27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 379

Jurugambar ini beli semua nasi lemak mak cik supaya dia boleh balik awal, kongsi rezeki dengan semua orang termasuk untuk ‘frontliner’

0

Rakyat Malaysia boleh dikatakan semuanya baik-baik hati belaka.

Satu cara terbaik dalam menyebarkan kebaikan adalah melalui pemberian nasi lemak yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Jurugambar, Ray Loh CK baru-baru ini memuat naik beberapa video Tik Tok di laman Instagramnya yang mendokumentasikan hari membuat kebaikan secara rawak yang dilakukannya. 

Instagram

Ray memutuskan untuk membeli kesemua nasi lemak daripada mak cik yang menjual di bawah terik matahari sehingga jam 1 petang, dan memberikannya kepada orang tidak dikenali yang dia temui di jalanan.

Instagram

“Saya selalu melihat mak cik ini menjual nasi lemak sampai waktu petang hingga jam 1 petang. Hari ini, saya datang untuk membeli kesemuanya. Sangat sedih melihat mak cik ini. Menjual nasi lemak berseorangan bermula jam 7 pagi hingga 1 petang,” tulisnya di Tik Tok dan Instagram.

Instagram

Ray memutuskan untuk membeli 50 bungkus nasi lemak daripada mak cik itu tetapi dia bimbang pula tidak cukup.

“Sebenarnya, saya mahu membeli kesemuanya. Jadi mak cik ini boleh pulang dan berehat lebih awal,” tulisnya.

Instagram

Semasa mak cik sedang membungkus nasi lemak, ramai orang telah datang untuk membeli daripadanya, jadi Ray memberikan nasi lemak yang telah dibelinya kepada mereka, secara percuma hari itu.

Instagram

Jurugambar ini juga kemudian menyerahkan selebihnya kepada petugas barisan hadapan (frontliner) di kawasan itu.

Instagram

Semasa melakukan tindakan baiknya secara rawak, dia bukan sahaja membantu mak cik nasi lemak melariskan jualan, tetapi juga menggembirakan hati semua orang yang ditemuinya, termasuk para ‘frontliner’ dengan nasi lemak mak cik yang sedap.

Instagram

Sangat bagus dan pasti menceriakan hari anda untuk melihat bagaimana kebaikan hati seseorang yang ringkas sahaja, tetapi dapat memberi kegembiraan kepada lebih ramai orang lain.

Instagram

Sekiranya kita semua mengambil bahagian dalam membuat kebaikan walaupun ianya hanya kecil setiap hari, bayangkan betapa bahagianya dunia ini rasanya.

“Jaga kami seperti anaknya sendiri,” Lelaki ini bertemu semula dengan bekas pengasuhnya setelah 32 tahun terpisah dalam suasana menyentuh hati

0

Setelah dewasa, kita berasa macam tidak percaya apabila mendengar kisah benar daripada ibu bapa sendiri yang mana rakyat Malaysia boleh hidup aman harmoni dalam pelbagai kaum tanpa rasa prejudis. Jika anda hidup bercampur sejak mula tanpa berkata apa-apa pun tentang bangsa anda dengan hanya berkata kita orang Malaysia, maka anda sudah pasti boleh percaya.

Seorang netizen Dell Zhafry Fuad berkongsi kisahnya di Facebook mengenai hubungannya dengan pengasuh berketurunan India yang disayanginya bernama Kak Mala dan bagaimana mereka bertemu semula setelah 32 tahun berpisah.

Dell Zhafry Fuad /Facebook

Zhafry membesar di Berjuntai Tin Dredging, Selangor pada sekitar tahun 1988 bersama dua orang adik-beradiknya yang lain, dan mereka telah dijaga oleh Kak Mala yang baru berusia 14 tahun ketika itu. Kak Mala menjaga dan mengasuh mereka dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri.

Zhafry berkongsi dengan WOB sambil berkata Kak Mala terpaksa mengorbankan zaman persekolahan sendiri demi adik-adiknya. Namun begitu, Kak Mala menjaga Zhafry dan adik-adiknya dengan penuh kasih sayang sambil berulang kali berkata tulus ikhlas bahawa mereka semua seperti anak-anaknya sendiri.

Kemudian, tiba saat yang menyedihkan apabila Zhafry sekeluarga terpaksa berpindah ke Terengganu dan itulah kali terakhir mereka melihat Kak Mala. 

Dell Zhafry Fuad /Facebook

Zhafry tidak pernah menyangka akan bertemu kembali dengan Kak Mala pada bulan November 2020 yang lalu. Sudah takdir, pertemuan itu berlaku secara tidak sengaja ketika Zhafry dan rakan zaman kanak-kanaknya kebetulan berjalan menyusuri jalan kenangan di Kem 6 Berjuntai untuk menziarahi guru Al-Quran mereka, Pak cik Khalid.

Setelah berjumpa dengan Pak cik Khalid, mereka diberitahu bahawa Kak Mala tinggal berdekatan rumahnya dan mereka telah dibawa ke sana. Tetapi ketika mereka sampai di rumah itu, Kak Mala tidak kelihatan di mana-mana.

Tetapi syukurlah adik-beradik Kak Mala masih mengingati Zhafry dan mereka bergegas memanggil Kak Mala. Mereka dengan segera meminta Zhafry dan rakannya menunggu selama 20 minit kerana Kak Mala sudah dalam perjalanan pulang.

Dalam pertemuan tidak disangka itu, Kak Mala bagai tidak dapat mempercayai apabila melihat Zhafry yang sudah dewasa di depan matanya sendiri dan sudah tentu air matanya spontan mula mengalir kerana sebak.

“Dia memegang tangan saya, memeluk dan mencium pipi saya sambil menangis. Dia berkata terima kasih Tuhan, anak saya sudah kembali,” kata Zhafry.

Kak Mala memberitahu Zhafry dalam perbualan mereka bahawa dia berkahwin pada tahun 2018 dan menjaga ibu dan saudaranya yang sakit sebelum perkahwinannya. Malangnya, ibu Kak Mala yang disayangi, yang Zhafry panggil paati atau nenek dalam bahasa Tamil, telah meninggal dunia pada tahun 2009.

Zhafry berkata perbezaan kaum antara keluarganya dan keluarga Kak Mala tidak pernah menjadi faktor untuk dipertimbang atau difikirkan sama sekali pada waktu itu.

Dell Zhafry Fuad /Facebook

Sebenarnya, Kak Mala menjaga mereka semasa ibu bapa mereka bekerja atau menghadiri majlis. Sekiranya ibu bapanya pulang lewat, mereka akan menghantarnya pulang. Zhafry ikhlas berkata pada masa itu, semua orang hidup dengan aman harmoni dan tiada perbezaan.

Melalui pertemuan semula itu, Zhafry berharap ini adalah permulaan hubungan jangka panjang antara keluarganya dan keluarga Kak Mala. Dan itulah yang kita semua doakan.

Diganggu penguin ketika melakukan temu ramah TV, lelaki ini benar-benar pening kepala dibuatnya

0

Lain haiwan lain ragamnya. Apa yang pasti setiap satu daripada mereka punya perangai yang adakalanya buatkan kita hilang sabar.

Mereka boleh melakukan sesuatu yang comel, melucukan atau selamba tetapi terkadang gelagat mereka memang memeningkan kepala.

Facebook

Buktinya, lihat sahaja aksi selamba penguin-penguin di dalam video ini. Apa yang berlaku ialah mereka sepertinya dengan sengaja membuat bising sehingga mengganggu temu ramah TV yang sedang berjalan di situ.

Kelihatan seorang lelaki sedang ditemu ramah mengenai penguin-penguin yang dijaga. Namun, sesi temu ramah tersebut tidak berjalan dengan lancar apabila setiap kata-katanya diganggu dengan bunyi bising penguin-penguin di situ.

Facebook

Hal ini membuatkan lelaki tersebut adakalanya terhenti seketika, seolah-olah hilang akal tidak tahu apa yang perlu dilakukan kepada penguin-penguinnya supaya mereka senyap.

Facebook
Facebook

Walaupun temu ramah tersebut mungkin tidak berjalan seperti yang dimahukan tetapi ia menunjukkan kepada kita tentang antara cabaran kepada mereka yang menjaga haiwan ini.

Mereka adakalanya memang memeningkan kepala tetapi kelucuan mereka boleh buatkan orang-orang di sekeliling mereka gembira semula.

Lihat telatah penguin tersebut di bawah:

Facebook

Rakaman CCTV dedah polis Myanmar pukul, tendang anggota paramedik di Yangon

0

Polis Myanmar dirakam memukul kru ambulans sukarela, di mana rakaman video tersebut kemudian telah dimuat naik di laman sosial.

Video yang dirakamkan di bandar Yangon tersebut dengan jelas menunjukkan polis yang lengkap bersenjata bertindak menghentikan sebuah ambulans.

Kemudian, tiga anggota paramedik dilihat keluar daripada ambulans dan telah dipukul dan ditendang berulang kali oleh beberapa orang polis.

Paparan Skrin/YouTube

Laporan mendedahkan bahawa seramai 6 orang anggota polis menyerang paramedik terbabit, sementara ketiga-tiga mangsa dilihat berusaha melindungi kepala mereka yang diserang.

Kesemua mangsa kemudian difahamkan telah ditahan dan dibawa ke penjara Insein. Semenjak tentera menguasai pemerintahan di Myanmar 1 Februari lalu, berlaku protes besar-besaran di seluruh negara.

Lebih 50 orang awam telah dibunuh oleh polis dan tentera sejak itu, manakala 4 orang kanak-kanak turut menjadi mangsa yang terbunuh baru-baru ini.

Paparan Skrin/YouTube

Walaupun berdepan dengan risiko, kumpulan penunjuk perasaan masih lagi turun ke jalanan untuk menentang tentera dan menuntut pembebasan Aung San Suu Kyi dan pemimpin lain.

Sistem kesihatan formal juga terganggu oleh Pergerakan Ketidakpatuhan Sivil yang enggan bekerja untuk pihak tentera atau junta.

Sebaliknya, penyedia perkhidmatan kesihatan menawarkan perkhidmatan secara sukarela di luar kemudahan kerajaan.

Guardian News/YouTube

Tindakan itu sekaligus mendedahkan kakitangan perubatan dengan pihak berkuasa terutamanya ketika mereka melakukan pertolongan cemas kepada penunjuk perasaan.

Gambar kapal laut terapung, warganet dedah fakta tentang fenomena fatamorgana

0

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan sebuah kapal di laut kelihatan seperti sedang terapung di udara.

Penularan gambar itu membuatkan majoriti warganet terpegun kerana tidak pernah menyaksikan kejadian yang begitu menakjubkan!

Dantri

Mungkin ada yang berpendapat ia adalah satu kejadian aneh tetapi hakikatnya, kejadian ini berlaku disebabkan oleh satu fenomena ilusi optik yang disebut sebagai Fatamorgana.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Omén Necrofis. Menurut Omén, kejadian kapal di laut terapung itu merupakan fenomena semulajadi yang sering berlaku di kawasan luas seperti di padang pasir dan juga lautan.

Facebook
Facebook

Di kawasan gurun, fenomena fatamorgana ini boleh membuatkan kita melihat kewujudan lopak air atau oasis.

Facebook

Fenomena fatamorgana ini terjadi disebabkan oleh pembiasan cahaya di kawasan berkepadatan udara yang berbeza akibat suhu panas. Sebagai contoh, anda pasti pernah melihat kawasan seperti lopak atau takungan air berada di tengah jalan raya ketika cuaca panas terik.

Oleh demikian, ia boleh menyebabkan ilusi sekali gus menampakkan sesuatu objek kelihatan seperti terapung di awan.

Ditinggalkan sendirian ketika mandi kerana tuan sibuk berbual di telefon, reaksi merajuk kucing ini buat warganet terhibur

0

Kita semua tahu kucing sememangnya tidak suka dimandikan. Setiap kali mendengar bunyi air dan melihat dirinya bakal dimandikan, pasti kucing akan cuba sedaya upaya untuk melarikan diri. Kesannya, banyak luka kecil akibat dicakar oleh kucing yang enggan dimandikan.

Itu adalah perkara yang normal dan sering dihadapi oleh setiap individu yang memelihara kucing. Tetapi menariknya kisah kali ini, kucing milik wanita ini tidak melawan ketika hendak dimandikan. Cuma, reaksinya selepas ditinggalkan sendirian di bilik air oleh tuannya menjadikan kucing comel ini bualan hangat di media sosial.

ddojoy

Menurut laporan ddojoy, wanita ini telah mengisi air di dalam baldi sebelum memasukkan kucing peliharaannya untuk dimandikan. Tiba-tiba, dia mendengar telefonnya berbunyi lantas wanita ini terus keluar ke ruang tamu untuk menjawab panggilan telefon tersebut.

Tanpa disedari, wanita ini telah berbual agak lama dan meninggalkan si comel itu sendirian di dalam baldi yang berisi air. Setelah menamatkan panggilan telefon, alangkah terkejutnya wanita ini apabila melihat kucing kesayangan sedang berdiri di dalam baldi sambil mengadap dinding tandas.

Serta-merta perasaan bersalah menyelubungi wanita ini. Dia terlupa dan membiarkan kucingnya kesejukan. Hal ini menyebabkan si comel terus menarik muka dan enggan memandang tuannya meskipun namanya dipanggil berulang kali.

ddojoy

Reaksi kucing ini sangat menghiburkan dan membuatkan ramai geram melihatnya merajuk. Namun pada masa yang sama, seorang doktor haiwan yang turut menyaksikan video ini sempat memberi nasihat serta tips ketika memandikan kucing. Antaranya:

  1. Potong kuku kucing bagi mengelakkan kecederaan berlaku bukan sahaja kepada manusia tetapi kucing itu sendiri
  2. Keturunan kucing asalnya hidup di kawasan padang pasir dan hal ini menyebabkan kucing mempunyai ketakutan terhadap air. Justeru, kita tidak perlu memandikan kucing terlalu kerap
  3. Pastikan suhu air tidak terlalu sejuk mahupun panas
  4. Letakkan kucing di dalam air secara perlahan-lahan dan gunakan sabun/syampu yang bersesuaian
  5. Segerakan proses memandi dan mengeringkan kucing bagi mengelakkan kucing anda dijangkiti selesema

Buat kecoh kerana temui lalat dalam nasi lemak, 3 individu ditahan polis

0

Berlaku satu kekecohan gara-gara penemuan seekor lalat pada nasi lemak yang dihidangkan di sebuah restoran yang terletak di Jalan SS 15/4, Petaling Jaya.

Insiden berlaku melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki sekitar jam 6 petang selepas pelanggan berasa tidak puas hati dengan penemuan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, pelanggan yang tidak berpuas hati kemudian mengeluarkan telefon bimbit untuk membuat rakaman.

“Pengurus restoran yang merupakan seorang wanita kemudian menegur agar tidak membuat rakaman namun tidak diendahkan”.

Pelanggan terbabit pula telah mengugut akan menularkan perkara tersebut sebelum pipi kiri pengurus itu ditampar.

“Kejadian itu mengakibatkan berlaku pertengkaran serta tolak-menolak di antara pekerja restoran dan pelanggan berkenaan”, katanya.

Pihak polis walau bagaimanapun telah menahan dua lelaki warga India berusia 25 dan 35 tahun, yang juga merupakan pekerja restoran.

Selain itu, seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan awal 50-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ujar Abd Khalid, siasatan masih lagi berjalan manakala seorang lagi lelaki yang bertindak menampar pengurusan restoran itu masih lagi dicari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata”, tambahnya.

Tonton video di sini.

Bapa marah, hampa kantin sekolah anak jual mi segera kosong dengan harga RM1.50

0

Setiap daripada kita sedia maklum bahawa kanak-kanak yang sedang membesar semestinya memerlukan nutrien daripada makanan yang berkhasiat.

Maka tidak hairanlah para ibu bapa di luar sana berusaha sebaik mungkin untuk memberikan makanan berkhasiat buat anak kesayangan di rumah.

Namun adakah perkara yang sama turut disediakan di kantin sekolah anak anda?

Baru-baru ini, terdapat satu video tular di laman TikTok menunjukkan kekecewaan seorang bapa yang begitu marah apabila mengetahui menu makanan di kantin sekolah anaknya.

Bapa tersebut merasa terkejut setelah mendapat tahu bahawa mi segera kosong dijual dengan harga RM1.50.

Ianya diketahui bapa itu apabila anak perempuannya bertindak membawa pulang makanan yang dibelinya sewaktu di kantin sekolah.

Lebih mengecewakan, mi segera tersebut dilihat dalam keadaan yang sudah pun kembang. Ia hanyalah mi kosong!

Jika difikirkan, agak tidak logik untuk mi sebegitu rupa dijual dengan harga yang agak tinggi iaitu RM1.50. Agak tidak masuk akal bukan?

Ini kerana sebagai ibu bapa, sudah tentu kita mahu anak-anak kita makan makanan yang sedap, berpatutan dan yang lebih penting bernutrien.

Apa pendapat anda?

Netizen teruja, kongsi video hujan batu yang melanda KL baru-baru ini

0

Jika disebut mengenai fenomena alam seperti hujan lebat, ribut petir, banjir kilat dan angin kencang, ia bukanlah satu perkara yang asing buat rakyat Malaysia.

Melainkan jika berlaku hujan batu ataupun ais. Ia pasti mengujakan kerana jarang sekali berlaku di negara kita.

Seperti apa yang berlaku pada 3 Mac lalu pada jam sekitar 5:30 petang, di mana ia banyak diperkata dan dikongsikan oleh pengguna Twitter.

Antaranya :

Menurut sumber, hujan batu yang biasanya berbentuk bulat atau gumpalan ais yang tidak sekata adalah pepejal yang terhasil oleh awan ribut petir (kumulonimbus).

Ianya terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku.

Saiznya menjadi besar jika terdapat banyak titisan air yang membeku dan awan gagal mencairkannya sebelum mencecah ke bumi lantas menjadikannya hujan batu.

Simpati lihat pelajar ikat perut di sekolah, guru prihatin tubuh ‘Gerobok Rezeki’ untuk bantu pelajar

0

Tidak semua insan dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan. Lebih menyedihkan, masih terdapat pelajar yang mengikat perut di sekolah kerana tidak mempunyai wang.

Oleh sebab itulah, seorang guru prihatin, Adura Mohamad telah memulakan inisiatif bank makanan yang  diberi nama ‘Gerobok Rezeki’ buat pelajar di SMK Kampong Pasir Putih di Lahat, Perak.

“Kami mula mengumpul dana pada bulan Januari lalu dan setakat ini, pihak sekolah berjaya mengumpul sebanyak RM5,000 daripada penyumbang”.

Tambah Adura lagi, setiap minggu mereka akan membeli bekalan makanan seperti beras, gula, sardin dalam tin, sos dan tepung yang menelan belanja antara RM350-RM400.

Kesemua bekalan itu kemudian diletakkan pada rak dan setiap pelajar yang susah boleh membawa pulang sebanyak 4 jenis item untuk dimasak oleh keluarga.

“Gerobok Rezeki ini juga dibuka 24 jam sehari, jadi sesiapa yang memerlukan bekalan makanan boleh datang bila-bila masa untuk mengambilnya”.

New Straits Times

Idea itu bermula apabila Adura merasakan sesuatu yang tidak kena apabila sesetengah pelajarnya tidak makan ketika waktu rehat.

Apabila ditanya, pelajar tersebut menjawab bahawa mereka sudah pun kenyang kerana telah sarapan di rumah. “Tetapi sebagai guru, kita tahu benar pelajar sendiri”, tambahnya.

“Saya juga ada tanya mereka, sama ada mereka mempunyai wang untuk membeli makanan di kantin. Kebanyakan mereka hanya mendiamkan diri. Jadi saya tahu sebabnya”, kata Adura.

“Kami harap dengan adanya inisiatif sebegini, maka pelajar kami tidak akan berlapar ketika sedang belajar. Agak sukar untuk fokus di dalam kelas dalam keadaan perut kosong”.

Tambahnya, pihak sekolah juga sedang dalam perancangan untuk menubuhkan ‘bundle mini’ yang menempatkan barangan, pakaian dan kasut terpakai khas buat pelajar sekolah.

Jika ada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, sila hubungi Adura di talian 05-3225150 pada hari persekolahan.