31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaBerita UtamaGelagat spontan budak lelaki ini yang memarahi otaknya kerana gagal mengingati urutan...

Gelagat spontan budak lelaki ini yang memarahi otaknya kerana gagal mengingati urutan nombor buat warganet tidak kering gusi

Setiap orang memiliki kebolehannya yang tersendiri. Sejak kecil lagi, kita lazimnya telah diajar dengan pelbagai ilmu yang akhirnya membuatkan kita menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang yang tertentu.

Walau bagaimanapun, untuk seorang budak lelaki yang menjadi tular sejak seminggu yang lalu ini sememangnya menunjukkan bahawa dia mempunyai sedikit kekurangan dari segi menghafal sesuatu perkara.

@IsskndarAriffin/Twitter

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter oleh @IsskandarAriffin, dapat dilihat bagaimana seorang budak lelaki yang sedang diajar oleh gurunya di dalam sebuah kelas menjadi sangat kecewa dengan ‘otaknya’ sehinggakan dia sanggup mencubit dahinya dengan harapan agar otaknya berfungsi ketika dia mahu mengira nombor.

“Aduh, kenapa otakku ini?” luah budak lelaki itu dengan kecewa sambil menangis di awal video.

@IsskandarAriffin/Twitter

Selepas diminta untuk tenang dan mengira semula, budak itu dengan tenang cuba untuk mengira dari nombor satu sehingga akhirnya dia ‘tersekat’ lagi di nombor yang kesebelas.

Kelihatannya, budak lelaki ini hanya lancar mengira dari nombor satu sehingga nombor sepuluh sahaja. Selepas dari nombor sepuluh, budak ini mula berasa gundah kerana ‘otaknya’ tidak memberi kerjasama dalam mengingati urutan nombor.

@IsskandarAriffin/Twitter

Lucu betul!

Tidak cukup dengan menyalahkan otak, budak lelaki ini juga turut menyalahkan mulutnya di saat 0:50 video selepas dia sekali lagi gagal mengingat urutan nombor!

@IsskandarAriffin/Twitter

“Harus bangun kau otak, harus bangun!” ujar budak lelaki ini dengan kecewa sambil mengetuk dahinya selepas dia membuat kesalahan dengan menyebut nombor sebelas sebagai “satu belas”.

Memang terhibur betul menonton video ini. Kami pasti, sesiapa yang menontonnya juga akan ketawa apabila menyaksikan gelagat spontan dan lucu budak lelaki ini!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah pun meraih sehingga lebih dari 17,200 retweet, lebih dari 12,500 sukaan dan 216 komen dari warganet yang jelas terhibur.

@IsskandarAriffin/Twitter
@IsskandarAriffin/Twitter

Memang lucu benar video budak lelaki yang cuba untuk mengira ini. Tidak mengapalah adik, kami pasti selepas beberapa cubaan menghafal, kamu pasti akan berjaya!

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI