KUALA LUMPUR (13 Mac): Kompaun RM10,000 di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 terpakai untuk semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ini bermakna bahawa kawasan di PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan boleh dikeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
“Tetapi (orang awam) harus memahami, tindakan polis (mengeluarkan kompaun) adalah berdasarkan Ordinan Darurat dan ini adalah untuk keselamatan orang ramai,” katanya kepada wartawan pada majlis pecah tanah projek One House One House (SASaR) di Satria Residensi, Sungai Besi.
Tambahnya lagi, polis tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan jumlah kompaun yang dikenakan dan mereka yang menerima notis kompaun boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah.
PUTRAJAYA – Mana-mana individu yang mencipta, menerbit atau menyebarkan berita tidak benar berhubung COVID-19 atau proklamasi darurat boleh berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan, berkuat kuasa 12 Mac 2021.
Bagi kesalahan yang berterusan, denda yang dikenakan tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021, yang berkuat kuasa pada 12 Mac 2021, menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 11 Mac 2021.
Ordinan tersebut dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Menerusi laporan Bernama, menurut tafsiran Ordinan, ‘berita tidak benar’ termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruhan atau sebahagiannya palsu yang berhubungan dengan COVID-19 atau proklamasi darurat sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.
Ordinan itu menetapkan ‘mana-mana orang melalui apa-apa cara, dengan niat’ untuk menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan mengadakan, menawar, menerbitkan, mencetak, mengedar, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita tidak benar atau penerbitan tidak benar boleh diambil tindakan.
Selain itu, ‘mana-mana orang yang secara langsung atau tidak langsung’, menyediakan atau menjadikan tersedia bantuan kewangan dengan niat supaya bantuan kewangan itu digunakan atau mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa bantuan kewangan itu digunakan bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan kesalahan di bawah seksyen tersebut,adalah melakukan suatu kesalahan.
Berkuatkuasa hari ini, individu mencipta, menerbit atau menyebarkan berita tidak benar berhubung #COVID1D atau proklamasi darurat boleh berdepan hukuman: 1. Denda maksimum RM100,000 atau 2. Penjara tidak lebih 3 tahun atau 3. Kedua-duanya sekali pic.twitter.com/W73uIRhLzZ
Jika sabit kesalahan, individu terbabit berdepan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan maksimum enam tahun atau kedua-dua sekali.
Mahkamah juga boleh memerintahkan individu yang disabitkan kesalahan di bawah subseksyen itu untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terjejas dan jika tidak mematuhi perintah, boleh disabitkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 dan didenda selanjutnya tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan berterusan selepas sabitan.
Mana-mana orang yang terjejas oleh arahan penghapusan penerbitan oleh pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak arahan itu.
Di bawah penguatkuasaan, tiap-tiap kesalahan di bawah Ordinan ini adalah ‘kesalahan boleh tangkap’ dan seseorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh menangkap mana-mana orang yang dipercayai dengan munasabah melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah ordinan.
Polis atau pegawai juga diberi kuasa menjalankan geledahan, juga diberikan capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam satu komputer atau selainnya.
Capaian itu termasuklah kata laluan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu.
[KENYATAAN MEDIA]
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuala Perlu) (No.2) 2021 Untuk Menangani Berita Tidak Benar Berkaitan COVID-19 dan Proklamasi Darurat
“Mana-mana orang yang tidak mematuhi permintaan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” menurut Seksyen 19 Ordinan itu.
Seksyen 27 menyatakan “tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai polis atau pegawai diberi kuasa berkenaan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan dengan suci hati dalam melaksanakan peruntukan ordinan ini.”
Kami pasti, ramai antara kita yang masih belum pernah merasai pengalaman menaiki helikopter, walaupun untuk masa yang singkat.
Seorang jutawan hartanah yang bermula sebagai pengutip sampah dari Besut, Terengganu, Muhammad Azlan Abdullah @ Ali, bagaimanapun berbesar hati untuk mempelawa kira-kira 400 orang penduduk di kampungnya untuk menaiki helikopter secara percuma.
Menurut perkongsian Utusan Malaysia, idea untuk memberi pengalaman baharu buat penduduk di kampungnya itu muncul kerana Muhammad Azlan mahu berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat terutamanya anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang berkemampuan.
“Keluarga saya adalah antara orang paling miskin di Besut lebih 20 tahun lalu. Jadi apabila saya ada kemampuan, saya terfikir untuk menghadiahkan sesuatu kepada penduduk kampung terutama anak muda dalam bentuk inspirasi dan motivasi,” kongsi Muhammad Azlan kepada Utusan Malaysia.
Helikopter milik Muhammad Azlan yang berwarna merah yang bersaiz sederhana besar itu mampu memuatkan sehingga tujuh orang penumpang dalam satu-satu masa dan selama enam hari, kira-kira 100 orang penduduk setiap hari dapat merasai pengalaman dibawa terbang di sekitar daerah Besut menaiki helikopter tersebut dalam tempoh antara lima ke 10 minit.
Muhammad Azlan yang merupakan pemilik Syarikat Azlan Al-Amin Properties Sdn. Bhd. itu berkata bahawa dia berasa bahagia apabila dia mampu melihat masyarakat di sekelilingnya itu bahagia.
“Memandangkan helikopter adalah kenderaan yang lazim digunakan untuk urusan kerja dan peribadi, jadi saya kongsikan pengalaman ini dengan masyarakat. Tidak sangka ada yang menangis kegembiraan dengan peluang diberikan sekali gus membuatkan hati saya bahagia apabila melihat mereka bahagia,” katanya.
Muhammad Azlan sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai setelah kisah hidupnya yang berjaya dari seorang pengutip sampah menjadi jutawan hartanah cetus inspirasi buat orang ramai. Kisah hidupnya itu kemudiannya telah dibukukan dalam “Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan.”
Sedikit berbeza dari kebiasaan, pada tahun ini kita sedikit lewat mendengar kisah ragam kanak-kanak yang pertama sekali masuk ke tadika dan ke sekolah. Tetapi, nampaknya, kisah-kisah begini tetap ada!
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang ibu, Muna Faizura, berkongsi ragam anak kembarnya di tadika yang tidur dengan nyenyak di atas lantai selepas mengadu keletihan kepada guru tadikanya.
Menurut tangkap layar perbualan antara Muna dengan guru anak kembarnya, guru tadika anaknya menceritakan bahawa anak kembar Muna pada mulanya ‘meragam’ dan menangis kerana mahukan ibu dan bapanya. Tetapi selepas dipujuk, anak Muna kembali tenang dan tidak menangis.
“Tetapi nak tidur,” tulis guru kembar itu kepada Muna sebelum memberikan gambar anak Muna yang sedang tidur nyenyak di atas lantai kelas.
Terkejut dengan gambar yang diberikan oleh guru tadika anak kembarnya, Muna hanya mampu memberi emoji ketawa kepada guru anaknya itu.
“Saya sangat letih. Taknak duduk di kerusi,” kata guru anak kembar Muna menceritakan alasan yang diberikan oleh anaknya.
Lucu betul gelagat anak kecil ini!
Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuatnaik oleh Muna pada 2 Mac lalu ini telahpun meraih sehingga lebih dari 1,300 perkongsian, lebih dari 1,200 reaksi dan 381 komen dari warganet yang ternyata terhibur dengan telatah comel si kecil ini.
Pada masa ini, gambar perkahwinan adalah sesuatu yang hampir perlu untuk setiap pasangan yang memutuskan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Hal ini adalah kerana gambar-gambar yang indah ini adalah salah satu cara yang berupaya untuk ‘membekukan’ momen yang paling indah dalam kehidupan pasangan yang berkahwin.
Dan, antara perkara yang ‘wajib’ dirakam dalam setiap gambar perkahwinan pastinya adalah cincin perkahwinan, yang lazimnya menjadi simbol ikatan perkahwinan tersebut.
Gambar cincin perkahwinan kebiasaannya dirakam dengan latar belakang yang menarik, yang selalunya berkait rapat dengan majlis perkahwinan yang diadakan. Misalnya seperti bunga tangan pengantin perempuan, baju perkahwinan pasangan, kasut perkahwinan, dan sebagainya.
Hasil gambarnya memang kelihatan klasik, sepasang cincin emas yang diletakkan dengan kemas di atas latar belakang berbulu berwarna putih-jingga. Tetapi persoalannya, bulu apakah yang digunakan oleh jurugambar ini?
Dengan hasil yang memang langsung tidak nampak cacat-celanya, rupa-rupanya jurugambar itu menggunakan badan kucing yang sedang terbaring menyusukan anak-anaknya untuk menjadi latar belakang kepada gambar cincin perkahwinan ini. Lucu betul!
Pasti tiada sesiapa yang menyangka bahawa latar belakang yang digunakan dalam gambar ini sebenarnya adalah seekor kucing. Mana tidaknya, hasilnya memang nampak hebat dan cantik betul!
Kiriman ini telah dikongsikan oleh Kevin Kasmir di laman Facebook dan setelah dimuatnaik pada petang 6 Mac lalu, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 24,000 perkongsian, lebih dari 19,000 reaksi dan 247 komen dari warganet yang jelas terhibur dengan kiriman ini.
Baru-baru ini, seorang penjual pakaian terpakai melalui laman sosial Facebook mendapat perhatian ramai setelah dia yang lebih mesra disapa sebagai “Mak” secara tiba-tiba menangis terharu kerana menerima ramai penonton dalam siaran langsung yang dilakukan.
Menurut perkongsian Norazman Md Nor, pada ketika itu, Mak sedang menjual pakaian terpakai dengan harga satu ringgit sehelai apabila secara tiba-tiba bilangan penontonnya meningkat dengan mendadak.
Kata Mak, sebelum ini, penonton yang menyaksikan siaran langsungnya hanya dalam bilangan tiga ke lima orang sahaja, dan ini adalah kali pertama siaran langsungnya ditonton oleh sehingga 179 orang.
“Menangis dia, dia terduduk, teresak-esak menangis, dia cakap dia tidak mahu menjual, dia seronok tengok dan baca komen… Satu-satu nama dia tengok dan sebut dalam siaran langsungnya,” tulis Norazman.
Selepas itu, sesuatu yang lebih mengharukan telah terjadi. Menurut Norazman, terdapat dua orang penonton Mak yang mahu ‘membeli’ sebanyak 100 helai dan 50 helai pakaian terpakai yang dijual oleh Mak. Tetapi, mereka berdua hanya mahu membayar wang sahaja, dan meminta Mak untuk menjual semula pakaian tersebut tanpa mengambil sehelai pakaian yang dibeli pun.
Bimbang dengan penonton lain yang mungkin tidak berpeluang untuk membeli pakaian yang dijual, Mak diburu rasa bersalah. Tetapi, orang ramai yang menonton siaran langsung itu dengan segera memastikan Mak untuk tidak berasa risau.
“Orang ramai cakap (Mak) patut ambil (pesanan itu). Habiskan pakaian terpakai itu. Mak rehat awal pada malam ini,” kongsi Norazman menceritakan kejadian yang berlaku pada malam yang sudah menjelang pukul tiga pagi itu.
Mak bagaimanapun menolak untuk menjual semula pakaian terpakai yang sama seperti yang dicadangkan oleh dua orang pembelinya tadi. Tidak elok begitu, katanya.
Akhirnya, Mak memutuskan untuk sedekahkan pakaian-pakaian itu kepada orang-orang yang memerlukan.
“Mengalir pahala tidak putus-putus,” tambah Norazman.
Lebih tambah sayu, penonton yang ‘memborong’ pakaian terpakai daripada Mak itu tadi hanya meminta orang ramai untuk mendoakan mereka untuk dikurniakan zuriat sendiri.
Selain kisah itu, Norazman turut berkongsi bahawa terdapat pengguna Facebook yang telah melawat laman Facebook Mak dan mendapat tahu bahawa Mak juga turut meniaga nasi lemak. Oleh itu, pengguna tersebut telah memberi sebanyak RM1,000 kepada Mak untuk menyiapkan nasi lemak sehingga mencapai nilai tersebut dan sedekahkan makanan tersebut.
Memang sayu betul mendengar kisah yang dikongsikan oleh Norazman ini. Walaupun nampak ringkas, tetapi kisah ini menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin sesama sendiri dan tidak keberatan untuk membantu insan-insan yang memerlukan.
Kata orang rambut adalah mahkota setiap wanita. Jadi, tidak hairanlah jika ramai wanita yang sangat menitikberatkan hal penjagaan rambut sehingga sanggup berbelanja banyak hanya untuk penjagaan rambut.
Namun, kadangkala salon rambut gagal memberikan perkhidmatan yang baik sehingga gaya rambut yang diinginkan tidak sama dengan apa yang dihasilkan. Itulah kejadian yang menimpa seorang wanita di Pulau Pinang apabila rambutnya ‘rosak’ selepas pergi ke sebuah salon rambut.
Menurutnya dia telah pergi ke salon rambut Hairstory International di Georgetown pada 11 Mac lalu untuk mendapatkan gaya rambut “air bangs” seperti yang terkenal di Korea kini.
Namun sebaliknya yang berlaku apabila rambutnya dipotong oleh seorang pelatih sedangkan pada mulanya dia sudah berpesan supaya tidak membenarkan pelatih yang memotong rambutnya.
Apabila melihat pada hasilnya dia mula marah kerana ianya tidak sama dengan apa yang dia mahukan malah rambutnya juga terus dipotong pendek. Apa yang lebih teruk ialah apabila pelatih tersebut berpura-pura tahu tentang gaya rambut yang dia mahukan sedangkan dia langsung tidak tahu apa itu “air bangs.”
Pengalaman buruk tersebut telah diceritakan melalui akaun Facebook miliknya sehingga menerima pelbagai reaksi netizen. Hal ini kemudian telah membuatkan salon tersebut tampil melakukan permohonan maaf kepada wanita tersebut atas apa yang berlaku kepadanya. Pihak salon juga berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian tersebut.
Wanita tersebut menerima permohonan maaf itu dan meminta orang ramai berhenti untuk ‘menyerang’ salon tersebut dan berdoa supaya rambutnya akan menjadi cantik semula.
Adakah mesin penapis air mesti dimiliki setiap rumah? TEPAT SEKALI!
Tanpa mesin penapis air, badan kita lah yang akan menjadi penapis. Lebih buruk lagi jika kita lupa menukar penapis air secara rutin, akibatnya badan kita akan menapis air yang kotor.
Kini anda mungkin sedar bahawa nilai kebersihan air yang telah ditulen itu bergantung kepada penapis airnya.
Sekiranya anda risau tentang pencemaran air yang berbahaya dalam bekalan air di rumah anda dan risau akan kebersihan diri dan keluarga, penapis air Picogram dari Korea Selatan dapat menghilangkan semua kerisauan tentang masalah air minuman!
Picogram Co., LTD. yang ditubuhkan pada tahun 2000 merupakan pengeluar kartrij penapis air profesional terkemuka di Korea Selatan. Picogram juga merupakan salah satu daripada beberapa syarikat berteknologi tinggi dan teras dalam bidang penulenan air. Pelanggan Picogram terdiri daripada Malaysia, Amerika Syarikat, Eropah, Australia, Asia Tenggara dan beberapa negara lain. Pada tahun 2005, kartrij penapis air inovatif pakai buang ‘plug and twist’ yang dihasilkan oleh Picogram sendiri telah dijual kepada lebih daripada 20 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
Di Picogram, kami memperkenalkan kartrij penapis air melalui konsep penukaran DIY di mana semua orang boleh menukar penapis air sendiri. Kartrij penapis air Picogram sesuai dengan kebanyakan mesin penapis air di Malaysia. Jadi, tidak perlu risau jika anda menggunakan mesin penapis air jenama lain. Inilah berita baik untuk mereka yang sudah memiliki mesin penapis air. Jangan tinggalkan mesin penapis air anda itu, tidak kira mesin jenama apa pun. Syarikat kami akan membantu anda untuk menggantikan kartrij penapis air untuk mesin tersebut.
Kami memberikan penyelesaian terbaik untuk menukar penapis air dengan memberikan mesin penapis air dan kartrij penapis air ekonomi ke pasaran Malaysia. Kami percaya semua isi rumah memerlukan air minuman yang bersih yang melalui proses penapisan berkualiti dengan kos yang rendah. Bukan sahaja anda dapat menukar penapis air secara mudah, malah sistem penapisan air dari Picogram ternyata berkesan secara maksima.
Rangkaian mesin penapis air Pureal adalah ciptaan Picogram yang menggunakan teknologi terbaik dalam bidang penulenan air. Selepas melalui empat lapisan penyaringan air, kualiti air akan menjadi sangat bersih dan rasanya menjadi segar. Mesin penapis air ini bergantung kepada kualiti air di mana anda tinggal. Oleh kerana setiap elemen penapis mempunyai fungsi yang berbeza dan unik, kami mengingatkan anda supaya pastikan anda membeli penapis air yang betul.
Anda boleh membeli satu unit mesin penapis air Pureal dan akan mendapat satu set kartrij penapis air Pureal secara PERCUMA untuk kegunaan setahun dengan kualiti yang baik. Reka bentuk kartrij penapis air ‘plug & twist’ Pureal membolehkan anda menukar penapis air hanya dalam masa 3 ke 5 saat tanpa sebarang servis penukaran penapis air yang mengambil masa. Betapa mudah dan senang nya penapis air Pureal ini!
Air adalah sumber kehidupan. Air yang bersih merupakan permulaan untuk kehidupan yang sihat. Memilih sumber air yang bersih bermakna anda sedang menikmati gaya hidup yang sihat. Demi kesihatan anda dan keluarga tersayang, pilihlah produk Picogram dan Pureal, penapis air yang dipercayai dari Korea Selatan hari ini!
Selesai guru di sekolah mengajar dan mendidik anak-anak, tiba masa ibu bapa di rumah yang menyambung didikan dan bimbingan dalam menambah baik pembelajaran mereka, dengan apa sahaja ilmu yang telah diberikan.
Biasalah ibu bapa perlu membimbing anak masing-masing dalam menyiapkan kerja sekolah di rumah dan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang apa yang mereka tidak faham ketika pembelajaran di sekolah.
Video lucu di Facebook ini memaparkan gelagat seorang kanak-kanak yang mencuri perhatian warganet sewaktu dia sedang diajar oleh ayahnya dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru.
Ayah ini dengan gigih mengajar anaknya tentang cara yang betul menggunakan pembaris ketika membuat garisan di atas jawapan kerja sekolah matematik supaya menjadi lebih kemas, tetapi si anak tetap pilih jalan sendiri.
Si ayah dengan lembut membantu anak ini membuat kerja sekolah. Kemudian dia menyuruh si anak menggaris jawapan yang betul menggunakan pembaris untuk membuatnya kelihatan kemas dan lurus.
Apa yang agak melucukan di sini, jalan mudah itu si anak tidak mahu ikut, apabila pada awalnya dia sudah meletakkan pensel pada pembaris yang dipegang dengan jawapan betul bersama arahan ayahnya, sebaliknya dia membuat garisan sendiri ke arah lain tanpa menggunakan pembaris itu.
Maka si ayah mula memandangnya dengan pandangan tajam yang geram dan mula memadam jawapan salah anaknya dengan pemadam dan menyuruhnya menggunakan pembaris itu sekali lagi.
Beberapa kali dia menasihatkan anak ini menggunakan pembaris untuk membuat garisan dengan betul. Namun, si anak tetap berdegil dengan menggarisnya tanpa mengguna pembaris, membelok ke arah lain ikut cara ‘uniknya yang tersendiri’. Kalau jawapan tu betul tidak apalah dik.
Sabar banyak sahajalah si ayah, hendak buat macam mana. Anak ini memang suka buat lawak. ‘Free spirit’ kot. Emak dia pun tak boleh tahan tergelak dekat belakang kamera tu.
Difahamkan bahawa secawan minuman Milo di kios itu berharga 200 yen (RM7.60) dan pembeli boleh menambah buah seperti kiwi, pisang atau nanas di dalam minuman.
Itu baru minuman, mungkin rakyat Jepun masih belum tahu mengenai beberapa resipi menarik menggunakan Milo. Lagi laku keraslah jika mereka tahu!