Pernahkah anda mendengar nama semut ‘Charlie’ atau semut semai? Ia serangga kecil daripada keluarga kumbang tetapi sebenarnya sangat berbahaya apabila anda terkena gigitan dan bisanya.
Pada 23 Februari, seorang netizen bernama Jamie Chin memuat naik satu posting di Facebook yang memberi amaran kepada semua mengenai kesan terkena toksin daripada bisa gigitan spesies serangga dikenali ‘Rove Bettle’, atau semut ‘Charlie’, atau nama saintifiknya ‘Staphylinidae’.
“Sekarang adalah musim puncak bagi semut ‘Charlie’ untuk muncul kerana cuaca panas. Semut ini sering muncul di kawasan yang sejuk seperti sinki, kain baju, dan langsir,” tulisnya.
Jamie juga mengingatkan para netizen untuk berjaga-jaga dan memberitahu anak-anak supaya mereka tidak menyentuh semut ‘Charlie’ dengan tangan jika terserempak dengannya, kerana walaupun hanya seekor, semut ‘Charlie’ boleh merosakkan seluruh wajah anda dengan toksin yang dkeluarkannya.
“Jangan pandang remeh dengan kehadiran semut ‘Charlie’ kerana walaupun dia kelihatan kecil tetapi bisanya teramat kuat dan berbahaya,” tegas Jamie.
Maka ramai netizen kemudian berkongsi mengenai pengalaman sendiri ketika menemui semut ‘Charlie’ yang berbahaya. Seorang netizen bernama Ivy Lew memberitahu WOB bahawa dia mengalami sendiri secara peribadi apabila digigit oleh kumbang berbisa berkenaan.
Ivy Lew memberitahu menerusi satu posting di Facebook mengenai kumbang itu pada 20 Januari. Seperti yang dikatakan Jamie sebelum ini, Ivy juga memberi amaran kepada netizen agar tidak menyentuh serangga ini dengan tangan mereka.
Sebaliknya, mereka perlu menggunakan raket elektrik untuk membunuhnya sebelum kumbang ini melepaskan toksin berbahaya kepada kulit anda. Badan kumbang ini menyimpan cecair hemolimf atau toksin dikenali ‘pederin’ yang amat berbahaya, lebih berbisa daripada bisa ular tedung.
Ivy berkata gigitannya sangat menyakitkan selepas membengkak merah terutama ketika lepuh telah meletup. Cecair berasid di lepuh akhirnya akan merebak dan membakar kawasan kulit anda yang lain yang kemudian akan menyebabkan lepuh lain terbentuk.
Ivy menambah bahawa dia tinggal di kediaman tingkat 34, yang membuatnya bertanya-tanya bagaimana serangga ini boleh terbang begitu tinggi ke balkoni rumah mereka, kerana dia seperti tidak melihatnya di koridor atau dalam lif.
Ivy turut memberi amaran semut ‘Charlie’ akan lebih banyak pada musim hujan. Oleh itu, dia dan suaminya kini berjuang mencari jalan keluar untuk menyingkirkan mereka.
Ivy Lew juga berharap dengan perkongsian ini, lebih ramai orang dapat berkongsi pengalaman mereka sehingga mereka dapat menghilangkan kebimbangan apabila terserempak semut ‘Charlie’ dan mempelajari cara membasminya sekali gus menyelesaikan masalah itu.