Berlaku satu kekecohan gara-gara penemuan seekor lalat pada nasi lemak yang dihidangkan di sebuah restoran yang terletak di Jalan SS 15/4, Petaling Jaya.
Insiden berlaku melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki sekitar jam 6 petang selepas pelanggan berasa tidak puas hati dengan penemuan itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, pelanggan yang tidak berpuas hati kemudian mengeluarkan telefon bimbit untuk membuat rakaman.
“Pengurus restoran yang merupakan seorang wanita kemudian menegur agar tidak membuat rakaman namun tidak diendahkan”.
Pelanggan terbabit pula telah mengugut akan menularkan perkara tersebut sebelum pipi kiri pengurus itu ditampar.
“Kejadian itu mengakibatkan berlaku pertengkaran serta tolak-menolak di antara pekerja restoran dan pelanggan berkenaan”, katanya.
Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook
Pihak polis walau bagaimanapun telah menahan dua lelaki warga India berusia 25 dan 35 tahun, yang juga merupakan pekerja restoran.
Selain itu, seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan awal 50-an turut ditahan bagi membantu siasatan.
Ujar Abd Khalid, siasatan masih lagi berjalan manakala seorang lagi lelaki yang bertindak menampar pengurusan restoran itu masih lagi dicari.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata”, tambahnya.
Tonton video di sini.