka serta merta.

Menurut Datuk Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, tindakan itu dibuat ke atas kedua anggota terbabit sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Polis pada masa ini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas kejadian berkenaan dilaporkan oleh dua wanita terbabit termasuk sudah merakam kenyataan daripada mereka”.

Bernama

Ia bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai anggota-anggota polis terbabit yang didakwa mengganggu mereka serta bukti-bukti berkaitan jika ada”.

Bukti yang dimaksudkan itu termasuklah pengecaman anggota polis terlibat dan sekiranya ada rakaman komunikasi di antara anggota terbabit dengan mereka.

“Siasatan ini bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai apa sebenarnya berlaku dan siasatan dijalankan secara telus dan teliti”, tambahnya.

Sebelum ini, dua wanita tersebut mendedahkan situasi itu di laman Twitter, mendakwa bahawa telah diganggu ketika diminta berhenti di sekatan jalan raya.

Dalam insiden pertama di Pulau Pinang, wanita tersebut telah melampirkan tangkap layar perbualan Whatsapp menunjukkan dia telah menerima mesej daripada anggota terlibat yang mahu mengenalinya.

Manakala insiden kedua pula melibatkan seorang lagi wanita menjadi mangsa gangguan seksual apabila anggota yang bertugas mempersoalkan mengapa dirinya tidak memakai bra.

Mengakui dirinya tidak membawa lesen, anggota polis itu kemudian masuk ke khemah untuk memeriksa kad pengenalannya. Selepas itu, muncul seorang lagi anggota bernama Asyraf atau Ashraf.

Wanita itu kemudian mendedahkan bahawa anggota bernama Asyraf atau Ashraf itu meminta untuk menunjukkan padanya jika benar dia tidak memakai bra.

Saji telur penyu ketika makan malam, keluarga bekas ADUN Sabah dikecam warganet

0

KOTA KINABALU – Sebuah keluarga mendapat kecaman orang ramai setelah tersebarnya gambar hidangan telur penyu ketika jamuan makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina beberapa hari lalu.

Gambar jamuan malam sambutan Tahun Baharu Cina yang dilengkapi dengan hidangan makanan laut dan telur penyu

Menurut laporan The Star, perkongsian di Facebook itu telah dikongsikan oleh ahli keluarga seorang bekas ADUN di Beluran memaparkan beberapa hidangan makanan laut yang disajikan di atas daun pisang beserta telur penyu. Penularan gambar ini telah menimbulkan kecaman daripada orang ramai memandangkan aktiviti penjualan dan pengambilan telur penyu adalah diharamkan di negeri Sabah.

Profil Facebook individu dipercayai salah seorang ahli keluarga yang berkongsi gambar jamuan telur penyu

Lantaran daripada kecaman daripada orang ramai, pemilik gambar telah memadamkan perkongsian tersebut namun ianya berjaya dimuat naik semula oleh Facebook 1StopBorneo Wildlife.

“Masih ada lagi orang yang makan telur penyu! Kes di Beluran, Sabah. Janganlah makan telur penyu yang semakin pupus ini. Siapa yang kenal orang ini sila bagi maklumat kepada polis. Kalau kamu nampak orang jual atau makan telur penyu, tolong laporkan juga”.

Penjualan dan pengambilan telur penyu adalah diharamkan di Sabah

Sementara itu, Jabatan Hidupan Liar Sabah turut mengesahkan bahawa pihak mereka sedia maklum akan isu berkenaan. Walau bagaimanapun, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mahupun aduan tentang isu tersebut.

Terima RM50 sebulan, guru di Indonesia dipecat ekoran dedahkan jumlah gaji di Facebook

0

Perkongsian kisah oleh seorang guru dari Sulawesi Selatan, Indonesia di media sosial yang mendedahkan jumlah pendapatan yang diterimanya, telah membuatkannya dipecat.

Perkongsian itu menurutnya tidak berniat jahat. Walaupun telah berkhidmat selama 16 tahun, gaji yang diterimanya itu hanyalah Rp700,000 (RM200) untuk 4 bulan.

Menurut laporan portal berita tempatan, guru berusia 34 tahun bernama Hervina itu telah berkhidmat di Sekolah Daerah Negeri 169 Desa Sadar sejak tahun 2005 dan hanya 3 orang guru ditempatkan di sana.

Kata Hervina, perkongsiannya itu tidak berniat mahu mengadu atau memperkecilkan jumlah gaji yang diterimanya daripada sekolah. Malah sebaliknya ia bertujuan untuk menzahirkan rasa terima kasihnya.

Apa Kabar Online

“Ketika saya memuat naik foto itu, saya telah diberi gaji 4 bulan. Sebab itulah saya telah menulis “Terima kasih banyak”.

Memandangkan suami kepada pengetua telah memberikan gaji itu, maka dia mahu berkongsi perkara itu di media sosial kerana tidak berpeluang untuk berterima kasih secara peribadi kepada pengetua.

Hervina juga gembira setelah menerima gaji berkenaan kerana dia mahu melangsaikan hutangnya berjumlah Rp500,000 (RM150) kepada seseorang.

Walau bagaimanapun, setelah perkongsiannya dimuat naik, Hervina telah menerima beberapa panggilan daripada pengetua dan mesej Whatsapp daripadanya.

“Carilah sekolah lain yang dapat bayar kamu gaji lebih. Mulai sekarang, jangan datang dan berhenti mengajar lagi di sini”, tulis pengetuanya.

Nusa Daily

Sudah tentulah perkara itu membuatkan Hervina berasa kecewa. Dia tidak diberi peluang untuk menjelaskan sebab dirinya berkongsi perkara itu di media sosial.

Malah, dia yang sudah banyak berkorban untuk kelangsungan sekolah itu juga telah dipecat sebegitu rupa.

Namun perkongsiannya telah tular dan netizen turut memulakan petisyen untuk membantu Hervina mencari kerja di sekolah yang lain.

Semoga ada rezeki Hervina di sekolah lain dan menerima gaji yang setimpal dengan perkhidmatannya kerana tiada guru yang layak diperlakukan sedemikan.