Lain haiwan lain ragamnya. Apa yang pasti setiap satu daripada mereka punya perangai yang adakalanya buatkan kita hilang sabar.
Mereka boleh melakukan sesuatu yang comel, melucukan atau selamba tetapi terkadang gelagat mereka memang memeningkan kepala.
Buktinya, lihat sahaja aksi selamba penguin-penguin di dalam video ini. Apa yang berlaku ialah mereka sepertinya dengan sengaja membuat bising sehingga mengganggu temu ramah TV yang sedang berjalan di situ.
Kelihatan seorang lelaki sedang ditemu ramah mengenai penguin-penguin yang dijaga. Namun, sesi temu ramah tersebut tidak berjalan dengan lancar apabila setiap kata-katanya diganggu dengan bunyi bising penguin-penguin di situ.
Hal ini membuatkan lelaki tersebut adakalanya terhenti seketika, seolah-olah hilang akal tidak tahu apa yang perlu dilakukan kepada penguin-penguinnya supaya mereka senyap.
Walaupun temu ramah tersebut mungkin tidak berjalan seperti yang dimahukan tetapi ia menunjukkan kepada kita tentang antara cabaran kepada mereka yang menjaga haiwan ini.
Mereka adakalanya memang memeningkan kepala tetapi kelucuan mereka boleh buatkan orang-orang di sekeliling mereka gembira semula.
Lihat telatah penguin tersebut di bawah: